Sunday, 16 October 2011

Pakar Motivasi dan Teori Karutnya





Ini adalah sambungan dari entry lepas, lihat SINI

"Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" . Surah al-Naml ayat 65.

Di sini, saya bukanlah ingin menafikan sumbangan pakar motivasi. Jauh sekali untuk menidakkan peranannya. Mereka memang berjasa dalam banyak perkara. Cuma, apabila menyentuh persoalan agama, terutamanya perihal akidah, maka kita tidak boleh memerhati dan meneliti sahaja. Apatah lagi meramalkan nasib berdasarkan tarikh lahir merupakan satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Firman Allah yang telah saya paparkan di atas.






Sejujurnya, saya tak pasti, adakah ramalan di atas benar-benar dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah atau oleh manusia lain yang sememangnya tolol. Cuma,cuba lihat pada baris terakhir ramalan itu. Bukankah ini boleh meretakkan rumahtangga seseorang. SUAMI AKAN MERAGUI ISTERI. ISTERI AKAN MENCURIGAI SUAMI. DAN AKHIRNYA PERKAHWINAN AKAN BUBAR.

Lagi satu, ramalan di atas ternyata menyalahi tuntutan agama sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih, iaitu “Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat.” hadis Muttafaqun Alaih. Tapi, hari ini muncul pula kriteria terbaru dalam memilih pasangan, iaitu, pilihlah pasangan berdasarkan tarikh lahirnya. Ini kriteria yang menyalahi sunnah.




MUNGKIN ADA YANG BERALASAN, ini adalah hasil kajian terperinci seorang pakar motivasi terkenal selama 25 tahun. Tapi harus diingat, Isu yang berkaitan dengan perkara ghaib mestilah berdasarkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan

c) Fitrah kejadian alam (Fitrah Sunnatullah).



Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya.

Tentang Fitrah kejadian alam (sunnatullah), Ia termasuklah beranggapan atau menjangkakan hari akan hujan setelah melihat langit yang gelap. Ini kerana langit yang gelap/mendung sememanngya petanda akan turunnya hujan. Begitu juga dengan ramalan cuaca, ia melibatkan pemantauan dan peneltian dengan menggunakan teknologi moden termasuklah satelit. Ia mengambil kira pergerakkan awan dan kelajuan angin (yang diukur berdasarkan teknologi moden) dan awan itu dijangka sampai ke lokasi tertentu pada masa tertentu(pagi,petang atau malam).Termasuk juga dalam kategori ini ialah menjangkakan seseorang akan sakit atau demam apabila melihat tubuhnya yang lemah dan suhu badannya yang meningkat.


Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mengetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagainya amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah tidak boleh sama sekali jika ingin dianggap sebagai fitrah kejadian alam (sunnatullah) atau percubaan dan analisa. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satelit. Ramalan Rahsia Tarikh Lahir pula hanyalah kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang kemudiannya didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, dan seumpamanya. Ia amat menyimpang dari ajaran islam.

Dan yang paling bahaya, ramalan Rahsia Tarikh Lahir ini memberi kesan buruk ke atas agama dan lebih tepat lagi terhadap akidah. Sebab ia seakan-akan menuduh Allah itu Maha Zalim dan Maha Kejam. Apa tidaknya, orang-orang yang ditakdirkan lahir pada hari tertentu dan memiliki ciri-ciri fizikal tertentu dianggap sial,hina dan keji. Hakikatnya, persoalan masa lahir ( baik hari mahupun tarikh) dan sifat-sifat fizikal, manusia sebenarnya tiada pilihan melainkan mengikut sahaja kehendak Allah. Itu adalah takdir.

Takdir tidak sekadar suratan tapi ia merupakan kurnian-Nya. Jadi, siapakah kita untuk mempertikaikan kurnian Allah kepada kita. Jadi, bila meramalkan hari lahir yang tertentu dan sifat fizikal tertentu membawa sial, itu bererti menuduh Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kejam dan Tuhan Yang Maha Zalim. Tidakah ini membawa kepada syirik.


33 comments :

  1. moga orang yang terikut-ikut dengan jarum halus musuh islam sedar akan kepincangan yang dibawa atas nama ilmu 'jiwa/psikologi' tu dan kepada khalayak muslim eeelok le jauhi daripada menghabiskan masa dengan perkara yang tak memberikan manfaat ni...

