Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini.
Sumber : Malaysia Kini
SEDIKIT INFO TENTANG JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGONG.
Giliran Negeri
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.
Berikut adalah jadual giliran untuk jawatan Yang di-Pertuan Agong.
1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak
Raja-Raja/ Sultan yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini ialah:
1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006- 2011-2011
Sumber : WIKIPEDIA
cg.Shameel, menurut pendapat saya, sultan Kedah antara sultan yang bijak menangani sesuatu isu (yang diputarbelitkan) tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.
ReplyDelete:)
giliran kali kedua buat baginda
ReplyDeletedaulat tuanku
NaeBlog
ReplyDeleteBenar tu Ckg Nae. sy setuju skali. Byk kes media arus perdana cuba lagakan Baginda dgn MB, Ustz Azizan. Tapi Baginda tidak melatah. Baginda salah seorg Sultan yg hebat. Gandingan mantap Sutan Kedah selaku Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong
tehr.
ReplyDeleteYer. ni kali kedua Baginda jadi Yang di-Pertuan Agong. Daulat Tuanku
sedar tak sedar dah nak tukar ye..begitu pantas masa berlalu..
ReplyDeleteotai ni. banyak pengalaman
ReplyDeletethanks shameel...info nie yg sy cari..:)
ReplyDeleteNora Shahaira.
ReplyDeletemmg pantas larian waktu. rasa mcm baru jer Sultan Mizan jadi Yang di-Pertuan Agong.
Cikli.
ReplyDeletePengalaman yg akan dimanfaatkn utk menjaga negara
Zura.
ReplyDeletesama2 zura. moga membantu dan dpt dimanfaatkan.
Daulat Tuanku!!!
ReplyDeletePatutlah rasa macam dah lama sultan Mizan jadi ydpa..dah nak bertukar ydpa kita yer?
ReplyDelete