Saturday 7 May 2011

SELAMAT HARI IBU 2011


Sebenarnya saya masih samar-samar tentang hukum menyambut hari Ibu, lalu saya memutuskan untuk tidak berbicara soal itu. Ini kerana, saya hanya berbicara soal agama apabila ada tokoh-tokoh agama yang memulakannya, dan saya tidak ingin mendahului mereka yang pakar dalam urusan ini. Dengan kata lain, saya hanya berkongsi pandangan tokoh-tokoh agama dengan menggunakan gaya bahasa dan pendekatan yang tersendiri. Lebih tepat lagi, sekadar melebar luaskan atau merakyatkan pandangan yang dilontarkan oleh mereka. Bagi saya, perkara yang baik perlu disebarkan luaskan ke segenap ruang dan sudut di muka bumi ini.


P/s = jika pembaca dan sahabat blogger mempunyai info tentang fatwa-fatwa ulama muktabar, baik dalam mahupun luar negara. Baik ulama silam mahupun kontemporari tentang hokum menyambut hari ibu, silalah maklumkan kat saya diruangan komen. Kita berkongsi pengetahun atas dasar agama untuk kebaikkan bersama.


Cuma, dalam permasalahan hari ibu, kita hendaklah mengenalpasti, adakah perdu akar(asas) perayaan tersebut berpunca daripada amalan agama ataupun budaya sahaja. Sesetengah ulama membenarkan kita turut menyambut atau merayakan perayaan yang berasaskan budaya seperti Tahun Baru Cina.


Terdapat juga sesetengah sambutan atau perayaan yang didasari oleh penghormatan terhadap jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Ini termasuklah Sambutan Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain.


Dalam islam, ibu wajib ditaati tanpa memperuntukan hari-hari tertentu dan upacara tententu, juga ucapan tertentu. Mungkin ketika menyambut hari ibu ( tidak semestinya mengikut tarikh yang ditetapkan) kita lebihkan penzahiran kasih sayang dengan memberi hadiah kepada ibu atau bagi yang mampu, boleh juga makan besar(bersama keluarga) di mana-mana restoran.


Kedudukan Seseorang Ibu Dalam Islam.


Dalam Sahih Bukhari terdapat sebuah hadis yang menceritakan perihal seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”






p/s = akhir sekali, sebuah lagu tentang pengorbanan ibu saya paparkan di sini. Maaf, jika ada yang dapat memahaminya dengan baik, kerana lagu ini didendangkan oleh penyanyi dari Selatan Thailand(Pattani). Bahasanya lebih kurang dialek Kelantan dengan sedikit perbezaan.

32 comments :

  1. Assalamualaikum,

    Syurga itu ditelapak kaki ibu....

    ReplyDelete
  2. OH~IBU!..KAU DISIRAM BAYU PAGI KEHILANGAN TERASA KINI DAN KESEPIAN...i miss u mum love u

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum shameel, saya pun samar2 tuk mengucapkan selamat hari ibu ... kerana bagi saya bukan hari ni je hari ibu, tapi tiap2 hari adalah hari ibu, pasai kasih ibu terhadap anaknya tu takkan pernah putus...

    Allahualam..

    ReplyDelete
  4. Cikgu Ahmad Humairi.
    Hebatnya kaum wnaita hinggakan syurga terletak di bawah telapak kaki wanita bergelar ibu. Begitulah hebantya islam memartabatkan wanita.

    ReplyDelete
  5. Amy.
    Benar sekali, jasa ibui tiada tara. Tiada mampu dibayar walaupun dgn wang berjuta

    ReplyDelete
  6. Afida.
    Hari-hari adalah hari ibu, itulah yg pasti dan itulah yg dianjurkan dlm islam

    ReplyDelete
  7. apple hijau.
    Benar sekali, hari2 adalah hari ibu. jgnlh skeadar hargai ibu pada hari ibu yg ditetapkan sahaja, tapi hargailah sepanjng masa hingga ke penghujung nyawa.

    ReplyDelete
  8. salam shameel;
    bagi saya takde hari yang terpilih utk mengucapkan sesuatu pada seorang ibu..ibulah segalanya..

