Monday 2 May 2011

LION OF THE DESERT




Memandangkan seantero dunia sedang menjadi pemerhati terhadap perkembangan di Libya, terbaru anak bongsu Muammar Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan udara oleh NATO. Ada antara kita sekadar menjadi pemerhati yang setia, tapi seeloknya kita menjadi pemerhati yang bernaluri. Dalam keasyikan berbicara tentang Libya, kita jangan lupa dengan ‘Sang Singa’ yang begitu hebat di padang pasirnya suatu ketika dahulu.

Lion Of The Desert, merupakan sebuah filem yang mengisahkan perjuangan Umar Mukhtar (ataupun Omar Al-Mukhtar) menentang penjajahan Itali di Libya pada tahun 1920-an dan 1930-an. Ia merupakan filem arahan Moustapha Akkad pada tahun 1981. Watak Umar Mukhtar pula dilakonkan dengan amat berkesan oleh Anthony Quinn. Telah beberapa kali filem ini ditayangkan dan sudah banyak kali saya menontonnya, namun tidak pernah pula surut dan susut keinginan saya untuk menontonnya kembali. Paling berbekas di hati saya ialah babak Umar Mukhtar dihukum gantung sampai mati.





(Gambar Umar Mukhtar)


Pesan saya kepada sahabat, jika menonton filem ini, tontonlah dengan mata hati yang suci. Kerana ia perlu dihayati. Hayatilah makna jihad yang telah dilalui oleh As-Syahid Umar Mukhtar. Moga-moga dengan ini, rasa cinta, rindu, kasih dan sayang terhadap islam yang kita anuti, juga terhadap negara yang kita diami semakin tebal dan kebal. Tebal dan kebal hinggakan tidak mampu dihakis dan dikikis oleh apa-apa jua. Biarlah langit yang meneduh kita ini berubah warna, islam tetap kita pertahankan hingga ke hujung nyawa. Biarlah bumi yang menadah kita ini retak berjuta, Tanah air ini tetap menjadi denyut nadi dan degup jantung kita.






(Perhatikan sekeping gambar yang disematkan
di sebelah kanan dada Muammar Gaddafi
)



Siapakah Umar Mukhtar? Mungkin ramai yang tidak mengenalinya berbanding mengenali artis-artis Kpop. Secara ringkas, izinkan saya bercerita. Pertama sekali, cuba lihat gambar Muammar Gaddafi. Pada sebelah dada kanannya disematkan sekeping gambar lelaki tua . Lelaki itu ialah pejuang Libya yang mati digantung oleh penjajah Itali. Lelaki itu ialah Umar Mukhtar.


Umar Mukhtar, seorang guru agama yang menjadi wira kebanggaan rakyat Libya dan semua pencinta islam. Beliau memperjuangkan kemerdekaan Libya daripada dinajisi oleh kuasa kuffar, iaitu Itali. Umar Mukhtar menyedari, kekuatan tenteranya ( dari segi jumlah dan kecanggihan senjata) amat terhad dan sangat terbatas untuk memerangi tentera Itali yang terkenal sebagai hebat dan kuat. Namun, sebagai orang yang berjuang atas nama agama, beliau tidak gentar dengan itu semua. Dengan keadaan susah payah disamping kudrat yang kian dimamah usia, beliau terus berjuang hinggalah menemui syahid di tali gantung.






(Jenazah Umar Mukhtar
yang dihukum gantung
)




Perjuangan Umar Mukhtar mengingatkan saya akan kata-kata keramat seekor burung ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak

Burung yang saya maksudkan ialah seekor burung kecil yang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim Alaihi Salam. Kata-kata keramat itu dilafazkan apabila perbuatannya ditegur oleh makhluk Allah yang lain . Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu. Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”


Lebih lanjut tentang Umar Muhktar, sila ke SINI. .

Babak Umar Mukhtar dihukum gantung, sedutan dari filem Lion Of the Desert. Lihat SINI.













49 comments :

  1. oh..
    apa yg blaku hr ini akn mnjadi sejarah d masa depan..
    benar2 tersentuh dngn artikel ini..

    ReplyDelete
  2. toyolkiut.
    nampaknya libya sedang mengulangi sejarah lamanya. moga akan lahir juga insan pejuang segigih umar mukhtar utk menyelamatkn Libya drp kekejaman muammar gaddafi dan tentera kuffar.

