Friday 17 September 2010

TERIMA KASIH TUHAN KERANA MENYELAMATKAN AKU.

( Inilah keretaku yang terbabas sbb terlelap tu)


Malang memang tidak berbau. Lalai seketika sudah cukup untuk mengundang padah. Ahad lepas ( 5.9.2010), saya pulang untuk berhari raya kat kampung di Kelantan. Sengaja saya pulang pada waktu petang kerana ingin berehat secukupnya setelah agak lewat tidur pada sebelah malamnya.

Sebenarnya sebelum pulang berhari raya ke kampung, saya hanya tidur bebrapa jam sahaja. Pukul 3 pagi saya tidur dan pukul 5 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan seterusnya ke masjid jami’ chemor untuk solat subuh berjamaah( disamping membayar zakat fitrah sebab terlupa membawa duit untuk bayar zakat ketika bersolat Tarawih pada malamnya). Pulang dari masjid, saya berYM sekejap dengan beberapa orang sahabat termasuk member blogger Yusuff a.k.a Ultraman. Lepas beli dan baca surat khabar( lebih kurang pukul 10 pagi) barulah saya tidur. Pukul 12.30 tengah hari barulah saya bertolak pulang ke kampung. Tak sampai 3 jam saya tidur pada hari itu.

Tika sampai kat Kati, kuala kangsar saya dah mula rasa mengantuk. Cepat-cepat saya berhenti dan kebetulan dah masuk waktu zohor. Lepas solat jamak dan qasar (zohor dgn asar) kat masjid Kati, rasa kantuk langsung hilang jadi saya langsung memandu ke Kelantan.



(Sepinya raya tanpa kereta)

Lenggong Perak, disitulah segalanya bermula. Rasa mengantuk yang ‘Maha Hebat’ mula menyerang. Beberapa kali saya tersalah masuk ke lorong yang bertentangan. Kemuncaknya, hampir- hampir berlaku kemalangan dengan sebuah lori kerana saya tersilap masuk lorong( saya tersasar ke lorong kanan). Kepada pemandu lori tersebut, jutaan terima kasih saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak kerana membunyikan hon beberapa kali dan memperlahankan kelajuan lori. Ini membolehkan saya tersedar dari lelap yang mengasyikkan. Kalau tak, mungkin saya sudah menjadi Allahyarham.

Saya dah tak boleh meneruskan perjalanan dan saya hanya terfikir untuk mencari tempat yang sesuai untuk rehat a.k.a tidur. Tapi nasib saya agak malang, sebab dalam proses mencari lokasi yang sesuai untuk merehatkan diri, saya terlelap untuk kali kedua. Lelap yang lagi hebat. Kali ini nasib tak menyebelahi saya, saya terbabas ke longkang /parit di sebelah kiri jalan.

Kereta saya tercabut tayar depannya, kemek pintu kirinya, pecah lampunya, dan lain-lain kerosakan yang tak perlu saya perincikan. Saya pula dua kali terhentak dada kat stereng. Sakit kat dada menyebabkan saya tidak boleh berdiri lalu terpaksa berbaring kat tepi jalan bila orang kampung tolong keluarkan saya dari kereta. Selepas beberapa minit barulah saya mampu berdiri. Selama dua hari selepas kejadian , dada saya terasa sakit kesan terhentak kat stereng dan doktor kat lenggong memang menasihatkan agar melakukan x-ray. Tapi saya tak berkesempatan. Ingat nak buat kat Kota Bharu, tapi disebabkan dah ok lalu saya batalkan. Dalam tempoh dua hari tu saya langsung tak boleh meniarap. Hehehe, lagipun bukanlah hobi saya untuk meniarap kecuali ketika menulis dan membaca. Kembali kepada cerita, setelah dihantar ke klinik untuk rawatan luar saya buat pula laporan polis. Termenung seketika bila mengenangkan RM300 akan melayang sebab kena saman atas kelalaian memandu.

