Thursday 20 January 2011

JESSICA

Cerpen Saya Ini Telah Disiarkan Dalam MAJALAH WANITA(Utusan Karya Sdn. Bhd)
Edisi Januari 2011

(Ku tulis Cerpen Ini Tanda Kerinduanku Terhadap Sabah )


TAJUK = JESSICA
OLEH = TN. ISKANDAR ISMAIL. (shameel Iskandar)


Masih lagi aku menatapi pokok-pokok itu. Pokok-pokok tua yang menjadi sebahagian daripada landskap taman tasik yang sedang aku kunjungi. Tidak sekadar terpegun dengan akarnya yang menikam ke bumi. Tidak hanya terpesona dengan rimbunnya yang menahan simbahan sinar matahari. Tapi, ada perkara lain yang membuatku tertarik dengan pokok-pokok itu.

Dahulu, pernah aku diingatkan. Peringatan yang tidak mungkin aku lupakan selagi hayat dipinjamkan Tuhan. Kalau memandang pokok yang menghijau janganlah sekadar untuk menyegarkan pandangan. Tapi, ada makna lain yang harus direnungkan, begitulah peringatan yang diberi. Bila aku bertanya tentang apa yang perlu direnungi. Jawabnya, renunglah ke dasar hati, agar kita tidak pernah sunyi dari memikirkan, suatu masa nanti segala-galanya akan kita tinggalkan.

Aku memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Betul-betul tidak mengerti dengan apa yang diungkapkannya itu. Seakan- akan dapat membaca apa yang bermain dibenakku, lalu, si pengingat itu meneruskan bicaranya. Katanya, “Seperti pokok-pokok yang sedang kita saksikan. Satu masa nanti, pasti akan patah rantingnya. Akan terkopak dahannya dan akan lemah akarnya. Lalu, tersungkurlah ia menyembah ke bumi. Begitulah dengan kehidupan kita ini. Satu ketika nanti, pasti akan menemui noktahnya.” Suasana khali dan bicara terhenti. Persoalan mati yang diungkapkannya itu menyebabkan kami bungkam seketika.

“Tapi, selagi hidup, selagi itu jualah pokok-pokok akan berbudi. Berbudi dengan rimbunnya untuk kita bersandar dan berteduh. Dengan dahan dan rantingnya untuk burung-burung hinggap dan bersarang. Kita juga sepatutnya begitu.” Si pengingat itu kembali bersuara setelah jeda seketika. Aku diam mengunci bicara sambil memikirkan kata-katanya itu.


PERTEMUAN

Lembah Danum, di situlah permulaannya. Aku mengunjungi hutan dara yang terletak di Lahad Datu itu, untuk mencari damai di sebalik kehijauan yang terbentang.

“Itu pokok belian. Pokoknya sangat keras dan tahan lama.” Jelas seseorang tanpa dipinta setelah melihatku yang begitu teruja dengan pokok itu.

“Pernah ke Muzium Batu Tulug?” Soalnya lagi.

“Belum” Jawabku ringkas sambil mencuri pandang ke arahnya. Ayu! Dia sungguh ayu, dengan sepasang mata yang galak dan rambut separas bahu.

Dia tersenyum dan kemudiannya memperkenalkan diri. Jessica, itulah namanya. Gadis berketurunan Kadazan dan berasal dari Penampang. Kunjungannya ke Lembah Danum pula sekadar untuk menghabiskan masa senggang. Melalui Jessica, aku dapat mengetahui serba sedikit tentang gua yang menjadi lokasi penempatan keranda-keranda lama di Kinabatangan itu.

“Sesiapa sahaja pasti teruja dengan keunikkan reka bentuk keranda masyarakat pra-sejarah itu. Hasil kajian pentarikhan karbon mengesahkan keranda-keranda itu hampir seribu tahun usianya. Ia dapat bertahan hingga ke hari ini kerana kebanyakannya diperbuat daripada kayu belian.” Begitulah penjelasan lanjut dari Jessica dan aku pula sekadar menelinga sekali gus menjadi pendengar yang setia.

“Di sini flora dan fauna sentiasa bersatu.” Katanya pada keesokan hari sewaktu kami menikmati sarapan yang disediakan oleh Danum Valley Field Centre (DVFC). Aku yang ketika itu sedang mencicip kopi panas memandang tepat ke wajahnya. Mencari jawapan di sebalik kata-katanya itu.

“Bersatu mewarnai lanskap Lembah Danum. Di sini ada ratusan, mungkin juga ribuan spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia saling melengkapi dan memberi makna kepada hutan dara ini. Makna nyaman, tenang dan damai.” Jelasnya bersahaja sambil mengukir senyum di bibir.


