KISAH seorang lelaki disumpah menjadi batu oleh ibunya begitu popular dalam masyarakat Melayu Nusantara. Di Malaysia, lelaki itu dikenali sebagai Si Tanggang manakala dia dipanggil Malin Kundang di Indonesia dan Nakhoda Manis di Brunei. Menurut mitosnya, Si Tanggang ialah seorang pemuda miskin yang merantau mengikut sebuah kapal bagi mencari kekayaan.
Malangnya, selepas kaya dia berubah menjadi sombong dan langsung tidak menjenguk ibunya walaupun semasa kapalnya berlabuh di kampung ibunya. Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut untuk mencari Si Tanggang telah dihalau oleh anaknya itu.
Si Tanggang yang telah memperisterikan seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu kerana malu mempunyai ibu yang miskin. Disebabkan kecewa, si ibu telah menyumpah Si Tanggang menjadi batu.
Apa yang menarik, batu yang didakwa sebagai Si Tanggang itu boleh ditemui di sebuah gua di Batu Caves, Selangor. Batu berbentuk manusia juga ada terdampar di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera, Indonesia manakala di Brunei, ia terletak di tepi laut Jong Batu.

(gua gelap tempat si Tanggang dan kapalnya disumpah menjadi batu)
Darah Si Tanggang
Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi tempat mengalirnya darah Si Tanggang.
“Anda dapat melihat sendiri seakan-akan darah mengalir di celah batu dan lantai gua ini. Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang.
“Kesan ini wujud sejak gua ini ditemui pada tahun 1889,” ujar warden Gua Gelap, Batu Caves, Hadrian Sanie, 42, sambil menunjukkan batu berwarna merah seperti darah beku manusia.
Hadrian telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun lalu. Kisah Si Tanggang itu diceritakan dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi.
“Ramai juga pelancong yang memasuki gua bertanyakan perkara yang sama. Malah mereka takut untuk memegang air dan batu tersebut,” kata Handrian.
Tetapi terdapat penjelasan tentang perkara itu mengikut ilmu geologi.
Profesor Mohd. Shafeea Leman, 53, Ketua Kumpulan Teras Warisan Geologi Malaysia (KWGM) mempunyai jawapannya.
“Proses semula jadi di gua itu sendiri mengakibatkan fenomena itu berlaku. Aliran air yang mengandungi besi oksida menyebabkan batu itu berwarna oren.
“Kemudian oksigen menukarkan pula batu itu kepada warna merah. Ia bukan darah tetapi kesan perubahan kimia batu itu,” ujarnya.
Di Pantai Air Manis pula, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Padang, Sumatera, terdapat batu Si Tanggang dan kesan kapalnya. Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah.
Batu yang dikatakan telah dibentuk semula itu kini masih menjadi tarikan pelancongan di situ.

(percikan darah Si Tanggang dalam Gua Batu Gelap di Batu Caves)
Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, kisah Si Tanggang amat dekat dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.
“Malangnya, tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu walaupun pada masa itu tamadun manusia sudah berkembang.
“Dengan adanya cerita mengenai kapal dan perdagangan yang melibatkan Si Tanggang menunjukkan ketamadunan manusia telah berkembang di nusantara ketika itu,” katanya kepada Jurnal.
Ramlah memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan secara lisan dan mungkin perjalanan ceritanya berbeza kerana ada penambahan daripada versi asal.
“Ia kemudian dimasukkan unsur komersial seperti magis bagi mencantikkan lagi cerita.
“Lagipun versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga negara ini hampir sama. Ini agak pelik. Bagaimana seorang individu atau satu kejadian boleh berlaku di tiga lokasi?” katanya.
Ujar Ramlah, persamaan versi kisah Si Tanggang ialah perjalanan ceritanya banyak berkisar mengenai laut atau sungai, aktiviti perniagaan dan perkampungan nelayan, selain cerita derhaka si anak kepada si ibu.
Bukti saintifik
Ramlah turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja tetapi juga di dunia seperti yang cuba digambarkan dalam kisah Si Tanggang.
Bagi pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, kebenaran kisah Si Tanggang boleh dibuktikan dengan melakukan ujian saintifik ke atas batu berbentuk manusia yang didakwa sebagai kesan sumpahan lelaki itu.
“Para pengkaji sejarah boleh menguji batu-batuan di ketiga-tiga lokasi bagi menentukan usianya.
“Selepas itu, kita bandingkan usia batu itu dengan usia cerita lisan yang diceritakan dari mulut ke mulut sejak berzaman lalu itu,” terang Ali.