    ReplyDelete
  3. semoga dia ditempat di kalangan pejuang islam yg mati syahid

    ReplyDelete
  4. emm baru saya tahu pasal bapa perjuangan libya nih..tersentuh baca info ini..orang yang berani kerana benar,tidak akan takut hukuman buatan manusia..:)..arwah guru agama ini patut diteladani..

    ReplyDelete
  5. Dari kecik tgk citer nih.Memang best!

    ReplyDelete
  6. aku pernah menonton fileh ini lama dahulu
    mungkin aku patut menontonnya sekali lagi

    perjuangan memang memerlukan pengorbanan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Info yang mencelikkan saya.

    Sambil berhibur sambil meningkatkan kefahaman tentang islam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Syuxer.
    Terima kasih atas komentar. mmg perjuangan umar mukhtar wajar dicontohi

    ReplyDelete
  9. Syed Ahmad Fathi,.
    Betul tu, ceriter ni sgt best. sarat dgn dakwah dan pengajaran.

    ReplyDelete
  10. tehr.
    Tanpa pengorbanan, perjuangan akan hilang kemanisannya.

    ReplyDelete
  11. Cikgu Ahmad Humairi.
    Tapi sayang,kat Malaysia ni cerita hantu juga yg paling laris.

    ReplyDelete
  12. macam mana nk dapatkn filem ni?

    ReplyDelete
  13. pernah beberapa kali menonton filem ni. memang superb!

    terkedu sebentar baca kata2 keramat burung tu.

    thanx for the info. :)

    ReplyDelete
  14. filem tu memang sangat memberikan kesan mujahid kepada penontonnya... semoga akan lahi lagi singa Allah selepas Hamzah, sepupu Nabi s.a.w dan umar ini

    ReplyDelete
  15. miss senget.
    Susah jugak nak dptkn criter ni sbb ia terbitan tahun 1981, agak lama dah.

    Kaedah paling senang download jer kt internet.

    ReplyDelete
  16. アヌム ちゃん~~
    Terima kasih atas kunjungan sahabat nun jauh di Jepun.

    ReplyDelete
  17. apple hijau.
    Tahniah sbb telah menonton filem ini berulang kali.

    Kita semua sepatutnya menghayati semnagat perjuangan burung tu.

    ReplyDelete
  18. Cemomoi.
    Filem ni sgt berkesan utk menyemai semangat jihad. harap2 akan lahir lagi singa2 yg membela islam.

    ReplyDelete
  19. Obat Sakit.
    benar sekali, filem ini amat best.

    ReplyDelete
  20. Semuga semangat Jihad tertanam di dalam hati setiap umat Islam.


    Atap genting dari tiub ubat gigi

    Penemuan Saintis Islam

    ReplyDelete
  21. Islam tidak akan terhapus selagi ada pejuang gigih dan belum kiamat. Apa yg nyata setelah Islam ditewaskan ia akan bangkit sebelum hari kiamat.

    Akan lebih ramai lagi umar akan tercipta insya-allah...

    ReplyDelete
  22. tgok gambar pun dah tau filem ni memang best :)

    ReplyDelete
  23. boleh tahan juga filem ni, rating 7.8. mesti jiwa filem ni sampai dan berbekas, sehingga layak di'rating' agak tinggi. inilah filem2 yang kita perlukan, dah takde filem perjuangan islam kita lihat sekarang. yang ada, orang barat dengan filem nasionalisme mereka. mereka pun sedar kepentingna filem sebagai wahana menyebarkan semangat mereka

    ReplyDelete
  24. Kita pun ade pejuang sepertinya, Leftenan Adnan...akhirnya dibunuh dgn tragis dan mayatnya diaibkan oleh tentera British..

    ReplyDelete
  25. Miecyber.
    Itulah yg diharapkan. andai jihad mulai luntur. maruha islam akan dilacur

    ReplyDelete
  26. Kakzakie.
    Islam tidak akan sesekali terhapus sbb Allah telah menjanjikan kelansungan islam dlm surah as-saf. Pasti akan ada mujahid baru setiap kali gugunrya seseorg mujahid.

    ReplyDelete
  27. Mrs. Yie.
    Betul tu, filem ni mmg hebat dan pernah diperkatakan du merata-rata.