Namun saya tetap bersyukur. Syukur untuk kali kedua, kerana saya hampir-hampir terjunam ke dalam longkang konkrit. Kata beberapa orang kampung, saya bernasib baik kerana kereta saya terhenti sebelum terjunam ke dalam longkang konkrit tu. Kata pegawai polis pula, lebih kurang 6 inci sahaja kereta saya dari longkang konkrit tu. Kata pegawai polis tu lagi, Kalau terjunam saya mungkin parah atau maut sebab longkang tu agak dalam dan ada batu-batu besar yang berhampirannya.

Di sini, saya ingin melafazkan jutaan terima kasih kepada beberapa orang yang sangat berbudi kepada saya ketika itu. Kepada penduduk kampung dan beberapa orang pemandu lain yang tolong ,mengeluarkan saya dari kereta setelah saya tak terdaya selepas terbabas. Kepada sahabat saya, cikgu Radzuan kerana bersusah payah menghantar saya ke Grik, sebenarnya dia menjemput saya untuk berbuka dan bermalam di rumah orang tuanya kat Lenggong. Namun, Kelantan terutamanya bazar Ramdhan kat Stadium Sultan Muhammad IV lebih mengamit saya untuk segera pulang. Dari Grik saya pulang ke Bachok Kelantan dengan menggunakan teksi. RM180 tambangnya. Pukul 6.30 petang saya bertolak dari Grik dan pukul 12 tgh malam barulah saya sampai kat kampung saya di Bachok Kelantan( perlahan betul pakcik ni bawa teksi). Terpaksa berbuka puasa ala kadar jer dalam perjalanan.

DA N yang paling saya terharu ialah seorang kenalan saya. Dia seorang perempuan yang nun jauh di Sabah. Dia ,saya kenali sejak tahun 2001 dan sampai sekrang kami masih berutusan. Dia berbangsa Kadazan dan beragama Kristian, namun bila dia mengetahui kecelakaan yang menimpa saya , dia telah bernazar untuk berpuasa satu hari kerana saya terselamat. Ya, dia benar-benar berpuasa. Terima kasih sahabatku. Aku hargai persahabatan kita. Yakinlah aku, beza agama bukanlah halangan untuk saling cakna. Yakin juga aku, beza akidah bukan halangan untuk berkongsi gundah. Terima kasih seadanya. Aku akan ke Sabah nanti dan akan aku pastikan dapat menemuimu.

TUHAN, aku bersyukur kepadaMU kerana masih memanjangkan umurku. Panjangkan umurku, Kerna aku ingin lebih lama bersujud kepadaMu. Panjangkanlah umurku. Kerna aku ingin membahagiakan mereka yang menghargaiku. Panjangkanlah umurku.




90 comments :

  1. Alhamdulillah.
    Diberi kesempatan usia sekali lagi.
    Musibah itu hanya ujian yang akan menguatkan hubungan kita dengan Allah.
    Jaga diri bebaik ye.
    Jangan lupa buat rawatan susulan, bimbang akan ada masalah di hari mendatang.

    ~Masih sempat untuk mengucapkan selamat hari raya.~

    ReplyDelete
  2. berpantang maut sebelom ajal...!!peringtan tu supaye jangan lalai...!!Be care ful ok...

    ReplyDelete
  3. Syukur la..Nasib baik tak apa2 bro. Duit saman tu tak bernilai sangat jika dibandingkan dengan nyawa tu. Nak tak nak, kena juga buat check-up kat dada tu, manatahu ada retak ker apa... Apa2 pun biar kejadian ni menjadi peringatan buat bro dan juga pembaca blog ni agar sentiasa berwaspada.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dipanjangkan umur..berhati hati dan tidur cukup sblm memandu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. nasib bek xde pape.

    ReplyDelete
  6. Latifah= Trima kasih atas kunjungan. Mayb minggu ni sy akn wat rawatan susulan. Hjg minggu ni sy balik kelnatan lagi, ada hal ptg

    ReplyDelete
  7. uiks..terkejtu uncle dengar berita yang menimpa diri sahabat uncle nih...ishhh malang mmg tak berbau oren..harap bersabar..nasbi baik tak terjadi apa2 yang lebih teruk ..nasihat uncle..pergi buat xtray tu...bukan apa..nak tgkkesan pada tulang dada..ok ke tak..otot dalam lebam ke tidak...kne pergi cepat-cepat noo..