Katanya, dari sudut geologi, pembentukan batu-batuan yang menyerupai manusia dan kapal bukan perkara mustahil.
“Walaupun tidak seratus-peratus tepat, proses hakisan yang disebabkan faktor semula jadi seperti angin dan air boleh membentuk objek seperti manusia, haiwan atau benda tertentu.
“Kadangkala manusia sendiri mungkin menambah dan mengukir batu-batu tersebut supaya menyamai rupa manusia,” katanya
Sumber: KOSMO
INFO TAMBAHAN:
Pandangan pakar geologi adalah lebih wajar dan waras untuk diterima pakai berbanding pandangan pakar sejarah. Apatah lagi, pakar sejarah tersebut, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam pernah dianggap juling sejarah oleh sesetengah pakar sejarah yang lain kerana mengistiharkanTanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Dr. Ramlah Adam juga pernah dianggap sebagai manusia yang terkeliru dan kemudiannya mengelirukan oleh seorang pakar perlembagaan terkenal negara.
“Dari sudut geologi, pembentukan batu-batuan yang menyerupai manusia dan kapal bukan perkara mustahil. Kadangkala manusia sendiri mungkin menambah dan mengukir batu-batu tersebut supaya menyamai rupa manusia,” Kata-kata pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan ini lebih bernilai ilmiah.
menarik...:)
ReplyDeleteZura.
ReplyDeletemmg kisah yg menarik. tapi suakr utk dipercayai. mcm juga kisah sangkuriang di tangkuban perahu bandung.
Ambil sikit sampel batu dan buatle ujian. Contohnya ujian usia batu. Jika batu2 itu amat tua, misalnya lebih dari 10,000 tahun atau 1 juta tahun, maka mustahil ia serpihan kapal atau fosil manusia si tanggang atau malin kundang. Ini kerana lagenda anak derhaka itu tidak setua batu2 itu.
ReplyDeletepenjelasan yg menarik!
ReplyDeletemmg sukar utk dipastikan, tapi ia bukan mustahl berlaku. mungkin jalan cerita saja yg kurang tepat akibat tokok tambah nenek moyang kita yg diceritakan secara lisan.
ReplyDeletesama mcm mahsuri, lagenda langkawi.. betul kah sumpah 7 keturunan itu benar2 terjadi??
Yong.
ReplyDeleteItulah kaedah terbaik. Kaedah pentarikhan karbon(cardon dating) rasanya yg digunapakai oleh menentukan usia batu(trmasuk fosil)
Ujie.
ReplyDeletesy pun tertarik dgn cerita sebegini. sbnrya kt gua tempurung perak pun byk batu yg bentuknya seakan2 makhluk spt gajah dan lain2
?.
ReplyDeleteTK lama menghilang. Itulh mslhnya dgn cerita lisan. sbb ia diceritakan secara lisan jadi kesahihannya dipertikaikan sbb tiada bukti utk disandarkan. mcm juga kes hang tuah dan puteri santubong.
cmne leh ade percikan darah sdgkan disumpah menjadi batu
ReplyDeletesemua ni terbentuk akibat kejdian alam.kebetulan yg betul ^^,
*betul ke apa yg th ckp nie?
Titisan Hujan.
ReplyDeletemetos dan lagenda semata-mata.Semua tu tindakan kimia.
Mungkin kisah itu benar.. huhuhu..
ReplyDeletesecara logik mungkin disebabkan proses luluhawa, hakisan..
mungkin pakar geologi boleh kaji usia batu ni untuk mendapatkan lebih kepastian..
LOgik juga ada orang duk ukir2 batu tu, apa pun Allahualam..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteramlah adam...hahaha.. zainal keling itu prof kangkung.. ramlah itu.. bayam ???
benar atau tidak, mesej moral dalam cerita ini bagus sekali..saya pernah melihat objek yg dikatakan sbg malim kundang..saya 'terpesona'..
LadyBird.
ReplyDeleteMungkin ia kisah benar tapi menjadi kabur sbb tokok tambah. kajian secara saintifik perlu diadakan.
Afida Anuar.
ReplyDeletemmg tak mustahil Afida kalu org ukir batu tu. Begitu juga kes kubur yg tokoh tertentu panjang dan besar. Kebanyakkannya sengaja dipanjangkan dan diperbesarkan saiznya utk menunjukkn kemulian si mati.
a.samad jaafar.
ReplyDeletebenar skali sahabat. mesej yg ingin disampaikn dlm kisah Si Tanggang dan Malim Kundang amat indah dan wajar direnung. Kisahnya mempunyai seribu erti dan sejuta makna. Erti kasih dan sayang kpd org tua.Makna sedar asal usul .
Bertuah sahabat sbb dah dpt lihat batu malim kundang tu dgn jarak dekat. saya belum lagi berkesempatan ke Padang, Sumatera Barat. Hanya ke Medan Sumatera Utara sahaja disamping bandung dan jakarta juga sedikit kalimantan.
saya cuba fikir macam ni
ReplyDeleteada orang yang terjumpa batu berbentuk seperti itu
sebagai didikan dan nasihat kepada anak cucu, cerita pula digubah
lama kelamaan cerita menjadi sebati dengan masyarakat
pendapat saya je
tehr.
ReplyDeleteada benar juga pandangan tehr tu.
ada benar jugak kisah tooo
ReplyDeleteAs-salam kenal dari BS