AKRAB

Walaupun pertemuan di Lembah Danum hanyalah seketika, namun hubungan yang terbina di antara kami tidaklah berakhir di situ. Ia telah merintis kepada pertemuan-pertemuan yang lain. Pertemuan yang akhirnya menjadikan kami rapat dan akrab. Keakraban yang terjalin membolehkan aku mengetahui sedikit sebanyak perihal dirinya. Dia yang aku kenali amat meminati perbandingan agama. Minat yang mendalam jualah yang mendorong gadis Katolik itu untuk menyelongkari agama-agama utama yang dianuti di dunia, termasuklah agama islam.

Apakah motifnya? Persoalan itu seringkali melingkari jiwa. Namun, tidak pula aku meluahkan kesangsianku terhadapnya.

Katanya lagi, agama umpama akar dan manusia pula umpama pokok. Kalau kuat akarnya, maka pokok itu akan berdiri teguh. Datanglah angin kencang, ia tidak akan goyang lantaran akarnya yang kuat mencengkam ke bumi. Tidak sekadar berdiri teguh, ia juga boleh dijadikan tempat untuk berpaut, bersandar dan berteduh. Tapi, kalau akarnya lemah atau reput, pasti sahaja pokok itu akan mudah rebah ke bumi. Tentu sahaja tiada siapa yang sudi bernaung di bawah rimbunannya. Apatah lagi hendak berpaut di dahannya yang rapuh. Jujur! Aku benar-benar tertarik dengan analoginya itu.

Pandangannya tentang hidup dan kehidupan juga amat menarik bagiku. Katanya, pada pokok dan tumbuh-tumbuhan ada frasa-frasa maknawi tentang hidup dan kehidupan. Ia tersembunyi pada setiap juzuk, bermula dari akar hinggalah ke pucuk. Jadi, ia harus direnung dan diteliti dengan cermat dan hati-hati. Ikhlas! Aku sungguh tertarik dengan pandangannya itu.


RAHSIA TERPENDAM

Pagi itu di Tanjung Simpang Mengayau, lokasi pelancongan yang terletak di Kudat, juga pusat pertembungan antara dua lautan, laut Sulu dan laut China Selatan. Tika itu bayu laut berhembus lembut. Sungguh segar dan nyaman tika ia menyapa tubuh. Jessica pula sedang ralit memandang wajah laut yang membiru. Dia begitu teruja dengan keindahan yang terhidang di lokasi yang digelar The Tip Of Borneo itu.

Sesudah setengah jam berlalu, akhirnya aku nekad untuk membongkarkan sebuah rahsia yang selama ini aku sembunyikan daripada pengetahuannya. Kepadanya kukhabarkan, tentang diriku yang menghidap penyakit buah pinggang. Dia tersentak lalu menoleh ke arahku. Direnungnya aku sungguh-sungguh. Ditatapnya aku lama-lama. Kemudian, berkali-kali dia menuduhku berdusta. Namun, akhirnya dia tunduk membisu setelah menyakini aku tidak membohonginya.

“Cekalkan hati dan kuatkan semangat. Bila kita diuji oleh Tuhan, itu maknanya Tuhan menyayangi kita.” Lirih suaranya kudengari setelah seketika ditakluk sunyi. Aku sekadar membatu dan membisu. Kemudiannya mengangguk lemah. Tanda akur dan pasrah.

Bermula dari detik itu, dia semakin kerap menghabiskan masa senggangnya bersamaku. Kepadaku berkali-kali dititipkan nasihat. Berkali-kali juga dipasakkan keyakinan. Katanya, hidup harus diharungi dengan hati yang tabah dan jiwa yang kental. Aku benar-benar terharu dengan simpatinya itu. Terharu kerana kami tidak seagama, namun walang hidupku ingin dikongsi bersama.

“Janganlah bersedih kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yang tidak mempunyai kaki.” Katanya pada suatu petang pada ketika yang lain.

“Maksud awak” Aku kebingungan dengan kata-katanya itu.

“Awak masih bernasib baik kerana masih berpeluang untuk hidup bila ada penderma ginjal nanti. Tapi, bagaimana pula dengan penghidap penyakit yang tidak boleh diubati. Mereka hanya menunggu hari mati. Mereka terus menderita menghabiskan hayat yang berbaki.”

Perderma ginjal! Aku mengelengkan kepala apabila mendengar kalimah itu. Nihil.

