Wednesday 22 September 2010

WAT SIAM DI KELANTAN.

( Wat Pothvihan kat tumpat. Ia adalah patung Budha
yang TERBESAR di Asia Tenggara.)


KELANTAN DARUL NAIM, negeri Serambi Makkah, negeri Tadahan Wahyu. Amat sinonim dengan institusi pengajian pondoknya yang masih bertahan hingga ke hari ini. Tok Kenali, Tok Bachok, Tok Selehor/Selehong,Tuan Tabal ( sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Malah sampai ke hari ini, boleh dikatakan hampir setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pondok ( Cuma daerah tertentu sahaja yang tiada pondok pengajian islam)). Cuma yang terkenal ialah pondok Terusan Pasir Tumboh Kubang Kerian, Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian di Kuala Krai. Di daerah saya, Bachok terdapat dua buah institusi pondok, iaitu pondok moden Kandis Bachok dan pondok Kuin Pasir Jelawat.

( Wat Machimmaram, salah satu patung budha
kategori duduk yg terbesar di Asia Tenggara.


Tahun 80-an dahulu(sekarang pun masih ada cuma tak sehebat dulu), setiap pagi jumaat, surau ( dikenali sebagai balaisah di Kelantan)di kampung saya akan dihadiri oleh Tok Guru Pondok atau wakilnya untuk mengajar ilmu agama. Arwah nenek saya selalu membawa saya bersama ke kuliah itu. Alam kanak-kanak, saya cuma ingin bermain-main bersama rakan-rakan. Persekitaran surau a.k.a balaisah begitu meriah. Bagaikan pesta, di samping mempelajari ilmu agama, aktiviti jual beli juga rancak di adakan sebelum dan sesudah sesi kuliah. Suasana sebegini tidak lagi saya rasai kecuali ketika kuliah mingguan( pagi jumaat) di Kota Bharu yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Itupun hanya sempat saya ikuti apabila sesekali pulang bercuti ke Kelantan.

(Wat Phothikyan kt Kg Balai Bachok. Berhampiran kg saya jer)


Di sini saya tidak ingin berbicara tentang pondok dan ulama tetapi ingin memperkatakan tentang masyarakat Siam dan agama Budha serta Wat Siam. Semuanya untuk membuktikan mereka ini tidak tersisih di negeri yang melebihi 95% penduduk Melayu-Islamnya. Semuanya bermula apabila seorang rakan berbangsa Cina mengatakan kaum minoriti tersisih di Kelantan. Rakan ini bertanyakan saya ketika kami sama-sama berjogging sekitar Chemor Perak( tempatnya Bukit Bangkong). Rakan saya itu, sedari dahulu lagi ‘diperdendangkan’ dengan simfoni klasik zaman- berzaman. Kononnya minoriti bukan islam termasuk orang Siam dan Cina dinafikan hak di Kelantan. Oh ! TIDAK. Mereka hidup dengan aman dan damai. Malah masyarakat Cina di Kelantan lebih bahagia berbanding Cina di tempat lain. Mereka sangat akrab dengan orang Melayu dan turut bertutur dalam loghat Kelantan. Mereka juga turut memakan budu dan gemarkan masakan manis-manis macam orang melayu Kelantan.




( Wat Phothikyan kt Kg Balai Bachok. )


Wat Pothvihan, merupakan Wat Siam yang terkenal di Kelantan. Malah ia merupakan patung budha terbesar di ASIA TENGGARA. Saya ulangi, terbesar di Asia Tenggara. Ya, patung budha yang terbesar bukannya di Thailand tapi di Kelantan. Ia juga dianggap antara yang terbesar DI DUNIA dalam kategori yang serupa( dlm keadaan berbaring) dan ia dikenali sebagai “the sleeping Buddha

Wat Uttamaram yang terletak di Pasir Mas di Pasir Mas juga cukup terkenal dalam kalangan pelancong di dalam mahupun luar Negara. Ia berkait rapat dengan kisah seorang sami bernama Khron Ratchanaren (dikenal sebagai Tok Raja). Tok Raja adalah Sami terkenal dan telah melalui pengalaman spiritual yang hebat sebelum mencapai darjat tersebut. Lebih lanjut tentang Tok Raja
http://www.mir.com.my/leofoo/Thai-amulets/RockRaymond/TukRaja/index1.htm

Last sekali adalah Wat Siam yang terletak di Kampung Balai, iaitu sebuah perkampungan masyarakat Siam di Bachok Kelantan( lebih kurang 15 KM dari kampung saya). Berani, saya katakan. 1 MALAYSIA telah lama dijelmakan di Kelantan. Di samping lahirnya ulama terbilang, di bumi Kelantan juga pernah lahir Tok Cai ( sami Siam) yang cemerlang.


































