Friday, 18 January 2013

Kosmo Anti - Kelantan: Mengapa Tonjol "Ustazah Kelantan" Bukan "Ustazah" Sahaja?

Berita asal boleh dibaca di sini SINI 



Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Cuma mahu mempersoal motif Kosmo menonjolkan perkataan "Kelantan" dalam berita di atas. Mengapa? Walhal bunyi tajuknya pelik apabila dimasukkan perkataan "Kelantan". 

Tidak pernah kita baca tajuk berita: "Cikgu Johor Belasah Murid" atau "Ustazah Negeri Sembilan Mendera Muridnya". Selain janggal, bunyinya memang pelik! 

Tajuk "Lengan Murid Lebam Dicubit Ustazah" sudah memadai dan tepat berbanding dengan tajuk yang digunakan di atas. Lagipun kejadian ini berlaku di Kelantan, bukannya di tempat lain. Jika di tempat lain pun, walaupun tertuduh berasal dari Kelantan, tindakan meletakkan perkataan "Kelantan" itu tetap tidak kena! 

Kredit buat :Dunia Caca Marba

Tajuk Lain Yang Berkaitan: Kosmo Menghina Kelantan

Monday, 14 January 2013

KOSMO MENGHINA KELANTAN.


Majoriti Orang Melayu adalah penagih dadah” Kenyataan sebegini tentu sahaja melukakan hati dan menimbulkan kemarahan seluruh umat Melayu. Percayalah, abang Ibrahim Ali ,PERKASA akan mengamuk sakan.

 “Majoriti Penagih dadah adalah Orang-Orang Melayu.” Kenyataan ini perlu diterima dengan redha walaupun ia amat bisa berbisa. Ini kerana, kenyataan ini menepati realiti. 

Mesej dari dua kenyataan di atas amatlah mudah, iaitu, kita perlu teliti dalam mengatur kata dan menyusun bicara. 

Tapi malangnya wartawan yang mandul akal dari akhbar tabloid Kosmo tidak teliti dalam isu ini. Perkataan Kelantan tidak perlu disensasikan. Sebab kejadian sebegini boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa megira lokasi, negeri mahupun bangsa serta agama. 


Negeri Si Bekas Suami/Penjenayah tidak perlu disensasikan.
Ini kerana perbuatan jenayahnya yang perlu difokuskan,
dan hukuman yang diterima olehnya pula perlu dijadikan pengajaran.

Sepatutnya berita tersebut bertajuk Penampar Mahal Bekas Suami, dan bukannya Penampar Mahal Lelaki Kelantan. Ini kerana, fokus utama yang perlu disensasikan ialah hukuman terhadap lelaki yang menzalimi bekas isterinya. Apabila perkataan Penampar Mahal Lelaki Kelantan disensasikan ia seakan-akan mengambarkan aktiviti tampar menampar dan pukul memukul itu adalah hobi atau aktiviti masa lapang para lelaki Kelantan. 

Gila dan memang gila, sebab banyak lagi kes-kes lain yang lebih teruk daripada kes ini seperti kejadian wanita di rogol oleh bekas suami dan kejadian wanita disimbah asid oleh bekas suaminya gara-gara wanita tersebut enggan dirujuk semula oleh bekas suaminya itu. Tapi tidak pula disensasikan negeri kelahiran penjenayah/bekas suami tersebut. Ini yang dikatakan Hairan bin Ajaib dan Bahlul binti Tolol. Wartawan dan editor Kosmo perlu membuka mata dan minda seluas-luasnya.

Kepada wartawan dan editor Kosmo,belajarlah dari apa yang berlaku di negara tetangga kita, Indonesia. Lihatlah bagaimana penerbit dan pengarah filem terkenal Hanung Bramantyo dikecam hebat kerana filemnya berjudul Cinta Tapi Beda telah menghiris hati dan mencalar perasaan etnik Minangkabau. Filem tersebut mengisahkan Diana, seorang gadis Katolik berketurunan Minangkabau yang bercinta dengan Cahyo seorang lelaki Muslim berketurunan Jawa.

Filem ini dikecam hebat bukan semata-mata kerana menghina etnik Minangkabau yang majoritinya beragama islam. Tapi disebabkan ia mensensasikan permasalahan etnik. Malah Hanung Bramantyo dinasihatkan agar hanya memaparkan isu cinta antara dua agama tanpa menyentuh mana-mana etnik.

Kepada Kosmo, harap dapat jadikan ini sebagai satu pengajaran dan janganlah terus terlena dalam dunia tolol dan bahlul. .

Zarina Anjoulie, Ratu Kontroversi Satu Malaysia.


Sejujurnya, saya kurang mengenali dan sekali gus tidak meminati artis ini. Kalau Angelina Jolie tu saya minatlah sebagaimana saya meminati Brad Pitt. 