“Jangan pernah jemu untuk berdoa.” Aku ingat lagi untaian nasihat daripada Dr. Azmi beberapa bulan yang lalu. Melalui doktor muda itu jualah, aku menyedari betapa negara kekurangan penderma organ termasuklah penderma ginjal.

“Pusat Sumber Transplan Nasional merekodkan hanya 14 orang sahaja yang benar-benar mendermakan organnya sehingga Mei 2009.” Jelas Dr. Azmi kepadaku tempoh hari. Ada nada kekecewaan pada bicaranya itu.

“Saya yakin, pasti ada orang yang sudi mendermakan ginjalnya kepada awak nanti. Percayalah.” Jessica kembali bersuara setelah agak lama mengunci bicara. Persis Nostrodamus dia cuba meramalkan apa yang bakal berlaku. Aku sekadar tersenyum tawar. Jujur, aku tidak mahu berharap kerana aku tidak tahu ke mana lagi harusku melabuhkan harapan.


TERTANYA -TANYA

Pagi itu, aku dihubungi oleh pihak hospital. Katanya, pembedahan perlu disegerakan kerana aku sudah ada penderma ginjal. Aku benar-benar terkejut dengan khabar gembira yang disampaikan itu.

“Di hospital nanti saya akan jelaskan.” Kata doktor tatkala aku bertanyakan perihal penderma ginjal itu.

Jessica! Ingin kukongsi kegembiraanku bersamanya. Aku ingin dia tahu, ramalannya tempoh hari telah benar-benar menjadi kenyataan. Tapi, aku tidak tahu macam mana untuk menghubunginya. Pernah dia memberitahuku, dia ada urusan yang harus diselesaikan. Pasti sahaja urusan itu berkait rapat dengan kajiannya dalam perbandingan agama, fikirku. Dari saat itu, dia tidak lagi menjengahku. Pernah beberapa kali aku cuba menghubunginya. Tapi, hampa dan kecewa. Jujur, tanpanya, bilah-bilah hari yang kulalui adalah detik-detik sepi yang tidak mampu kujumlahkan.

Di hospital aku dimaklumkan, insan yang mendermakan ginjalnya kepadaku adalah seorang penghidap barah otak peringkat ketiga. Namanya Zulaikha. Aku diburu kehairanan lantaran tidak pernah mengenalinya apatah lagi mempunyai pertalian dengannya.

Siapakah Zulaikha?
Mengapa dia begitu baik terhadapku?


MERUNTUN HATI

Setelah benar-benar sembuh, aku sekali lagi diminta ke hospital. Ada perkara penting yang ingin dimaklumkan, itu kata Dr. Azmi, doktor yang merawatku sepanjang aku berada di wad.

Di hospital, Dr. Azmi menyerahkan sepucuk surat kepadaku. Katanya, surat daripada Zulaikha sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku menyambut huluran surat itu dengan rasa haru yang sendat di kalbu. Lalu surat bertulisan tangan itu kubaca dengan teliti.

Ya Allah! Lidahku kelu dan jantungku berdegup laju. Bicara bisu itu benar-benar meluluhkan hatiku. Ketika itu, kata-kata Jessica tempoh hari kembali terngiang di telingaku. “Janganlah bersedih hanya kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yang tidak mempunyai kaki.”

Sungguh tidak kusangka, ada makna berselirat seribu disebalik kata-katanya itu. Dan, sungguh tidak kuduga, dialah insan yang ‘tidak mempunyai kaki’ itu.

Dalam sedu-sedan yang bersisa, warkah itu sekali lagi kubaca. Sambil menyeka air mata, bait-bait terakhirnya kutatap lama-lama.

Kuberikan ginjalku kepadamu kerana kuingin terus berbudi walaupun setelah denyut nadi dan degup jantungku terhenti. Mungkin inilah sebaik-baik derma yang mampu aku hulurkan:

- Bandingan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji –Al-Baqarah, 261.- Zulaikha Abdullah ( Jessica Andrew)

“Innalillahiwainna-ilaihirajiun.” Sungguh tidak kusangka, Zulaikha adalah Jessica yang telah dikirimkan hidayah oleh Tuhan. Jessica yang telah sirna setelah memberi sinar kepada hidupku.

55 comments :

  1. Sebak pula saya baca cerpen ni shameel, subhanaAllah... begitu tulus hati Jessica eh Zulaikha mendermakan buah pinggangnya....

    seakan kisah benar. Kisah benar Shameel ke ni?

