Saturday, 6 October 2012

Bekas pemain Selangor, Ezmi mungkin disihir



Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung. Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih. “Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit. “Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan,” katanya ketika ditemui semalam. 

Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah. "Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir. "Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama," katanya. Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali. “Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan. “Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat,” katanya. 

Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi. "Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang," katanya. 



20 comments :

  1. ya Allah, siannya...tak sangka kalau betul dia disihir..

    ReplyDelete
  2. sangat berat dugaan yang diterimanya..semoga dapat sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha.
    Tak mustahil kalau dia disihir Apa pun kita mengharapkan agar dia segera sembuh.setiap penyakit ada ubatnya dan kuasa menyembuhkan itu datangnya dari Allah.

    ReplyDelete
  4. Myzul .
    mmg berat skali dugaan yg dia alami. Sama2lah kita mendoakan yg terbaik utknya.

    ReplyDelete
  5. subhanallah
    hanya Dia yang maha mengetahui setiap kejadian

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah, semoga dia bakal sembuh semula, inshaAllah

    ReplyDelete
  7. tehr.
    Hanya Allah yg tahu pekara sebenar krn Allah Maha Mengetahui. Dan Hanya Allah yg berkuasa utk menyembuhkannya.

    ReplyDelete
  8. Everything's Everythings.
    Itulah yg kita harapkan. Sama2lah kita mendoakan kesembuhannya.

    ReplyDelete
  9. kalau betul angkara sihir, kesianla pd mangsa..... hanya Allah dpt membalas perbuatan pelaku nye....

    ReplyDelete
  10. Kesiannya.. Semoga dengan izin Allah beliau cepat sembuh..

    ReplyDelete
  11. tehr.
    Dan moga Allah sembuhkan Ezmi

    ReplyDelete
  12. Everything's Everythings .
    sama2lah kita mendoakannya

    ReplyDelete
  13. Intan Norhaida.
    Andainya betul ini angkara sihir, kita mohon agar org yg terlibat diberi hidayah oleh Allah sbb sesiapa yg terlibat dgn sihir telah melakukan dosa yg amat besar iaitu dosa syirik yg membatalkan akidah..

    ReplyDelete
  14. 'idun sa'idun.
    itulh yg kita harap dan doakan..Aminn..

    ReplyDelete
  15. Lagi-lagi sihir. Org melayu ni tak habis2 dgn hasad dengki.

    ReplyDelete
  16. LydSunshine.
    Amalan sihir sukar nak dibanteras sebab sentiasa ade manusia cacat akidah yg inginkn khidmatnya.

    ReplyDelete
  17. ya allah...betapa sekejapnye dia meminjamkan nikmat pd manusia sblm di uji dgn keadaan sebegitu sekali...

    ReplyDelete
  18. Zura.
    Btul tu zura. Sbb tu kita tak boleh riak dan takbur jika dianugerahkan kelebihan.Lelaki yg kacak atau wanita yg cantik, mrk mesti ingat kekacakan dan kecantikan itu boleh hilang sekelip mata shaja dgn izin Allah. Begitu juga dgn harta kekayaan, boleh lesap tanpa diduga juga dikehendaki Allah.

    ReplyDelete
  19. Ya ALLAH...kesiannyer tgk dia...:( moga dia tabah menghadapi dugaan ini....:(

    ReplyDelete
  20. Yuni Aisyah.
    Sama2lah kita mendoakan yg terbaik utknya.

    ReplyDelete