    ReplyDelete
  9. Bertuah seorg ibu memiliki anak2 soleh solehah..mudah2an di Syurga Firdausi kita bersama ibu2 kita kelak..

    ReplyDelete
  10. Nurkass.
    Begitulah sepattutnya. tiada hari2 terpilih, malah selama 365 hari setahun adalah hari ibu.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Nyanyi sunyi.
    Itulah yg diharapkan. kalau boleh kita ingin bersama org2 yg kita sayang diakhirat kelak. mudah-mudahan Allah makbulkan.

    ReplyDelete
  13. Miecyber.
    Itulah sebabnya, saya tak berani nak komen lebih isu ni. adakah ia berasaskan agama, bodaya atau penghormatan terhadap kaum ibu.

    ReplyDelete
  14. sering dan sentiasa mencari akan 'syurga' yg dibawah tapak kaki ibu tu. Salam Hari Ibu kpd semua ibu..

    ReplyDelete
  15. emm..
    sambutan macam hari guru je kot..
    satu tarikh yg biasa2 aje..

    TK x rai kan ia dngn acara istimewa, sekadar ingatn saja..
    yg pnting tanggungjawab anak pada keperluan/ kebajikan ibu harus d berikan perhatian sewajarnya..
    ibu insan terpenting bagi semua umat manusia..

    ReplyDelete
  16. islam menuntut kita menghormati ibu setiap hari malah setiap masa

    ReplyDelete
  17. setiap hari adalah hari untuk kita menghargai ibu, bahkan bukan sahaja ibu, tetapi semua orang, malah mengahargai diri sendiri juga. apatah lagi menghargai akan kewujudan Tuhan.

    sepertinya hari raya, bukan hanya pada hari raya kita harus kembali kepada fitrah (fitr) tetapi setiap hari, setiap saat harus di salurkan dengan sebaik2 fitrah..

    jika ada sesuatu yg menggembirakan ibu kita, contohnya meraikan dgn hr ibu..seagi tak mengganggu akidah, maka sambutlah.. :)

    pendapat dhoif.

    ReplyDelete
  18. kebanyakan program camni yang dianjurkan oleh barat mesti bertepatan dengan sesuatu peristiwa berkaitan dengan agama dorang tapi dilindungi dengan title yang menarik untuk diikuti oleh orang islam

    sedangkan islam menyuruhkan kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa sepanjang masa terutama selesai solat

    ReplyDelete
  19. Nahmy.
    Syurga di bawah telapak kaki ibu, jaraknya terlalu dekat tapi kekeadng mencarinya terlalu sukar.

    ReplyDelete
  20. Toyolkiut.
    Harap mcm tulah, sekadar sambutan yg dicipta utk mengenang kaum ibu.

    ReplyDelete
  21. Tehr.
    Benar sekali, setiap masa dan setiap hari kita dituntut oleh agama agar mentaati ibu

    ReplyDelete
  22. Mutiara Bernilai.
    Tertarik dgn pandangan Mutiara. paling ptg, jgn terbabas dari paksi akidah. sambuatan hari raya yg dicipta khusus utk umat islam sekalipun tapi jika terdapat unsur brtentangan dgn islam, maka ia tetap tiada nilainya.

    ReplyDelete
  23. Cemomoi.
    Itulah sebabnya saya ragu2 ttg persoalan ini dan tidak berani nak mengulas panjang lebar. Cuma, yg pasti setiap masa dan ketika kita diwajibkan mengasihi ibu kita.

    ReplyDelete
  24. SY RASA SMBUTAN NI TAKDE SALAH KOT
    sbb ia x mngajak ke arah mksiat
    heee

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum , saya pun musyhkil tentang sambutan hari ibu ni . tapi saya wish jugak kat blog saya . hehe

    ReplyDelete
  26. sambutan hari ibu ni tak nampak apa2 kesalahan pun , hari ni hari jururawat pulak

    selagi tak bertentangan rasanya tak salah kita nak buat sesuatu yang special buat ibu tapi kalau buat hari2 lagi baik

    ReplyDelete
  27. Nelly.
    kena wish kat ibu-ibu tu. hahaha

    ReplyDelete
  28. chEck chEck rOck rOck .
    saya pun tak bernai nak cakap. kena rujuk yg pakar tu

    ReplyDelete