Wednesday, 31 October 2012

Adakah Fat Burner Selamat Untuk Diguna?


Gambar di atas tiada kaitan langsung dengan entry ini, sengaja saya upload sebab menyampah dengan kata-katanya itu.(maafkan aku wahai En.Zafarullah)

Entry yang bakal saya paparkan nanti adalah artikel dari Kevin Zahri, saya sekadar copy & paste untuk melebarluaskan info yang berguna ini. 



Apa tu fat burner? 

Kebanyakkan pembakar lemak atau fat burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis thermogenik. Apa tu? Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. Di sini suplemen fat burner menggunakan kandungan seperti caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.



Pembakar lemak tu umpama minum kopi keras yang meningkatkan denyutan jantung tapi kandungan “kopi” dalam pembakar lemak jauh lebih tinggi.

Pembakar lemak bukanlah membakar lemak tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh theori: 
  • Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari. 
  • Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari. 
  • Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat. 

Jadi selamat tak di-minum? 

Sesuai tak untuk semua? 

Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain. 

Apakah kesan sampingan pembakar lemak tu? 

Kesan sampingan pembakar lemak sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut: 
  1. Resah 
  2. Anxiety 
  3. Nervousness 
  4. Insomnia 
  5. Cepat Marah 
  6. Stress 
  7. Tidak Tenang 

Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan fat burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan fat burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda. 

Jadi bolehlah dikatakan bahawa anda inginkan side effect di atas kerana ia tanda metabolism badan anda berjaya ditingkatkan produk pembakar lemak itu … 

Jadi selamat tak pembakar lemak tu?

Baiklah, sekarang kita sudah memahami kaedah penggunaan fat burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).

  • Jangan gunakan: Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain. 
  • Boleh cuba: Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular. 
Ingat! Jangan bergantung kepada mana-mana suplemen untuk mengawal berat badan anda dan jangan gunakan pembakar lemak untuk jangka masa panjang. 

Sumber: Kevin Zahri

Tuesday, 30 October 2012

KISAH PELAJAR YANG CEMERLANG BAHASA INGGERIS.


Meskipun tak pernah faham simple present tense, simple past tense dan lain-lain tenses. Walaupun tak pernah sentuh The Star dan New Straits Times, serta tak pernah lihat  Reader's Digest, namun penguasaannya terhadap Bahasa Inggeris cukup hebat.....hehehe..

Sunday, 28 October 2012

IKAN BAIK UNTUK JANTUNG.



Kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan ia amat berkait dengan masalah kolestrol berlebihan atau hypercholesterolemia. 

Hasil kajian mendapati, masyarakat Eskimo mempunyai kadarpenyakit jantung yang amat rendah dan paras kolestrol yang lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar-bandar di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas diadakan kajian, didapati kandungan makanan orang Eskimo amat tinggi dengan asid lemak omega 3. 

Pemerhatian yang serupa bagi penduduk di Okinawa Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean, juga mendapati mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Hasil kajian mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut yang lain dengan banyak.

BERAPA BANYAK IKAN YANG PERLU DIMAKAN. 
  • Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan ialah sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. 
  • Makan juga ikan yang lebih kecil saiznya. Ini bagi mengurangkan risiko pencemaran logam raksa dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan, terutamanya ikan-ikan yang besar seperti ikan tuna dan ikan jerung. 
  • Persatuan Jantung Amerika Syarikat(AHA) mencadangkan pengambilan satu gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.


CARA MASAKAN IKAN.
  • Cara memasak ikan juga mempengaruhi paras kolestrol. Jadi ada beberapa perkara yabg perlu diketahui. Jangan menggoreng ikan secara ‘gorengan dalam’(deep fry) atau menggoreng dengan minyak ‘asid lemak trans’ yang boleh melawan kesan kebaikan omega 3 yang berperanan menurunkan paras kolestrol.
  •  Goreng dengan minyak yang sedikit dan penggunaan minyak zaitun disyorkan sebab ia turut membantu menurunkan paras kolestrol 
  • Cara masakan yang baik ialah memanggang,merebus,munggunakan ketuhar gelombang mikro dan stim. 
  • Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik untuk menurunkan paras kolestrol.

