Thursday 10 November 2011

Nostalgia Aidil Adha di Lahad Datu Sabah

ketika kami melapah daging korban.


Ini adalah sambungan entry lepas: > lihat SINI

Ini juga merupakan entry tertangguh memandangkan blog saya bermasalah sejak dua hari lepas. Buat masa ini , saya hanya mampu menerobos blog saya dengan menggunakan Google Chrome. Jika tidak, blog saya hanya kosong tanpa apa-apa paparan. Apa puncanya?- harap sahabat dapat membantu.

Nostalgia Aidiladha di Lahad Datu Sabah tercipta sepanjang saya mendiami daerah itu. Hampir enam tahun saya mendiami pendaerahan Lahad Datu, iaitu bermula 18 Jun 2001 hingga 15 Januari 2007. Dan sepanjang tahun 2002 hinggalah 2005(empat kali), saya berkesempatan menyambut hari raya korban di sana. Sebut tentang Lahad Datu, pasti semua tahu ia merupakan daerah yang terletak di Pantai Timur negeri Sabah, dan berada dalam bahagian Tawau( Sabah terbahagi kepada lima bahagian). Daerah-daerah lain yang berada di dalam bahagian Tawau ialah Semporna dan Kunak.


Aku bersama pelajar-pelajarku


Pasti juga ramai yang belum lupa terutamanya dalam kalangan generasi veteran(termasuklah kakitangan awam yang pernah berkhidmat di Lahad Datu sekitar tahun 1980-an), iaitu persitiwa serangan lanun di Lahad Datu. Pada 25 September 1985, sekumpulan lanun telah mneyerang balai polis Lahad Datu. selain menyerang balai polis, kumpulan lanun tersebut turut merompak sebuah bank dan melepaskan beberapa tembakan. Kesan peluru tersebut masih lagi jelas kelihatan pada sebuah hotel di Lahad Datu, iaitu Hotel Mido. Setiap kali melewati hotel ini saya pasti termenung lama dan merenung jauh. Lebih lanjut tentang kisah serangan lanun di Lahad Datu bolehlah langsung ke : > SABAH KINI.

Serangan lanun itu kisah silam, iaitu kisah tahun 1985. Namun, lanun-lanun dari Selatan Filipina, termasuk kumpulan Abu Sayyaf masih lagi mengancam Lahad Datu dan kawasan sekitarnya. Di bawah, saya sertakan klip video (peristiwa) tembak menembak yang berlaku di Pasar Lahad Datu beberapa tahun yang lepas( tahun 2009, kalau tak silap saya). Pasar itulah jualah yang menjadi lokasi saya dan rakan-rakan membeli keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran. Lahad Datu sebenarnya sebuah daerah yang turut didiami oleh ramai pendatang dari Indonesia, Filipina dan Timor Laste.



Ingin saya tegaskan, selain warga tempatan dan pendatang dari Indonesia, Filipina dan Timor Laste(dikenali sebagai Om),maka orang Kelantanlah yang menjadi penghuni teramai daerah Lahad Datu. Di mana-mana sekolah sekitar Lahad Datu, berlambak anak-anak Kelantan yang berkhidmat sebagai guru. Malah di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu(SMSLD), ketika saya mula-mula posting, hampir 70% guru-gurunya berasal dari Kelantan. Ini cerita ketika itu, mungkin sekarang jumlahnya sudah berubah sejajar dengan polisi Jabatan pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di Bandar Lahad Datu( Lahad Datu merupakan bandar keempat terbesar di Sabah sesudah Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan) terdapat sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang perempuan Kelantan, namanya Restoran Mek Nab. Restoran itu merupakan antara restoran paling popular di Lahad Datu ketika itu. Paling hebat, budu turut dijual di sesetengah supermarket kat Lahad Datu ketika itu.

Langsung berkisah tentang cerita nostalgia Aidiladha ketika di Lahad Datu. Bukan hanya kebetulan, tapi ia sememangnya satu rencana dari Tuhan, tarikh Aidiladha sepanjang saya berkhidmat di Lahad Datu ialah di luar cuti akhir tahun. Maksud saya tidak di bulan disember tapi pada bulan-bulan sesudah itu. Jadi, terpaksalah saya merayakan Aidiladha di Lahad Datu atau lebih tepat lagi di sekolah yang menjadi lokasi saya menabur bakti, iaitu Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Untuk pengetahuan sahabat, sepanjang menetap di Lahad Datu, jarang sekali saya pulang ke kampung -- hanya sekali setahun kecuali pada tahun 2011(sebanyak dua kali). Cuti-cuti yang lain, akan saya manfaatkan untuk menyelongkar mana-mana tempat di bumi Sabah dan juga Sarawak.