41 comments :

  1. teringin sangat nak bergambar kat situ. tapi mak tak berapa bagi... next time kalau terpergi ke sini...tak mau bawak emak. nanti dia bebel banyak

    ReplyDelete
  2. patung tidur kat tumpat tuh, rajin lalu ke.tak pernah lg brenti ambil gambar

    yg patung bachok tuh, tak tau pun wujud.trima kasih atas maklumat. nama jah ore qlate, byk lg tak tau sbb jarang duk kampung
    kbtc tak rajin gi lg stakat ni, cuti kejap sgt

    sgt stuju, cina, india dan siam di kelantan pandai kecek qlate
    hok tu paling banggo

    ReplyDelete
  3. nosembilanbelas= Nape mak x bagi yer. hehehe

    ReplyDelete
  4. penaberkala= Patung tidur tumpat tu mmg terkenal dlm kalangan pelancong.

    Yg patung kt bachok tu, terletak lebih krg 10 km dri pantai irama.

    kawe pn bangga bla cina, india dan siam kt kelate buleh kecek kelate.

    ReplyDelete
  5. slalu tengok dari jauh je, tak moh g dekat

    ReplyDelete
  6. cemomoi = Takut ke gi dekat. hehehe.

    ReplyDelete
  7. salam ziarah sahabat seperjuangan.maaf lama menyepi kerana urusan yg x dpt dielakkan.terlebih dahulu,syukur ke hadrat Ilahi sahabat terselamat dari musibah.masih diberi kesempatan utk menulis entri kali ini.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.hari ini nasib kita,nasib org lain belum tahu.
    -berkenaan kehidupan beragama di kelantan.seboleh-bolehnya ditutup kpd pengetahuan org ramai.ramai yg tidak tahu toleransi beragama telah lama berlaku.demi keuntungan politik berita2 negatif sering dipaparkan agar kelantan dipandang negatif.walaupun tempat lain juga begitu.kita tidak nafikan gejala negatif juga berlaku di kelantan.ttp kerajaan kelantan sudah mempromosikan cara hidup Islam.selebihnya terpulang pd penerimaan rakyatnya.berbanding negeri2 lain yg tidak berusaha memartabatkan Islam.musabaqah al-quran,perarakan maulid nabi dll bkn ukuran kerana semua itu hanya bersifat bermusim.dan banyak perkara asas dlm beragama ditinggalkan.Islam di malaysia hanya simbol perayaan/sambutan besar.
    -sekurang-kurangnya kerajaan kelantan dan terengganu (suatu masa dahulu) telah berusaha menghidupkan hukum hudud,walaupun dinafikan kerajaan persekutuan(federal)

    ReplyDelete
  8. Pernah juga lalu situ dulu..tapi tak singgah pula..

    ReplyDelete
  9. kelate kito tu.. he3
    p/s : sakan demo bergamba eh...

    ReplyDelete
  10. Pacifist= Trima kasih atas kunjungan. Ya, sy bersyukur kpd Ilahi krn diselamatkan dari musibah yg boleh meragut nyawa sy tempoh hari.

    Mmg sampai skrg masih ada yg trsalah faham ttg kelantyan lantaran salah maklumat yg diberikan. Ketika berkhidmat kt sabah dahulu, prnh seorg guru kt sana brtanyakan saya ttg harga beras dan lain-lain keperluan kt kelantan. guru tersebut ( yg berpendidikan tahap ijazah pertama) pun diperbodohkan oleh berita2 palsu kononnya harga beras dan lain2 keperluan di kelantan amat mahal. Lebih truk dari itu , ada yg bertnayakan saya, kat kelantan boleh makan nasi ke?. Begitulah hebatnya puak2 tertentu menghina Kelantan gara2 kelantan berada di bawah pembangkang. Dulu, pernha juga seorg cina bertanyakan saya, benarkh ppuan cina di kelantan diwajibkan bertudung? Betapa kejamnya mereka yg memburukkan kelantan sebegini rupa.

    ReplyDelete
  11. Chaon= Ya.Byk patung2 besar kat Kelantan w/pun org islam di sana melebihi 95 %

    ReplyDelete
  12. releven= Sesekali pernah juga singgah. Bkn utk menghormati tapi sekadar toleransi.

    ReplyDelete
  13. aku-tiewa= Ya, kelate kito.

    Gambar suka-suka jah. Demo kelate dok mana weh.

    ReplyDelete
  14. nice history...thanx for da sharing...

    suke dengar bila org cina kelantn bercakap dlm loghat kelantan...hehe..

    ReplyDelete
  15. Yuni= pernah dgr ke org cina kelantan ckp loghat kelantan? Tapi yg pasti org cina kelantan dah jadi mcm org melayu dah.

