Monday, 9 April 2012

Artikel Menarik Dr Asri Tentang Yahudi (Apa Yang Saya Lalui Tentang Yahudi).

(Ulama terkenal Dr. Yusuf al-Qaradawi dan masyarakat Yahudi)


Entry ini perlu dibaca bersama entry saya sebelumnya, iaitu Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi, lihat --> SINI


Di sini, saya hanya memaparkan sebahagian sahaja daripada artikel Dr Asri Zainul Abidin, Artikel penuh dari beliau sila lihat -->: SINI



Yahudi Dan Islam

Yahudi sebenarnya bukan seperti agama lain. Yahudi itu agama dan keturunan. Itulah yahudi yang asal. Seperti mana yang saya tegaskan bahawa Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Tidak mungkin Allah menghukum ciptaanNYA, yang bukan pilihan makhluk yang dicipta itu.

Keturunan bukan pilihan seseorang. Juga, Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi serta menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan yahudi atau beragama yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi s.a.w dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Maka, permusuhan umat Islam dan Yahudi pada hari ini juga sepatutnya atas isu kekejaman mereka di Palestin. Sesiapa dalam kalangan Yahudi yang tidak terlibat, maka dia tidak dimusuhi.
Dalam sejarah Nabi s.a.w; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai. Sahabat Nabi s.a.w yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang yahudi. Baginda Nabi s.a.w dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita yahudi dan kristian yang dikategori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, seseorang Yahudi ataupun Negara Yahudi ditentang kerana permusuhan mereka. Sementara Yahudi di tempat lain yang tidak menzahir permusuhan kepada umat Islam, tidak wajar dimusuhi. Emosi tidak membolehkan menghukum yang tidak bersalah, dan juga tidak boleh membiarkan kezaliman ke atas yang pihak yang lain. Firman Allah:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Juga perlu kita tahu, al-Quran menyatakan bahawa kecenderungan Yahudi dan penyembah berhala memusuhi Islam lebih besar dibandingkan orang Kristian. Orang Kristian disifatkan lebih lunak kepada orang Islam dibandingkan Yahudi dan musyrikin. Firman Allah:

“Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82).

Pun begitu, Islam hanya bertindak apabila terbukti. Sesiapa yang tidak menzahirkan tindakan permusuhan maka dia tidak dimusuhi sekalipun dia Yahudi. Dalam sejarah Yahudi, The Golden Age of Judaism itu di Spain ketika di bawah pemerintahan umat Islam. Sedangkan di Eropah pada masa dahulu, Kristian sering memandang buruk dan jahat terhadap Yahudi disebabkan perangai mereka. Sebab itu mereka terpaksa hidup di sebalik tembok ghetto.

Rekod Yahudi yang buruk itu menjadikan mereka sering dimusuhi di serata tempat dan Hitler itu hanya salah satu manifestasi dari kebencian tersebut. Namun, Islam yang tulen hanya menghukum berdasarkan kesalahan yang dizahirkan.





Friday, 6 April 2012

PENARI TIANG vs PEMAKAI SERBAN.



Ini adalah sambungan dari entry lepas,lihat-->:SINI

Negaraku,Tanah Tumpah Darahku,betul-betul aneh. Negaraku, Tempat Tumpah Darahku, benar-benar tak masuk akal.

Penari tiang didenda RM25. Gila, memang gila, langsung tak boleh diterima oleh akal yang waras. Mungkin kes ini diadili oleh kayu atau batu atau mungkin juga lembu(yang pasti bukan lembu NFC) sebab tu hukumannya sangat tak waras.

Lepas ni,bolehlah student sekolah dan IPT pakat jadi penari tiang secara part time. Menari tiang sekarang ni bolehlah dijadikan sebagai hobi dan lagi bagus kalau dijadikan sebagai cita-cita. Apa nak dirisaukan,sebab kalau kena tangkap pun dendanya RM25 jer.






Tapi yang banggangnya, pernah dulu, seorang pelajar pondok didenda RM90 sebab menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.

Di sini, saya bukannya nak mewajarkan pemakaian serban sebagai penganti topi keledar, tapi isunya ialah jumlah denda yang dikenakan. Pelajar agama yang berserban kena denda RM90 gara-gara tak pakai topi keledar, tapi betina miang ni pulak kena denda Rm25 gara-gara ‘berbogel dan bertelanjang’.

Seolah-olah menari tiang tu lebih mulia dari memakai serban. Seakan-akan menari tiang tu satu ‘sunnah’.

“ Majulah Tarian Tiang Untuk Negara”


Info Tambahan:

Tentang pemakaian serban, andainya terbukti ia berupaya melindungi keselamatan kepala sebagaimana pemakaian topi keledar, maka ia harus dibenarkan, tapi andainya tidak, eloklah memakai topi keledar.

Memakai serban merupakan perbuatan sunnah. Tapi ulama berbeza pendapat, ada yang mengatakan ia dikategorikan sebagai sunnah jibliyah, iaitu perbuatan atau amalan yang merupakan kebiasaan Nabi(mungkin juga dipengaruhi oleh budaya setempat) dan bukannya atas dasar pensyariatan.

Thursday, 5 April 2012

PERMASALAHAN MAKMUM MASBUK



Ini adalah sambungan dari entry lepas, lihat-->:SINI


Masbûq ertinya yang didahului. Salah satu daripada istilah ilmu fiqh, iaitu ma’mum yang tidak sempat membaca surah al-Fâtihah berserta imam pada rakaat pertama. Lawannya muwâfiq.

