Thursday 13 December 2012

10 Negara Paling Ramai Umat Islam


1. INDONESIA( 182,570,000 Orang)
Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat islam di dunia. 88% penduduknya beragama islam. Sejarah kedatangan agama islam ke Indonesia bermula pada tahun 30 hijri atau 651 Masehi, hanya berselang 20 tahun sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Pada masa itu Khalifah Uthman Ibn Affan mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam di sana. Dalam perjalanan yang memakan masa yang lama ini, para utusan Uthman sempat singgah di Kepualauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya pada tahun 674M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pengkalan dagangan di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang islam terus datang ke Indonesia. Mereka datang untuk membeli hasil bumi sambil berdakwah. 

2. PAKISTAN(134,480,000 Orang) 
Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir,Sind dan Balluchistan. Dalam bahasa Parsi pula Pak bermaksud suci dan Stan pula bererti negara, sehinggakan para pendiri Pakistan mengharapkan adanya neara suci menurut ajaran islam. 

3. INDIA(121,000,000 Orang) 
Di India, islam adalah agama kedua terbesar sesudah agama Hindu. Penganut agama Hindu di India ialah 85% manakala penganut islam pula ialah seramai 16.4%. Sejak pengenalannya di India, islam telah banyak menyumbang dalam aspek keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan,kemasyarakatan dan politik kepada India.

4. BANGLADESH(114,080,000 Orang)
Islam adalah agama terbesar di Bangladesh. Hampir 88% penduduknya beragama islam. Islam datang ke wilayah Bengal sejak abad ke -13, terutamanya dengan kedatangan pedagang Arab dan Parsi.

5. TURKI(65,510,000 Orang)
Turki mempunyai tradisi islam yang lama. Terkenal sejak zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. 

6. IRAN(62,430,000 Orang) 
Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara jirannya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh empayar-empayar seperti Media dan Akhemenid. Sasanid adalah empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan islam. 

7. MESIR(58,630,000 Orang)
Islam diperkenalkan ke Mesir pada tahun 628 Masehi. Ketika itu Rasulullah S.A.W telah mengirim surat kepada Gabenor Mukaukis yang berada di bawah kekuasaan Rom (mengajaknya memeluk islam). Pada tahun 639 Masehi, ketika umat islam di bawah kepimpinan Umar bin al-Khattab, seramai 3000 orang tentera dibawah pimpinan Amru al-Ash telah memasuki Mesir dan kemudian diperkuatkan lagi oleh 4000 orang tentera yang dipimpin oleh Zubair bin Awwam. Akibatnya, Mukaukis yang didukungi Gereja Kopti telah menandatangani perjanjian damai. Sejak itu Mesir berada di bawah kekuasaan islam. 

8. NIGERIA(53,000,000 Orang)
Islam dianuti oleh 50% penduduk Nigeria. Penyebaran islam ke Nigeria dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu tempoh Trans Sahara dan Afrika Utara, tempoh Alantik dan tempoh kemerdekaan. Di samping misi perdagangan, para pedagang islam juga memperkenalkan misi utama ajaran islam, iaitu mengembangkan keamanan, keadilan dan selamat sejahtera. 

9. ALGERIA(30,530,000 Orang)
Islam pertama kali dibawa ke Algeria oleh Bani Umayyah selepas pencerobohan dinasti dari Uqba bin Nafi. 

10. MAGHRIBI(28,780,000 Orang)
Maghribi moden pada abad ke-7 Masehi merupakan sebuah wilayah bangsa Barbar yang dipengaruhi oleh Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maghribi telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun ramai yang memeluk islam.


Dipetik dari Majalah Syahadah,Bil:010, M/S 21(dengan sedikit pengubahsuaian)

23 comments :

  1. Assalam..
    Ingatkan Malaysia tersenarai...:)
    Salam kenal, singgah follow sini #2151...

    ReplyDelete
  2. Salam..
    igtkan negara2 Arab adalah negara paling ramai umat islam.. TQ atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  3. salam..ingtkan malaysia tersenarai td..cari2 gak..haha..niesa follow awk! :)

    ReplyDelete
  4. aTieYusof Family.
    Trima kasih Atie ats kunjungan dan komentar.. Rakyat Malaysia hari ini sekitar 28 juta sahaja..Itupun sudah merangkumi pelbagai bangsa dan agama..

    ReplyDelete
  5. HiDa .
    Kalau digabung jumlah umat islam di seluruh negara Arab mmg mereka yg teramai, tapi jika dibuat perbandingan dari sudut negara, Indonesialah yg paling ramai.. Nahdatul Ulama, sebuah NGO islam di sana dikatakan mempunyai 40juta ahli, jauh lebih ramai dari keseluruhan rakyat Malaysia yg sekitar 28 juta org sahaja.

    Andainya India tidak dipecahkan kpd tiga(India,Pakistan dan Bangladesh) tentu juga amat ramai umat islam di India.. ini krn hari ini Pakistan menjadi negara kedua paling ramai umat islam diikuti India dan Bangladesh.