Dan, saya yakin, agak ramai yang tak mengenalinya.Kehadiran Zarina Anjoulie Lavocah dalam dunia hiburan bolehlah umpama melukut di tepian gantang, masuk tidak menambah dan keluar pula tidak mengurang. Ada atau tiada, tidak member apa-apa kesan. 

Jika nak diharapkan mutu lakonannya, lebih baik tengok wonderpets. Tapi kontorversi yang dicipta olehnya umpama Tsunami yang maha dahsyat. Sebab itu, tidak salah rasanya, andainya kita labelkannya sebagai Ratu Kontroversi Satu Malaysia.

Sesungguhnya agak ramai yang menyampah dengannya, malah, ada segelintir blogger yang melakukan penjenamaan semula terhadap namanya, Zarina Anjoulie Lavocah menjadi Zarina Anjoulie Lalucah. Dan, tak kurang juga yang melabelkannya sebagai artis Simbol Seks. Ini kerana aksi dan bicaranya selalu bersulamkan lucah. Lihat sahaja kata-katanya yang saya paparkan di bawah ini: 

Mulut kata haram.. Tapi sambil tengok gosok2 bebird (kemaluan) kan kan kan ;p x senonoh je,” 

Pernah dahulu dengan penuh rasa bangga Zarina Anjoulie Lavocah mewajar dan mewaraskan aksinya yang mempamerkan payudaranya di dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober 2011. 

“All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa sial tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org, Ini adalah kata-kata atau kenyataannya yang penuh ketololan dan kebahlulan apabila tindakannya itu dicemuh oleh orang ramai.

Terbaru, Ratu Kontroversi ini telah ditahan oleh pihak berkuasa setelah didapati dia dan rakannya memiliki dua biji pil eramin 5 bersama Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Info Tambahan:
Kita jadikan ini semua sebagai pengajaran dan kita doakan agar Zarina menyedari segala kesilapannya selama ini

Jika ingin tahu lebih lanjut tentangnya lihat sahaja:  

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) merupakan satu pangkalan data utama bagi data murid. Ia mengambil kira profil murid dan juga penjaga. 

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. 

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid. 

Lebih lanjut, langsung sahaja :APDM 

INFO TAMBAHAN:
Kadang-kadang 'Sakit jiwa' juga untuk memasukkan maklumat pelajar kerana kesesakkan talian. Lihat sahaja pengguna atas talian pada masa sekarang(masa saya sedang melakukan tugasan ini) iaitu  45927 orang.

Monday, 7 January 2013

Bayon Temple: Kuil Berukir Wajah

South Gate Of Angkor Thom.

Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat: SINI.

Saya berkesempatan ke Kuil ini ketika berkunjung ke Kemboja pada Mei 2012. 
 


Bayon Temple dibina di tengah-tengah bandar Angkor Thom. Angkor Thom ialah ibu kota kerajaan Angkor. Ia telah di bina oleh Raja Jayavarman VII pada abad 12-13 masihi. 

Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple

Bayon Temple dikenali sebagai Candi Muka (Temple of Faces)ini kerana terdapat banyak ukiran atau lakaran wajah pada menara-menara di kuil ini. Kuil atau Candi ini dibina pada akhir abad ke-12 atau awal abad ke-13. 

Four-Faced Statue Of Budha, 

Untuk memahami sejarah Bayon Temple, sahabat disyorkan agar merujuk buku berjudul Ancient Angkor yang ditulis oleh Michael Freeman dan Claude Jacques. Buku setebal 239 muka surat ini amat bagus untuk memahamkan kita akan sejarah silam kerajaan Angkor. Segala-galanya tentang sejarah silam Angkor dibicarakan secara mendalam di dalam buku ini. Kisah tentang Bayon Temple pula dimuatkan pada halaman 78 hingga 101.

 
Four-Faced Statue Of Budha,

Claude Jacques adalah seorang sarjana Perancis. Beliau mengkaji dan mendalami sejarah Angkor selama 30 tahun. Beliau juga turut mendiami Kemboja selama Sembilan tahun dan mengajar sejarah bangsa khmer di Jabatan Arkelogi di Phnom Penh Kemboja, dan kemudiannya meneruskan kajiannya mengenai tamadun Khmer. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam memahami tulisan Sanskrit, Khmer dan Cham. 

Rakan Seperjalanan kat Bayon Temple.

Di sini, saya ringkaskan sedikit info mengenai Bayon Temple. Ia dibina oleh Raja Jayavarman VII, sekitar abad 12-13 masihi. Berbeza dengan Angkor Wat, Bayon Temple merupakan kuil yang berasaskan agama Budha. Ia memang unik, kerana padanya terdapat menara muka(face-tower) yang diukir pada batu-batu dari gunung. Pada asalnya terdapat 49 buah menara, tapi hari ini hanya terdapat 37 buah menara sahaja yang masih bertahan. Selain simbolik keagamaan, ukiran-ukiran yang terdapat pada Bayon Temple, turut memerihalkan sejarah silam masyarakat Khmer dan aktiviti seharian masyarakatnya. 

Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple.

Tentang ukiran wajah pula, sekurang-kurangnya terdapat empat atau tiga ukiran wajah pada setiap menara. Pada pusat menara pula, jumlahnya lebih dari itu. Dan, secara keseluruhannya, jumlah ukiran wajah tersebut adalah agak banyak, dianggarkan ratusan jumlahnya.
Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple.

Wajah siapakah yang diabadikan pada menara-menara di Bayon Temple. Ia menjadi sebuah teka teki, ini memandangkan keseluruhan ukiran wajah itu seakan-akan mengambarkan individu yang sama. Lantas, terdapat sesetengah sarjana yang berpendapat, wajah yang diukir di kuil tersebut ialah wajah pengasasnya, iaitu Raja Jayavarman VII. 


Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple 



Four-Faced Statue Of Budha, Bayon Temple 


Buku Ancient Angkor

Tajuk Sebelumnya:Taman Mini Indonesia Indah

Wednesday, 2 January 2013

Taman Mini Indonesia Indah


Taman Mini Indonesia Indah (TMII) terletak di Jakarta Timur. Saya berpeluang ke sini ketika mengunjungi Jakarta pada tahun 2011. TMII merupakan sebuah kawasan atau taman pelancongan yang bertemakan budaya Indonesia. Sebenarnya, ia persis Taman Mini Malaysia di Melaka dan Sarawak Cultural Village di Kuching. Tapi, disebabkan Indonesia mempunyai kepelbagaian etnik, maka ia kelihatan sangat menarik, terutamanya jika ingin menyelami sejarah dan tradisi suku kaum/bangsa atau etnik yang menghuni bumi Indonsia. Umum mengetahui tentang kepelbagaian etnik di Indonesia. Antara yang popular ialah Jawa, Bugis, Banjar, Sunda, Batak, Mandailing, Minangkabau, dan lain-lain lagi. 

Anjungan Sumatera Barat 

TMII dibina pada tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975. Tokoh yang banyak memainkan perananan ke arah tercetusnya idea ini ialah Ibu Tien Soeharto, isteri bekas Presiden Indonesia, Suharto. Berbagai aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia hinggalah pemanfaatan teknologi moden diperagakan di kawasan seluas 150 hektar.
Anjungan Sumatera Barat

Kepelbagaian etnik yang ini dipamerkan melalui Anjungan Daerah. Setiap daerah mewakili suku-suku bangsa yang berada di 33 Provinsi Indonesia. Anjungan provinsi ini dibangun di sekitar danau dan dibahagikan kepada enam zon, iaitu Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Bali dan Nusa Tenggara, Maluku dan Papua. Selain menampilkan bangunan khas setempat, setiap anjungan juga turut mempamerkan hasil-hasil seni yang mewakili etnik atau suku kaum di Anjungan masing-masing. Semuanya ini dapat memberikan informasi yang lengkap mengenai cara hidup tradisional berbagai suku bangsa di Indonesia
 Anjungan Sumatera Barat 

Disebabkan kesuntukan masa ketika berkunjung ke Jakarta, jadi, saya terpaksa membataskan penerokaan saya di TMII ini. Saya sekadar menghayati Anjungan Sumatera Barat dan Anjungan Riau sahaja, manakala lokasi-lokasi lain hanya sepintas lalu. Atas sebab  ini juga, gambar-gambar yang saya paparkan adalah sekitar Anjungan Sumatera Barat dan Anjungan Riau sahaja. 

Umum Mengetahui, Sumatera Barat dihuni oleh majoriti etnik Minangkabau dan rekabentuk rumah Minangkabau turut mempengaruhi seni bina etnik Minangkabau di Negeri Sembilan.Manakala rumah-rumah penduduk Riau, kelihatannya persis rumah masyarakat Melayu di Semenanjung.
Anjungan Sumatera Barat

Anjungan Sumatera Barat- Bersama sahabat(Aku: kanan)


Anjungan Sumatera Barat

Anjungan Sumatera Barat- Rumah Gadang. 

Anjungan Riau 


Anjungan Riau.Gurindam Dua Belas, 
Karya Pujangga Melayu Raja Ali Haji. 

Raja Ali Haji,Jika dibelek kembali helaian sejarah, pasti sahaja kita akan teringatkan nama tokoh ini. Beliau adalah pembesar dan pengarang berketurunan Bugis yang Riau. Suatu masa dahulu Riau berada di dalam kekuasaan Kesultanan Melayu Johor. Penjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824,telah memisahkan Riau daripada Johor dan sekali gus membolehkan Belanda menguasai Riau dan juga kawasan-kawasan di Selatan Singapura. Kesudahannya kawasan-kawasan ini termasuklah Riau akhirnya telah membentuk Republik Indonesia
Anjungan Riau. 

Info lanjut tentang Taman Mini Indonesia Indah, langsung sahaja merujuk ke Wikipedia