Monday 11 April 2011

Telur Tiruan, Dakwaan Yang Tidak Benar

PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam. Sumber : kosmo

15 comments :

  1. Assalamualaikum,

    DNA telur tersebut telah dikenalpasti dari telur ayam yang cacat - bukan telur tiruan....cuma masih menjadi tanda tanya DNA yang satu lagi tuh.

    ReplyDelete
  2. Lega sementara waktu,tapi kita jangan leka sebab ayam ayam dari China dah lama masuk kawasan Bukit Bintang dan lain lain kawasan di Malaysia nie..

    Peribahasa Jepun ( Part 2 )

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Shameel,

    Tak salah jika terus berhati2.

    ReplyDelete
  4. Harap betul2 xde kat pasaran Malaysia..Jgn buat statement untuk jaga kantung pengeluar dan peniaga telur jek..Kebajukan pengguna perlu diutamakan!

    ReplyDelete
  5. walaupun telah disahkan, tapi diharap perkara sebegini akan terus di pantau..

    ReplyDelete
  6. Cikgu Ahmad Humairi.
    DNA yg 'satu' lagi tu sgt susah nak dipastikan. Ia akn sejuk seketika bila berakhir PRU

    ReplyDelete
  7. Miecyber.
    Ayam dari China tu susah mau sekat sbb ramai yg nak makannya kt tempat kita ni. org yg tak tahu dosa da pahala suka jadika ayam chia sebagai juadah pembuka selera

    ReplyDelete
  8. Kunag-kunang.
    Itulah yg sbeaik-baiknya, iaitu terus berhati-hati. sebab ia melibatkan soal kesihatan dan kehidupan.

    ReplyDelete
  9. Cik Shinju.
    Harap2 begitulah, jgn sekadar nak tenetramkan hati pegguna demi keuntugan peniagal

    ReplyDelete
  10. Nurkass.
    Syukur kpd Allah, sebab kita ada CAP yang sentiasa perihatin dan aktif. Tapi heran jugak, ke mana perginya persatuan pengguna negeri yg lain. mcm tak wujud jer.

    ReplyDelete
  11. Di sebabkan hal ni tak pasai-pasai telur naik harga.. adehh macm2 la dioarang ni..

    ReplyDelete
  12. dh sahih ia bukan palsu, bagus la..
    sblm ni kecoh dan heboh, sampai nk beli telur pun bimbang..

    ReplyDelete
  13. saya suka nak tahu apa pula kata PPPP

    ReplyDelete
  14. mna satu yg na caya ni?huhu..neway lau sy memg sy beli telur dri kilang telor trus..lg selamat kot..hehe

    ReplyDelete