KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.
“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
Berita Selanjutnya Sila Baca SINI
INFO TAMBAHAN:
Apa sahaja perlu ada had dan kadarnya, begitulah juga dengan Facebook. Andainya melebihi had dan kadar, maka bahayalah yang menanti. Ambil contoh mudah, kalau kita memandu melebihi had dan kadar yang ditetapkan, tentu padah menanti. Paling tidak,wang akan melayang gara-gara speed trap.
Malah dalam beramal ibadah pun ada had dan kadarnya. Berlebih-lebihan takut nanti terkeluar dari sunnah dan cendorong ke arah bid’ah. Kalau kita rujuk sejarah awal islam, kita dapati Nabi Muhammad S.A.W melarang dan menegur sikap sesetengah sahabat yang ingin memusatkan perhatian kepada ibadat dengan melakukan puasa setiap siang hari dan bersolat setiap malam dan menjauhi wanita. Kata Nabi S.A.W “"Adapun saya, berpuasa dan makan, shalat dan tidur dan menikahi wanita….”
Kembali kepada tajuk, Saya paparkan kembali kata-kata ini(seingat saya ia kata-kata Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi) Media umpama pedang yang tajam. Andainya digunakan untuk berjihad, jadilah ia alat berjihad. Tapi, andainya digunakan untuk merompak, maka jadilah ia alat untuk merompak.” . Jadi di sini, FB berupaya menjadi ALAT yang boleh dimanfaatkan sekali gus mendapat redha-NYA. Namun ia juga boleh menjadi ALAT yang memudaratkan yang boleh mengundang murka-NYA.
Tentang ketagihan Facebook yang melanda pelajar-pelajar, ia memang membimbangkan, apatah lagi mereka cenderung untuk menjadikan Facebook ALAT yang memudaratkan yang boleh mengundang murka-NYA. Mereka lupa had dan kadarnya, jadi yang perlu dilakukan ialah menyedarkan mereka tentang had dan kadar tersebut.
Bagaimanakah caranya?
Itu yang perlu difikirkan oleh semua. Baik ibu bapa, pendidik, pemimpin, ulama, pemikir dan sesiapa sahaja yang prihatin.
4jam jer,bro.agak singkat masa tuh.memang kalau masa 4jam yang diperuntukkan tuh sudah menunjukkan satu ketagihan tapi rasanya ngeblog lebih lama dari berfacebook.
ReplyDeletedlu tergolong jgk sbnarnya...tp kini byk mende yg plu diutamakan
ReplyDeleteeheheh
salam..
ReplyDeletesatu angka yg tinggi gak tu..
dulu mmg salah sorang yg aktif gak la berFB ni.. tpi skank dah blh kawal.. ada masa2nya juga tuk bukak..
tapi jika mereka mmg cenderung ke arah tu.. pihak2 yg terbabit kne la cari solution tuk menjadikannya sebagai elemn yg blh memberikan manfaat tuk semua..
kalau 4jam habis kat Fb semata, mmg parah. Sbb kat internet ni byk jugak ilmu boleh dicari.
ReplyDeleteapapun, mmg mencabar jadi ibubapa zaman sekarang.
tu yg tak nak pasang linet tenet tetap di rumah, kang abis lekat depan pc jek...huhuu
ReplyDeletebukan tu je, lagi takut dia surf benda yg merepek2 tu...iskhhh
ghost writer.
ReplyDeleteHahaha, ketagih berblog pun bahaya jugak kan.
Titisan Hujan.
ReplyDeletesaya pun sama juga. waktu mula2 kenal FB ni mmg asyik FB jer. tapi skrg hanya lihat sepintas lalu jer.
HaiDa HiDa.
ReplyDeleteJika dibiarkn ketagihan ia boleh merosakkan perstasi akademik pelajar sebenanrya selain menjejaskan kesihatan dan meningkatkan gejala anti-sosial.
Ujie.,
ReplyDeletesetuju sekali. tugas ibu bapa hari ini semakin mencabar
mamaNoriz.
ReplyDeletesurf yg bukan2 tu lagi bahaya. hahaha
alamak...terasa nie... -.-
ReplyDeletebagi saya la shameel, banyak buruk dari baiknya. Yang guna utk kebaikan fb ni saya rasa seciput je. Tapi banyaknya yang lagho iyer dak? Saya pun mungkin tak tekecuali dulu2. Masa ada fb..huhu
ReplyDeletesalam sahabat..
ReplyDeletesaya sempat gila Fb dlm seminggu je.. agak membosankan..passwordnya pun saya dah lupa..
memang lebih dr 4jam sbnrnye..
ReplyDeletekan shameel kan??
xdenye cukup aih 4 jam je :P
luv,
cik ana