Wednesday 27 April 2011

HUKUM WANITA BERSOLAT TANPA MEMAKAI TELEKUNG.

(pemakaian telekung yang begitu
sinonim dengan muslimah melayu)




Pada mulanya, saya tidak berminat untuk memperkatakan perkara ini, saya kira semua sudah maklum akan hukumnya wanita yang bersolat tanpa memakai telekung.


Pada anggapan saya, rata- riti sudah mengerti dan isu ini tidak perlu diperkatakan lagi. Tapi setelah ‘mengembara’ ke facebook rakan-rakan dan ke youtube, ternyata salah faham tentang perkara ini masih lagi membelit segelintir umat islam. Saya amat yakin, semua ini berpunca apabila kelaziman dan kebiasaan telah dijadikan sandaran dalam menghukum, akibatnya si penghukum menjadi sangat anti terhadap apa-apa sahaja yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman. Saya juga amat yakin, andainya tidak dirungkai, salah faham ini akan terus melebar tanpa sekatan dan meluas tanpa sempadan.


Kat facebook, seorang rakan saya telah mengupload gambar wanita yang bersolat tanpa memakai telekung ini. Respons atau komen yang diterimanya laris sekali. Ada yang memberikan komen berdasarkan kefahaman dalam beragama. Tapi ada juga yang berhujah persis orang yang mandul akal, bagi mereka telekung berwarna putih itu adalah uniform wajib untuk seseorang wanita bersolat.







Jadi, berpunca dari ini, saya tergerak hati untuk menulis entry ini. Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan (bluedianthus ) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu kembali segar dan bugar di ingatan “buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”


Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.




Tentang aurat bagi wanita ketika bersolat, ia sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.






Di sini, saya sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Untuk pengetahuan sahabat, di Kelantan, telah berkali-kali Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat( tolong jangan tafsrikan ini sebagai entry politik, walaupun saya telah menyentuh nama seorang tokoh politik) memperbetulkan salah faham ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu. Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.








76 comments :

  1. assalamualaikum Shameel..

    sangat setuju, yang penting memakai pakaian menutup aurat dan suci dari najis

    tiada telekung bukan alasan tidak dapat bsolat

    ReplyDelete
  2. salam alaik akh..ape khbar?

    syukran utk entri ini, walaupun mgkin kebanyakan dri kita sudah maklum namun tak mustahil ade yg belum pasti tentang masalah ni..maka perkongsian ini amt bermanfaat utk semua :)

    islam itu agama yg mudah..sedangkan manusia lah yg sering "menyusahkan"nya..

    ReplyDelete
  3. Salam Sahabat,
    Tidak susah jika hidup berlandaskan syariat dan bukan kebiasaan...Semua perkara memerlukan Ilmu, tanpa ilmu maka keluarlah komen2 yang menunjukkan kejahilan...Islam itu cukup mudah..Syukran buat Tn Blog atas artikel yang sgt bermanfaat ini, rupanya masih ramai yang tidak tahu syarat sah solat ialah menutup aurat bukan memakai telekung berwarna putih....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..zaman kecik2 dulu da tau tentang ini. mereka tak faham erri menutup aurat.dalam syarat sah solat adalah menutu aurat juga bersih dr najis kan..tak ada pula sebut pakai telekung atau uniform kan..hehe.
    tulaa..bila dah pandai2 ubah persepsi menutup aurat..cth pakai tudung tp kain belah nampak betis dan mcm2 la kan..bila sampai bab hukum hakam da konfius..memg takleh trima nak qada solat tu...

    ReplyDelete
  5. sgt setuju dengan melatidaisy..Islam itu agama yang mudah...

    org melayu beruntung sebab ciri2 yg ada pada baju kurung yg longgar dan tidak mengikut bentuk badan itu sgt sesuai dlm apa suasana pun termasuk utk bersolat.. :D

    ReplyDelete
  6. salam..
    alhamdulillah..
    sampaikan kebaikan
    demi untuk kebaikan
    jua..saya setuju entri nih
    jazakallah khairan..