    ReplyDelete
  8. Ain= Yer berpantang maut sblm ajal.

    jericho= mayb minggu dpn sy wat chek- up kt Kelantan. Btul bro, duit saman tak sberapa berbanding nyawa. Trima kasih bro.

    ReplyDelete
  9. nuriz= trima kasih atas peringatan. Yer kna ckp tido sblm memandu.

    Fello Ariza= Trima kasih ats kunjungan dan komenatar. Ya, Syukur tak de apa2.

    ReplyDelete
  10. Uncle = Trima kasih atas peringatan. Yer, sy akn chek-up dada nnt. Sy pun risau jg takut ada keretakkan kat tlg dada.

    ReplyDelete
  11. walaupun kerugian wang ringgit tp masih bersyukur kerana masih selamat :)
    menjadi peringatan kepada Sop juga nih.. jika penat/ngantuk, berehat..

    ReplyDelete
  12. gnesop = Yg ptg nyawa selamat. Btul tu, kalo ngantuk/ penat trus rehat atau sebaik2nya tido. Moga semua sahabat dapat jadikan kisah saya ni sabagai iktibar

    Akram Razali= trima kasih atas kunjungan.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..

    syukur saudara selamat..satu peringatan buat insan-insan yg sememangnya lalai n leka..

    salam aidilfitri dari saya. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah takde pape. isk. lainkali cukupkan rehat dulu..

    selamat hari raya. moga kereta cepat sembuh~

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah slmat.. jgn lupa check up wlaupun rsa mcm ok.. riso klau2 jd apa2 kmudian hari..

    ok, slmat hr raya ^^

    ReplyDelete
  16. Zairie Hussin= Trima kasih atas nasihat. Bnear kita mmapu mengubahnya.

    ReplyDelete
  17. za&da= Ya syukur kpd Allah kerana memanjangkan umur saya. Sempat berhari raya dgn selamatnya.

    ReplyDelete
  18. Tukang Kata= Sbg inmsan kita sering leka krn haikat insan mmg begitu. saya paparkn kisah sy ini sbg renungan dan peringatan buat semua. Slmt hari raya jg dari saya. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  19. Macy= Mgkin sebulan lebih bari sembuh kereta saya. Skrg guna motor jer.

    ReplyDelete
  20. Caliph = Trima kasih atas peringatan. Sy akn check up nnt. Slmt hari raya jg dari saya.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..nasib baik skit je..

    Dah lama tak menjenguk..alih2...baca entri accident lak..

    Semoga dilindungi Allah selalu..

    ~saya nak balik bachok gak..tp awal bulan 10 kut..eheh..
    Selamat Hari Raya (:

    ReplyDelete
  22. Cintahati= Syukur sbb ckit jer. Tak raya kt Bachok ke.

    Slmt hari raya juga dari saya.

    ReplyDelete
  23. syukur la..sy dah excident banyak kali.. kereta masak dengan xcident smpai ayah tak bagi memandu sangat. kalau drive jauh2 lagi bahaya... sebab sy akan ngantuk dan anytime boleh terlelap tanpa sedar.. hurmm.. pengalaman xcident yang banyak.. alhamdulillah masih idop lagi.. ;D

    ReplyDelete
  24. black_roses= Sbnrnye hal2 mcm ni akn mematangkn kita. Yg ptg jgn sampai parah. sama lh sy juga mudah ngantuk kalo drive, apatah lgi bila air cond dbuka tym panas tgh hari or ptg.

    ReplyDelete
  25. hati2 drive lain kali... rehat kena cukup..jgn paksa diri kalau x larat... nasib awak x teruk...harta boleh diganti..nyawa??? maaf kite ingat mengingati..

    ReplyDelete
  26. gdoupt_monster = Terima kasih atas peringatan. Betul tu, kita saling ingat mengingatkan dlm perkara kebaikan. Saya paprkn ini jg utk saling ingat mengingati. Benar skali pndan saudara, harta boleh dicari tp nyawa tiada dijual beli.

