KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.
Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’. Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.
Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu. Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.
Sumber: Metro
mudah termakan umpan dr jantan....xpe tidak berpelajaran tinggi tp kena bijak dlm mengatur hidup.....
ReplyDeleteIntan Norhaida .
ReplyDeleteDiumpamkan dgn kemewahan yg melimpah ruah hinggakan mencairkan pegangan agama dan adat budaya. Inilah penyakit yg melanda masyarakat zaman ini tak kira llaki or perempaun.
tiada jalan mudah untuk kekal hidup senang dan bahagia
ReplyDeletetehr .
ReplyDeletemrk yg inginkan jln mudah utk hidup senang ialah golongan yg gelojoh dan rakus sbb tu mereka begitu rakus 'menjual' agama, adat dan maruah diri.