Untuk menghidupkan suasana Aidiladha, juga meneruskan amalan mulia, maka kami turut mengadakan ibadat korban. Tanpa ibadat korban, pasti sahaja suasana raya akan mati begitu sahaja. Biasanya seekor lembu akan kami tumbangkan dan kami akan lapah serta masak bersama-sama, selain diagih-agihkan kepada pihak-pihak tertentu seperti fakir miskin. Jadi dari pagi,iaitu sesudah solat sunat Aidiladha hinggalah ke lewat senja, kami akan menyibukkan diri dengan acara lapah melapah dan masak memasak, serta agih-mengagih daging korban. Tidak terhenti setakat itu, sebelah malam juga majlis terus berlangsung, ini memandangkan ramai pelajar-pelajar yang tidak pulang bercuti, jadi mereka turut memeriahkan sambutan Aidiladha.

Pelajar-pelajar saya terdiri dari kalangan pelajar-pelajar islam(dari pelbagai suku kaum) dan pelajar-pelajar bukan islam( yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar Kadazan/Dusun yang beragama Krisitian). Malah, seorang rakan baik saya juga merupakan seorang penganut agama Bahai yang sangat taat. Jadi, tanpa ragu mereka turut serta dalam meraikan majlis sambutan Aidiladha. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang hukum memberikan atau menjamu daging korban kepada orang-orang bukan islam. Tidak ingin saya perkatakan perihal ini sebab pernah saya perkatakan dahulu dalam entry saya yang lepas : > Sila klik
Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam.
Cuma, sepanjang menyambut Aidiladha di Lahad Datu dan terbawa-bawa hingga ke hari ini, saya masih tertanya-tanya tentang perbuatan menutup sebahagian besar badan lembu dengan kain putih sebelum disembelih. Ia masih menjadi tanda tanya yang terus mengasak benak saya hingga ke hari ini. Lain padang lain belalang, lain tempat lain jualah budaya yang diamalkan – itu kesimpulan yang saya buat.


Selain mengadakan acara korban, ramai juga guru-guru(baik dari semenanjung mahupun guru-guru tempatan/Sabahan) yang turut mengadakan rumah terbuka. Ia tidak hanya menghidupkan suasana raya, tapi lebih penting dari itu ialah menjamin kelangsungan uhkwah.

Tiba-tiba saya merindui kemeriahan itu. Jujur! Saya sangat teringin untuk ke Lahad Datu. Tapi kali ini bukanlah untuk menabur bakti sebagai guru, cuma ingin melepaskan segunung kerinduan yang menghempap diri. Teringat-ingat dan terkenang-kenang pada segenap ruang yang pernah saya selongkari di negeri di Bawah Bayu.



23 comments :

  1. waa menakutkan.. lanunnya yang mana? naik kereta saga tu ke?

    ReplyDelete
  2. isk, takutnyer... yang bawak senapang ramai-ramai tu nak lawan balik ker shameel?

    ReplyDelete
  3. Mr.S.

    saya difahamkan yg dlm gambar tu anggota polis yg dtg lawan perompak

    ReplyDelete
  4. Afida Anuar.
    Dulu2 lagi menakutkan sbb ancaman lanun berleluasa trmasuklah di terutamnya dkt tg labian sbb ia tak jauh mana dari selatan filipina.

    dgr criter mcm tu lah. yg ramai2 tu polis yg lawan balik perompak.

    ReplyDelete
  5. menarik cite cikgu ni...

    dan semoga bersua kembali dgn nama2 tersayang tu semua...

    ReplyDelete
  6. mamaNoriz.
    cerita lama yg masih segar dan bugar.

    ReplyDelete
  7. Salam, dik sameel. Kak pernah jg ke Lahad Datu, masa tu pakcik kak mengajar di SMK Lahad Datu. Skrg dia dah berhijrah ke Sik, Kedah.

    Video tu menakutkan juga, baru pertama kali kak nmpk....

    ReplyDelete
  8. tak pernah sampai Sabah.. Sarawak pun sekali jer..
    sayang sungguh cikgu shameel pada anak murid ye.. mereka tu bangsa kadazan ye..

    ReplyDelete
  9. perkongsian pengalaman yg sgt menarik!
    benarlah..jauh merantau, luas pengalaman.

