Wednesday 10 November 2010

Seketika di HO CHI MINH CITY, VIETNAM.

( Tukul dan sabit, simbol komunis & Sosialis.
yang melambangkan golongan pekerja industri dan petani )


Ini adalah sambungan daripada entry lepas :-- > sila lihat SINI


Minggu lepas( 3-7.11.2010), sempena cuti Deepavali saya ambil kesempatan ke Ho Chi Minh a.k.a Saigon. Sepanjang empat hari kat sana, sempat jugalah saya jalan-jalan sekitar beberapa tempat menarik sekitar Ho Chi Minh City (HCMC) dan sempat juga menyusuri Sungai Mekong. Paling menarik bagi saya ialah kesempatan berkunjung ke Cu Chi Tunnels.



( kat pintu masuk Cu Chi Tunnel )


Di Ho Chi Minh City dan Hanoi matawang yang digunakan untuk segala urusan ialah US Dollar (kadar sekarang rasanya: RM3.20= 1 USD) dan Vietnam Dong (RM1= 6000 VND), tapi RM pun adakalanya boleh digunakan, terutamanya kat restoran.




(antara bom dan peluru yang US Army gugurkan di Cu Chi)


Dari segi sejarah, Dahulunya Vietnam terbahagi kepada dua, iaitu Vietnam Utara yang pro-komunis dan berpusat di Hanoi. Vietnam Selatan pula anti-komunis dan berpusat di Saigon( kini dikenali sebagai Ho Chi Minh). Namun, kedua negara ini telah bersatu secara rasminya pada 2 Julai 1976 dan menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Vietnam


( Cu Chi Tunnel )


Tentang HCMC, ia adalah kota terbesar di Vietnam dan terletak berhampiran ( sebenarnya berdasarkan perjalanan saya tempoh hari, saya rasa agak jauh juga. Lebih kurang 100km ) delta Sungai Mekong. Asalnya, ia merupakan merupakan pelabuhan utama Kemboja, yang kemudian ditakluki oleh bangsa Vietnam pada abad ke-16. Meskipun nama Ho Chi Minh yang digunakan namun rata-riti masyarakat kat sini lebih mesra menggunakan istilah SAIGON( ini berdasarkan perbualan saya dengan beberapa rakyat Vietnam sepanjang berada di sini).



(Bersama rakan kat Cu Chi Tunnel- ada gaya tentera Vietcong tak)


Chu Chi Tunnels terletak di daerah Cu Chi. Ia merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 200 km. Cu Chi Tunnel yang terletak di bawah tanah tapi lengkap dengan segala kemudahan seperti bilik rehat, bilik mesyuarat, bilik memasak, hospital dan stor.

Hebatkan, sebab semua itu dapat dibina di bawah tanah. Menerusi Cu Chi Tunnellah tentera Vet Cong menembak tentera Amerika. Lagi hebat, walaupun Cu Chi, diserang dengan pelbagai bom dan peluru dari US army, namun tentera Viet Cong tetap selamat kerana Cu Chi Tunnel sangat kuat


(Bersama rakan kat Cu Chi Tunnel)


(Bersama rakan kat Cu Chi Tunnel)


(War Remnants Museum - Segala bukti tentang kekejaman tentera Amerika dipaparkan di sini)


Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di My Lai pada 16 Mac 1968, memang sentiasa dikenang oleh warga Vietnam. Leftenan William Calley yang memimpin 1 Platun US army ketika itu telah melakukan pembunuhan kejam terhadap penduduk kampung My Lai. Calley memerintahkan pembunuhan beratus-ratus orang penduduk awam, terdiri dari orang tua-tua, wanita dan kanak-kanak termasuk bayi kecil.


(gambar mangsa kekejaman tentera Amerika
sepanjang perang Vietnam)



Sebilangan daripada mereka diseksa dan diperkosa. Ramai yang diheret masuk ke dalam longkang dan ditembak dengan raifel automatik. Calley mengancam hendak meletupkan genad di dalam sebuah liang besar yang disumbat dengan penduduk kampung. Bilangan sebenar mereka yang terbunuh berbeza-beza mengikut sumber mana yang digunakan, tetapi angka kematian yang selalu digunakan adalah di antara 347 dan 504 orang.


(gambar mangsa kekejaman tentera Amerika
sepanjang perang Vietnam)



Satu tugu peringatan dibina di tapak pembunuhan menyenaraikan nama 504 orang mangsa pembunuhan. Lebih kejam, segelintir tentera Amerika telah bertindak memotong telinga mangsa-mangsa yang telah dibunuh dan telinga itu diikat pada tali sebagai lambang kemegahan. Tapi, kejahatan tentera Amerika ini disembunyikan dengan propaganda ‘Maha Hebat’ dengan hero-heronya yang baik hati seperti digambarkan dalam filem Missing In Action (lakonan Chuck Norris) dan Rambo (lakonan Sylvester Stallone)


(sebuah restoran tidak jauh dari Delta Mekong)



(Menyusuri Sungai Mekong.
Sungai ke-10 terpanjang di dunia )


Sungai Mekong merupakan Sungai terpenting di Vietnam. Ia merupakan sungai ke-10 terpanjang di dunia. Saya difahamkan(menerusi pembacaan) panjangnya ialah sekitar 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Ia Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong

( Menyusuri Sungai Mekong )


Kat HCMC ni, makanan halalnya agak susah diketemui. Mungkin disebabkan pertama kali ke sana dan pergi pula dalam tempoh yang singkat, jadi inilah kesimpulan yang dapat saya buat. Yang pasti, amat mahal harganya, mugnkin disebabkan kurangnya umat islam kat sini. Sekali makan harganya RM40 seorang.


