Friday 8 April 2011

Bersamamu TV3- Kisah Ayang






Mungin ada antara sahabat yang menonton Bersamamu TV3, pada malam rabu lepas (6.4/2011), Kisah tentang Ayang atau nama sebenarnya Muhammad Nur Hakim bin Hasram. Untuk pengetahun sahabat, arwah bersekolah di sekolah saya sejak tingkatan satu(2009) dan saya merupakan guru kelasnya untuk tahun ini( tingkatan tiga). Sepanjang sesi persekolahan tahun 2011, arwah tidak pernah hadir ke sekolah lantaran masalah kesihatannya. Beberapa bulan yang lepas, rasanya bulan Febuari, arwah dan ayahnya datang ke sekolah untuk berjumpa saya . Masalah pendaftaran untuk PMR dan buku teks yang diutarakan. Itu bukti, arwah seorang yang prihatin terhadap pelajaran, meskipun dalam kesakitan tapi masih memikiran buku teks untuk mengulangkaji di rumah.


Sepanjang menderita kesakitan, saya sempat menziarahi arwah. Tika itu, arwah masih boleh berbual dengan ramah meskipun menahan kesakitan. DAN, pada hari jumaat pada pukul 2.40 petang saya dimaklumkan oleh seorang Guru Penyelia Petang dan Guru Kanan Bahasa tentang pemergiannya. Tika tu, saya berada di Sungai Siput atas urusan peribadi. Agak terlewat saya ke rumah arwah, iaitu sewaktu solat jenazah diadakan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

18 comments :

  1. semoga dia dicucuri rahmah oleh Allah, pergi pada hari yang penuh berkah dan diangkat azab kubur

    ReplyDelete
  2. insafnya.
    even yg sihat walafiat ni pun,xmhargai ilmu sepenuhnya.T__T

    alfatihah.smg rohnya dicucuri rahmat.amin.

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..
    episod ni mmg TK smpt mnontonnya d tv3..
    mmg amat mngharukn..
    besar sungguh ujian Tuhan padanya..
    moga d tmptkn d kalangn mreka yg beriman dan mndapat rahmat d sisi-Nya..
    amin..

    ReplyDelete
  4. cemomoi.
    Mudah-mudahan begitulah. Arwah pergi pada hari yang mulia dan usinya msih muda, masih belum menebal dosa dlm diri

    ReplyDelete
  5. Roses.
    Benar tu, yg sihat pun adakalanya x bersemangat nak belajar. sama2lh berdoa agar rohnya dirahmati Allah

    ReplyDelete
  6. Toyolkiut.
    Sama2lah mengambil iktibar dari kisah hidup arwah.

    ReplyDelete
  7. saya juga sempat menonton kat tv
    moga2 rohnya diberkati

    sedih pula bila pelajar yang sihat tidak berminat belajar

    ReplyDelete
  8. Salam

    Allah jua sebaik perancang..moga tenang rohmu di sana

    ReplyDelete
  9. Salam shameel, tak sempat pulak saya tengok bersamaMu tu.

    Moga Allah tempatkan beliau dikalangan hambaNya yang soleh. entah bila pula masa kita..

    PS: ohhh makan apa tu shameel yang sampai keracunan?

    ReplyDelete
  10. alfatihah.. ta sempat na tengok..

    ~semoga encik shameel cpt sht... rest byk2 ya :)

    ReplyDelete
  11. semoga kita insaf dan tambah taqa kepada allah

    ReplyDelete
  12. salam alaik

    Allah..
    Jauh benar jika di banding ujian mutiara dgn beliau...

    Moga Allah redho dgn kita semua..

    p/s: hati2, do TC..

    ReplyDelete
  13. tengok sikit jeh episod kali neh...memang sedeh..Al Fatihah untuk Arwah semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..AMin

    ReplyDelete
  14. semoga rohnya bersama org2 yg beriman dan dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  15. salam...

    saya tak boleh tahan menangis masa tengok episod ni. sedih sangat...

    ReplyDelete
  16. al-fatihah buat arwah.. Allah amat menyayanginya.....munna tak tgk eps ni di tv3.. bila tgk ini meleleh air mata melihat penderitaan arwah...

    ReplyDelete
  17. salam, saya tak dpt menonton rancangan ini, bangga dgn semangat arwah. diharap remaja2 yg menonton dpt ambil iktibar.

    ReplyDelete