    ReplyDelete
  2. Afida- Cerpen ni sy tulis bila trbaca masalah kekurangan penderma organ kat Malaysia. Criter ni rekaan jer. Rekaan yg berasaskan pengalaman sy selama hampir 6 tahun mendiami negeri Sabah.

    sengaja sy gunakan watak jessica sbb nak paparkan kasih sayang dan pengorbanan itu melangkaui sempadan bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  3. puitis susunan ayatnya dan olahannya juga bagus...

    eh! macam juri awam la pulak

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    Tuhan menyayangi kita.....Maha Adil ke atas hambanya. Cerpen rekaan berdasarkan kebenaran dan kejujuran. Tahniah Shameel, anda hebat!

    ReplyDelete
  5. cemomoi- Trima kasih atas komentar. hehehe

    ReplyDelete
  6. Cikgu Ahmad Humairi- Benar cikgu Tuhan sentiasa adil kepada hamba-Nya.

    Cikgu, saya masih bertatih dalam dunia penulisan. doakan saya

    ReplyDelete
  7. Suichi- Trima kasih krn sudi membaca cerpen saya yg tak seberapa ni.

    ReplyDelete
  8. seronoknya dishare. xpnah lagi :(

    ReplyDelete
  9. Macy- x pernah apa tu. Berkongsi ginjal ke. hehehe. moga dapat manfaat dri apa yg dipaparkn kt cni

    ReplyDelete
  10. Meowmania- Trima kasih krn sudi bc cerpen sy. sy masih lagi bertatih dlm bidang penulisan. Sy menulis sekadar utk berkongsi pandangan

    ReplyDelete
  11. Terbaekk..saya dalam cubaan nak menulis ni. Hehe..

    ReplyDelete
  12. penah juga cuba2 tulis cerpen masa sekolah dulu
    tapi saya memang tiada bakat untuk itu

    ReplyDelete
  13. thumbs up buat shameel...:)best cerpen nie...!

    begiru luhur hati zulaikha mendermakan ginjalnya utk memberikan kehidupan pd insan lain..dan sungguh manisnya kurniaan ALLAH kepada zulaikha kerana telah memberikan hidayah kepadanya.

    ReplyDelete
  14. cg.. bestt....
    muzium batu tulug--- terus teringat kampung..heheh
    saya suka bahasa cg....puitis..

    ReplyDelete
  15. De Mois- minat menulis jugak ker. Bagis. Dan teruskan..

    ReplyDelete
  16. Tehr - saudara pun apa kurangnya. puisi saudara sgt puitis..

    ReplyDelete
  17. Yuni- Trima kasih sudi baca cerpen saya. apa yg ingin saya paaprkan, ttg keluhuran persahabatan walapun merantsai sempadan agama dan bangsa. Juga betapa berkuasanya Allah yg memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang diingini-Nya.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Jawahir- muzium batu tulug tu banyak nostalgia sy kat situ tau. hehehe.

    ReplyDelete
  20. perghh..ganah la bro.:)
    keep it up.hehehe

    ReplyDelete
  21. echah- ganah ko. dok eh, biasa2 jah

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum wbt cikgu... menarik cerpen kamu. Sungguh tidak kusangka, Zulaikha adalah Jessica~

    Tambahan: Saya tengah mengulati Sumayyah di Irbid, Jordan.

    ReplyDelete
  23. salam Shameel..
    kisah yang menarik
    penug pengajaran..
    menyaksikan kejadian
    alam ciptaan tuhan
    mendekatkan kita pada-Nya
    itu pun jika kita berfikir..
    derma organ?? Entahlah..
    mungkin tidak pada saya
    mungkin pada ahli keluarga
    mahupun kenalan..

    ReplyDelete
  24. Izzah- trima kasih sudi baca cerpen saya yg tak seberapa ni. Nape x boleh masuk blog izzah yer skrg ni.

    ReplyDelete
  25. Zulkbo- Benar seklai, menyaksikan keindahan alam akan mendekatkan kita dgn Pencipta, asalkan kita melihat dgn mata hati yg suci.

    Ttg pendermaan organ, memang negara sgt kekuarngan pederma. Sedangkan majlis fatwa telah pun mengizinkan.

    ReplyDelete
  26. syabas,bro mmg berbakat dlm penulisan,teruskan usaha.

    ReplyDelete
  27. Siful- Trima kasih ats kunjungan dan komentar

    ReplyDelete
  28. penulis rupanya..:)
    boleh belajar ni dr bro :)

    ReplyDelete
  29. Sop - saya masih baru dlm dunia penulisan. sekadar cerpenis picisan jer.