    ReplyDelete
  2. Lebih baik ambil yang tentunya betul yg ditinggalkan oleh Nabi Muhammmad S.A.W. iaitu Al-Quran&Sunnah baginda...tapi Syeikh yg mana ilmu yg boleh membawa kebaikan x salah utk kita ikuti tetapi waspada kerana setiap yang dilafazkan oleh sesorang itu kemungkinan terdapat pro/kontra maksudnya...terserahlah kpd kita utk tafsirkannya.. cuma jgnlah terpesongkan akidah Islam yg kita miliki selama ini...

    ReplyDelete
  3. masa pertama kali tau mengenai 'rahsia tarikh lahir' ni adalah melalui seorang ustazah. dia tau dari kursus utk para guru2.

    masa tu rasa keliru, saya rasa mcm tak betul tapi nampak mcm betul sbb disebarkan dlm kursus. dgn segala penjelasan shameel ni, saya bertambah jelas apa yg tak betulnya. thanks.

    ReplyDelete
  4. salam..
    terima kasih Shameel atas penjelasan ni.. moga kita semua tidak terpesong dari ajaran yang sebenar..

    ReplyDelete
  5. exactly cikgu!

    say dah lama terfikir pasal ni,
    dia punye karut tu lebih kurang macam telek nasib kan...


    iskhhh, di jauhlah dr terpesong ;(

    ReplyDelete
  6. Kita perlu hati hati supaya akidah tidak lari atau syirik kepada Allah...

    MyKad Gergasi
    Taman Negara Package
    Travel Online Shopping

    ReplyDelete
  7. salam sahabat..
    pertama : saya tak pernah suka pada motivator yg sahabat nyatakan di sini..ada sesuatu yg mengganggu 'respek' saya kepada beliau..

    kedua: setahu saya, tiada mana2 IPT yg mengikhtiraf hasil kajian beliau..pernah saya tahu alasannya malangnya saya terlupa..jgn ada siswa yg memetik kata beliau sewaktu apa-apa pembentangan, nanti diketawakan.. [betulkan saya jika saya tersilap..]

    ReplyDelete
  8. cemomoi.
    kepincangan yg dibawa ats nama psikologi menyebabkan byk mata yg kabur. sepatutnya umat islam menimbang apa sahaja yg diterima dgn menggunakan neraca syarak.

    ReplyDelete
  9. TaTJ.
    apa sahaja yg baik adalah sah disisi islam dan kita berhak mengambil dan memanfaatkannya. cuma dlm kes ramalan nasib, tidak boleh sama sekali diterima walau dgn alasan utk mencari kekuatan dan kekurangan diir sbb ia termasuk dlm meramal perkara ghaib.

    ReplyDelete
  10. Ujie.
    kalau kita tgk kt FB ramai juga para ustaz dan ustazah yg ghairah tag mengetag aplikasi rahsia tarikh lahir ni.

    Jadi para alim ulama yg sepatutnya kita rujuk dan ia sejajar dgn firman Allah, Fas alu ahlal zikri in kuntum ta'lamun(bertanyalah kpd org yg mengetahui, jika kamu tidak mengetahui).

    Dan syukur kpd Allah, dgn ledakan teknologi spt youtube, fb dan blog kita dapat memperolehi maklumat sbnr dgn lebih tepat dan cepat.

    ReplyDelete
  11. HaiDa HiDa.
    sama-sama Haida. Berdoalah snetiasa agar kita tidak tergelincir dri akidah

    ReplyDelete
  12. ramalan yang berjela-jela. mesti ada satu yang kena....

    ReplyDelete
  13. Shameel, dulu2 saya ada terbaca jugak la pasal kajian beliau ni, tapi orang kata baca sekadar suka2...

    bila baca2, macam ramalan bintang pun ada iyer dak?

    ReplyDelete
  14. aqidah perlu dijaga..
    segala ramalan adalah tidak betul adalah salah...hanya Allah yg maha tahu .

    ReplyDelete
  15. mamaNoriz.
    mmg ia tergolong dlm kategori tilik nasib

    ReplyDelete
  16. Miecyber.
    ini agenda syirik secara halus

    ReplyDelete
  17. a.samad jaafar.
    Terima kasih sahabat ats tambahan info. Baru saya tau yg IPT tak iktiraf mana2 kajian dia. Terima kasih skli lagi ats tambahan info.

