Sunday, 30 October 2011

Hukum Memindahkan Daging Korban




Ini adalah sambungan dari tajuk lepas, lihat
SINI


Amalan ini melibatkan aktiviti memindahkan daging korban dari tempat penyembelihannya ke tempat, negeri atau negara yang lain supaya daging korban itu dapat diagih- agihkan kepada golongan yang berhak dan memerlukan di negeri berkenaan.

Sebagaimana melaksanakan ibadat korban di luar negara, memindahkan daging korban juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk membantu fakir miskin di tempat atau negara berkenaan. Ini memandangkan tempat, negeri atau negara berkenaan mempunyai bilangan fakir miskin yang lebih ramai berbanding tempat, negeri atau negara sendiri.

Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dalam bukunya, Islam & Manusia 1001 Kemusykilan, pada halaman 167-168 ada memperkatakan tentang isu ini. Katanya:

“Dalam keadaan tidak ramai orang miskin yang memerlukan daging seperti di Kuala Lumpur dan bandar-bandar raya lain, mengapa tidak dikirim sahaja daging itu kepada orang-orang di luar bandar dan mereka yang tinggal di pedalaman. Insya-Allah, manfaat dan pahalanya lebih besar lagi.”

Saya juga difahamkan, di Indonesia terdapat NGO-NGO islam yang telah bertindak secara bijak dengan menubuhkan Super Korban, dalam usaha membantu fakir miskin di Indonesia seperti mangsa gempa bumi di Yogyakarta pada tahun 2006. NGO-NGO ini telah bertindak mengetinkan daging-daging korban agar ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang panjang. Daging-daging korban yang ditinkan ini akan diagihkan kepada fakir-fakir miskin dan pihak yang memerlukan.

Saya juga tertarik dengan tulisan daripada Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din, dalam akhbar Harakah, edisi 8-11 November 2010 ( 1-4 Zulhijah 1431), ruangan agama bersama Dato Dr Haron Din, pada halaman F8. Apa yang beliau tulis amat menarik untuk direnungi, iaitu perihal pembaziran atas nama agama, atau lebih tepat lagi atas nama ibadat korban.

Menurut Dato Dr Haron Din, puluhan tahun dahulu, pada musim haji, di Makkah atau lebih tepat lagi di Mina, berpuluh-puluh ribu ekor haiwan ternakan disembelih untuk ibadat korban dan akikah. Namun ia dibazirkan begitu sahaja hingga menjadi santapan binatang dan burung-burung. Ini memandangkan terlalu banyak binatang yang dikorbankan hingga tiada lagi mana-mana mulut yang dapat mengunyah dan perut yang dapat menghadam daging-daging korban tersebut. Akhir sekali, daging-daging itu dibiarkan begitu sahaja. Padahal daging-daging tersebut boleh ditinkan dan diagih atau dipindahkan kepada umat-umat islam yang memerlukan di mana-mana pelusuk dunia.


TATACARA MEMINDAHKAN DAGING KORBAN.

Korban wajib (ia termasuklah korban kerana bernazar)

Dalam korban wajib, kesemua daging daripada binatang yang disembelih itu wajib disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Oleh itu, haram hukumnya memindahkan daging korban berkenaan daripada tempat sembelihan. Inilah pendapat jumhur ulama Syafi‘eyah.

Dapat difahami daripada penjelasan di atas bahawa daging daripada binatang korban wajib itu wajib diagihkan kesemuanya kepada golongan fakir dan miskin di negeri (tempat) di mana binatang korban itu disembelih.


Korban sunat

Dalam korban sunat pula, terdapat bahagian daripada daging korban itu yang sunat dimakan oleh orang yang berkorban atau dihadiahkan, dan terdapat bahagian yang wajib disedekahkan.Hanya bahagian atau hak orang yang berkorban itu sahaja yang harus dipindahkan ke negeri lain. Manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin wajib disedekahkan di tempat berkorban itu juga dan haram dipindahkan ke negeri lain.

Secara mudahnya ialah.

a. Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin
Diwajibkan bagi orang yang berkorban untuk menyedekahkan
sebahagian daripada daging korban sunat dalam keadaan mentah, iaitu
tidak dimasak, kepada fakir dan miskin untuk dimiliki oleh golongan
ini.

Bahagian ini wajib disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin
di negeri (tempat) binatang korban disembelih dan haram
dipindahkan ke negeri lain.

b. Sepertiga (1/3) untuk dirinya sendiri
Disunatkan bagi orang yang berkorban memakan sebahagian
daripada sepertiga sembelihan korban sunatnya sebagai mengambil
berkat. Malahan afdhal baginya memakan hati binatang tersebut
kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

c. Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada orang kaya
Disunatkan bagi orang yang berkorban menghadiahkan sebahagian
daging korban sunatnya kepada orang kaya seperti ahli keluarga,
saudara-mara, sahabat-handai dan seumpamanya dari kalangan orang
Islam.

Maka bahagian (b) dan (c) ini adalah harus hukumnya jika daging
korban itu dipindahkan ke negeri (tempat) lain.

Lebih lanjut tentang perkara ini, langsung sahaja ke Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam , lihat
SINI.


Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada orang kaya
Disunatkan bagi orang yang berkorban menghadiahkan sebahagian
daging korban sunatnya kepada orang kaya seperti ahli keluarga,
saudara-mara, sahabat-handai dan seumpamanya
dari kalangan orang
Islam


Sengaja saya ulangi syarat ini, kerana tentu ada yang tertanya-tanya tentang hukum memberikan daging korban kepada orang bukan islam. Ia adalah perkara khilafiah, jadi kita perlu berlapang dada dengan pendapat yang pelbagai meskipun bertentangan dengan pendapat atau pendirian kita. Tentang hal ini, boleh sahaja sahabat langsung merujuk kepada entry saya yang lepas, iaitu
Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam
.
Cuma, di sini, ingin saya paparkan jawapan dari e-Fatwa selaku Portal Rasmi Fatwa Malaysia tentang permalahan ini.

Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970

Keputusan:
Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan

Tarikh Diwartakan:
1 Jan, 1970.


Rujuk e-Fatwa, lihat
SINI.


30 comments :

  1. Timo kasih Syeikh, info ni...lama x masuk blog ni...xdan masa...tp info molek ni Syeikh..

    ReplyDelete
  2. sekarang pon dah banyak agensi yang buat kotrban di negara yang lebih memerlukan berbanding negara kita ni... walopon harus bagi kat orang 'kaya', eeelok le juga kita yang kaya ni bagi keutamaan pada fakir miskin

    ReplyDelete
  3. info menarik.. terima kasih Shameel atas perkongsian ni..

    hida igt setiap kali majlis Korban, mak selalu cakap.. "kat tempat kita ni nk cari yang betul2 fakir mmg takder"..

    ReplyDelete
  4. thn ni saya buat korban melalui irm, sbb memikirkan kat tmpt saya ni susah nak cari fakir miskin.

    kat kg tiap thn mak saya dpt byk daging korban sampai tak abis mkn pun..alangkah elok kalau diberi kpd org yg benar2 perlu.

    ReplyDelete
  5. tak sanggup lak baca part daging berlebihan sampai binatang dan burung yg santap...ikshhh, ruginya...

    setuju bab di tin dan diagihkan tu...
    apa salahnya berkongsi rezeki kan..

    mcm tempat mak sya, mmg ramai yg loaded, jamuan biasa di surau pun mereka semblih lembu dna kambing...

    ReplyDelete
  6. berkorban apa sahaja kerana Allah

    ReplyDelete
  7. belogkiter.
    Trima kasih atas kunjungan sahabat. moga sama-sama dpt ambil manfaat .

    ReplyDelete
  8. TaTJ .
    saya pun hampir seminggu dok BW. ada hal ckit. moga2 dpt dimanfaatkan dlm meniti jalan ilahi

    ReplyDelete
  9. cemomoi.
    setuju skli. cubalh sedaya upaya cari fakir miskin. kalau takde korban jer kt kemboja or palestin

    ReplyDelete
  10. HaiDa HiDa.
    sefakir2 miskin tempat kita taklah sefakir kt kemboja. elok benar kalu berkorban kt sana.

    ReplyDelete
  11. Haszrol.
    Trima kasih ats kunjungan. sama2 kita manfaatkan.

    ReplyDelete
  12. moga Allah terima ibadat korban kita, insyaAllah..

    ReplyDelete
  13. Ujie.
    bagus sekali sbb mencuba mencari fakir miskin yg benar2 memerlukan.

    ReplyDelete
  14. mamaNoriz.
    membazir atas nama ibadat korban umpama sepinggan dosa berulam pahala.

    ReplyDelete
  15. Kunang-Kunang.
    sekadar berkongsi info utk manfaat bersama kak

    ReplyDelete
  16. Cikli.
    mungkin satu masa kita terpaksa mengorbankan hidup dan kehidupan demi islam.

    ReplyDelete
  17. Afida Anuar.
    mudah-mudahan. amin...

    ReplyDelete
  18. selama ni belum pernah tahu ada daging korban yang terbazir sehingga dimakan burung

    ReplyDelete
  19. salam shameel,
    subhanallah... info yang baik! diharap kita akan menjalankan ibadah korban mengikut sunnah Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  20. tehr.
    Tu kisah puluhan tahun dahulu kt Makkah. Skrg dah tak begitu lagi.

    ReplyDelete
  21. caliph shuriken.
    moga dapat kita manfaatkan.

    ReplyDelete
  22. abah aman.
    lamanya abah menyepi dari dunia blog. salam Eidul adha buat abah.

    Falsafah korban hanya dpt dihayati jika ibadat korban dilaksanakan berlandaskan sunnah dan bukannya budaya.

    ReplyDelete
  23. satu perkongsian yang sungguh detail... segala kemushikilan inshaALLAH dah terjawab disini..

    ReplyDelete
  24. nice sharing
    x sempat nak masuk bahagian tahun ini :)

    ReplyDelete
  25. perkongsian yg sgt mnarik incik shameel
    tme kasih ^^,

    ReplyDelete
  26. alamak. kenapa rasa macam sedih tgok kmbing yg kena sembelih tuh? =.='

    ReplyDelete