( lunch kat restoran Halal Saigon)



Pada hari terakhir kat HCMC ( setelah merayau dalam hujan sambil menikmati keindahan malam kat HCMC) barulah saya jumpa sebuah restoran milik orang Pakistan. Dapatlah makan nasi goreng ayam yang berharga RM20 sepinggan. Kira murahlah tu.

Jadi saya sarankan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke HCMC dan lain-lain lokasi di Vietnam agar melayari internet terlebih dahulu untuk mengenalpasti lokasi-lokasi restoran yang menyajikan makanan halal.

Langsung ke SINI untuk maklumat tentang masjid dan restoran halal di Ho Chi Minh dan lain-lain Bandar di Vietnam





(Ni antara pekerja hotel tempatku menginap.
Terima kasih buat adik manis ni
sebab ramah melayanku berborak.)


Tentang warga HCMC, saya dapati kat sini tidak ada langsung gerai-gerai atau warung. Mereka berjual beli di tepi jalan. Seronak tengok mereka makan- minum menggunakan kerusi kecil kat tepi-tepi jalan. Jujur, ia amat menarik perhatian saya.


(Ben Thant Market)


Ben Thant Market pula merupakan pasar yang menjadi lokasi aktiviti perniagaan kat HCMC. Fungsi dan situasinya macam Pasar Ikan di Medan Sumatera Utara Indonesia. Kalau di Malaysia, ia ni macam Pasar Siti khatijah di Kota Bharu atau Pekan Rabu di Alor Atar. Tapi, berdasarkan pengalaman saya, aktiviti urus niaga kat Ben Thant ni lebih meriah. Harga dijual amat mahal dan kita perlu tawarkan sehabis-habisnya. Jika bijak tawar menawar, kita akan memperolehi barangan yang pada harga asalnya RM100 tapi pada harga RM30.



(Tugu Ho Chi Minh)


(suasana di HCMC)




( Aku berhampiran Saigon Central Post Office )


(Tugu Ho Chi Minh)

33 comments :

  1. Salam shameel...seronoknya jalan2..tak pernah lagi saya sampai tempat ni..


    tengah2 khuyuk baca perihal sejarah ho chi minh tu, terpaku jap tengok gambar mayat...saya percaya mesti tu mayat seorang wanita... ya Allah betapa kejamnya si pelaku...

    ReplyDelete
  2. Salam Shameel..

    Jauh perjalanan luas pemandangan tambah pengetahuan..

    tempat yang Shammel pergi ini pun ada dalam perancangan lawatan kome juga nanti..

    ReplyDelete
  3. salam alaik akh shameel,

    thanks utk perkongsian ilmu & pengalaman.. kalau ada rezki hopfully sy dpt jejak kaki ke sana n rasa sendiri pengalaman berharga ni :)

    -kita kena cinta sejarah sbb kita sendiri adalah sejarah-

    ReplyDelete
  4. Afida- Mmg menyayat hati lihat gambar mangsa perang kt muzium perang vietnam aritu. Mmg kejam tntera amerika. Dan prg mmg mmbawa kemusnahan.

    ReplyDelete
  5. Relevan- Benar sklai jauh brjalan byk pengalaman. Sy syorkn sahabat ambil msa yg lama sdkit kt sana. Sbb dlm tempoh 4 ari x byk tmpt yg sempat saya lawati tempoh hari.

    ReplyDelete
  6. Melatydaisy- moga dapat juga ke sana nnt. Benar ukhti, sejarah amat ptg utk difahami dan dihayati. Saya sgt gembira bila subjek sejarah bakal dijadikan subjek lulus utk spm nnt.

    ReplyDelete
  7. rasa cam nak gi sana la pulok...

    kita tau dah amerika tu cam setan tapi masih jadik kawan kiya yerk...

    ReplyDelete
  8. salam Shameel..
    ermmm..semangat perjuangan rakyat
    vietnam perlu di contohi oleh golongan muda kita agar mencintai negara sendiri..amerika pun boleh kalah kalau main bersatu dengan semangat jati diri dan perjuangan menegakkan bangsa..

    ReplyDelete
  9. wahh sonoknya bercoti-coti luar malaysia :)

    ngeri lah tgk gmbr ngeee........

    ReplyDelete
  10. chu chi tunnel tu scary nya!