    ReplyDelete
  7. kerana kita iman taqlid maka banyak yang mengikut kebiasaan dan lebih teruk menganggapnya sebagai kewajiban...

    ReplyDelete
  8. Ibu intan.

    Wa'alaikummussalam.
    Terima kasih atas kunjungan dan komntar. Benar sekali, jika salah faham in dirungkai, pasti tiada lgi wanita yg tak bersolat kerana tak bawa telekung.

    ReplyDelete
  9. Melatydiasy.

    Wa'alaikumussalam.
    Yer, islam mudah dan lapang, cuma manusia yg suka merumitkan dan menyempitkan. mmg masih ramai yg tak faham masalah ini.saya pun terkejut bila tgk kat Fb dan youtube

    ReplyDelete
  10. Na'im Nimat.
    Benar tu sahabat, jika berpandukan syariat, islam tidaklah susah dan membebankan, tapi bila kebiasaan dan kelaziman dijadikan snadaran, islam kelihatan begitu rigid dan membebankan.

    ReplyDelete
  11. Nora Shahaira.
    "bila dah pandai2 ubah persepsi menutup aurat..cth pakai tudung tp kain belah nampak betis dan mcm2 la kan..bila sampai bab hukum hakam da konfius... " saya tertarik dgn ayat ni. mmg, ramai hari ni yg bertudung tapi mereka lupa menutup aurat tidak sekadar bertudung.ketat dan sendat, juga nipis dan jarang juga tidak boleh dianggap menuutp aurat walaupun dah bertudung.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Apple Hijau.
    Islam mmg mudah. Dan pemakaina baju kurung yg longgar itu telah membuktikan kedatangan ilsam telah mengislamkan keseluruhan sistem kehiduapn org melayu termasuk dlm aspek pemakaian.

    ReplyDelete
  14. Zulkbo.
    Terima kasih atas komentar. entry ini sekadar ingat mengingatkan.

    ReplyDelete
  15. Cemomoi.
    Apabila kebiasaan dianggap sebagai kewajipan, keindahan islam akan pudar sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
  16. info yang berguna bro..selama ni,saya pun ada terfikir,x kanla nak solat kena pakai pakaian rasmi putih je..xkan xde warna lain kan..asalkan tutup aurat dah mencukupi kan...persoalanku telah terjawab..:)

    ReplyDelete
  17. Nice sharing
    info yg berguna

    ReplyDelete
  18. syuxer.
    Terima kasih atas komentar. Sbnrnya masih ramai lagi yg salah faham ttg uniform solat. sbb tu mrk memandang aneh apabila melihta wanita bersolat tanpa memakai telekung atau telekung tidak berwarna putih.

    ReplyDelete
  19. Sop.

    Sekadar berkongsi ilmu dan ingat mengingatkan.

    ReplyDelete
  20. As salam...

    Yelah kan...dorg ade yg sggup x solat krn x bwk telekung...kalau pakai baju kurung dgn stokin pun boleh maa..janji tutup ape yg wajib ditutup..

    Dah kalau kuar mane2 pakai jeans ngn t'shirt mmg la xleh...

    ReplyDelete
  21. Salam alaik.

    alhamdulillah, terima kasih utk perkongsian bermakna ini. Memg ramai yg salah faham tentang isu, pakai telekung solat utk solat -.-

    kita di Malaysia sudah terbiasa dgn memakai telekung solat, jadi sebab tu bila ada yg tak pakai telekung menjadi satu isu.

    kena betulkan pemikiran masyarakat. Apa yg menutup aurat, itu blh dibawa utk solat.

    thanks sekali lagi.

    (=

    ReplyDelete
  22. btol2..warna putih tu sunat je kan?ramai je student foreigner xpakai telekung pn masa dorg smbhyg...org kite je xleh lau xde telekung..hehe

    ReplyDelete
  23. menarik
    gambar juga menarik perhatian

    kalau saja kasut mereka juga bersih, masih juga boleh dipakai ketika mengerjakan solat

    ReplyDelete
  24. Cik Shinju.
    Betul tu kalo pakai baju kurung dgn stokin dah dikira tutup aurat dah. kalao pakai selaur yg agak longgar pastu pakai baju dgn sweater yg agak besar pun oh jugak.

    masalhnya, ramai yg pakai jeans ketat dan t-shirt lengan pendek.

