Tuesday, 9 August 2011

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM) - [SIJIL MASIH SAH]







Buffet Ramadhan memang sesuatu yang tidak asing lagi di tempat kita. Ia mendapat sambutan dari semasa ke semasa. Di bulan yang diwajibkan berlapar dan berdahaga ini, manusia mudah ‘disihir’ oleh aneka makanan dan minuman yang beraneka rasa dan warna.

Namun, aneka rasa dan warna dan faktor harga tidak harus dijadikan kayu ukur oleh pengguna islam.



Sebagai pengguna yang bijak, persoalan halal dan haram yang wajib diutamakan. Terlalu banyak hotel-hotel dan resort untuk saya senaraikan. Merangkumi setiap negeri di seluruh negara. jadi sahabat boleh melakukan rujukan sendiri dengan berkunjung ke laman ini, Portal Rasmi Hab Halal Malaysia






Info Tambahan:



Kekedang terdapat pihak-pihak tertentu yang mengadakan dan menganjurkan majlis berbuka di hotel-hotel. Adakalanya di hotel-hotel mewah dengan bayaran yang agak ‘mewah’ yang kekadang lari dari konsep dan falsafah Ramadhan. Sebab sewajarnya di bulan yang mulia ini kita cuba menghayati kesusahan golongan yang miskin termasuklah saudara seagama dan seakidah dengan kita seperti di Kemboja yang rata- ritinya menjamah daging hanya setahun sekali. Hari-hari biasa, nasi berlaukkan garam atau ikan sungai serta ubi kayu sahajalah menunya.

34 comments :

  1. a'ahkan...apelah salahnye buffet ramadhan tue buat murah sikit...n lebihkan sumbangan pd anak2 yatim n miskin...:)

    ReplyDelete
  2. sedang kita sedap menjamu selera, tak sedar ada jiran yang selang dua tiga buah rumah dari rumah kita, sedang berduka nestapa.. suami hilang pekerjaan, ibu dilanda angin ahmar, anak2 masih kecil... kita nak pekakkan telinga je..

    ReplyDelete
  3. Zura.
    Itulh yg sepatutnya, lebihkn sumbangan kpd anak2 yatim & miskin.

    ReplyDelete
  4. Anaa.
    Inilh perkara malang yg berlaku di tempat kita sekaragn. Jumlah dermawan tertlalu kercil berbanding jumlah jutawan.

    Paling malang, org miskin islam ini terpaksa mengemis simpati dari pihak lain trmasuklh pihak gereja. Bila ini berlaku barulah org kita nak kecoh

    ReplyDelete
  5. kita besedap sedapan sedangkan ada insan lain kelaparan .....makanan mewah kadang membazir

    ReplyDelete
  6. makan di hotel mesti berlebih-lebihan.. silap2 terlewat solat Magsrib sbb syok makan jer..

    makanan di atas tu nampak sedap :)

    ReplyDelete
  7. Seumur hidup tak pernah pun lagi berbuka di hotel...err... apa pun, thanks shameel, sudi share list tu.

    Tapi betul la, daripada belanja banyak2 berbuka di hotel, baik kita besederhana. Berbuka bukan beerti mahal2 dan membazir iyer dok?

    ReplyDelete
  8. S..U..D..@..I..S .
    Benar tu sahabat, makanan mewah byk yg membazir dan berlebih-lebihan

    ReplyDelete
  9. sop.
    Kalau samapai terabai maghrib dah dapat dosa pulak,

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Afida Anuar .
    Beli kt bazar ramadhan lagi best.hahah.

    harap2 dgn ada list hotel & resort halal tu. x perlulah kita ragu2 lagi.

    ReplyDelete
  12. buffet ni membazir jaa klau stakat nk makan sikit2.. klau betul2 makan nanti berjam2 dok kt situ plak, hukk...

    ReplyDelete
  13. for every 35rm, 1rm will go to anak yatim. kata satu iklan hotel kat kt yang aku baca sambil memandu pulang untuk berbuka puasa di rumah bersama anak isteri.

    ReplyDelete
  14. kekadang menggunakan nama anak yatim untuk ajak berbuka puasa (mahal dah satu hal) tapi ia tidak menjadik syiar kerana islam menggalakkan kita bersederhana dalam berbuka...

    ReplyDelete
  15. saya memang tak suka berbuka cara mewah kat hotel2 ni
    memang lari dari falsafah ramadhan

    ReplyDelete
  16. dr dlu ag prob ni.. mkn kt uma jela, xpyh pegi hotel..

    ReplyDelete
  17. caliph shuriken.
    sy setuju skali dgn caliph. mmg membazir sbb nak mkn bukannya byk tapi bayar agak byk.

    ReplyDelete
  18. Cikli.
    Harap2 ia benar2 diagihkan kpd anak2 yatim.

    ReplyDelete
  19. sarah shafie.
    sy pun lebih suka brbuka kt umah dan sekali sekala bolehlh mkn kt luar.

    ReplyDelete
  20. cemomoi.
    bagi sy lebih elok jika mengadakan jamuan berbuka utk anak2 yatim. dan lebih baik jika dibuat di rumah anak2 yatim, sekurang2nya ia menginsafkan diri betapa masih ramai umat islam yg kesusahan.

    ReplyDelete
  21. tehr.
    betul tehr. trlalu jauh menyimpang dri falsafah ramadhan. Prnh sy lihat dlm iklan di akhbar, sesetngah hotel myediakan buffet ramadhan dgn harga hampir Rm1K dgn hidangan dri timur tengah. membazir dan sgt membazir.

    ReplyDelete
  22. sLpmEpLz™.
    Trima kasih ats kunjungan. mmg berbuka kt rumah lagi baik dri hotel.

    ReplyDelete
  23. betul tu . kadang2 hotel ni ambik kesempatan dengan harga yang mahal . padahal makanan biasa jek .




    memang lari dah dari konsep Ramadhan .

    ReplyDelete
  24. Syaza Kelyza.
    Kan elok kalo wat majlis brbuka kt masjid or umah anak yatim kn.

    ReplyDelete
  25. ramai yang mengejar keuntungan dunia di bulan yang mulia, sedangkan keuntungan akhirat tu lagi utama dan tak ternilai harganya..

    ReplyDelete
  26. makan kat rumah pom tade lah membazir sangat

    boleh lah jimat sikit

    :)

    ReplyDelete
  27. salam shameel,
    terlalu jauh untuk masyarakat kita menghayati kisah Nabi saw. mengikat batu di perut tatkala lapar.

    ReplyDelete
  28. si para para.
    dunia telah menyihir manusia hingga alpa dan leka.

    ReplyDelete
  29. ini belog saya . cinta hati saya::
    Benar sklai mkn kt rumah juah lebih jimat pastu boleh eratkan hubungan kekeluargaan

    ReplyDelete
  30. abah aman.
    Wassalam Abah.
    Kita terlalu memanjakan diri utk bermewah. kalau berbuka puasa mesti ada dua atau lebih hidnagan lauk pauk. begitu jua kuih beraneka warna dan rasa.

    ReplyDelete
  31. Yang penting bersederhanalah ketika berbuka puasa :)

    ReplyDelete
  32. sangat bagus entri ini. lebih baik bersederhana kn. tp gmbr mknan tu aduhhhhhh :(

    ReplyDelete
  33. kalau buffet mknn mcm dkt atas tuu aduhhh kembong perut nk makan semua..huhuu..semua sedap2

    ReplyDelete