Thursday 17 November 2011

AKSI GURU BESAR TERLAMPAU



Nak kata bodoh, dia ni Guru Besar. Nak kata banggang, rasanya dia ni terpelajar. Cikgu Abd Halim bin Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap Setiu merupakan Guru Besar paling teruk yang pernah saya ketemui. Kalau dah ghairah nak berpolitik, tunjukkanlah kejantananmu wahai cikgu. Letaklah jawatan dan bertandinglah dalam pilihanraya akan datang. Sila tonton dan dengar "firman" Guru Besar ini.




Cikgu Halim sememangnya layak dinobatkan sebagai Guru Besar Terlampau apabila bertindak gila dengan 'memaki hamun' para penyokong PAS ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Saya tidak berminat nak mengulas isu ini dari sudut politik, tapi saya nak ulas dari sudut waras dan wajar. Sepatutnya Guru Besar tersebut mengantung jersi politiknya diluar pagar sekolah dan bila memasuki halaman sekolah, dia perlulah memakai jersi pendidik. Tindakan biadap Guru Besar tersebut umpama mewujudkan industri pelacuran dalam profesion keguruan. Iaitu melacurkan tugas sebenar seorang guru. Tugas seorang guru ialah memperkasakan akademik pelajar dan bukannya memperkasakan parti yang disokong. Amat tidak waras dan sangat tidak wajar, apabila seseorang Guru Besar menyampaikan ceramah politik di hadapan pelajar, guru-guru dan ibu- bapa.

Berdasarkan ‘Firman’ Cikgu Halim, sesiapa sahaja yang menyokong PAS( baik doktor, guru, ustaz atau sesiapa sahaja) adalah golongan yang bodoh dan benggong serta tidak cerdik. Tidak mengapa, jika ucapan ini diucapkan dalam ceramah politik atau dalam mesyuarat parti. Tapi yang banggangnya, ‘FIRMAN’ yang penuh dengan nista dan maki hamun ini diucapkan dihadapan ratusan ibu-bapa dan guru-guru yang pastinya terdiri dari pelbagai latar belakang politik. Lagi tidak cerdik kerana ‘FIRMANNYA’ itu turut didengari oleh murid-murid sekolah rendah yang belum mengerti apa-apa.

Saya sertakan kata-kata Cikgu Besar yang belum akil baligh ni kat sini(tolong dengar juga youtbe yang saya sertakan di atas) "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Dari sudut politik dan kenegaraan ternyata Cikgu Besar ni tak cerdik. Dia tak faham maksud demokrasi. Entah kat Universiti manalah Guru Besar ni belajar. Disebabkan Cikgu Besar ini belum akil baligh, maka saya amat teringin untuk menjelaskan kepadanya maksud demokrasi sebagaimana yang diajar oleh Abraham Lincoln, iaitu "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat." Jadi terpulanglah kepada rakyat untuk memilih parti apa sekalipun. Tugas pemimpin parti-parti politik pula ialah memancing rakyat untuk menyertai dan menyokong parti mereka.

Dari aspek ekonomi pula, Guru Besar ni belum lagi MUMAYIZ. Dia tidak dapat membezakan antara Kerajaan dan Parti Politik, sekali gus gagal memahami takrif Wang Negara dan Wang Parti. Bantuan kepada murid-murid sebanyak RM100 tu adalah Wang Negara. Antara sumber utama pendapatan Kerajaan, ialah cukai yang dikenakan terhadap rakyat. Pembayar cukai pula ialah orang ramai atau rakyat yang terdiri daripada pelbagai parti. Jadi tak wajar dan tak waras jika pengagihan RM100 tu nak dijadikan modal memancing undi.

Kebiadapan Guru Besar ini mengingatkan saya kepada entry yang pernah ditulis oleh blogger Jiwa Hamba. Beliau telah membidas segala usaha yang ingin mewujudkan industri pelacuran dalam profesion keguruan ini. Tolonglah baca dan hayati entry beliau. Entry beliau menjelaskan betapa hebatnya industri pelacuran yang wujud dalam profesion keguruan di Malaysia :. > klik SINI

p/s : . > Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan guru(termasuk bakal guru dan sesiapa sahaja yang berminat dengan profesion keguruan) “Janganlah sesekali mewujudkan indsutri pelacuran dalam profesion keguruan. Janganlah melacurkan tugas sebenar anda sebagai seorang guru. Tugas seorang guru ialah memperkasakan akademik pelajar dan bukannya memperkasakan parti yang disokong. Gantunglah jersi politik diluar pagar sekolah dan pakailah jersi pendidik apabila memasuki halaman sekolah.”

44 comments :

  1. Salam......
    Masih ada orang yang pandai ,bodoh lagi cenggini...Allah hu Rabbi!

    ReplyDelete
  2. ASSOYFINGER67.
    Org mcm ni sepatutnya jadi calon pilihanraya jer.

