Friday 29 October 2010

BILA CINTA TAK BERBALAS.

(gambar gadis yang disimbah asid)


CINTA tak berbalas atau bertepuk sebelah tangan, itu lumrah dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Biasalah, adakalanya kita sukakan orang tapi orang tak sukakan kita. Dan, adakalanya orang sukakan kita tapi kita tak menyukai atau meminati orang tersebut. Itu lumrah, itu kelaziman dan itu kebiasaan.

Semalam(28 oktober 2010) dan hari ini(29 oktober 2010), cerita cinta tak berbalas menjadi topik perbualan. Kisah seorang gadis berusia 21 tahun yang cedera parah akibat disimbah asid/cuka getah oleh seorang lelaki(selayaknya dilabel sebgai jantan) lantaran menolak cinta lelaki tersebut. Kisah melankolik yang berlaku di Nibong Tebal itu disiarkan dalam akhbar Metro. Lelaki yang berusia 26 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes dadah dan bekerja sebagai kelindan lori mula bertindak ganas apabila mangsa, seorang operator kilang menolak cintanya.

Lelaki itu hanya dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun dan 2 sebatan. Bagi saya hukuman ini amat tidak berbaloi berbanding ‘kemusnahan’ yang dialami oleh si mangsa. Si mangsa seorang gadis yang berusia 21 tahun dan bakal bertunang tak lama lagi. Bayangkan ‘kemusnahan’ yang dialaminya itu akan menyebabkan hidupnya merana dalam jangka masa yang panjang. Belum ada jaminan wajahnya dapat dipulihkan seperti sediakala. Dan, jika itu terjadi bagaimana dengan masa depannya. Yang menyakitkan hati saya, lelaki itu seolah-olah tidak menyesali malah seakan-akan berbangga dengan perbuatan terkutuknya. Bayangkan dia hanya senyum seakan-akan berbangga dengan tindakannya itu setelah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.


P/S= di samping bersimpati dengan mangsa, ada mesej yang harus kita renungi bersama. Kepada mana-mana( terutama perempuan) yang memiliki wajah yang cantik, ayu, menawan dan yang seerti dengannya. Janganlah terlalu berbangga dengan anugerah yang dipinjamkan ALLAH itu. Bila-bila masa sahaja dan cuma memerlukan sekelip mata, kecantikkan itu akan hilang dengan pelbagai punca yang tak mampu diduga dan disangka.

TIPS BILA CINTA TAK BERBALAS.

Kita bertanya
: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

ALLAH menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Itu jawapan paling tepat jika berhadapan dengan situasi sebegini. Kita hanya perlu melunaskan kerja kita( meluahkan hasrat hati) dan urusan seterusnya(diterima atau tidak, ada jodoh atau tidak) adalah kerja TUHAN. Kerja TUHAN terlalu indah dan terbaik untuk kita.

Andainya, cinta tak diterima. Hanya dua kesimpulan yang dapat diputuskan.

PERTAMA, Orang yang kita idamkan itu bukan tercipta untuk kita. Bukan ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita. Jadi, waraskan diri dan wajarkan situasi. Itu kerja TUHAN dan kita perlu redha dan pasrah. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita meskipun pada pandangan zahir, dia terlalu indah dan sempurna. ALLAH bersifat al-Alim (Maha Mengetahui / Memiliki Ilmu) dan al-Khabir (Maha Mengetahui Rahsia) sedangkan pengetahuan kita hanya sekelumit cuma,

KEDUA. Hatinya belum terbuka untuk kita. Dan, soal hati adalah dibawah kekuasaan ALLAH. Percayalah, jika dikehendaki oleh ALLAH, hati manusia boleh berubah sekelip mata sahaja. Tiada yang tidak mungkin dengan izin ALLAH dan tiada yang mustahil dengan kehendak ALLAH. Segalanya mungkin dengan kehendak dan keizinan-NYA. Dalam akhabr Metro bertarikh 5 oktober 2010, ada sebuah kisah yang boleh dijadikan sekelumit contoh. Kisah perkahwinan pasangan kekasih yang telah putus cinta sejak 53 tahun yang lalu. Perpisahan selama 53 tahun namun kalau dah jodoh akan bersatu dan berpadu jua. Bersatu di alam perkahwinan dan berpadu sebagai suami dan isteri. Itulah kuasa ALLAH. Ya, kalau dah jodoh tak ke mana.






27 comments :

  1. bodoh namanya...

    tak tau agaknya REDHA tu apa...

    ReplyDelete
  2. Liyana- betul tu, hanya org bodoh yg kejam sebegitu rupa.

    ReplyDelete
  3. gitu la gayanya bila akal kurniaan Allah tdk digunakan sebaiknya..