    *wah..ada buat cerpen ya!

    ReplyDelete
  10. Kak Imun.
    seingat saya takde SMK Lahad Datu kt Lahad Datu sekitar tahun 2001- sekarang. Mungkin ia nama baru kpd sekolah menengah tertentu. Yg ada ialah SMK Sepagaya, SMK Agaseh, SMK Silabukan, SMK St Dominic, SMK Segama, SMK Teknik, SM Sains Lahad Datu, SMK Tungku dan SMK Desa Kencana. Itu sahaja senarai Sekolah Menengah kt Lahad Datu. Mungkin ada antara sekolah2 yg saya senaraikan ini yg dahulunya adalah SMK Lahad Datu kecuali SM Sains Lahad Datu yg dahulunya dikenal isebagai Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu.

    Video tu saya lihat buat pertama kali pada tahun lepas. Terkejut jugak.

    ReplyDelete
  11. Anaa.
    saya anggap pelajar2 saya dulu mcm adik2 sendiri. lagipun jarak umur antara saya dgn mereka tidaklah jauh sgt. sekitar 5 hingga 9 tahun sahaja.

    yer! mrk tu pelajar2 berbangsa kadazan

    ReplyDelete
  12. Ujie.
    merantau mencari pengalaman hidup utk memaknakan hidup.

    saya mmg minat menulis termasuklah cerpen. Tapi sy ni sekadar cerpenis picisan. setakat ni hanya 10 buah sahaja cerpen saya yg pernah disiarkan kt akhbar dan majalah

    ReplyDelete
  13. Nazatul Akma Md Najib11 November 2011 at 04:25

    Huuu.. sya pun merindui untuk kembali ke sekolah cg.. walaupun tak pernah merayakan hari raya aidiladha tym kat skolah.. tp.. suasana kat semsald sgt best bila smua org pulang kembali ke asrama.. byk btul makanan dibawa dr pelbagai suku bngsa di kalangan kawan2 sya..

    best pula tgk gmbr senior sya dulu.. sya kenal tu durg semua.. smpat tggl sama2 ngan mereka.. kak hanista.. heehee.. kakak senior yg comel.. ^^

    ReplyDelete
  14. Nazatul Akma Md Najib.
    Hehehe. Sandarkan pada kenangan.

    ReplyDelete
  15. Nazatul Akma Md Najib11 November 2011 at 04:35

    Huuu.. sya pun merindui untuk kembali ke sekolah cg.. walaupun tak pernah merayakan hari raya aidiladha tym kat skolah.. tp.. suasana kat semsald sgt best bila smua org pulang kembali ke asrama.. byk btul makanan dibawa dr pelbagai suku bngsa di kalangan kawan2 sya..

    best pula tgk gmbr senior sya dulu.. sya kenal tu durg semua.. smpat tggl sama2 ngan mereka.. kak hanista.. heehee.. kakak senior yg comel.. ^^

    ReplyDelete
  16. salam cikgu... :).. selamat hari raya aidiladha.. :)

    ReplyDelete
  17. LadyBird.

    Wah lady dah tahu saya seorg cikgu. terbongkar sebuah rahsia. hehehe

    ReplyDelete
  18. cg.Shameel, peristiwa tembak-menembak tu berlaku pada 2009?
    Saya ketinggalan cerita ini...

    4 tahun menikmati Raya Haji kat Sabah
    Sarat dengan kenangan...

    ReplyDelete
  19. Farrah MF.
    terima kasih ats kunjungan. sekadar berkongsi pengalaman utk manfaat bersama

    ReplyDelete
  20. NaeBlog.
    saya difahamkan persitiwa tu berlaku tahun 2009 kat kawasan pasar ikan lahad datu.

    -yer 4 tahun sambut raya haji kat lahad datu. bermula 2006 sampai sekarang saya sambut kt kg di kelantan

    ReplyDelete
  21. maaf shamel,ini merupakan video tahun 1999,dalam kes ini pihak risikan atm telah salur maklumat kepada anggota pdrm akan tindakan mencurigakan pati filihina,setelah di periksa lelaki tersebut adalah anggota lanun....

    ReplyDelete
  22. Anonymous:
    Terima kasih sahabat atas pembetulan fakta dan penjelasan info. samalah kita mendoakan Lahad Datu khasnya dan sabah amnya sejahtera sentiasa.
    Walaupun saya org kelantan, tapi hati saya amat dekat dgn lahad Datu dan sabah

    ReplyDelete