Saturday 19 November 2011

Muharram Bukannya Bulan Nabi Berhijrah






Sebenarnya agak ramai yang terkeliru dengan tarikh berlakunya peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Makkah ke Madinah. Ramai yang menyangka 1 Muharram adalah tarikh berlakunya persitiwa hijrah.

Sebenarnya kekeliruan ini, sedikit sebanyak telah dirungkai oleh buku teks sejarah tingkatan empat (yang digunapakai mulai tahun 2002 hingga sekarang). Pada muka surat 119, ada mencatat Peristiwa hijrah orang islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M. Mungkin ada yang dahagakan ulasan dan penjelasan yang lebih ilmiah berbanding buku teks yang digunapakai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 itu.

Syukur kepada Allah, sebab isu ini turut diulas oleh dua orang tokoh agama, iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ustaz Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail, pensyarah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra(KIAS) Kelantan.

Untuk entry kali ini, saya sekadar melakukan copy and paste. Namun, saya hanya akan copy and paste artikel dari Ustaz Tuan Mohd Safuan bin Tuan Ismail. Walau bagaimanapun, link kedua-duanya akan saya sertakan untuk memudahkan sahabat membuat rujukan nanti.

Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba' pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba' selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).


Sejarah Tercipta/ Faktor Pengenalan Kalendar Hijrah

Sebenarnya, permulaan tahun hijrah, sekalipun dihitung dari peristiwa hijrah Rasul, namun ia hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. iaitu pada tahun ke 17 Hijrah. Ada juga yang menyatakan pada Rabiul Awwal tahun ke 16 hijrah . Sebelum dari tarikh tersebut, umat Islam sudahpun mempunyai nama-nama bulan, namun mereka tidak menentukan tahunnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong Saidina Umar menentukan tarikh, antaranya ialah kerana kerana Saidina Umar menerima satu surat tentang pengumpulan harta, dan ia bertulis pada bulan Sya'ban. Beliau bertanya: Sya'ban yang mana satu, Sya'ban yang lepas, atau Sya'ban sekarang, atau Sya'ban akan datang?

Ada juga yang menyatakan bahawa orang pertama yang menulis tentang tarikh ialah Ya'la bin Umayyah r.a.. Beliau telah menulis surat dari Yaman, kepada Saidina Umar dengan menulis tarikh, dan Saidina Umar menganggap baik perkara tersebut, akhirnya beliau ingin memulakan penentuan tarikh.

Antara faktornya juga ialah Abu Musa al-Asy'ari telah menulis satu surat kepada Saidina Umar, menyatakan bahawa telah sampai kepada beliau banyak surat-surat daripada Saidina Umar tanpa tarikh (dan ini boleh menimbulkan kekeliruan). Lalu Saidina Umar mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tarikh.

Setelah Saidina Umar r.a. mengumpulkan para sahabat untuk menentukan permulaan tarikh, timbul empat cadangan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Empat perkara tersebut ialah daripada tarikh kelahiran baginda, atau dari tarikh baginda dibangkitkan menjadi rasul, dari tarikh hijrah atau dari tarikh kewafatan baginda.

Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan hijrah Rasul sebagai asas permulaan tarikh Islam. Mereka tidak menjadikan tarikh kelahiran dan kebangkitan sebagai asas, kerana terdapat khilaf tentang bilakah kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Dan tarikh kewafatan pula, sekalipun jelas waktunya, adalah tidak sesuai dijadikan permulaan tarikh, kerana ia merupakan tarikh yang amat menyedihkan. Kerana itulah peristiwa hijrah adalah peristiwa yang paling sesuai untuk dijadikan asas permulaan tarikh. Kerana inilah, bila timbulnya pelbagai pendapat tentang bilakah asas yang sesuai untuk dimulakan tarikh, Saidina Umar menyatakan kata-katanya yang masyhur,

“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”.

Berkata al-Imam as-Suhaili, para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba') sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya ”. Surah at-Taubah: 108.

Terangnya lagi: “ Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid ”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah, iaitu hari pertama Nabi s.a.w. dan para sahabat memasuki Madinah.

Dan setelah para sahabat sepakat untuk menjadikan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan tahun Islam, mereka membincangkan pula, tentang dari bulan manakah akan dimulakan perhitungan tahun. Maka timbullah pelbagai pendapat. 

Mengapa Muharram(dan bukannya Rabiul Awwal) Yang dipilih Sebagai Permulaan Tahun Hijrah

Ada yang mencadangkan supaya dimulakan dengan rejab, dan ada pula dengan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan muharram. Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji. Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali.

Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal. Dan antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan muharram dan bukannya bulan rabiul awwal ialah, kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Dan bulan pertama yang muncul setelah zulhijjah ialah muharram, kerana itu sesuai dijadikan muharram sebagai bulan pertama, kalendar tahun umat Islam.

Inilah sebahagian fakta yang berkaitan dengan persoalan tarikh hijrah. Semoga fakta ini, sedikit sebanyak menghilangkan kekeliruan tentang persoalan bilakah sebenarnya berlaku peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita. Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita berhijrah kerana Allah untuk sampai kepada Allah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah. Hijrah bukan kerana Allah adalah sia-sia,dan hijrah tanpa bimbingan Allah, tidak akan sampai ke destinasinya.