    ReplyDelete
  27. Ya Allah, nape smpi jd camtu... Alhamdulillah x ape2.... tu sume pengajaran buat mu dn kita semua... :)

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah.. wa rase mmg elok lu g medical check up cpt2..

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah..len kali ngtuk rehat jap..tdo..

    ReplyDelete
  30. Melati Qistina= silap sy juga sbb drive tym ngantuk. Ya, sbg pengajaran kpd sy dan kpd semua.

    ReplyDelete
  31. mr. curly= Mayb esok or lusa wa wat medical check up.

    ReplyDelete
  32. Sarah= mmg sy sdg cri tmpt utk tido aritu tp x sempat. Tp syukur sbb x truk mana.

    ReplyDelete
  33. MasyaAllah cikgu... syukur Alhamdulillah xda apa2..

    ReplyDelete
  34. light of happines = Syukur sy panjatkan krn Allah masih mmeberikan peluang utk saya bernyawa dgn sejahtera.

    ReplyDelete
  35. syukur alhamdulillah selamat...buat pengajaran tu, berhati2 di lain kali ;)

    ReplyDelete
  36. meowwmania= setuju, sama2 jadikan sbg iktibar dan pengajaran.

    ReplyDelete
  37. ya Allah,syukur kamu tak apa2...semoga kejadian ini menjadi iktibar pada kite semua...huhu

    ReplyDelete
  38. Salam Shameel
    Alhamdulillah, walaupun kedengaran dan kelihatannya agak teruk shameel masih diberi peluang untuk terus menghirup udara di bumi fana ini..
    jadikan pengajaran yg paling berguna..

    moral of the story..
    bila nak berjalan jauh@memandu pastikan mendapat tidur dan rehat yg cukup y dik..

    ReplyDelete
  39. Nur Hayati= Benar tu, moga kita semua dpt ambil iktibar. Di sebalik hakikat tersurat past iada hikmah tersirat

    ReplyDelete
  40. Idalara= Betul kak, sepatutnya sy mndpt tidur dan rht yg cukup. Trima kasih kak atas peringatan.

    ReplyDelete
  41. Ya Allah Shameel, terkejut saya mendapat berita ni. Apa pun syukur alhamdulillah shameel tidak mengalami kecederaan yang teruk... namun apa pun, walaupun dah tak terasa sakit, tapi buat la x-ray tu shameel..

    ReplyDelete
  42. Afida= Syukur coz Allah menyealamatkn sy. Mayb sy wat x-ray minggu dpn. X sempat wat kt kelantan tym cuti raya aritu.

    ReplyDelete
  43. Kena hati-hatilah next time...

    ReplyDelete
  44. olohh..mujonyo xdop gapo...pah nk wat gano bendo nk jadi...
    ado la hikmah dia tu:)

    ReplyDelete
  45. Miecyber= Trima kasih ats peringatan. mmg kna hati2 lain kali.


    echah mashuri= nak wat guano sbb ngantuk telajak. dok cukup tido male.

    ReplyDelete
  46. aduh...kalu ngantuk tido dulu jgn paksa.gua penah rasa tu.kita rasa mata bukak tapi sebenarnya terlelap.nasib baik ko saja.kalu adla moto ke org jln kaki ke aduhhh

    ReplyDelete
  47. bloggerman= Sy mmg bernasib baik bro aritu. Kalo libatkn org lain, pasti menyesal sampai ke mati.

    ReplyDelete
  48. syukur..bro selamat.duit boleh dicari.yang penting nyawa..

    ReplyDelete
  49. itu ujian Allah kepada kamu...

    Ujian itu umpama ROTAN dari Allah. Biarlah kita di rotan selalu oleh Allah kerana kita tentu tidak mahu di rotan di akhirat. Oleh sebab itu, apabila kita di uji, anggaplah ia sebagai hiburan, kerana sesudahnya adalah nikmat...

    ReplyDelete
  50. Syukur.. Allah masih memberi peluang utk saudara meneruskan kehidupan ini lagi..
    Jadikan ini sbg pengalaman yg m'beri pengajaran di masa2 akan datang...