    ReplyDelete
  3. kalau yg dikutuknya tu BN, mau kena tindakan tatatertib.

    sbnrnya tak perlu kutuk2, politik hanya wadah utk memilih siapa yg jadi kerajaan. jadi terpulang pd individu utk pilih siapa yg dia sokong.

    ReplyDelete
  4. Nak buat guana Syeikh, kalu xbleh nilai hok mana baik/buruk...hanya akal saje buleh beza antara manusia&haiwan...itulah pemberian Allah untuk manusia untuk digunakan ditempat sebaiknya tetapi jika sebaliknya maka sama saje antara manusia haiwan...

    Sorry cikgu lebih2 pulok...

    ReplyDelete
  5. jawatan je yg 'besar'...tp 'oxxx' kecik. tgklah suasana & keadaan klu nak politik tu...

    ReplyDelete
  6. adoiii org camni pon ada haihh...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..mcmmanalah dia boleh jadi Gueu Besar mentadbir sebuah sekolah...terlalu emo dn agak kurang ajar...mudah2an Allah beri dia peringatan dn kesedaran merana sikapnya.

    ReplyDelete
  8. agak2 kesalahan begini boleh diambil tindakan ke?
    aku pun dah malas nak dengar hal politik kat sekolah
    23hb nanti aku TERpaksa dengar lagi
    huhu

    atau aku perlu pakai earphone?

    ReplyDelete
  9. memang tak patut... agaknya dia tengah nak praktis, nanti nak masuk bertanding kot.. apa pun, silap 'padang'..

    ReplyDelete
  10. Afida Anuar.
    saya sgt yakin cikgu besar ni tak akn dikenakan tindakan tatatertib tapi akan dinaikkan lagi pangkat. tapi kalaulah ada cikgu yg hentam BN mcm ni gerenti kena tindakan tatatertib

    ReplyDelete
  11. Ujie.
    inilah mslhnya bila beza antara kerajaan dgn politik tak dapat dibezakan.

    ReplyDelete
  12. TaTJ.
    sebab tu saya anggap cikgu besar ni belum lagi mumayiz sbb tak boleh beza antara ceramah politik dgn ucapan di sekolah

    ReplyDelete
  13. nahmy.
    entah2 jawatan guru tu pun dia dapat krn aktif dlm politik dan bukannya krn kecemerlangan sbg seorg cikgu

    ReplyDelete
  14. nyanyisunyi.
    bila dan terlampau fanatik inilah jadinya kak.

    ReplyDelete
  15. tehr.
    Ramai sebenarnya guru-guru yg ditipu dan dipaksa oleh pemimpin parti yg tak bermaruah ni. dipaksa hadiri majlis yg dihadiri oleh pembesar2 putrajaya spaya majlis itu nampak gah dan ramai yg hadir. jika guru tak hadir, kenaklah surat tunjuk sebab

    ReplyDelete
  16. Anaa .
    cikgu besar ni silap padang dan silap lawan..

    ReplyDelete
  17. meowwmania.
    moga2 org mcm ni akan segera pupus.

    ReplyDelete
  18. SK Langkap adalah bukan sekolah gred A, guru besarnya bukan lulusan universiti tapi lulusan sekolah menengah dan sijil maktab sahaja, makhluk ini baru dinaikkan pangkatnya..harap maklum..

    ReplyDelete
  19. Anom.
    Terima kasih ats penjelasan.Patutlah teruk sgt cara pemikiran cikgu besar ni.. layak jugalah kalau diistiharkan sebagai Makhluk Tuhan Paling Banggang.

    ReplyDelete
  20. tak patut betul..disebabkan segelintir guru spesis ini lah yg buatkan ada ibubpa prejudis hingga enggan menghadiri mana2 ceramah di sekolah, dikhautiri byk unsur2 politik berbanding hal pelajaran anak2

    ReplyDelete
  21. Hurm x lalu nak play video tuh. Name je guru besar. Ape la. Asal dpt bantuan krajaan je PAS x layak. Apedaaa..

    ReplyDelete
  22. memang bangang bodoh cikgu ni... sekolah bukan tmpt berpolitik.. sekolah tmpt anak2 kita menimba ilmu & tmpt cikgu mengajar... anak2 murid sekolah dia bukan semua ibubapanya sealiran dgnnya...kene faham tu..kalau nak brpolitik jgnla sampai memperbodoh2kan org lain..sudahnya awak sendiri yg bodoh tolol lagi

    ReplyDelete
  23. hmmm... nak berpolitik biarla bertempat jgn mencemar imej institusi yg mulia tu, sekolah adalah tmpt untuk anak2 kita belajar x kira perbezaaan fahaman politik dan kedudukan ibu bapa anak2 murid... cara org melayu berpolitik masih jauh ketinggalan dgn cara brpolitik kaum cina...

    ReplyDelete
  24. kutuk pembangkang tak da pa punya.. kalau kutuk pemerintah alamat kena tukar atau tunjuk sebab atau kerdua2 sekali..

