Tuesday 31 July 2012

SINGAPORE: Kisah Malaikat Dan Iblis



Ini adalah sambungan daripada entry lepas, sila lihat -->:SINI

Sebelum melanjutkan bicara, ingin saya tegaskan. Mesej yang ingin saya sampaikan menerusi entry ini amatlah mudah, iaitu ‘malaikat’ dan ‘iblis’ boleh wujud dalam mana-mana bangsa dan negara. Ia tidak mengenal lokasi dan boleh wujud dalam apa jua situasi. Ingin juga saya tegaskan, sesungguhnya saya berbicara berdasarkan apa yang saya alami dan saya luahkan untuk dikongsi.







Kunjungan saya ke Singapore hanyalah seketika, lebih tepat lagi sekadar transit sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya. Kisah bermula ketika lewat malam, tika saya dan beberapa orang rakan sedang mencari-cari hotel untuk bermalam. Menerusi maklumat daripada beberapa orang staff di Changi International Airport, saya dan rakan-rakan menuju ke hotel yang disarankan. Disebabkan hotel yang ingin kami bermalam itu terlalu tinggi kosnya, lalu terpaksalah kami mencari hotel yang lain. Setelah lama berbincang dan bertanya sana sini,lantas kami memutuskan untuk bermalam disebuah hotel yang agak jauh dari situ. Dan, di sinilah kisah ‘malaikat’ dan ‘iblis’ ini bermula.

Disebabkan kami seramai lapan orang, maka terpaksalah menggunakan dua buah teksi untuk ke hotel yang dimaksudkan. Takdir Tuhan, teksi pertama, pemandunya berbangsa Melayu dan teksi satu lagi pemandu berbangsa Cina.
(bersama rakan-rakan)


Sepanjang perjalanan, kami dilayan dengan baik oleh pemandu teksi berbangsa Cina tersebut. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami Republik tersebut. Dia juga beberapa kali menghubungi rakan-rakanya kerana maklumat tentang hotel yang kami maklumkan kepadanya tidak jelas. Malah beberapa kami dia memberi pinjam handphonenya (ini kerana saya dan rakan-rakan tidak roaming telefon) untuk membolehkan kami menghubungi rakan-rakan yang berada di dalam teksi yang dipandu oleh pemandu Melayu tadi. Dan dari situlah saya dapat menghidu ‘keiblisan’ pemandu teksi berbangsa Melayu itu. Ia bermula apabila salah seorang daripada kami bertanyakannya tentang lokasi teksinya dan hotel yang ingin dituju. Tidak sekadar bercakap dengan nada yang kasar dan menengking, malah dia turut menyalahkan kami.

Di hotel, Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang menggunakan khidmat teksi berbangsa Melayu itu tentang sikap dan sifat pemandu teksi tersebut. Yang pasti sikap yang tidak wajar ada pada seorang pemandu teksi, lagi-lagi apabila berhadapan dengan pelancong asing.Yang pasti juga, ia jauh berbeza dengan sikap dan tingkahlaku yang mendiami peribadi pemandu teksi berbangsa Cina tersebut.

Tiba-tiba saya terkenangkan kata Syeikh Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat:

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam ”

Dan di Kota Singa ini, telah saya ketemui Islam Tanpa Muslim dan Muslim Tanpa Islam.

16 comments :

  1. cerita yg menarik dan ada sesuatu perlu kita renungkan. Jgn sampai kita jadi Muslim tanpa islam.

    ReplyDelete
  2. Ujie.
    Muslim Tanpa Islam... inilah yg sedang melanda umat islam seantero dunia.

    ReplyDelete
  3. Mrs.Eady .
    Kalo gi S,pore elok bermalam kt Johor sbb mahal bayaran hotel kt sana..

    ReplyDelete
  4. Sedih..Amarah melihat dan mengalami sendiri dua watak yg cukup berbeza... sopan santun dlm mayarakat melayu hari ini semakin terhakis...sepertinya tidak pandai lagi menggunakan intonasi suara yg betul mengikut keaadaan dan situasi...Sifat mudah sgt hilang tawaduknya dan mutakabbir semakin tinggi pula darjatnya...

    ReplyDelete
  5. Eye_nee.
    Inilah sikap yg memalukan melayu dan islam. Semakin terhakis dan terkikis..

    ReplyDelete
  6. peranan syahadah kita ni.. nak mengislamkan yg muslim dan mengislamkan yg blum muslim.

    ReplyDelete
  7. Agak tidak wajar di situ. Semoga pemandu yang melayu tu insaf. Aminn..


    Kepada mangsa keadaan, sabarlah yer :D

    ReplyDelete
  8. MuNie.
    Adakalanya memahamkan si muslim ttg islam adalah lbih sukar drp memahamkan si non-muslim

    ReplyDelete
  9. Fikri .
    mudah-mudahan begitulah. Amiin..

    ReplyDelete
  10. kadang2 budi bahasa bangsa lain lebih elok dari bangsa sendiri...

    ReplyDelete
  11. sarah.
    Betul tu Sarah. saya setuju dgn awak.

    ReplyDelete
  12. mcm dlm bniaga, kita nk bantu bangsa sendiri tapi dia wt lebih kurang dgn kita.. so, tpaksa kita beli brg kt kedai bangsa lain yg lebih friendly...

    ReplyDelete
  13. caliph shuriken .
    benar tu caliph. Sy juga sering berhdapan dgn situasi mcm caliph cakap tu. Bukan sekali tapi berkali2

    ReplyDelete
  14. kdg2 bila tgk dunia sekarang mcm dh jd lumrah plak..byk org2 mcm tu yg niesa jumpa..tp xde la majoriti..

    ReplyDelete
  15. Niesa.
    Terima kasih ats kunjungan.
    W/pun muslim yg sebegini tidak ramai tapi ia umpama mencurahkan nila ke dlm susu sebelngga

    ReplyDelete