Friday 26 February 2010

lemas DI DARATAN



Luasnya lautan tak terjangkau dek mata. Dalamnya lautan tak terduga dek akal. Luas dan dalam yang telah meragut jutaan nyawa sejak zaman berzaman. Ia menelan sesiapa sahaja,tanpa mengira darjat, usia dan keturunan.

Lemas! Ia sungguh mengerikan. Kulit merekah dan tubuh membengkak, begitulah lazimnya keadaan mayat seseorang mangsa lemas. Itu kisah lemas di lautan. Kisah ngeri yang sentiasa berulang. Mereka yang mati kelemasan itu adakalanya terdiri daripada pejuang dan adakalanya seseorang petualang. Nelayan contohnya, mereka itu pejuang yang meredah lautan untuk mencari rezeki yang tersembunyi di dasarnya. Walau dipanggang terik matahari, mereka redha dan pasrah demi menyara anak dan isterinya. Si petualang pun ada juga yang mati di laut. Sehebat-hebat petualang yang mati kelemasan ialah Firaun ketika mengejar Nabi Musa A.S






Ini pula kisah lemas di daratan. Kisah yang tidak pernah tamat dan tak mungkin akan tamat. Sejak zaman berzaman, ada sahaja manusia lemas di daratan, di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Mereka ini terdiri daripada manusia yang impikan kekayaan yang tidak terjumlah. Mereka anggankan kemewahan yang tidak terhitung. Kotak fikirnya tidak pernah sunyi dari memikirkan strategi untuk melipatgandakan keuntungan, meskipun dengan cara yang keji dan kejam.

Saya tergerak hati untuk menulis entry ini setelah terbaca kisah SEORANG EKSEKUTIF SYARIKAT TELEKOMUNIKASI yang berjaya mengaut keuntungan RM11 JUTA dengan menjual KLIP VIDEO LUCAH menerusi SMS. Rupa-rupanya makhluk inilah yang menghantar SMS yang sebegitu keji selama ini. Makhluk ini memang kejam, sekejam pengedar dadah. Ya! Apa tidaknya, bayangkan betapa ramainya manusia yang rosak kerananya selama ini. Berapa banyak kes zina dan rogol, juga kes buang bayi hasil perzinaan yang didorong oleh video klip lucah yang dijual olehnya. Makhluk ini dikatakan telah memiliki kemewahan yang melimpah ruah termasuklah memiliki kereta porche dan BMW, walaupun gajinya hanya RM 4 ribu sebulan.






Mari kita adakan post mortem, kenapa manusia yang sebegini ( minta Allah jauhkan kita dan keturunan kita semua dari dijangkiti sikap sebegini) lemas di daratan.
PUNCANYA SATU SAHAJA, iaitu kerana memiliki keinginan seluas SEGARA (lautan) dan mempunyai kehendak sebesar BUANA (bumi). Tapi sayang, kemampuan pula sangat terhad dan amat terbatas. Umpama ingin memeluk gunung dan ibarat hendak memetik bintang, tapi sayang tak tercapai dek tangan. Begitulah dengan mereka ini. Berbekalkan ‘kekerdilan’ pendapatan, mereka ini ingin ‘menjelmakan’ kekayaan Bill Gates, Warrant Buffet, Paul Allen dan Laksmi Mital dalam hidup dan kehidupan. Kata orang-orang kampong saya di Bachok Kelantan, golongan macam ini ialah golongan yang tidak mampu mengukur baju di badan sendiri(hehehe, bukan org Bachok jer, org di tempat lain pun guna peribahasa ni juga).


Begitulah manusia, tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Gaji dan pendapatan meskipun sentiasa bertambah(dari setahun ke setahun) namun tetap dirasakan masih kurang dan belum mencukupi. Ada-ada saja keinginan dan kehendak yang perlu dimakbulkan. Benarlah sabda junjungan mulia, Nabi S.A.W “Jikalau anak Adam memiliki dua lembah berisi harta, pasti diingininya lagi lembah yang ketiga.”

