Monday 4 April 2011

nota hati seorang GURU




VIDEO ini mendapat kritikan yang hebat. Ditambah pula dengan kes yang dilaporkan dalam akhbar METRO ini. Nak salahkan orang yang mengkritik 100% pun tak boleh juga, cuma sebagai guru ia sewajibnya dijadikan pengajaran agar pisang tidak berbuah dua kali. NOTA HATI buat diri sendiri(kerana saya juga seorang guru) dan juga rakan-rakan guru( termasuk rakan-rakan blogger yang sedang mengikuti kursus perguruan baik di IPGM dan IPTA)Dan IA telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda itu semuanya, jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: “ Maha Suci Engkau ( Ya Allah) kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang kau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana.” (SURAH AL-BAQARAH , ayat ke-31-32). Berdasarkan kalam Allah ini, jelaslah sejarah PEMBELAJARAN telah bermula sejak sekian lama. Allah yang MENGAJAR dan Adam(termasuk Malaikat) yang DIAJAR. Tentang profesion keguruan, walaupun bukan itu cita-cita saya, namun inilah denyut nadi dan degup jantung saya sekarang. Cintanya saya terhadap profesion keguruan pernah saya abadikan dalam dua buah cerpen saya, iaitu Dalam Hati Seorang Guru dan Resah Seorang Guru . Kedua-duanya telah disiarkan dalam sebuah Majalah terbitan Karangkraf.

34 comments :

  1. dari guru utk guru......selamat mlm shameel....

    ReplyDelete
  2. oh..
    saudara seorang guru rupanya..
    TK baru tau..

    ReplyDelete
  3. Salam shameel...

    aduhh malu pula saya yang melihatnya... hmmmm, apa cita2 shameel sebenarnya?

    ReplyDelete
  4. Amy.
    Terima kasih ats kunjungan rakan guru semalaysia

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Toyolkiut.
    hehehe, terbongkar juga rahsia saya akhirnya. yup, sy guru malaysia. bagi hadiah yer bila hari guru nnt.

    ReplyDelete
  7. Afida.
    Itulah yg berlaku bia berlebih-lebihan berhibur. Cita-cita asal saya nak jadi posmen jer. hehehe. Dulu sy berminat nak jadi peguam, sebab tu bila dapat tawaran ke UITM utk diploma akauntan, saya tolak tawaran tu.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Cikgu Shameel,

    Lepas geram sesakali.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cikgu :)

    !___!

    menangis ..

    malu plus kecewa..

    ah, adakah sy terlalu judgemental?

    ReplyDelete
  10. salam Shameel..
    ermmm..sporting cikgu-cikgu tu
    kenapa sampai di perkatakan..
    pada saya okey je..sekadar hiburan
    sesama mereka..lawak pun ada..he he

    ReplyDelete
  11. tak nak cita-cita sebagai guru dari kecik..tapi bila sekali menjadi guru,rasa nak mengajar selamanya..sungguh indah..

    ReplyDelete
  12. saya rasa biasa saja vid itu, mungkin pandangan orang lain, masih taboo lagi untuk berpelakuan begitu.

    oh cikgu rupanya, salute profesion guru. tak pelik kamu menghasilkan cerpen dan disiarkan, tulisan kamu ada lenggok yang sesuai untuk penulisan novel dan cerpen. sedap

    ReplyDelete
  13. salam cikgu..:)
    yesss..
    yg baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Guru adalah segalanya....
    (ada yang x setuju? - pendapat je)

    Jadi guru leh jadi posmen,
    leh jadi doktor,
    leh jadi hakim.

    sebab itulah guru x diiktiraf profesyenal(?)

    ReplyDelete
  15. sabarlah cikgu. pd saya selepas ibu bapa, gurulah manusia yg perlu kita hormati krn mereka menyampaikan 'ilmu'. ttp guru juga manusia...sekali-sekala tergelincir tu biasale. kita yg melihat ketergelinciran itu kenalah pandai-pandai. sbb kan ke ada statement 'sebaik-baik guru adalah yg empunya diri'...wallahualam.

    ReplyDelete
  16. Nobita Sensei.
    Kata org kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Kalo tgk komen2 kt youtube sgtlh kesat bahasa yg digunnakan

    ReplyDelete
  17. Kunang-kunang.
    Rasanya begitulh, nak lepas geram kot. hehehe


    Mutiara Bernilai.
    Walau apap un, benda dh berlaku. Cuma, kenalah dijadikan pengajaran

    ReplyDelete
  18. Zulkbo.
    Terima kasih sahabat ats kunjungan dan bro.

    Nora Shahaira.
    Mmg best jadi guru sbb kita dapat mainkan peranan dlm mendidik anak bangsa. Sbb kita turut bersama2 mencorak masa depan mrk

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Aku Muzik Fiemn.
    Terima kasih sbb sudi baca cerpen yg saya linkkn.

    mmg masyakat kita masih taboo apabila guru berkelakuan mcm tu sbb kita dididik " guur kencing berdiir, murid kencing berlari"

    ReplyDelete
  21. Nurkass.
    Betul sekali. Yg baik jadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan


    Cikgu Ahmad Humairi.
    Satu lagi tambahan, cikgu jugalah kerani sekolah sbb urusan perkeranian skrg ni byk yg cikgu buat. Lagi teruk cikgu juga jadi pengasuh( ni di sekolah rendah), bila ibu -bapa yg masing2 bekerja hantar anak ke skolah w/pun anaknyatak sihat dgn alasan takde org nak jaga anaknya.

    ReplyDelete
  22. Nahmy.
    saya bersetuju dgn sahbat, sbg mansuia sudah tentu guur pun tak maksum dan yg penting belajar dari kesilapan

    ReplyDelete
  23. salam encik shameel,
    terima kasih ats kata semangat di blog.
    itulah, macy sebenarnya kurang masa utk beri komitmen pada blog tu seperti dlu, tp difikrkan ramai juga yg bertanya, maka sekurangnya macy cuba..

    dan, moga profesion keguruan itu terus baik di mata mereka walau ada yg memburukkan nama..

    ReplyDelete
  24. cikgu juga
    hehe
    ngajar kat mana, cikgu?

    ReplyDelete
  25. Macy.
    Harap harap cubalh utk tidak menghilang.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Miecyber.
    Dulu guru skrg masih guru?

    ReplyDelete
  28. Tehr.

    Cikgu juga kn, sy ngajar kt chemor perak.

    ReplyDelete
  29. Astaga...mcm naik sheikh plak cikgu2 tu..huhuh...melepaskan tension gaknye..Tapi ade yg nampak over la..
    Malu tgk sbb dorg bertudung..X sesuai dgn penampilan..Berhibur boleh..nyanyi la nasyid ke ape..

    ReplyDelete
  30. guru pun seorang manusia..
    cuma mereka kena lebih menjaga.

    mereka akan di muliakan jika mereka benar benar menjalankan amanah.

    ReplyDelete
  31. saya tau shameel ni cikgu hehe

    cikgu nak berhibur sikit ..org dah marah

    asyik tension buat kerja dan nak hadapi budak2 nakal apa salah dia menari sikit.
    tapi lagi baik kalau buat utk cikgu pompuan je , mcm tempat tertutup.sama2 pompuan je tgk..ok kot.

    ReplyDelete
  32. Sekarang saya dah pencen sebagai guru komputer...

    Saya tumpu promote Pakej Taman Negara & Daftar Lesen Kewangan untuk kontraktor.

    http://www.tamannegarapackage.com

    Serangga menu utama masa depan

    ReplyDelete