Wednesday, 5 October 2011

Kota A Farmosa : Antara Kecelaruan Sejarah Dan Pemurnian Fakta.



Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu,
SEJARAH NEGERI MELAKA: PENILAIAN SEMULA DAN PEMURNIAN FAKTA dan juga Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim Bersetuju Agar Sejarah Ditafsir Semula.


Kota A Farmosa tidak sekadar mercu tanda negeri Melaka. Ia juga merupakan saksi bisu disebalik kehancuran Kerajaan Melayu Melaka. Kita juga, sedari dahulu lagi, telah diyakinkan sesungguhnya Portugislah yang membina Kota A Farmosa. Mengikut catatan sejarah, Portugis telah melancarkan tiga serangan untuk menguasai Melaka. Serangan pertama bermula pada 25 Julai 1511, serangan kedua pula pada 10 Ogos 1511 dan serangan ketiga, juga yang terakhir ialah pada 24 ogos 1511.

Tarikh 24 Ogos 1511 inilah yang menyaksikan Melaka tewas di tangan Portugis dan sekali gus menamatkan Kesultanan Melayu Melaka. Untuk memastikan kedudukannya benar-benar terjamin, Portugis telah membina Kota A Farmosa, iaitu sebuah kompleks pertahanan yang amat kukuh. Ketika Belanda datang, kota pertahanan digunapakai pula oleh Belanda. Kota A Farmosa mula dirobohkan apabila British datang ke Melaka pada tahun 1795. Dan hanya pintu Kota A Farmosa sahaja yang tidak dijahanamkan oleh pihak British, dan itulah sisa atau baki Kota A Farmosa yang masih ada sampai ke hari ini untuk tatapan pelancong.

Itulah sebahagian daripada fakta berkaitan Kota A Farmosa. Baru-baru ini, atau lebih tepat lagi dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27 September 2011, muka surat 14, terdapat sebuah artikel berbunyi BUKU BONGKAR ‘RAHSIA’ MELAKA. Buku yang dimaksudkan berjudul History Of Dutch In Malaysia, yang ditulis oleh Dennis De Witt. Buku tersebut dihasilkan berasaskan kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh beliau. Katanya, dia menggunakan tiga jenis sumber bagi menulis buku tersebut, iaitu sumber utama, kedua dan lagenda. Sumber utama merujuk kepada bahan-bahan yang asli atau bukti seperti artifak, dokumen, rakaman ataupun maklumat seperti gambar.

Dalam buku tersebut, penulisnya tidak sahaja membongkar malah membawa bersama versi terbaru tentang sejarah pembinaan Kota A Farmosa. Menurut beliau, Kota A Farmosa bukannya di bina oleh Portugis, tetapi oleh Belanda. Menurut Dennis De Witt, seni dan ukiran pada pintu gebang A Farmosa menunjukkan ia adalah milik Belanda( tambahan dari saya – ia adalah seni bina Belanda).

Tidak setakat Kota A Farmosa, malah beberapa laras meriam yang kini dijadikan perhiasan di beberapa lokasi di bandar Melaka, termasuklah yang dipamerkan di Bukit St John Bandar Hilir, turut didakwanya sebagai meriam tinggalan Belanda dan bukannya Portugis. Katanya, ini berdasarkan ciri bentuk dan tulisan yang terdapat pada meriam tersebut.

Sama ada benar atau tidak dakwaan Dennis De Witt ini, ia perlu dikaji dan dihalusi dengan lebih teliti. Apa yang pasti, ini merupakan kali yang kedua tentang kecelaruan fakta mengenai sejarah negeri Melaka. Tahun lepas, terdapat pihak-pihak tertentu termasuklah Ketua Menteri Melaka yang mencuba untuk memanjangkan hayat Kerajaan Melaka dengan mengemukakan fakta yang menyanggahi kelaziman dan menyalahi kebiasaan. Mereka telah mempertikaikan fakta tentang tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka yang ditulis oleh Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental.

Menurut mereka, dakwaan Tome Pires tentang pengasasan Melaka pada tahun 1400 atau 1402 masehi adalah tidak tepat. Mereka mendakwa buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja bongsu sebagai lebih tepat dan sahih tentang sejarah kewujudan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi Raja Bongsu, Melaka dikatakan diwujudkan pada tahun 1262 Masehi dan bukannya 1400 atau 1420 masehi.

Cuma, seandainya Suma Oriental dinafikan, maka tidak boleh lagi kita mendakwa Parameswara yang mengasaskan Melaka. Sebab, itu adalah berdasarkan catatan Tome Pires. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu, saya rujuk kepada versi paling popular(sebab Sejarah Melayu sebenarnya ada banyak versi), iaitu Sejarah Melayu Versi W.G. Shellabear(m/s. 53) pengasas Melaka ialah Raja Iskandar Syah.

Tapi, harus diingat, amat sukar untuk diterima akal akan fakta-fakta dalam Sejarah Melayu, sebab banyak sangat karut marutnya. Antara karut marutnya ialah padi di sawah bertukar tiba-tiba, buahnya emas, daunnya menjadi perak dan batangnya menjadi tembaga sebagai tanda keberkatan setelah ketibaan tiga orang putera raja yang berketurunan Iskandar Zukarnain dan Nabi Sulaiman. Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan karut marut yang lain, iaitu lembu yang dinaiki oleh tiga orang putera raja tadi telah melahirkan manusia menerusi muntahnya. Lebih lanjut tentang ini, sila baca di
SINI.

Tapi saya bimbang, takut-takut Prof Zainal Kling turut terlibat dalam pentafsiran semula sejarah Melaka. Bukan apa, sebab risau nanti didakwanya Portugis dan Belanda tidak pernah menjajah Melaka tapi sekadar untuk menaungi dan melindungi dengan penuh kasih dan sayang.