    ReplyDelete
  25. sara pedrosa.
    utk pengetahun sara. skrg ni ibu bapa takut nak hadir ceramah najuran pibg. sbb di sesetngah sekolah 90 % isi ceramahnay ialah poliitk hentam PR

    ReplyDelete
  26. Fabulous Me.
    Terima kasih ats kunjungan dan komen. sebenanrya cikgu besar dan org yg 'semazhab' dgnnya ni terdiri drp banggang. mereka tak dapat bezakan antara kerajaan dan parti politik. apa dia ingat penyokong BN jer yg bayar cukai pendapatan.

    rasanya dah tiba masanya penyokong pembakang boikot cukai pendapatn

    ReplyDelete
  27. org muo.
    setuju sekali dgn sahabat. politik org cina amat matang tapi poliitk org melayu penuh dgn dendam.

    Rakyat dan negeri yg sokng pembakang semuanya dianaktirikan walaupun mereka itu melayu dan islam.

    Mustafa mohammad(bekas menteri kewangan kedua) pernah membuat pengakuan yg dia diarahkan melewatkan pemberian wang kpd kerajaan kelantan. padahal kerjaan kelantan pun melayu dan kelantan paling ramai melayu. tapi krn pas yg pimpin maka dianfikan hak dan dtindas. begitu juga dgn anak2 pas di sekolah2. mrk dinafikan hak utk dapat biasiswa. begitulh hapraknya bangsa kita termasuklah si guru besar ini

    ReplyDelete
  28. S..U..D..@..I..S.
    kalau kutuk BN, kena hnatar ke pedalaman lah jawapannya. pastu akan tertutup rapat pelaung kenaikkan pangkat.

    Kutuk pembakang, cepatlah naik pangkat. cikgu besar ni gerenti tak lama lagi akan jadi pegawai PPD

    ReplyDelete
  29. Anonymous.

    cikgu besar ni pondon sebenanrya. nak bertanding jadi calon umno dlm pilihanraya dia takut kalah. lepas tu sekolahlah yg jadi tempat dia melepaskan nafsu ganasnya.

    ReplyDelete
  30. pastu bercakap ngan bebudak sekolah plak.agaknya dia tak diberi peluang bercakap kat luar kot?kat depan budak2 pun jadilah.hahaha

    ReplyDelete
  31. apelahh nk jadi skang ni...

    ReplyDelete
  32. Guru Besar ni..DG Berapa? Mungkin lulusan Universiti Tanjung Rambutan..tersilap U..patutnya masuk UPSI baru urat tak putus.

    ReplyDelete
  33. bukan guru sahaja tpi ingatan utk semua juga...

    jgn guna kedudukan dan kelebihan utk buat sesuatu yg menjelikkan org..

    grrrrr

    ReplyDelete
  34. Kalau Cikgu2 berpolitik sokong pembangkang dia akan ditukar..Tapi kalau Cikgu2 berpolitik sokong UMNO kemungkinan naik pangkat dan gred gaji besar.....Itu hakikatnya....Kamu nak cari kerhedaan Allah atau kamu mahu cari kerhedaan UMNO.....

    ReplyDelete
  35. afzalsukasuki.
    Apa sangatlh yg budak2 sekolah rendah tahu ttg politik. hahaha

    ReplyDelete
  36. Sha.
    inilah nasib yg sdg menimpa Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Anonymous.
    DG41 pun tak layak cikgu besar ni. Org mcm ni DG bawa maksud Dunggu Gila. Hahaha.Boleh jadi dia ni lulusan Wad sakit jiwa tg rambutan.

    ReplyDelete
  38. mamaNoriz.
    setuju dgn mamaNoriz.

    Paling ptg, asingkan politik dari kerjaya.

    ReplyDelete
  39. Na'im Nikmat.
    Terima kasih sahabat ats kunjungan dan komen. inilah realiti yg berlaku di Malaysia. Banyak yg aneh2 dlm Kementerian Pelajaran ni. eloklah bangunan kementrian pelajaran diistiharkan sebagai keajaiban kelapan dunia.

    ReplyDelete
  40. Salam cg.Shameel,

    Guru Besar macam ni lah yang selalu jadi penceramah kursus BTN

    tak ada ibu bapa yang buat laporan ke?

    ReplyDelete
  41. apakan daya, dia memilih jalannya sendiri untuk menyalahgunakan kuasa dan membodohkan diri dan memalukan kaum keluarganya.

    ReplyDelete
  42. NaeBlog.
    Betul tu cikgu Nae. Saya dah beberapa kali hadiri kursus BTN. Rata-riti penceramah BTN, memang org2 yg persis cikgu besar ini. BTN sebenarnya penuh dgn agenda memperbodohkan kakitangan kerajaan dan pelajar. Mereka anggap kakitangan kerajaan ni mcm manusia yg hidup dlm gua dan tak tahu apa-apa perkembangan semasa.

    Sebenarnya kalau ibu bapa buat laporan pun ia tak memberi apa-apa kesan. Lainlah kalau yg dihentamnya itu BN

    ReplyDelete
  43. Cikli.
    sungguh tidak bermaruahkan guru besar ni

    ReplyDelete