    ReplyDelete
  30. susunan bahasa yg cukup kemas.. sy x mahir wt cerpen2 cmni..

    p/s: thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  31. sebak hati ifa baca nie bro shameel..
    sedih...
    tp mmg sampai la msg yg abg nak sampaikan nie..
    sbb ifa phm..
    tahniah!
    bahasa pun mmg sedap je nie..

    ttbe rindu sabah..T_T

    ReplyDelete
  32. Cerpen yang sungguh menyentuh hati saya shameel.. Satu perkara yang saya perasan, Shameel berjaya membiarkan pembaca menjiwai watak diri "aku" dan juga jessica. Bila saya membaca cerpen ini, seolah2 saya berada sama di dalam situasi tersebut. Semoga bakat shameel ini tidak disia-siakan..boleh cuba menulis untuk dijadikan sebuah novel. Dan jangan lupa berikan saya edisi cetakan yang pertama ya. Syabas dan tahniah shameel. :)

    ReplyDelete
  33. tahniah boh
    hebat sungguh, sampai ada yg siarkan kat majalah

    ReplyDelete
  34. caliph- saya pun masih baru dlm dunia penulisan. moga dapat ambil manfaat dari kisah ni, w/pun sekadar kisah rekaan semata-mata.

    ReplyDelete
  35. emiysandra -Trima kasih ats kunjungan.

    ReplyDelete
  36. tiefazatie- minat baca cerpen jugak ker. mesti kaki novel ni.
    moga dapat ambik manfaat drp ceriter ni.

    ReplyDelete
  37. bliedianhthus- trima kasih ats komentar. cerpen ni lambang kerinduan saay terhadap sabah sbb tu wataknya gadis kadazan dan lokasinya sekitar sabah.

    saya juga dlm proses menukis novel, tapi x siap lagi. Doakan moga sy diberi kekuatan utk trus berjuang dlm dunia penulisan.

    ReplyDelete
  38. Penaberkala- kawe baru lagi dlm penulsian gu. Baru 10 buah cerpen2 kawe disiarkn. harap2 kawe bersemngat sokmo dlm penulsian. Tapi, penulisan demo pun ok kawe baca, sedap bahasa dan penulisan.

    ReplyDelete
  39. okla tu boh, 10 cerpen
    hebat dah tu
    keep it up dan semoga lebih maju

    kawe baru jah ada minat nak tulis cerpen2 ni
    tapi tak pandai sangat la
    time free baru berpeluang nk menulis
    boleh la share sikit2 nanti ilmu menulis cerpen ni
    kawe menulis kat blog suka-suka jah, klu ada ore baco dan komen tu dh puas,haha

    ReplyDelete
  40. Bagus tu sebab demo ada minat meulis, minat yg mmebri manfaat. kawe menulis pun sekadar mengisi masa lapng, pastu nak merakyatkan(menyebarkan) pandangan kawe tentang sesuatu isu. Apapun sebagai org islam, kawe akn serapkan unsur keagamaan dgn mesej"islam adalah penyelamat segala permasalahan"

    ReplyDelete
  41. emieysandra - Trima amy ats komentar

    ReplyDelete
  42. bagus cikgu tuan...sgt menyentuh hati

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum, salam ukhuwwah.
    tahniah kerana cerpen ni telah disiarkan di majalah.
    kalau tuan berminat untuk menghantar proposal pada syarikat galeriilmu boleh emel sinopsis pada:
    zakaria@galeriilmu.com.my (umum)
    amir@galeriilmu.com.my (novel)
    suraiyapauzi@galeriilmu.com.my (motivasi)
    untuk keterangan lanjut boleh layari ke blog gisb, bukugaleri.blogspot.com
    harap membantu
    =)

    ReplyDelete
  44. salam alaik.

    subhanallah, indah dan penuh makna..

    ^__^

    mohon tunjuk ajar ya Tuan :)

    terima kasih atas pengajaran yg terselit dlm setiap garis.

    ReplyDelete
  45. Nurina Izzati.
    Terima kasih atas info, nanti bila siap novel saya akan cuba hantar.

    ReplyDelete
  46. Mutiara Bernilai.
    Terima ksih kerana sudi membaca cerpen saya yang tak seberapa ini.

    ReplyDelete
  47. shameel..tahniah!

    cerita yg penuh rasa, sarat dgn info. teruskan menulis, hasilkan novel begini.

    ReplyDelete
  48. Ujie.
    Terima kasih Ujie krn sudi membaca cerpen saya yg tak seberapa.

    Saya sekadar cerpenis picisan dan mmg berminat utk menghasilkan novel tapi belum siap2 juga

    ReplyDelete
  49. owkay sy nak terus terang cerpen ney sgt bez..tahniah ^^

    ReplyDelete