23 comments :

  1. kenape nak ubah sejarah kan shameel?? tahun 2014 plak student skolah rendah dah mula kena absorb subjek sejarah pulak..hemm~



    luv,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  2. info menarik ni cikgu.
    apa yang dennis bawak tu memang agak mengejutkan ali rustam.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu shameel,

    sejarah di malaysia nampaknya makin caca marba. harap-harap sejarah/ sirah nabi tidak diputar belitkan oleh mereka yang buta sejarah.
    cukuplah sejarah paleolotik, mesolitik dan neolitik yang memang tak masuk akal tu... ishhhh

    ReplyDelete
  4. Kesian budak2 yang belajar sejarah, pening jadinya shameel.. hehe.

    ReplyDelete
  5. fakta sejarah boleh saja diubah, asalkan dgn bukti kukuh.
    tapi pasal Prof tu mmg tak logik. sbb dia cuma ubah cara berfikir, bukan berlandaskan bukti nyata.

    ReplyDelete
  6. alahai cikgu shameel,
    sejarah bukanler subjek feveret... panjang lebar kupasan cikgu.. Dapat la jugak refresh balik memori yang dah berkarat ni..

    ReplyDelete
  7. Salam cg.Shameel,

    Setuju, penulisan Hikayat Sejarah Melayu memang bercampur aduk dengan unsur tahyul, dongeng, mitos (pengaruh hindu-buddha)... sukar dipercayai akal logik

    Saya amat berharap pakar sejarah kita melakukan sesuatu. Membuat pentafsiran yang bebas berdasarkan Fakta Sejarah yang tepat dan benar.

    Terima Kasih... Kupasan yang menarik!!!

    ReplyDelete
  8. anamizu.
    sebenanrya perubahan dlm subjek sejarah mmg perlu andainya versi sedia ada kurang tepat. Sbb fakta krg tepat akn menyebabkan kita tersalah dlm menjatuhkan hukuman moral kpd pelaku dlm peristiwa sejarah itu.

    ReplyDelete
  9. Cikli. elok juga ali rustam terkejut sbb tahun lpas dia yg paling ghairah nak lanutkan usia kerajaan melaka dgn berhujah guna buku sejarah melayu

    ReplyDelete
  10. Latifah.
    w/salam Latifah. mmg sgt caca marba sejarah negara skrg ni. Begitulah nasib sejarah seabgai ilmu mempelajri kisah org yg dah mati

    ReplyDelete
  11. Afida Anuar.
    Bukan budak2 jer yg pening tapi lagi teruk pakar2 sejarah mcm prof zainal kling pun turut pening.

    ReplyDelete
  12. Ujie.
    Benar sekali UJie. Sy bersetuju sgt dgn pandnagan awk. Fakta sejarah boleh diubah jika terdapat bukti yg kukuh.

    ReplyDelete
  13. Anaa.
    hahaha. elok juga subjek sejarah tak feveret sbb bila feveret takut nnt ramai lahir org mcm zainal kling. hehehe

    ReplyDelete
  14. NaeBlog.
    Itulh masalahnya dgn teks sejarah melayu. terlalu byk karut marutnya. entah berapa peratus sgt fakta yg tepat dan benar dlm teks sejarah melayu.

    saya pun amat mengharapkan agar pakar2 sejarah dapat melakukan tafsiran semula terhdap sejarah negara. Dgn cara ni, nama2 yg dicemari oleh fakta krg tepat dpt diperbetulkan.

    ReplyDelete
  15. sejarah bila dibukukan untuk menceritakan pihak yang menang, memang akan terserlah penipuan yang tersembunyi..

    kita tidak hidup dizaman itu menyebabkan kita tak dapat mengetahui kesahihan citer sejarah itu..walaupun ada kesan peninggalan,kadang2 citernya dibawa dari mulut ke mulut mesti ada penyelitan atau tokok tambah cerita untuk menyedapkan cerita tersebut sampai timbul kekeliruan fakta..

    sekejam2 british sekalipun, dorang tak pernah palsukan sejarah mereka menjajah huhu..

    ReplyDelete
  16. sbb ada sejarah karut tu lah cite Merong mahawangsa oleh KRU tu byk di ubah sbb bila kru kaji byk sgt menyeleweng, takut terpesong akidah ...huhu

    betul tak cikgu?

    ReplyDelete
  17. kdang2 kompius dgn sjrah malaysia..
    :)

    kna bg penjelasan yg jlas..utk elakkan kekeliruan

    ReplyDelete
  18. Syuxer.
    Sejarah diragui sbb ia tak setepat 1+2=3. ia byk dipengaruhi oleh unsur bias.

    ReplyDelete
  19. mamaNoriz.
    Hikayat Merong Mahawangsa pun terlampau banayak karut marutnya. Ia bukan sejarah sebenarnya tapi lebih kpd epik.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. sobri yaacob said.
    itulah msalah sebenar dlm ilmu sejarah. tiada formula dan tiada ketepatan yg mutlak.

    ReplyDelete
  22. Perlulah kajian semula dilakukan agar yang berhak diberikan pengiktirafan. menerusi Suma oriental, Sejarah melayu berlaku terlalu banyak percanggahan. malah ada pendapat yang mengatakan bahawa gerbang yang kita lihat sekarang bukanlah pintu kota Melaka sebalik pintu sebuah gereja.

    ReplyDelete
  23. bahan latihan krs/tkrs.
    Teirma kasih atas komentar. Trima kasih juga krn memaklumkan bahawa gerbang A. Farmosa itu kemungkinan pintu sebuah gereja....

    ReplyDelete