Jadi, sempena maulidur rasul, ada baiknya kita merenung hadis ini. Sesungguhnya bersyukur dengan rezeki yang dimilikki dan berpada-pada dalam hidup dan kehidupan termasuk dalam kategori mengasihi Nabi. SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA.

15 comments :

  1. nice entri...(:
    Salam Maulidur Rasul kembali...

    and....saya tahu pantai tu...hihi

    ReplyDelete
  2. juga disabdakan oleh Nabi S.A.W.manusia akhir zaman dihinggapi penyakit WAHAN.cinta dunia,takut mati.dunia menjadi matlamat mereka.itu yg terjadi kaedah matlamat menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  3. salam maulidurasul..
    moga iman dan amal dapat ditingkatkan dari semasa kesemasa, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas komen. Cinta hati org bachok juga kan. Betul tu Pacifist, penyakit Wahan menyebabkan umat islam lemah. Terlalu cintakan dunia dan sangat takutkan mati. Sedangkan salafus soleh dahulu cintakan mati di jalan Allah.

    Cikgu Ahmad humairi, ye moga iman dapat diitngkatkan dari semasa ke semasa sejajar dgn peningkatan usia kita. Amin.

    ReplyDelete
  5. salam dari pak dogol..

    apabila manusia berpegang pada teori fundamental ekonomi Dr Adam Smith..

    bahawa permintaan mengatasi pengeluaran..

    maka manusia tanpa disedari akan menjadi rakus..

    tetapi..

    apabila manusia memahami akan teori fundamental ekonomi islam..

    bahawa pengeluaran mengatasi permintaan..

    maka manusia akan memahami maksud doa "berikanlah aku kecukupan di dunia dan akhirat"..

    ingatlah..

    setinggi-tingi pokok tak berpuncak; tinggi lagi awan di atasnya..

    seluas-luas lautan madu tak bertepian; tak bersisa oleh sekawan lebah..

    wassalam..

    ReplyDelete
  6. Hebat betul Pak Dogol berhujah, Mungkin juga trlalu ghairah dgn teori Dr Adam Smith manusia menjadi sebegini rakus

    ReplyDelete
  7. salam shameel,

    heeeeeeeeeee
    comelnya nama
    ekekek...

    errrrrrrrrr
    syameel ni romantis erk
    ayat2 puitis
    lallalalla

    ReplyDelete
  8. Salam Shameel...dah tau pantai itu bahaya tapi masih ramai juge yang dogil amat..

    ReplyDelete
  9. Bluecity, hehhe romantis ke saya. hahaha. Sy trpengaruh dgn gaya bahsa pusi sbb tu ayat jadi puitis.

    Sdra releven, itulah masalah manusia, dah tau bahaya tapi nak redah jugak

    ReplyDelete
  10. ada award untukmu kawan

    silahkan di ambil

    Ambil Award

    ReplyDelete
  11. 2lah yang berlaku kepada penggiat2 mlm konvensional.. hanya memikirkan duit..duit.. dan duit.. langsung x fikir dan selidik sama ada mlm yang disertai tue betul2 halal ke tak.. :)

    Putera Melaka,
    Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
    Laman Web Stormreaders - http://www.stormreaders.co.cc/
    Kedai Buku "Online" Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

    Jom sertai Stormreaders! Dapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat Stormreaders, produk-produk ilmiah edarannya & cara-cara untuk menjadi ahli dan pengedar di http://www.stormreaders.co.cc/ sekarang!

    ReplyDelete
  12. sesetengah amnusia tidak tahu bersyukur.
    kenanglah saudara kita di Palestin

    ReplyDelete
  13. manusia tidak pernah cukup apa yg mereka ada..
    sehingga sanggup melanggar batas yg telah di gariskan...

    nafsu sentiasa mengajak ke arah kejahatan....
    hati yg suci pasti mudah untuk menghalangnya....




    jika di berikan satu gunung emas,pasti manusia akan minta satu lagi...dan begitulah seterusnya...


    salam ukhwah..

    ReplyDelete
  14. para= Bnear sekali begitulah sikap manusia. sebagaimana yg diceritakan dlm hadis Nabi s.a.w " jika diberi dua lembah berisi emas pasti diingininya lagi lembah yg ketiga."

    ReplyDelete