Saturday, 13 October 2012

Final Piala Malaysia: Kelantan umum cuti peristiwa



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21 Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini. ‎ "Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.

"Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi," katanya. Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Sumber: Sinar Harian 

Tajuk Sebelumnya: Tahniah Buat Red Giants

6 comments :

  1. Tahniah Kelantan!
    Wah! pindah sekejap ke Kelantan 21hb nanti... lari meninggalkan PBS... :-)

    ReplyDelete
  2. cikguNae.
    Pindah sekejap ke kelantan....maksudnya... cikguNae dtg kelantan ke 21 hb nnt.

    ReplyDelete
  3. wahhh...beshnye jadi orang kelantan.menang dapat cuti. :)

    ReplyDelete
  4. s h a.
    Kerajaan Negeri terpaksa bagi cuti sbb ramai peminat nk gi nonton kt stadium shah alam. hehehe.

    ReplyDelete
  5. cikguNae.
    Hehehehe.. minggu dpn sy kerja 3 ari jer(isnin sampai rabu) sbb khamis cuti peristiwa utk raya haji.

    ReplyDelete