Sunday, 14 October 2012

Hukum Berkaitan Memberi Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam



Majoriti umat islam di Malaysia dan seantero Nusantara berpegang kepada pendapat yang tidak mengharuskan memberi daging korban kepada orang-orang bukan islam. Ini kerana ibadah korban adalah perbuatan taqarrub kepada Allah SWT yang dikategorikan ibadah semata-mata. Pendapat ini ada asasnya dan perlu dihormati.

Walaubagaimanapun ,isu atau persoalan ini merupakan khilaf antara ulama termasuklah antara imam mazhab yang empat. Di sini, saya tidak berminat untuk memaparkan satu persatu pandangan imam-imam mazhab yang empat ini, namun secara ringkas,imam al-Nawawi, seorang ulama Syafieyah yang terkenal dalam kitabnya al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, ada menyebutkan bahawa Ibn al- Munzir menyatakan ulama khilaf(berbeza pendapat) tentang hukum memberi makan daging korban kepada golongan fakir miskin kafir ahli zimmah. (al-Majmu' Syarh al-Muhazzab; 8, 404 ).

Mendiami negara yang berbilang kaum seperti Malaysia memerlukan kita bijak membaca situasi dan realiti. Oleh itu, pendapat yang mengharuskan pemberian daging korban kepada orang-orang bukan islam perlu diteliti dan dihayati. Jadi, harus memberikan dan menghidang(memberi makan) daging korban kepada orang-orang bukan islam dalam kategori zimmi. Ini tidak hanya memantapkan fiqh interaksi dengan orang-orang bukan islam, tetapi ia juga merupakan sebahagian daripada uslub dakwah.

P/S: Ingin saya tegaskan Dr Haron Din berpegang kepada pendapat yang mengharuskan pemberian daging korban baik mentah mahupun yang telah dimasak kepada orang-orang bukan islam dari golongan zimmi. Tentang hal ini, boleh rujuk entry saya yang lepas, lihat:--> SINI

Jika sekiranya, anda masih lagi berpegang kepada pendapat yang tidak mengharuskan memberi makan daging korban kepada orang-orang bukan islam, maka pandangan ini(kalau tak silap saya , pandangan ini pernah dikemukakan oleh Ustaz Farid Ravi) bolehlah digunapakai ... “sekiranya kita ingin menjemput jiran atau kenalan kita yang bukan beragama Islam dengan menjamu mereka daging korban, bagi mereka yang bermazhab al-Syafie hendaklah menambahkan daging lain yang dibeli dari pasar sejumlah yang yang mungkin boleh cukup untuk hidangan orang bukan beragama Islam lalu dicampurkan daging yang dibeli di pasar dengan daging korban kemudian dimasak bersama. Anggaplah apa yang dimakan oleh tetamu kita yang bukan beragama Islam dari daging yang dibeli dari pasar dan bukan daging korban.

Dan, jika masih tidak bersetuju dengan kaedah ini, boleh sahaja dimasak secara berasingan daging korban dengan daging yang dibeli di pasar yang dikhaskan untuk tetamu yang bukan beragama islam.

Tajuk Lain Yang Berkaian:

10 comments :

  1. bukan sekadar pemberian daging korban...banyak lagi pendapat lain yang berbeza antara mazhab contohnya seola jama'.info yang menarik shameel :)

    ReplyDelete
  2. Emmm.... betul jugak apa yg dikatakan oleh Ustaz farid ravi tu beli lebih dan campurkan sekali....senang satu keje...hee..

    ReplyDelete
  3. oooo, baru faham. sblom ni pk mmg takleh bagi kat org bukan islam tau. tp bila ustaz tu dah terangkan begitu. nampak dah terang dan nyata.maknanya kita mmg boleh bagi juga.

    ReplyDelete
  4. s h a.
    Benar sha sbb dlm islam tidak banyak perkara yg diputuskan berdasarkan dalil yg qat'ie dan kebanyakkannya adlh hasil ijtihad yang bersifat zanni.

    Jadi kita perlu berlapang dada dan menggunapakai pendapat yg paling bermanfaat selagi mana ia tidak bertentanngan dgn agama.

    ReplyDelete
  5. hainom OKje .
    Saya pun bersetuju dgn pandangan ustz farid ravi tu..

    ReplyDelete
  6. CintaZulaikha.
    Walaupun ada ulama yg tak membenarkan tapi terdapat juga ulama yg membenarkan, malah jabatan mufti melalui e-fatwa turut mengharuskan.

    ReplyDelete
  7. baru tau ade pendapat yg berbeza...selama ni berpegang kepada pndapat yg satu tuh....x penah menjadi persoalan krn duduk di masyarakt felda yg 99% adalah muslim....

    ReplyDelete
  8. syiela.
    Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  9. Intan Norhaida.
    Di sesetngah tmpt mcm situasi kg sy kt kelantan, isu ni tak timbul sbb 100% islam, tapi mcm kt sabah dulu, student dan jiran2 ramai juga yg bukan islam. Dalam keadaan mcm inilah kita perlu gunapakai pandangan yg berbeza.

    ReplyDelete