Tuesday, 23 October 2012

Ibadah Korban di Kemboja: Usaha Murni Untuk Meringankan Beban Saudara Seagama

Fatwa dari Jabatan Mufti Brunei DarusSalam

Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat : -->SINI 

Saban tahun semakin ramai umat islam yang berminat untuk melaksanakan ibdah korban dan akikah di negara Kemboja. Sebenarnya tidak hanya di Kemboja tapi di mana-mana lokasi/negara yang dihimpit kemiskinan dan kemelaratan hidup, dan Kemboja adalah salah satu darinya. 


Fatwa dari Jabatan Mufti Brunei DarusSalam.

Melakukan korban di luar negeri terjadi kerana beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang korban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya. Namun,sangat tidak wajar andainya kita mengambil kesempatan berkorban di Kemboja kerana harga binatangnya lebih murah, tapi laksanakanlah ibadah korban di sana kerana di sana terdapat ramai fakir miskin yang memerlukan.

Rakyat Kemboja dianggarkan sekitar 15 juta orang dan 7% daripadanya ialah beragama islam, sebahagian besar umat islam Kemboja pula terdiri daripada etnik Melayu Champa. Sudahlah minoriti dan terpinggir, rata-riti mereka juga hidup dalam kedaifan.

Kebetulan, saya berkesempatan berkunjung ke Kemboja, termasuklah ke sebuah perkampungan Melayu Champa pada penghujung Mei 2012, jadi sempat jualah saya memerhati dan meneliti taraf hidup mereka sepintas lalu. Apa yang pasti mereka hidup dalam kedaifan.

Di sebabkan kunjungan saya ke perkampungan melayu Champa tempoh hari agak terhad dan terbatas, maka saya kekurangan gambar untuk dipaparkan, jadi saya terpaksa memaparkan gambar dari Alyaqeenfotopages

Lihatlah betapa daifnya umat islam di sana. 

Utusan Malaysia:Bilangan Umat Islam di Kemboja 



Saya difahamkan, mereka makan nasi putih berlaukkan daging hanya setahun sekali 

Atas dasar itu, amatlah wajar, andainya umat islam melaksanakan ibadah korban dan akikah di Kemboja. Matlamatnya tidak sekadar mengagihkan daging lembu atau kambing, dan tidak juga semata-mata mengadakan kenduri atau memberi makan, tapi lebih penting dari itu, ia bermatlamat untuk mempamerkan persaudaraan islam yang tidak pernah mengenal sempadan geografi. Sangat perlu dan sangat penting untuk kita pasakkan ke dalam hati umat islam di sana betapa kita sentiasa cakna dan prihatin terhadap keperitan 
yang mereka alami. 

Mufti Kemboja. 

Memang ada yang berhujah, buat apa melakukan ibadah korban di kemboja sedangkan di tempat kita juga masih terdapat orang-orang yang memerlukan daging korban. Benar sekali, di tempat kita juga masih ada, malah mungkin agak ramai orang-orang yang memerlukan daging korban.

Tapi percayalah ia tidaklah seteruk di kemboja. Di Kemboja, rata- riti umat islam di sana hanya berkesempatan menikmati daging lembu hanya setahun sekali, iaitu ketika ibadah korban di laksanakan. Apa yang pasti, di sana lebih memerlukan berbanding di tempat kita. 