    ReplyDelete
  25. Izzati Hashim.

    Terima kasih atas kunjungan. Bagi yg belajar or kerja kat luar negara atau sekurang-kuranngya bergaul dgn foreign student kat mana2 IPT, pasti biasa lihat muslimah yg bersolat tanpa memakai telekung.

    Tapi bagi yg hidup dlm linkungan melayu akan memandang perkara sebegini sebagai aneh. Inilah salah faham yg perlu diperbetulkan.

    ReplyDelete
  26. BezBuddy

    Pakai telekungtu hanyalah budaya di sekitar Nusantara, tapi malangnya ada yg anggap ia sebagai sebahagian tuntutan dlm bersolat. Student foreigner dan muslimah dari luar lingkungan Nusantara bersolat tanpa telekung jer.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum bro..sekarang ni budak2 tu dah tahu kot bab ni walaupun tak semua.timaksh sb bg info yg berguna ye..hik

    ReplyDelete
  28. Tehr.

    Memang benar, boleh sahaja bersolat dgn memakai kasut aslkan bersih, jika terkena najis sudah memadai dgn mengosok2 tapaknya kat tanah.

    Solat sambil memakai kasut sesuai bila bersolat di luar rumah, masjid atau surau spt bersolat kat airport di negara bukan ilsam yg tidak disediakan surau mcm China dan Vietnam. juga ketika bersolat di padang.

    ReplyDelete
  29. menusuk hati

    Terima kasih atas komentar. saya rasa masih ramai yg belum tahu. sebab bila saya lihat kt youtube dan fb kawan saya, tedapat banyak komen yg aneh2. antaranya, solat tak sah, budaya asing, kurang pahala dan mcm2 lagi.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum
    memg selalunya macam tu lah, salah faham tentang isu sah atau tak solat tanpa telekung.
    Islam itu mudah.

    terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  31. betul tuh bro, bukan mudah mengubah yang "biasa" di amalkan selama ini. fahaman & anggapan tersebut telah sebati setelah di guna pakai dalam kehidupan seharian.

    apapun memang bersetuju dgn entri bro... jika tidak tahu lebih baik kita bertanya pada yang tahu dan jangan semberono mengulas mengikut apa kata hati & naluri

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum,

    Moga kekeliruan dapat dirungkaikan. Tidak susah sebenarnya jika kefahaman dan keyakinan untuk bersolat...jangan sengaja mencari alasan.

    ReplyDelete
  33. nusrah.
    Islam itu mudah dan tidak pernah membebankan penganutnya.
    Yg ptg tutp aurat dan bersih dari najis.

    ReplyDelete
  34. eelobor.
    Terima kasih atas komentar. kebiasaan yg sudah sebati dan dah jdi darah daging amat susah utk dikikis. dlm hal ni, kebijaksanaan amatlah perlu.

    Betu ltu, kalau sikap suka bertanya dan merujuk kpd org yg lrbih tahu diamalkan, pasti salah faham sebegini dapat dirungkaikan.

    ReplyDelete
  35. cikgu ahmad humairi.
    mudah-mudahan begitulah cikgu, dspst dirungksiksn dgn penuh kebijaksanaan.

    ReplyDelete
  36. sesungguhnya islam itu mudah...memudahkan segalanya bg ummatnya..ttp manusia yg menampakannya jd payah

    ReplyDelete
  37. banyak yang masih kurang pengetahuan tentang aurat semasa bertudung, bg yang tak tau tu dia tengok org tak pakai telekung dia kata tak sah le solat.
    telekung bukan pakaian rasmi org perempuan nak solat, kita ni pelbagai kaum dan bangsa, kalau pi negara islam lain, tak payah pelik la kalau dia nak solat cara dan pakaian dia, asalkan dia tutup aurat

    ReplyDelete
  38. tahniah.. n3 yg cukup baik dan bermanfaat.. mmg ada yg suka berhujah ttg agama.. tapi ilmunya dangkal.. harap ramai yg membaca kupasan ini..

    errr..salahkah berpolitik ??