    ReplyDelete
  51. Alhamdulillah cg n family selamat..


    pst,bjaya gak domain sdiri ek cg...^^

    ReplyDelete
  52. EMM SALAM n salam lebaran,, aku tertarik dengan penulisan yang ko tulis tu tn.. tetapi disebabkan oleh kecelakaan yg ko alami menyebabkan aku lebih prihatin pada nasib ko.. tapi alhamdullilah ko masih selamt.. dikesempatan ini aku ucapkan selamat ari raya n maaf zahir batin

    ReplyDelete
  53. aren = btul tu, yg ptg selamat. duit boleh dicari.


    mamahidayahamin= Syukran, atas ucapan a.k.a renungan yg amat bermakna buat saya. Ya, hadapi dg nsenyuman kerna pasti ada hikmha tersirat disebalik hakikat yg tersurat.

    ReplyDelete
  54. akutiewa = ya, sy bersyukur sgt2 krn masih berpeluang utk bernafas. Dan moga2 sama2 dpt jadikan ini sbagai iktibar.

    Liyana = Alhamdulillah. sy beli domain jer, igt nak beli web hosting tp sy x mahr dgn wordpress.

    ReplyDelete
  55. Norisman= wah ko ade blog jug bro. trima kasih masih ingat sama aku. Slmt hari raya juga. Lama x jumpa ko. Rindunyer.

    ReplyDelete
  56. alhamdulillah demo selamat
    semoga menjadi peringatan kepada yg lain
    terlelap sesaat, sribu satu kemungkinan sedang menanti

    selamat hari raya
    besar sungguh dugaan raya taun ni
    moga sentiasa tabah

    ReplyDelete
  57. penaberkala= syukur sbb selamat. betul tu, lelap sesaat sdh cukup utk mengundang sribu kemungkinan. 'Patah kaki' raya thn ni sbb keta rosak.

    ReplyDelete
  58. ya allah tuan....betul ka apa yg saya baca ini??

    alhmdulilah tuan x apa2.. semoga apa yg terjadi pada tuan mnjadi peringatan pada kami semua... saya baru dapat on9 dan terbaca blog tuan..mugkin agak lambat...tapi bersyukur sgt2 pada illahi.. amin ya allah...

    ReplyDelete
  59. Alhamdulilah.. tuhan masih sayang lagi kat awak...

    ReplyDelete
  60. Syukur Alhamdulillah shameel selamat dan sehat walafiat dlm kemalangn itu...jadikan iktibar jgn memandu ketika mengantuk...bahaya sungguh!!huhu..

    selamat hari raya...=)

    ReplyDelete
  61. Syukur Alhamdulillah shameel selamat dan sehat walafiat dlm kemalangn itu...jadikan iktibar jgn memandu ketika mengantuk...bahaya sungguh!!huhu..

    selamat hari raya...=)

    ReplyDelete
  62. Epal Faezah = Ya, itulh yg sy alami tym balik kg aritu. Moga dapat djadikan pengajaran dan iktibar oleh rakan2 blogger.


    HairiAks= Syukur sbb Allah masih sayangkan saya.

    ReplyDelete
  63. Yuni = Trima kasih atas nasihat. Sepatutnya saya rehat mencukupi aritu tapi syukur kpd Allah kerana saya masih ok.

    Selamat hari raya juga utk Yuni.

    ReplyDelete
  64. harap2 lps ni ko akan lbh berhati2...thanks berkongsi cerita ni...peringatan untuk org lain juga

    ReplyDelete
  65. hee.sila matikan niat nak online lamalama kalau tahu esok nak drive.jauh.haha.

    ReplyDelete
  66. mario= Yer, sama2 jadikn iktibar. moga lebih hati2 tym memandu .

    ReplyDelete
  67. akufobia = hahaha, btul tu. Kena matikan niat online kalu nak drive jauh. Trima kasih bro atas peringatan.

