Friday 15 June 2012

Terima Kasih Tuhan, Kerna Memakbulkan Doaku

Selamat Tinggal Perak Darul Ridzuan.

Agak lama juga blog saya bersawang, seakan-akan bicaradariaku telah bernoktah. Insha-Allah selagi terdaya, akan saya pastikan bicaradariaku terus bernadi meskipun tidak sesegar dan sebugar dulu.

Pernah dulu saya menulis entry tentang permohonan pertukaran guru sesi jun 2012, dan saya juga termasuk dalam kalangan guru-guru yang memohon untuk pertukaran tersebut. Dan,syukur kepada Allah, dengan Izin-Nya pertukaran saya diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula 10.Jun.2012, saya mula bertugas di Jeli Kelantan.




Ni aku sedang memikirkan macam manalah nak mengajar kat sekolah baru ni

Untuk pengetahuan sahabat, jarak antara rumah saya di Bachok Kelantan dengan sekolah baru saya di Jeli ini ialah lebih kurang 110KM sehala, maknanya saya terpaksa berulang alik sejauh 220KM. Jadi ini semua membataskan ruang untuk saya online. Tambahan pula, saya telahpun menamatkan perkhidmatan Streamyx sebaik sahaja berpindah dari Perak ke Kelantan. Insha-Allah bila menemui rumah sewa yang sesuai barulah saya meneruskan kembali perkhidmatan Streamyx saya itu atau setidak-tidaknya menggunakan broadband.

Rasanya sudah cukup dan memadai saya berkhidmat di perantauan setelah beberapa tahun berkhidmat di Lahad Datu Sabah dan Chemor Perak. Akhinrya saya kembali ke negeri kelahiran saya,Kelantan Darul Naim. Kepada rakan-rakan guru yang belum diluluskan permohonan pertukaran, moga bersabar dan terus mencuba nasib di lain masa dan ketika. Namun, sebagai guru kita wajib terus mencurah bakti meskipun di mana sahaja kita ditempatkan.

Apa yang pasti, segala pahit manis di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu Sabah dan Sekolah Menengah Dato Haji Mohd Taib Chemor Perak, akan sentiasa sentiasa segar di hati dan sentiasa bugar di sanubari. Saya akan pastikan ia kekal melekat di ingatan selagi hayat dikandung badan.

Terima Kasih Tuhan, kerana memakbulkan Doaku.

18 comments :

  1. alhamdulillah tahniah!! :)

    ReplyDelete
  2. 220KM perday.. perghh memang btl2 pagi kene kuar nie..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahniah.TH lak xtau la cne thn dpn.mtk2 dpt posting dkt dgn incik suami

    ReplyDelete
  4. Syukur..tahniah. mesti happy sgt2.

    Sama mcm biras saya yg pun baru dpt bertukar ke mrsm jeli dari penang.

    ReplyDelete
  5. deno.
    Trima kasih dan saya dalam proses menyesuaikandiri dgn keadaan di sana

    ReplyDelete
  6. shera haifa
    Biasanya saya kelaur rumah pkul 5.30 pagi dan solat subuh dlm perjalanan. Kalau solat kt rumah, biasanya akan terlewat sampai kt sekolah. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Titisan Hujan
    Biasanya dlm kes guru2 yg dah kahwin, mereka akan posting di kawasan berhampiran suaminy. Jika terpaksa berjuahan pun mungkin utk tempoh 6 bulan or setahun

    ReplyDelete
  8. Ujie.
    mmg happy sbb sudah lama saya ingin berkhidmat di kelantan. Tika kat sabah dulu berualng kali saya minta tukar ke kelantan tapi tak dapat2 juga. Dan kali ini impinai tu tercapai. Syukur kpd Allah. Sekolah saya juga berhampiran jer dgn MRSM Jeli

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah akhirnya lulus juga shameel.. moga bertambah murah rezekinya :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah kawan.
    Sayapun pernah bertugas di Sabah dan Perak. Tp bukan cikgu.
    Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.

    ReplyDelete
  11. Aida Omar.
    Trima kasih ats doanya Aida. Harap2 begitulah dan yg ptg sy kena sesuaikan diri dgn sekolah baru ni

    ReplyDelete
  12. Cikli .
    Setuju skali dgn Cikli. Di mana bumi dipijak disitulah islam dijunjung.

    ReplyDelete
  13. Alhamduliilah...Syukur...penantian kamu berakhir juga...dapat kembali semula ketanah kelahiran dan menabur bakti pada anak2 di negeri kelahiran kamu...

    ReplyDelete
  14. selamat kembali berbakti ke negeri kelahiran.

    220 berulang? cobaan dan cabaran tu cikgu :)

    ReplyDelete
  15. Saya pernah pergi ke Perak dan Sabah.Hal ini kerana ayah saya asyik kena pindah ke ngeri yang lain. Semasa duduk Perak saya sekolah Pasti. Semasa saya kat Sabah saya sekolah di Pasti al-Hikmat Sembulan dan SK Tanjung Aru 1. Pak Cik tahu tak kat mana sekolah saya dulu iaitu SK Tanjung Aru ? Tolong jawab soalan saya ye.

    ReplyDelete
  16. ILA .
    Teka teki ke ni ILA . SK Tajung Aru tu sy tak pasti plak kt mana tapi kat area Tg Aru rasanya. yg sy tahu pantai tg aru sbb selalu jugak sy pergi situ bila jalan2 ke KK and pantai barat sabah. Dulu, sy kerja kt lahad datu- nun jauh di pantai timur sabah.

    ReplyDelete