    ReplyDelete
  28. AkuMuzikFilem.
    Benar sekali, filem mcm ni amat diperlukn saat umat islam ditindas di sana- sini. Dulu ketika portugis serang melaka, sultan mahmud syah arahkan buku hikayat abu hanafiah dibacakan utk membangkitkan semangat juang di kalangan tentera Melaka.

    ReplyDelete
  29. Cik Shinju.
    Leftenan Adnan memang wira kebanggaan kita. Begitu juga dgn wira bukit kepong.

    ReplyDelete
  30. pernah tdgarckuliah di masjid berbunyi...islam datg kepada kita dengan penuh kegemilangan..namun cara islam itu pergi dr kita xsama dgn cara dia dtg kepada kita. islam akan pergi apabila tiada siapa yang bersama islam,menyokong apatah lagi yg memegang teguh dgn islam..penuh dgn pengertian. namun apa yg diucapkan oleh Rasulullah itu dah berleluasa skrg..gementarnya jika islam itu pergi...semoga dalam hati kita sentiasa beriman kepada Allah dan islam

    ReplyDelete
  31. ya..saya pernah melihat cerita ini waktu dahulu...dan kini kita dihidangkan dengan cerita realiti yang lebih dasyat..

    ReplyDelete
  32. salam...

    pihak barat dengan kejam mahu menghapuskan Gadaffi..sangat malang..negara islam2 yg lain hanya mampu memandang..amat menyedihakn bila negara bukan islam spt Russia yg mengutuk serangan tersebut. negara islam mana?

    ReplyDelete
  33. filem ni akak tgk dr kecik lagi sampai besar sbb tv selalu ulang...sedih oooooooooooooooooo...

    ReplyDelete
  34. Nora Shahaira.
    "....gementarnya jika islam itu pergi...semoga dalam hati kita sentiasa beriman kepada Allah dan islam"

    Kak Nora, paling dibimbagi andainya islam pergi dari hati dan jiwa kita. Jika islam sudah tiada dalam diri, tiada apa lagi yang boleh kita banggakan.

    ReplyDelete
  35. Keli oh Keli.
    mumgkin peristiwa pencabulan ke atas Libya yg sahabat maksudkan.Betul tak?

    ReplyDelete
  36. Sekamar Rindu.
    Inilah nasib yg menimpa negara dan umat islam hari ini. Walau apapun g kuasa kuffar lakukan, negara islam hanya mampu jadi pemerhati yg bersimpati. Lagi malang, ada juga negara islam yg buat tidak reti sbb nak jaga kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  37. Dyea Irdina.
    walaupun berkali2 tgk, tapi masih belum jemukan. mmg hebat filem ni. Pengakhiran yg menyentuh hati.

    ReplyDelete
  38. tapi kenapa pejuang Islam sekarang di penggil pengganas....

    ReplyDelete
  39. Miecyber.
    Mereka yg mati syahid sentiasa hidup di sisi Allah.

    ReplyDelete
  40. Mamaema.
    Hnaya kuasa kuffar dan umat islam yg diracuni pemikiran sahaja sanggup melabelkan pejuang islam sebagai penganas

    ReplyDelete
  41. Salam alaik encik shameel iskandar,

    lion of the desert.

    Umar Mukhtar dalam kenangan. Benar,tak ramai yang mengenali beliau, lagi-lagi anak2 muda. Moganya hati ini tidak hilang dua perkara, dakwah dan jihad.

    Mohon bantu saya dan ingatkan saya jika saya lupa. terima kasih.

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum shameel...


    apa khabar..
    hope awk sihat dan ceria di sana

    ReplyDelete
  43. "Biarlah kau rentap nyawa ini Ya Allah demi agamaMu yg suci ini, biarkan setiap titisan darahku mengalir hanya kerana mu ya Allah..

    ReplyDelete
  44. Mutiara Bernilai.
    Tnpa dakwah dan jjihad kita hilang segala kekuatan. Kedua2nya perlu berjalan seiring.

    ReplyDelete
  45. Adinda Amy Sensei .
    Alhamdulillah Amy, sy sihat2 sahaja. harap Amy pun sihat2 sahaja.

    ReplyDelete
  46. ViBrato D major.
    Terima kasih sahabat(sobat) ats kunjungan. Kerana Allah dan islam, nyawa kita pertaruhkan.

    Takbir!

    ReplyDelete
  47. Sehingga sekarang masih mencari link untuk download tapi tak berjumpa :(

    *teringin sangat nak tonton ceritanya...

    ReplyDelete