    ReplyDelete
  11. cemomoi- bagus juga kalo bercuti kt HCMC ni. Itulh yg melanda dunia islam arini. Terutamanya negara2 arab. Mrk smeua balaci Amerika

    ReplyDelete
  12. Zulkbo- Betul sklai pandagan en zul. Sejarah tlh membuktikan yg kedil x semestinya anak dan besar x semestinya bapa. yg ptg kerjasama, perancagan dan doa.

    ReplyDelete
  13. Macy - x lh scary cu chi tunnel tp agk menyeramkn kalo kita hayati penderitaan warga vietnam tika prg vietnam. Kt tunnel ni sy trpaksa merangkak sblm sampai ke bahagian yg lebih luas.

    ReplyDelete
  14. MeowMania- bestlh jugak. Mmg mengerikan bila sy perhatikn gambr2 mangsa kekejaman us army kt muzium perang vietnam.

    ReplyDelete
  15. salam...


    bestnya melancung ke Vietnam...best..

    ReplyDelete
  16. Salam...

    Seronok erk jalan2 kat HCMC..
    Kalau guna travel agency mudah sket kot..Nak2 pakej Muslim travel..bab2 mkanan xde masalah..

    ReplyDelete
  17. sekamar rindu- best jugak sambil tgk tmpt org

    ReplyDelete
  18. Cik shinju- mmg lagi bagus kalo guna travel muslim, senang sikit urusan makanan halal.

    ReplyDelete
  19. best nye dapat jalan2 ke negara orang..

    ReplyDelete
  20. ohh.belum berpeluang seh.aa.jelous.

    ReplyDelete
  21. Chaon- best jugak dpt tgk budaya diaorg

    ReplyDelete
  22. akufobia- jomlh ke vietnam bla free. X lh mahal tambang flightnye.

    ReplyDelete
  23. Salam Bro,

    mesti seronok ye,, saya ahmad dah duk vietnam setahun sebab company htr kerje kat sana (petronas),byk lagi Bro tak explore tu, kedai mkn Islam dah byk kat sini,, yg masuk jln jln cari mkn pun ada on the way ke airport, nama dia satay house, ada china islam malaysia tokey dia,kat depan masjid ada halal saigon, bombay dgn nyonya, 4 seassion pun ada,

    klu boleh datang sekali lagi Vung Tau naik ferry 1 jam setengah ada pantai kat sana, tak pun pi phantiet, nan thang tapi yg ni jauh sikkit dlm 10 jam naik bas,,

    kawan kawan yg tak pi tu booking lah airasia ke,, seronok kat sini,,

    yg duk meniaga tepi jalan tu kita org panggil cangkung,, depa ni suka sangat duk kankang cangkung,, bayangkan lah yg pompuan comel kulit putih klu duk mcm tu, mesti ambik gambar punya...

    ben than tu memang utk beli brg survenior tapi klu silap kena sembelih harga pun ada,,

    Bro tak beli telekung sembahyang ke,, itu bagus,, kat mesia tak ada,

    ok bro

    ReplyDelete
  24. Yatre Hayati- Tunnels tu comel dan seronak

    ReplyDelete
  25. money438- Mesti bestkn bro kerja kt sana. Sy ke vietnam setakat 4 hari jd mmg x byk explore kt sana. Halal saigon kt dpn masjid tu ade pergi jugak hari tu. Taukenye org Taiping rasanya.

    insha-Allah, jika ada kelapangan sy akn dtg lgi ke vietnam, myayb ke Hanoi plak.

    Trima kasih banyak2 atas info yg bro bagi. Dan salam kenal dari saya.

    ReplyDelete
  26. InsyaAllah ade rezeki lebih nak buad gak korban ato akikah..!!
    Tenks 4 ur info!!

    ReplyDelete
  27. bestnya cigu p melancong..sy nak tunggu masa nak kerja dah ni..tak sabr nak simpan duit bayar yg wajib n melancong... ^^

    ReplyDelete
  28. ain- nak wat korban dan akikah kt vietnam ke.

    ReplyDelete
  29. Liyana- masa muda2 baik awk jalan2 dlu. sbb bila semakin berusia kita ak nsmkin byk tanggungjawab

    ReplyDelete
  30. Salam Shameel...
    Cari-cari maklumat pasal bandar Ho Chi Minh, jumpa lak kat blog Shameel :)

    First time nak gi jenjalan luar Malaysia... Serius neves
    ... hehehe

    ReplyDelete
  31. Latifah.
    bila mau ke Ho chi Minh. Hujung bulan mei ni, insha-Allah saya akan ke Ho Chi Minh lagi disamping ke kemboja,

    ReplyDelete
  32. Salam Shameel...
    Latifah ke Vietnam 22hb - 25hb April ri tu... Tak dapat melawat banyak tempat sejarah sebab lebih banyak ke uni. dan company.
    Tapi dapat juga menyelusuri Sungai Mekong tu :)
    By then, since kami guna travel agent di sana, makanan (breakfast kat hotel, lunch & dinner kat restoran seri penang) dan penginapan 4 hari 3 malam dalam rm550 tak masuk tiket flight...
    Paling best ialah shopping di China Town, Ben Thant Market, dan night market ^^,v

    ReplyDelete