Hukumnya adalah seperti berikut:

  • Jika ma’mum melakukan takbîratul ihrâm sewaktu imam belum ruku‘,hendaklah ma’mum terus membaca surah al-Fâtihah seberapa segera yang mungkin tanpa membaca doa Iftitâh. Apabila imam ruku‘ sebelum ma’mum habis membaca surah al-Fâtihah, maka hendaklah ma’mum itu memberhentikan bacaan surah al-Fâtihahnya dan terus ruku‘ bersama imam, kerana bacaan surah al-Fâtihah ma’mum yang tidak habis itu sama ada sebahagiannya atau semuanya akan ditanggung oleh imam.
  • Sekiranya ma’mum melakukan takbîratul ihrâm sewaktu imam sedang ruku‘, hendaklah ma’mum itu terus ruku‘ bersama imam tanpa membaca surah al-Fâtihah. Dengan berbuat demikian, ma’mum tersebut mendapat satu rakaat, kerana ma’mum itu sempat ruku‘ bersama imam. Tetapi sekiranya dia tidak sempat ruku‘ bersama imam, maka tidaklah dikira rakaat itu bersama imam. Hendaklah ditambah kekurangan rakaatnya sesudah imam memberi salam.
  • Jika imam sedang duduk membaca tahiyyat atau sedang sujud, maka ma’mum hendaklah melakukan takbîratul ihram kemudian terus mengikut keadaan dan perbuatan imam itu. Oleh kerana ma’mum itu tidak sempat ruku‘ bersama-sama imam, maka dia tidak dikira mendapat satu rakaat.

Contoh-contoh sembahyang masbûq:
  • Jika ma’mum yang masbûq sempat ruku‘ bersama imam pada rakaat yang kedua dalam sembahyang Subuh, ma’mum itu hendaklah mengikut keadaan dan perbuatan imam, kemudian apabila imam telah selesai memberi salam, maka ma’mum tersebut hendaklah berdiri untuk melakukan rakaat yang kedua bagi dirinya dan sunat baginya membaca doa Qunut sekali lagi dalam rakaat yang kedua itu.
  • Jika ma’mum yang masbûq itu sempat ruku‘ bersama imam pada rakaat yang ketiga (akhir) dalam sembahyang Maghrib, ma’mum itu hendaklah mengikut keadaan dan perbuatan imam, kemudian apabila imam selesai memberi salam, maka ma’mum tersebut hendaklah berdiri untuk melakukan rakaat yang kedua bagi dirinya dan melakukan tahiyyat awwal dalam rakaat itu, kemudian dia berdiri lagi untuk melakukan rakaat yang ketiga hingga selesai memberi salam.
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Brunei


Artikel lain yang perlu di hayati dan diteliti :

Wednesday, 4 April 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JUN 2012.



Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012. Sila semak maklumat pertukaran melalui laman web e-GTukar.

Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.



Info Tambahan:

Seseorang guru tidak boleh memilih lokasi untuk menabur bakti. Mereka perlu menjadi seperti hujan yang mencurah, ke mana sahaja ia hadir, akan meninggalkan lembap dan basah, lihat -->: SINI

Pertukaran kepada MyKad Struktur Baru Tidak Diwajibkan.

(gambar dari google)

Pertukaran kepada MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam, berkata berikutan itu, MyKad lama sah diguna pakai untuk berurusan di semua agensi berkaitan. "KDN ingin menjelaskan kepada orang ramai bahawa pertukaran MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan. Ia adalah pelaksanaan berterusan tanpa tarikh tutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaksanakan pengeluaran MyKad struktur baru pada 3 Januari lalu yang mendapat sambutan mendadak sehingga tiga kali ganda daripada orang ramai.

"Purata permohonan yang diterima adalah sebanyak 21,000 permohonan sehari berbanding sebelumnya sebanyak 8,000 permohonan sehari," katanya.

Mahmood berkata, sehingga 31 Mac lalu sebanyak 1,516,126 permohonan diterima namun berlaku kelewatan dalam pengeluaran MyKad.

"Kemampuan untuk menyiapkan MyKad pada masa kini ialah 8,000 sehari berbanding permohonan yang mencecah 21,000," katanya.

Berikutan itu, katanya KDN dan JPN sudah mengambil langkah mengatasi masalah itu dengan mendapatkan bekalan tambahan kad mentah mencukupi, mengadakan rundingan bagi mendapatkan bekalan tambahan mesin mencetak MyKad struktur baru dan melantik pegawai serta kakitangan tambahan untuk kerja-kerja pencetakan.

"Melalui usaha ini, JPN dijangka dapat menyelesaikan sepenuhnya tunggakan cetakan MyKad struktur baru sebanyak 419,078 kad pada Julai ini," katanya sambil memohon maaf di atas kelewatan pengeluaran MyKad struktur baru itu. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian

Tuesday, 3 April 2012

Pengiraan Pemindahan Gaji Kakitangan Awam Mengikut PP. Bil. 1/2012

(kredit buat masmurni untuk gambar ini)


Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat -->: SINI

Bermula bulan April ini, kakitangan awam akan menikmati gaji baru di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012(PP.Bil.1/2012). Ia merupakan hasil penambahbaikan SSM setelah Perdana Menteri memutuskan pembatalan SBPA.

Untuk kemudahan kakitangan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) telah menyediakan formula pergiraan pemindahan gaji. Rujuk sahaja di --> www.jpa.gov.my

HARGA PETROl RON97 NAIK TENGAH MALAM INI



Harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuatkuasa 12 malam ini, kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu. Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per
walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.

Info Tambahan:
Takpe sebab lebih murah berbanding harga petrol di Planet Pluto.

Sumber : Berita Harian