    ReplyDelete
  68. alhamdulillah tuhan masih panjagnkan umur shameel..lainkali kene lebih berhati2 apabila memandu..persediaan mental kene ada slain persediaan fizikal..kalau tak yakin nak memandu bila dah tau tak cukup rht, tunda je perjalanan..
    smoga ini memberi pengajarn buat saudara dan juga buat sahabt lain eh:)

    ReplyDelete
  69. salam..
    nasib baik tak jadi apa-apa
    yang membawa malapetaka lagi
    dasyat..saya pun begitu mudah
    mengantuk bila memandu siang
    badan kekurangan air di bulan
    puasa,jadi seeloknya memandulah
    selepas berbuka puasa..
    alhamdulillah anda selamat

    ReplyDelete
  70. Rama2Ungu= Benar skli persediaan mental n fizikal amat ptg utk drive dlm jarak jsuh. moga kita semua dpt jadikn pngjaran.


    Zulkbo= Aritu sy ngantuk sgt sbb x cukup tido.

    ReplyDelete
  71. alhamdulillah bro still lagi bernafas.. kejadian yg menimpa bro ni membuatkan sy akan lbih berhati2 time memandu..

    ReplyDelete
  72. alhamdulillah..syukur..

    berhati2 dijalan raya..=)

    ReplyDelete
  73. Syukur alhamdulilah anda terselamat.... my kampung tu.........

    ReplyDelete
  74. Afiq= sama2 jadikan kisah sy ni sbg pengajaran dan teladan.

    Bidadari Fiza= Syukur Alhamdulillah.

    Puteri = Orang Lenggong ke?

    ReplyDelete
  75. bahaye bro kalau tetido..dah pnah nmpk dah dpn mae xcident gila teruk sbb tido..lain kali hentam nescafe sampai bengkok pun xpe

    ReplyDelete
  76. hentakbelipat= mmg sgt bahaya kalo drive tym ngantuk or trtido. Mmg biasenyer pekena ali cafe tym drive jauh tp aritu tgh pose.

    ReplyDelete
  77. Ya Allah...scary nya...mcm kisah cikgu saya,imanshah yg juga eksiden smpai kereta jahannam terus,tapi orgnya selamat tanpa kecederaan serius..tapi saya pasti,lepas aje eksiden...mesti sudah tak mengantuk kan?heheheh(gurau)

    ReplyDelete
  78. Syukur anda selamat...moga lain kali dapatkan rehat secukupnya sebelum perjalanan. Iskandar chatbox xdak ker untuk meninggalkan jejak?

    ReplyDelete
  79. Jadikan satu pengajaran. Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan saudara kalau penat dah rehat secukupnya.

    ReplyDelete
  80. Ish.. len kali jgn wat lagi.. bahayakan diri sendiri dan insan lain yang mungkin lalu kat situ ke kan..

    biar lambat sampai asalkan sampai dlm keadaan selamat k..

    ReplyDelete
  81. Iqbal syarie =Yer hilang sgala rasa ngantuk lepas eksiden. hehehe

    ReplyDelete
  82. Tokan Corner= Trima kasih bro. Shoutbox sy ada jer. Mayb tym bro dtg ia ade prob kot.


    Aku biomed= Ya, sama2 kita jadikan sbgai satu pengajaran.


    atie= Trima kasih atas nasihat. Sy setuju sklai dgn atie. biar lambat asalkan slmt.

    ReplyDelete
  83. SUBHANALLAH

    ALHAMDULILLAH diselamatkan n msih dberi pluang kdua !

    moga kamu mnggunakan peluang itu dgn sbaik2nyer utk terus berbakti pd muka bumi ini..

    AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ~

    ReplyDelete
  84. salam,


    maaf, baru baca dan baru tahu
    bersyukur....
    bahagia tengok cikgu heppy juga
    jaga diri selalu...

    ReplyDelete
  85. zal-cdpx= Syukur sy dslamatkn Allah.Pasti sahaja Allah ingin saya menginsafi kesilapan diri disebalik hakikat ini.

    ReplyDelete
  86. blueCITY= Kak, hidup msti heppy. Moto hidup saya, hidup utk dinikamti n bknnya diratapi(w/pun kereta rosak n mayb sbln lagi baru ok). heheh

    ReplyDelete
  87. alhamdullilah takder kecederaan uyg teruk..

    ReplyDelete
  88. syukur brooo...kalau tak x sempat nok kenal bro...esok drive molek jgn berulang lagi...huhuhu

    ReplyDelete