    ReplyDelete
  18. Cikli.
    itulh yg berlaku tapi bagi org yg taksub trus percaya

    ReplyDelete
  19. Afida Anuar.
    yer btol tu afida. ia lebih krg ramalan bintang juga. tapi heran jugak sbb ramai juga yg percaya

    ReplyDelete
  20. kasihredha.
    setuju skli kak. akidah perlu diutamakan dan kita tidak boleh terburu2 nafsu dgn perkara2 yg karut sebegini.

    ReplyDelete
  21. sewajarnya kita menolak teori seperti ini

    kalau semua percaya dan taksub, boleh kacau bilau jadinya nanti

    ReplyDelete
  22. bahaya ye, gunakan alasan ilmu psikologi untuk menyebar menda2 karut cenggitu.. masalahnya yang menyebar tu pulak bukan cekai2 orang.. sebab tu orang mudah terpedaya.. memasing ada yang ada PhD tu..

    ReplyDelete
  23. tehr.
    Teori sesat yg mengancam akidah mcm ni sepatutnya disekar drp disebarkan

    ReplyDelete
  24. Anaa.
    mmg ramai yg taksub dgn pakar motivasi ni. sorg lagi yh terkenal dgn teori karut ni ialah Dr azizan osman

    ReplyDelete
  25. hurrmmmmmm
    betol2
    mungkin niat mereka hanya memotivasikan diri...
    moge x tersasar jauh dr iman an Islam la kan =]

    ReplyDelete
  26. kalau baca sahaja oklah...
    tapi ada yang betul2 percaya pula

    selalunya golongan remaja.

    ReplyDelete
  27. aimie amalina.
    mengikut ulama sahaja sebab tidak boleh dijadikan alasan sbb ia termasuk dlm kategori menilik nasib

    ReplyDelete
  28. NaeBlog.
    seeloknya jgn baca dan jgn terlibat. pendekatan saddu zaraie(menutup pintu keburukan) perlu dlm kes ni

    ReplyDelete
  29. Pondok Usang.
    Terima kasih ats kunjungan. moga dapat dimanfaatkan utk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. sebenarnya ramai yang xsetuju dgan rahsia tarikh lahir ni adalah dikalangan yang xpernah belajar tentang ilmu tu atau salah faham. apa yang ada dalam fb tu memang berbentuk ramalan,dan kita xtahu mcmna dia kira. tapi apa yang diajar oleh dr azizan adalah bukn ramalan tapi cara kita nak tahu karektor dan kelemahan diri yang Allah dah bagi,sebelum ni mungkin kita xperasan yg kita ada potensi yang hebat utk berjaya dan ada kelenmahan yg perlu diabaiki tp bila gunakan kajian dari trikh lahir,ia satu kaedah yg cepat utk kita muhasabah kenal diri kita,jika betul karektor mengikut trkh lahir tu memang ada pada kita maka jika ianya baik fokuskan lah dan guna utk kebaikan jika ada karektor yg negatif maka perbetulkan dan atas kita sahaja utk i`tiqad yang tarikh lahir dan karektor kita memang Allah dah tetap cuma ini satu kaedah utk kita tahu apa krektor dan potensi kita,jika kita kata trkh lahir x ada kena mengena dgn karektor maka seolah-olah kita mengatakan yng Allah tetapkan kita lahir pd trkh tertentu secara sia2 padahal Allah xbuat sesuatu secara sia2,jadi antara hikmah Allah tetapkan trikh lahir kita adalah sesuai dgn karektor yg dikaji. cuma kena ingat xsemestinya tepat dan jgn pcaya pada trkh lahir tu yg menentukan krektor,semuanya atas diri sendiri

    ReplyDelete
  32. Islamic StudySmart Centre.
    Trima kasih atas komentar. Cuma saya pinta berhujahlah dgn bersenjatakan dalil2 agama.

    Kata2 anda yg sy jelmakan kembali kt bawah ini amat melucukan ..
    "jika kita kata trkh lahir x ada kena mengena dgn karektor maka seolah-olah kita mengatakan yng Allah tetapkan kita lahir pd trkh tertentu secara sia2 padahal Allah xbuat sesuatu secara sia2,"

    Kalau berpandukan kata2 anda, kita wajib percaya jika biawak melintas akan membawa sial, sebab andainya tak percaya seolah2 kita menuduh sia-sia sahaja Allah mencipta biawak.


    sepatutnya para ulama mukatbar yg kita rujuk dan bukannya manusia2 yg menjaja teori karut ini atas nama motivasi

    ReplyDelete