    ReplyDelete
  39. You're right. Sesiapa yg belajar di luar negara, ada kwn2 foreigner, insyaAllah tahu pasal benda ni.

    By the way, saya sendiri pernah ditegur sebab tidak memakai telekung solat dan pernah ditegur sebab pakai telekung solat ketika di luar Malaysia (=

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah cantik penjelasan ini. Rasanya kalau yg pernah ke oversea tak ada masalah solat bertelekung atau tidak. Aurat wanita dlm solat & luar solat sebenarnya sama. Itu asas yg paling penting....

    Bagaimana cara yg benar menutup aurat itu yg mesti tahu....

    ReplyDelete
  41. dyea irdina.
    Benar sekali, islam itu mudah dan memudahkan. Manusialah yg menyebabkan ia kelihatan susah

    ReplyDelete
  42. Nuriz.
    Disebabkan masih ramai yg menghukum berdasarkan kebiasaan dan lumrahlah yg menyebabkan mereka lihat wanita bersolat tanpa telekung sebagai aneh dan pelik

    ReplyDelete
  43. a. samad jaafar.

    Terima kasih atas kunjungan dan komentar. Tidaklah menjadi kesalahan, malah menjadi kewajipan untuk berpolitik, sebab dgn politik kita dapat menegakkan perkara makruf dan mencegah yg mungkar secara total.

    Cuma, atas dasar menghormati semua pihak yg pelbagai parti politik, jadi saya tidak gemar menulis entry ttg politik secara langsung kat sini. kebanyakkan entry politik yg saya tulis, bersifat siapa mkn nangka dialah yg terkena getahnya.

    Sekali lagi saya ucapka trima kasih ats komentar.

    ReplyDelete
  44. Izzati Hashim.

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yg boleh diambil iktibar oleh semua , agar sentiasa berlapang dada

    "....pernah ditegur sebab tidak memakai telekung solat dan pernah ditegur sebab pakai telekung solat ketika di luar Malaysia..."

    ReplyDelete
  45. Kakzakie.
    Benar tu, bagi yg pernha ke oversea baik utk belajar, kerja atau melancong, pasti isu pemakaian telekung tidak menjadi isu.

    Paling ptg, semua pihak terutamanya wanita kena tahu konsep aurat didalam solat yg sama sahaja dgn aurat di luar solat. Jika dah dituutp aurat, solat dapat terus ditunaikan tanpa perlu memakai telekung lagi.

    ReplyDelete
  46. terima kasih atas perkongsian ilmu.

    yang penting tutup aurat dgn sempurna kan?

    :)

    ReplyDelete
  47. Selagi pakaian kita menutup aurat, pakaian pula bersih dari najis. Bolehlah wanita islam bersholat.

    ReplyDelete
  48. seminggu sekali.
    Benar sekali yg ptg menutup aurat dgn sempurna dan bersih dari najis.

    ReplyDelete
  49. kunang-kunang.

    Terima kasih atas kunjungan.
    tutup aurat dan bersih dari najis, cukup mudah ajaran islam, tapi org kita kekadang suka merumitkan.

    ReplyDelete
  50. islam itu indah, islam itu mudah~~

    ReplyDelete
  51. salam..

    sangat teruja membaca entri ini...

    ReplyDelete
  52. azi nur.
    Terima kasih ats komentar. sekadar berkongsi info utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  53. Suichi.
    Benar sekali sahabat,islam itu mudah . islam juga begitu indah dan sesuai utk semua dan di mana2 lokasi dan situasi.

    ReplyDelete
  54. Sekamar Rindu.
    Terima kasih atas kunjungan. moga sama2 dpt mengambil manfaatnya.