Surau yg daif di Kemboja. Ustaz Wan Ahmad Tarmize sedang menyampaikan tazkirah

Cuma, bagi memastikan sunnah korban ini dihidupkan, maka perlulah dirancang agar kawasan atau kampung yang kita diami tidak ketinggalan dari melaksanakan ibadah korban. Jangan sampai tiada seorang pun yang melaksanakan ibadat korban di kampung atau kawasan yang kita diami. Andainya, adik beradik atau saudara mara kita merancang untuk berkorban di kawasan atau kampung yang kita diami, maka wajarlah untuk kita berkorban di Kemboja atau mana-mana negara yang lebih memerlukan. Atau jika anda berkemampuan, bolehlah berkorban sebanyak dua bahagian atau lebih. Satu bahagian untuk di tempat sendiri dan bakinya di Kemboja . Dan, andainya berlaku lebihan daging korban, maka daging tersebut boleh dipindahkan/diagihkan ke kawasan,kampung atau tempat lain yang lebih memerlukan. 

Di dalam masjid yang daif di Kemboja 

Masjid yang daif

Surau yang daif 

Surau yang daif yang digunakan oleh umat islam
 di Kemboja untuk beribadat


Gambar –Gambar Sekitar Ibadah Korban Di Kemboja, Kredit buat: Alyaqeenfotopages 

Monday, 22 October 2012

Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman: Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam.



Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, dikenali juga sebagai Abu Anas Madani. Beliau adalah pendakwah yang tidak asing lagi dalam kalangan pencinta ilmu agama. Menjawat jawatan Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),dan Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H,serta beberapa jawatan lain.




                  .

Kesimpulan dari Kuliah Di Atas ialah:

  • Harus untuk memberi dan menghidangkan daging korban sunat kepada orang-orang bukan islam dari golongan ahli zimmah(lihat minit 34:35 – 37:00) 

  • Info Tambahan :Selain Dr Abdul Basit, beberapa ulama tempatan turut berpegang dengan pendapat yang mengharuskan member dan menghidangkan daging korban kepada orang bukan islam dalam dari kategori ahli zimmah. Antaranya ialah Dr. Haron Din, Dr Asri Zainul Abidin serta Dr Zaharuddin Abdul Rahman. 


Piala Malaysia 2012 : ATM MASIH KECEWA



Demam Piala Malaysia 2012 masih lagi bersisa. Tidak hanya Pasukan ATM yang kecewa, malah mesin-mesin ATM turut bersedih di atas kekalahan ATM kepada Pasukan Kelantan.

Tuesday, 16 October 2012

Pelacur Guna Ilmu Guna-Guna(Sende)Untuk Memikat Pelanggan




BETONG (Selatan Thailand) – Keghairahan lelaki Malaysia terhadap layanan hebat pelacur Betong sehingga mereka sanggup berhabis duit untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit rupa-rupanya tersirat rahsia di sebaliknya. Sebelum diulit para pelacur atau dikenali juga sebagai ‘Darling Betong’ itu, lelaki terbabit terlebih dulu dikatakan terkena ilmu guna-guna atau sende (dalam bahasa Siam) yang dipakai pelacur terbabit untuk menarik perhatian para pelanggan. 

Sama ada menerusi minuman yang diberi, hembusan atau sebutan nama, lelaki yang menjadi mangsa akan terus mendekati wanita tersebut tanpa membuat sebarang rundingan harga. Difahamkan, kegiatan itu sering dilakukan pelacur bukan beragama Islam yang berasal dari Chiangmai dan Chengrai manakala mangsa pula terdiri daripada lelaki beragama Islam atau berketurunan India. 

Dakwa seorang penduduk di situ yang hanya dikenali sebagai Nas, 23, perbuatan seumpama itu telah digunakan sejak dahulu lagi oleh sebilangan wanita yang bekerja sebagai pelacur di pusat hiburan dan hotel-hotel murah di pekan berkenaan. Menurutnya, ilmu guna-guna yang dipakai mereka adalah bagi memikat lelaki Malaysia yang datang berseorangan ataupun berkumpulan tanpa mengira usia dan warna kulit. 

Sumber :Kosmo

Info Tamabahan:
Jika beginilah keadaannya, wajarkah kita gunakan istilah terzina atau terlanggan pelacur sebab pelanggan terpaksa berzina dan melanggan pelacur kerana terpukau dengan ilmu guna-guna