    ReplyDelete
  6. Niesa.
    Susah utk Malaysia tersenarai,, sbb keseluruhan rakyat Malaysia(pelbagai agama dan bangsa) hanyalah sekitar 28 juta orang.

    p/s: nnt sy follow Niesa jugak.

    ReplyDelete
  7. Ujie .
    Tapi sayang masih ramai juga umat islam di negara tersebut yg celaru dalam mengamalkan ajaran islam. Ini berdasarkan penglaman peribadi saya yang seminggu bercuti ke India(agra,Delhi dan Jaipur)baru2 ni..

    ReplyDelete
  8. patut pun lama shameel menyepi..jalan2 melancong ke india...jelesnye...
    malangnye..negara2 islam ni kebanyakannya dilanda masalah..peperangan.....

    ReplyDelete
  9. Inilah hujah Dr Zakir Naik apabila menjawab tohmahan Islam dikembangkan melalui mata pedang.
    Katanya, perang apa yang membawa Islam ke Indonesia sehinggakan 88% penduduknya adalah muslim. Juga Malaysia....

    ReplyDelete
  10. Intan Norhaida.
    Saya gi india dua minggu lepas slma 8 ari.. Agak menyedihkan bila melihat keadaan umat islam di sana yg bercelaru dlm amalannya. Paling ketara kebanyakan masjid sekitar Delhi, Agra dan Jaipur mempunyai kubur keramat yg dipuja.. Malah di Fatehpur Sikri dkt Agra, makam ahli sufi Shaikh Salim Chisti dipuja dgn begitu hebat.. Malah air yg menitis dari bumbung makamnya dan mengalir ke kolam dianggap sebagai air suci.

    ReplyDelete
  11. Cikli .
    Islam tersebar menerusi mata pedang.. itulah hujah puak orientalis barat utk memburuk2kan islam.. andainya islam disebar secara paksa sudah tentu org yg memeluknya juga tidak secara sukarela.. Tapi hakikatnya islam diterima oleh ramai umat manusia kerana ia adil utk semua dan ajaranya bersesuaian dgn fitrah manusia..

    ReplyDelete
  12. hainom OKje.
    Produktif dari seg iapa yg hainom maksudkan..Jika dari segi dakwah,,mmg kita akui.. Dulu wali Songo gigih menyebarkan islam dgn pendekatan yg berhemah utk menembusi kubu2 kuat penganut hindu.. Dgn berkat kegigihannya Tanah Jawa yg terkenal sebagai wilayah hindu bertukar menajdi wilayah islam malah Indoneia menjadi negara paling ramai umat islam di dunia.. Ulama2 terkemudian pun tidak kurang hebatnya di indonesia spt Buya Hamka.. Tapi syg dlm masa yg sama gerakan islam liberal juga bergerak aktif di sana..

    ReplyDelete
  13. AinSophian.
    Umat islam di Malaysia taklah ramai... Jumlah penduduk Malaysia(dari perlis hingga ke sabah dan merangkumi pelbagai agama serta bangsa) buat masa sekarng ialah sekitar 28 juta... Bayangkanlah pula dgn indonesia, Nahdatul Ulama(sebuah NGO islam) sahaja mempunyai keahlian sekitar 40 juta orang.. Itu belum dikira lagi dgn ahli2 Muhammadiyah dll.

    ReplyDelete
  14. Nice betul perkongsian Cikgu ni..
    ermm India walau pun ramai umat Islam tp masih bercelaru amalam mrk kan..
    lihat shj artis2 islam mrka.. khawin dgn muslim tapi agama lain2.. ada artis muslim jg tapi pelihara anjing.. huhu.. sedih tgk :(

    ReplyDelete
  15. thax en shameel atas info yg berguna ni

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah masih ramai umat islam kat atas bumi allah nie...

    ReplyDelete
  17. aTieYusof Family.
    Mmg celaru skali amalan umat islam di sana dan ia bukannya isu mazhab sbb dlm mazhab hanafi(majoriti umat islam di india, pakistan , bangladesh dan afghanstan adlh bermzhab hanafi) tidak pernah sesekalipun menghalalkan pemujaan kubur... tapi di beberapa tmpt yg sy kunjungi di india kubur dipuja tahap melampau.


    ReplyDelete
  18. Titisan Hujan.
    Trima kasih juga ats kunjungan dan komentar.. Dan sebagai umat islam kita bertanggungjawab utk menambahbaik kedudukan umat islam dari segi kualiti dan kuantiti..

    ReplyDelete
  19. Zura Zue.
    Dunia ini tidak akan sunyi atau pupus dari umat islam sebab itu adalah janji Allah..Cuma... kita umpama buih di lautan. ramai tapi lemah.. Berbeza dgn yahudi w/pun jumlahnya sekitar 14 juta sahaja dlm dunia ini tapi dunia dibawah 'kekuasaan' mereka.

    ReplyDelete