    ReplyDelete
  55. islam itu mudah... alhamdulillah, masa sekolah lagi mmg dah dipraktikkan... tak perlu bertelekung bila nak solat. asalkan pakaian bersih n suci dari najis~

    ReplyDelete
  56. sangat setuju..
    islam itu sungguh indah dan mudah..
    tapi kita sebagai manusia selalu leka.. :(

    ReplyDelete
  57. saya suka entri ni!

    frankly masa kat uia dulu, wanita solat tanpa telekung bukan perkara pelik. asal tutup semua yg perlu ditutup, sah lah solat.

    tapi di luar uia, tindak tanduk kita banyak dikawal oleh org2 tua....

    ReplyDelete
  58. izan Ishak.
    syukur kpd Allah, sebab awak telah didedahkan dgn kefahaman yg benar dan tepat sejak di bangku sekolah lagi.

    ReplyDelete
  59. Aida Omar.
    Islam mudah dan indah, cuma kebiasaan dan kelaziman yg merumitkannya.

    ReplyDelete
  60. Gadis Bunga.
    Kalau setakat org2 tua yangtidak faham, kita boleh terima dgn senang dan tenang. Tapi kat youtube, terdapat segelintir anak-anak muda yg masih beranggapan telekung itu uniform untuk wanita bersolat.

    ReplyDelete
  61. islam itu fleksibel sekali, selagi dalam batasnya..pandangan rigid sesetengan orang agama sangat menyempitkan pandangan islam, dan memberi kesan kepada penganut agama lain

    ReplyDelete
  62. Bagus entri shameel ni. Saya tak berani nak komen lebih2 sebab saya nibukan muslim. Tapi mengikut logik saya, berbaju kurung dan memakai tudung sudah dikategorikan sebagai menutup aurat. Jadi tak ada masalah kalau nak bersolat. :)
    Nice entri shameel..

    ReplyDelete
  63. kalau tak pandai janganlah nak buat2 pandai...

    ReplyDelete
  64. AkuMuzikfiem.

    saya setuju sekali dg nbro. sikap sesetengah org agama yg terlalu rigid menyebabkan islam ditakuti dan digeruni.

    ReplyDelete
  65. bluedhiantus.
    Terima kasih atas komentar. Benar sekali, berbaju kurung dan bertudung sudah dianggap menutup aurat dan sudah boleh dipakai untuk bersolat.

    ReplyDelete
  66. ihsan Arifin.
    Betul tu, islam mudah dan indah.

    ReplyDelete
  67. Sham.
    itulah masalahnya. mereka yg suka menghukum kat youtube tu tak merujuk kepada org yg ahli. bagi mereka kebiasaan dan lumrah, itu sahajalah yg benar.

    ReplyDelete
  68. btol...xsemestinye uniform puteh...saya pom penah solat pakai bju kurung,stokin dan tudung labuh...asalkan menutup aurat...kal kecemasan,mane la nak dapat uniform tu sume,dan apew boleyh kite guna asalkan bersih .tutup aurat n ikot syarat2nye,,..kan...hee~

    ReplyDelete
  69. nairariaa.
    Mudah sekali syarat yg islam tetapkan utk wanita bersolat, tapi kerana salah faham dan kebiasaan, ia menjadi sangat sukar dan sungguh payah.