    ReplyDelete
  4. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...cuma itu lah, mangsa mungkin akan mengalami tekanan atas apa yang berlaku, nauzubillah..moga dijauhi dari jantan sebegini..

    ReplyDelete
  5. uish, kes dahsyat ni
    macam2 blaku skang
    thanks bro for sharing
    nice reminder utk semua

    ReplyDelete
  6. betul. hukuman tak setimpal !
    tapi xpa..Allah maha adil.

    ReplyDelete
  7. Cik Shinju- llki tu bertindak tanpa berfikir. mayb juga dlm pengaruh dadah.

    ReplyDelete
  8. Afida - Jantan sebegini lagi teruk bila dah berkahwin nnt. Berendam air matalah isterinya nnt.

    ReplyDelete
  9. Penaberkala- kes2 mcm ni mmg x diduga. kena berhati2 semua. Sbb kalo x trjadi kt kita, mayb kt org2 yg hampir dgn kita.

    ReplyDelete
  10. nanad- trima kasih krn sepndapat dgn sy. mmg hukuman tak adil tapi Allah Maha Adil.

    ReplyDelete
  11. tak berbaloi bila pemuda bengong tu dipenjara 5 th dan 2 sebatan..sedangkan mangsa menderita seumur hidup...!!
    dah tu,geramnya tgk mamat tu yg tersengih,tak insaf...kalau akak jd hakim..mau 50 th dia dok dlm jel..

    ReplyDelete
  12. bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang kita dapat. tak semua yang kita nak kita mesti dapat. kadang2 kita diberi dugaan dan kita perlu tempuhi jugak.. kalau itu bukan jodoh, kita patut terima. segalanya ketentuan ilahi kan.

    ReplyDelete
  13. suka sgt baca ayat bawah2 tu..

    kenapa kita xdapat apa yg diidam2kan..... <3

    kasihan wanita ini..

    ReplyDelete
  14. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

    bila berpegang dgn ayat Allah ini pasti manusia dapat berfikir dgn waras dan redha dgn apa yg berlaku.

    ReplyDelete
  15. Kamsiah- mmg x berbaloi penjara 5 tahun kalo nk dibandingkn dgn kecacatan yg dialami ppuan tu. Tp nk buat mcm mn sbb itulh hukumannya. Lbh adil jika jantan gila itu disimbah asid juga ke mukanya.

    ReplyDelete
  16. Chaon- "tak semua yang kita nak kita mesti dapat.kalau itu bukan jodoh, kita patut terima. segalanya ketentuan ilahi kan." benar skli kata2 bro. Kalo semua faham hakikat ini amanlah dunia.

    ReplyDelete
  17. Bit Zamri-"kenapa kita xdapat apa yg diidam2kan". Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita selaku hamba-NYA.

    ReplyDelete
  18. Memang benar kata saudara Shameel, lelaki itu hanya layak dipanggil jantan.Bukan lelaki.

    Ttg hukuman, saya tak bersetuju.Tak setimpal.Begitulah hukum dunia kan?

    Allahu Rabbi,moga kita semua dilindungi darpd kejahatan dan keburukan.i.Allah.

    ReplyDelete
  19. Hanya kerana cinta x berbalas, ada manusia jadi sekejam itu... MasyALLAH... gila apa????? Sepatutnya... muhasabah diri... kenapa cintanya ditolak dan perbaiki diri... itu cara yg betul!

    ReplyDelete
  20. hurmm..cinta tu bukan buta..tapi manusia tu buta dalam menilainya..buta hati..buta fikiran..buta iman.

    ReplyDelete
  21. very nice one. terima kasih encik shameel :)

    ReplyDelete
  22. Naseb i xcun...!!mihahahah!!

    ReplyDelete
  23. Tukang Kata- mmg hukuman ciptaan manusia tidak akan dapat menjamin keadilan.

    ReplyDelete
  24. Fuziani- mmg ade m,sia yg x dpt terima hakikat takdir. Dia ingat, apa yg dia nak akn dia dapat. M,sia mcm ni sanggup lakukan apa sahaja. Inilh yg berlaku bila agama diketepikan.

    ReplyDelete
  25. Macy- sekadar peringatan buat semua.

    Ain- cun atau tak adalah subjektif taw.

    ReplyDelete
  26. minta share artikel yg bwh tu..

    senang2 jenguklah blog picisan sy...

    in-finaz.blogspot.com...

    tq

    ReplyDelete
  27. iN_fiNaZ.
    Dialu2kan iN_fiNaZ utk manfaat bersama.Nnt sy berkunjung ke blog awk.

    ReplyDelete