    ReplyDelete
  16. salam shameel,
    Pada mulanya abah ingatkan ianya cuma gambar hiasan sahaja. Terkedu abah apabila membaca berita insiden kereta shameel terbabas. Tak sangka sungguh. Syukur orangnya selamat... semoga lebih berhati-hati pada masa akan datang.

    selamat hari raya fitrah.

    ReplyDelete
  17. salam dan selamat pagi..

    saya yg dok kt klatan pom xpenah smpai lgi kat patung buddha yang besar tu..jarang berurusan ke kws tumpat dan palekbang...

    nati nk pegi juga utk melihat2..

    ReplyDelete
  18. byk rupanya patung budha kat sana..
    biasa tahu yg tidur tu jer..

    ReplyDelete
  19. Abah aman= Sy sgt bersykur sbb trselamat dlm eksident hari tu. Iabg pengajaran juga buat saya dan smeua sahabat.

    ReplyDelete
  20. Sarah= Kelantan dok kat mana. Saya org Bachok.

    ReplyDelete
  21. gdoupt_monster= Yup Kelantan mmg hebat. Malaysia lagi hebat. Semua negeri di Malaysia ada kehebatan tersendiri.

    gnesop= Sop, ada masa dtglh kelantan. Byk lagi patung budha kt kelantan sbnanrya.

    ReplyDelete
  22. salam cikgu,

    apa kabo? lama tak bertandang rumah kenkawan, byk hal lah pulak, huahuahu.. rindu!!! heheeh...

    hmmm menariknya
    saya setuju. siapa kata kelantan rasis ke, kekampongan ke, tertutupla, dan mcm2.
    saya percaya kata2 cikgu...

    saya pernah jumpa sleeping budha yg besar bapak gak, masa saya masuk gua kat perkelahan sg pancing di kuantan. terkejut saya. dalam gua tuh boleh ada patung yang mcm tido, besar lak tuh...

    saya juga pernah ikut2 mak sedara mendengar ceramah hj hadi kat mesjid rusila dulu2 time saya kanak2. heheheh
    org dgr ceramah, saya sibuk beli makanan dan makan2, ekekkek

    ReplyDelete
  23. haa suzie der pg. tmn umie mandi spa.t nk g lagi..huhu

    ReplyDelete
  24. BOSAQ BOSAQ PATUNG BUDDHA TU YE.... TERUTAMA POSING BAIK TU KEKEKEKE!!!

    ReplyDelete
  25. BlueCITY= Betul kak kelantan tak rasis tapi open minded.

    Skrg sy rindui suasana keagamaan spt alam kanak2 dlu. Bla dh kerja ni, agak jauh saya dari kelas2 agama. Nasib baik ada ambik kelas agama dan bajasa arab kat kolej islam darul ridzuan

    ReplyDelete
  26. Macy= Jalan2 dpt tenangkn fikiran. heheh. Tapi dpt nipiskn dompet. huhuhu.


    Suzie= Dtglh lg ke kelantan.

    ReplyDelete
  27. Humanity Life= mmg bosaq patung ni. Jomlh kita posing kt cni. hehehe.

    ReplyDelete
  28. membangun dgn ISLAM.... kegilangnya islam dibawah kepimpinan ulama..... melayu, cina, india tiada bezanya... semuanya sama....

    ReplyDelete
  29. terbesar di asia tenggara..wow

    ReplyDelete
  30. Mohd Hafiz= Ya kepimpinan Ulama dan misi membangun bersam islam tapi hak minoriti tak pernah dinafikan. Itulah kehebatan Kelantan.

    ReplyDelete
  31. Nuriz= Terkejut ke.Hehehe. Itulah realiti.

    ReplyDelete
  32. teruja tengok patung baring besar sepanjang nak gi rumah pakcik di tumpat, macam tak percaya ada patung sebegini di kelantan. membuktikan, fleksibel dan keterbukaan kerajaan kelantan dalam beragama.

    ReplyDelete
  33. AkuMuzikFilem.

    bukti yg jelas kerajaan kelantan tidaklah rigid mcm Taliban

    ReplyDelete
  34. Walaupun toleren dalam beragama jangan la PATUNG BUDHA lebih tinggi dari menara MASJID lagi pulak siam kaum minoriti tak kan banyak bebenor patungnya.

    Memang betul kerajaan kita toleren kerana biaya bina patung di Bachok kerajaan kita bagi RM60K gak.
    Kira ok la tu.....

    ReplyDelete
  35. Pada tahun bila patung patung tu di bina?

    ReplyDelete
  36. Kg Balai tu dekat ngan kg saya jgk tu...pernah la jgk ambik gambar ngan patung putih tu...

    ReplyDelete