    ReplyDelete
  70. Salam..setakat yang saya belajar dari kitab feqah, menutup aurat didalam solat dan diluar solat ada sedikit perbezaan iaitu menutup aurat diluar solat iaitu dihadapan umum/bukan mahram lebih berat syaratnya berbanding menutup aurat didalam solat (solat sendirian/bukan dihadapan umum/bukan mahram). Yang dimaksudkan dengan menutup aurat didalam solat lebih tepat definisinya ialah "menutup warna kulit dibahagian selain muka dan tapak tangan" sehingga dikatakan sekiranya ditakdirkan seseorang perempuan itu ketiadaan sebarang pakaian lalu dia mengambil lumpur dan melumurkan kebahagian badannya yg perlu ditutup ketika solat sehingga tidak kelihatan warna kulitnya maka sudah cukuplah syarat menutup aurat didalam solat itu, ini bermakna sekiranya seseorang perempuan yg mahu bersolat itu memakai pakaian yg ketat sekalipun nampak bentuk tubuhnya dengan jelas tetapi warna kulitnya tidak nampak maka dia boleh bersolat kerana syarat tutup aurat dlm solat itu sudah terlaksana, sementara menutup aurat diluar solat itu lebih berat syaratnya iaitu didefinisikan sebagai "menutup bentuk tubuh (termasuklah warna kulitnya) selain dari muka dan tapak tangan"...maka jika sekadar memakai pakaian yg ketat sehingga nampak bentuk tubuhnya maka dia masih dikira mendedahkan aurat. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  71. Deb.
    Trima kasih atas info. seingat saya apa yg awk jelaskan itu ada dinyatakan dalam kitab Muniyatul Musolli yg ditulis oleh Sheikh Daud al-Fathani. Tapi, ia hanya dibenarkan dlm keadaan yg terpaksa atau darurat disebabkan solat wajib dilaksanakan walau dlm apa jua keadaan(kecuali sbb tertentu bagi ppuan spt kedtgan haid).

    Dalam keadaan biasa pakaian yg perlu dipakai oleh perempuan utk bersolat ialah pakaian yg menutup aurat dan pakaian tersebut hendaklah longgar(tidak ketat) dan agak labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit.

    Tapi andainya tidak dijumpai pakaian yg sempurna(spt dinyatakan diatas) maka wajib juga bersolat dgn pakaian yg sedia ada( pakaiaan yg sedang dipakai) meskipun ketat atau sendat.Tapi dgn syarat mesti diikhtiar sedaya upaya mencari pakaian yg menutup aurat dgn sempurna terlebih dahulu.

    Contoh yg agak jelas dan tepat ialah apabila seseorg wanita memakai jeans yang ketat jeans atau memakai seluar legging, maka wajar digunakan pakaian itu utk bersolat andainya benar2 tiada pakaian yg sempurna menutup aurat.

    Jadi bersolat dgn menggunakan pakaian yg sendat dan ketat(atau melumurkn lumpur sbagaima dlm dinyatakan dlm kitab2 fiqh) hanyalah digunapakai dlm keadaan benar2 ketiadaan pakaian yg sempurna dlm konteks menutup aurat. Atau dgn istilah mudah, keadaan darurat bagi melunaskan solat krn solat itu wajib.

    ReplyDelete
  72. assalamualaikum..
    terima kasih kongsi info yang sangat2 bagus nih. saya pun confuse juga skrg dh senang hati sikit.

    ReplyDelete
  73. eiela .
    Moga dapat dimanfaatkn dlm apabila berada dlm situasi yg sebegini.

    ReplyDelete
  74. sgt suka dgn entry ini. sy sblum ni seorg yg amat jahil. menutup aurat tetapi tidak menutup aurat dgn sempurna. setiap kali nak bersolat, menggelabah cari telekung. klu dh xde, tksa beratur tgu org lain siap pakai. suatu hari, syukur Alhamdulillah.. Allah beri saya hidayah apabila terdetik di hati "mengapa sy perlu nak pakai telekung? nampaknya pakaian saya ni tak cukup menutup aurat sehingga aku malu nak solat dgn pakaian ni". satu tindakan yg nekad, sy mngubah penampilan.. berhijrah kpd menutup aurat dgn sempurna. bertudung labuh, jubah atau jubah seluar. bkn sbb sy ni dh cukup solehah, byk lg yg perlu belajar. tp sy sedang mencuba utk mperbaiki diri sendiri. Ya Allah, mudahnya bila nak solat. selesai ambik wuduk sy terus solat. tak perlu lg nak cari telekung. sy tak rasa malu lg bila berjalan2 bila dh tutup aurat sepenuhnya. cuma bila solat dgn bpakaian biasa di masjid/surau, ramai pulak mata2 yg asyik menjeling..

    ReplyDelete