Sumber :
KIAS
DrMAZA

32 comments :

  1. wah,,, jadi mana yg betul nih. nabi hijrah dibulan Muharam atau rabiul awwal. Karena selama ini diajarkan dalam pelajaran bahwa nabi hijrah pada bulan Muharam :-/

    ReplyDelete
  2. terimakaish atas ilmunya, ternyata rasullullah melakukan hijrah dibulan rabiul awal :)

    btw, keazaman itu artinya apa ya? dlm bhs inggris saja, biar saya tahu maknanya. thx^^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Terima kasih berkongsi info ni.

    ReplyDelete
  4. aah la..dlm lagu tuh "awal muharam detik permulaan,perpindahan nabi dan umat islam,dari kota mekah ke kota madinah"....

    nice sharing

    ReplyDelete
  5. thanks shameel, sudi berkongsi info ni, baru je ingat nak menyanyi lagu yang Cik Jari share tu,

    kalau kat sekolah rendah dulu2, masuk je 1 muharam...mesti ada lagukan nasyid tu...

    ReplyDelete
  6. salam..
    dari dulu sampai skank mmg tahu peristiwa hijrah adalah bulan muharram..

    terima kasih atas penjelasan ni..

    ReplyDelete
  7. Miawruu.
    Terima atas komen. Lebih tepat, hijrah berlaku dlm bulan rabiul awwal.Cuma muharram dijadikan sebagai tarikh permulaan kalendar hijrah.

    ReplyDelete
  8. rayto.
    Terima kasih juga atas kunjungan dan komentar dari sobat,

    Keazaman itu artinya satu kesungguhan atau sebuah keinginan yang tinggi.

    ReplyDelete
  9. Kunang-Kunang.
    sekadar perkongsian dan penjernihan kak

    ReplyDelete
  10. Cik Jari.

    sebenarnya lirik lagu Satu Muharran itu dah dijelaskan yg Muharram hanyalah satu perkiraan dan bukannya permulaan hijrah.

    :Satu Muharram Detik Permulaan
    Perkiraan Tahun Islam Hijrah.
    .Perpindahan Nabi dan Umat Islam
    Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

    ReplyDelete
  11. Afida Anuar.
    itulah lagu yg paling sinonim dgn Maal Hijrah. Hahaha

    ReplyDelete
  12. HaiDa HiDa.
    anggaplah ini sebagai pencerahan dan penjernihan. sebab selamai ni kita silap krn anggap hijrah Nabi berlaku dlm bulan muharram, padahal ia berlaku dlm bulan rabiul awal.

    ReplyDelete
  13. nice post free backlink and traffick for your site

    ReplyDelete
  14. budak2 selalu keliru dengan hal ini
    memang perle kepada bacaan dan penjelasan yang baik dan tepat

    ReplyDelete
  15. portal image .
    Terima kasih atas kunjungan sahabat.

    ReplyDelete
  16. tehr.
    ramai sebenarnya yg masih keliru sbb kita sudah disebatikan dgn pemahaman yg salah

    ReplyDelete
  17. berkongsi maklumat yg bagus.. tima kasih... =)

    ReplyDelete
  18. Pondok Usang .
    Terima kasih sahabat atas kunjungan dan komentar

    ReplyDelete
  19. terima kasih atas perkongsian :) free2 lawat blog kami.

    ReplyDelete
  20. sayapon ingatkan muharram bulan Nabi hijrah. thanks cikgu.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih info ni Tuan, ambo pn ingatkan Hijrah tu perpindahan Nabi jugak sbb masa kecik2 dlu2 kan org2 tua slalu cerita cmtu...apa pun thanks cikgu sharing information ni..

    ReplyDelete
  22. Muhammad Razik.
    sekadar melebarluaskan pandangan dua org tokoh agama tersebut.

    Insha-Allah saya akan berkunjung ke blog sahabat nnt.

    ReplyDelete
  23. Cikli.
    dulu pun saya igtkn 1 muharram tu tarikh maal hijrah, tapi tahun lepas baru saya perasaan setelah terbaca kat buku teks sejarah tu. Tapi saya belum boleh tulis isu ni sebab dlm buku teks tu hujah dan perinciannya tak mendalam, sekadar menyatakan tarikh sahaja. Dan kebetulan, saya terbaca dua artikel yg ditulis oleh Dr Asri dan ust Tuan Safuan. Jadi saya sebarluaskan kat blog saya.

    ReplyDelete
  24. TaTJ .
    Mmg betul hijrah tu tarikh perpindahan Nabi SAW dan umat islam. Cuma ia tidak berlaku pada bulan muharram(atai 1 muharram) tapi berlaku pada bulan rabiul awwal.

    ReplyDelete
  25. baru ku tahu...
    thanks atas penjelasan.

    ReplyDelete
  26. cg.Shameel, kalau ada quiz tanya bila nabi hijrah?
    Pasti saya jawab Muharram...

    Terima Kasih!
    Dah ulang baca supaya lebih faham...

    ReplyDelete
  27. Ujie.
    sama-sama Ujie. sama-sama juga kita rungkaikan salah faham.

    ReplyDelete
  28. NaeBlog.
    sebenarnya dah ada jawapan dlm buku teks sejarah tingkatan 4.

    ReplyDelete
  29. subhanallah...

    perincian yg sgt2 membuka mata dan minda...

    selama ni tersalah paham lah...huhu

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. owh yeke...
    Terkeliru la slama ni...

    ReplyDelete