Saturday 28 May 2011

MALCOLM X



Apabila kamu menjadi seorang muslim sejati, kamu tidak akan melihat seseorang itu berkulit hitam, coklat, merah atau kuning. Tapi kamu akan memandangnya sebagai seorang manusia" Malcolm X

Mungkin ramai yang mengenalinya dan mungkin lebih ramai yang tidak mengetahui siapakah lelaki ini. Malcolm X merupakan seorang tokoh yang pernah mengegarkan Amerika Syarikat sekitar tahun 1952 hingga 1965. Malcolm X (El-Hajj Malik El-Shabazz) merupakan seorang pejuang. Bermula dengan perjuangan untuk hidup dan kemudiannya berubah kepada perjuangan untuk memaknakan hidup. Dia tidak sekadar pembela kulit hitam. Juga, tidak hanya pejuang hak asasi manusia. Tapi, lebih dari itu. Ini semua dapat kita selami apabila kita menyelongkari kembara rohaninya yang begitu indah. Kembara yang menemukannya dengan Tuhan dan sekali gus memberikannya kekuatan untuk melakukan U-TURN KE JALAN LURUS.

Pada tahun 1992, hidup dan kehidupannya telah diabadikan di dalam sebuah filem yang berjudul Malcolm X. Filem ini di arahkan oleh Spike Lee dan watak Malcolm X pula dilakonkan oleh Denzel Washington. Di sini, saya tidak ingin berbicara panjang perihal Malcom X atau filem tersebut. Sebenarnya, bukanlah motif saya untuk memerihalkan riwayat lelaki berjiwa pejuang ini secara lengkap dan menyeluruh . Cuma, saya ingin berbicara dan sekali gus mengajak para sahabat mengambil iktibar dari kisah hidupnya.




(Wajah Sebenar Malcolm X)


Percayalah, ketika nadinya berdenyut hinggalah jantungnya berhenti berdegup, ada seribu pengajaran yang mampu kita pungut. Percaya jualah, pada setiap langkah yang pernah diatur dan jejak yang disusun olehnya ketika ‘mencari’ Tuhan, amat perlu untuk kita renungi . Renung dengan teliti dengan menggunakan mata hati yang suci.

KERJA TUHAN TAK SIAPA YANG TAHU, inilah kesimpulan terpenting yang dapat kita simpulkan apabila kita menghayati kisah Malcolm X . Apa tidaknya, Malcolm X asalnya seorang penjenayah yang dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun kerana pelbagai kesalahan yang dilakukan. Beliau adalah seorang pengedar dadah, penyeludup dan bapa ayam yang terkenal dengan gelaran Detroit Red. Lihatlah bagaimana Tuhan mengatur persitwa ini, maksud saya peristiwa Malcolm X ditangkap oleh polis dan kemudiannya dipenjarakan. Dipenjaralah hidayah datang menyapa dirinya. Di penjaralah dia diperkenalkan dengan islam yang dibawa oleh tokoh-tokoh Nation of Islam(NoI). Benar sekali, Allah adalah PENCIPTA dan PERANCANG YANG MAHA SEMPURNA.



(Malcolm X bersolat di sebuah masjid-Dari filem Malcolm X)


Dalam melayari hidup, kita tidak seharusnya sekadar memungut pengalaman, lebih penting dari itu kita hendaklah bersedia untuk mengutip pengajaran. Paling penting, biarlah pengajaran dari sesuatu peristiwa itu mampu menerbitkan pengajaran yang bermakna buat kita. Namun, harus diakui, sebagai manusia yang memiliki usia dan keupayaan yang terhad, kita juga memiliki pengalaman yang amat terbatas. Jadi, kita perlukan pengalaman pinjaman. Dalam hal ini, kita boleh meminjam pengalaman Malcolm X untuk mematangkan diri dalam mengenali makna hidup dan kehidupan.

Sejarah hidup Malcolm X mengajar kita, sesungguhnya HANYA DIA YANG TAHU CERITA KITA SAMPAI HABIS. Ya, hanya DIA, iaitu Allah. Sesungguhhnya dalam hidup ini kerap kali kita dihidangkan dengan realiti di luar duga. Kekadang permulaan yang baik, tapi pengakhiran pula tidak baik. Begitu juga sebaliknya, permulaan yang tidak baik, tapi pengakhirannya pula baik. Kadang-kadang hidup ini persis perlawanan bola sepak, separuh masa pertama teruk ketinggalan, tapi separuh masa kedua pula, mampu bangkit dan memenangi perlawanan. Walau apa jua situasi, penilaian ataupun hukuman yang diberi adalah berdasarkan titik noktah atau pengakhiran sesebuah kehidupan atau perjuangan. Titik noktah inilah yang menatijahkan penilaian, sama ada berbentuk pujian mahupun kejian.

Berbalik kepada kisah Malcolm X, siapa sangka seorang samseng jalanan yang kemudiannya menjadi penjenayah yang digeruni, akhirnya disapa hidayah Allah. SUDAH KEHENDAK- NYA, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk orang yang menyakini kekuasaan Allah. Berbicara tentang Kembara rohani Malcolm X, kita perlu bahagikan kepada dua tahap atau peringkat. Pertama, setelah beliau memeluk islam hasil perkenalan dengan aktivis NoI. Pada peringkat ini, kefahamannya terhadap islam amat kabur dan dibayangi sentimen anti kulit putih. Ini disebabkan NoI yang di ketuai oleh Elijah Muhammad bukanlah memperjuangkan islam yang berpaksikan yang Al-Quran dan Sunnah, tetapi islam yang dicemari oleh sentimen perkauman yang menebal dan juga dipenuhi dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng dari ajaran islam yang sebenar. Malah, Elijah Muhammad sendiri secara terang-terangan mengaku dirinya sebagai Utusan Tuhan dan seorang penzina. Maaf, saya tidak tahu status NoI hari ini, adakah masih menyeleweng seperti dahulu. Untuk pengetahuan semua, Jermaine Jackson( abang kepada Michael Jackson) merupakan salah seorang ahli NoI. Malah, pemimpin-pemimpin NoI seperti Louis Farrakhan dan Leonard Muhammad, dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Michael Jackson semasa hayatnya.



(Jenazah Malcolm X)


Kembali kepada kisah Malcolm X, kembara rohani keduanya berlaku setelah beliau menunaikan fardhu Haji di Mekah. Di Mekah, beliau telah menemui ketulenan islam sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW. Di Mekah jualah sentimen perkaumannya mulai terhakis dan terkikis. Di Mekah jualah salah fahamnya tentang islam mulai lebur dan berkubur. Semuanya, gara-gara ukhwah islamiyah yang dipamerkan oleh para jemaah haji dari pelbagai bangsa dan negara. Di Mekah,beliau menyaksikan umat islam tanpa mengira warna kulit( termasuklah dari kalangan kulit hitam dan kulit putih) berhimpun bersama-sama untuk bertawaf dan makan setalam bersama-sama sebagai hamba Allah. Mekah mempamerkan persaudaraan islam yang melangkaui sempadan bangsa dan negara.

Perubahan pandangan dan perjuangannya ini dapat kita lihat menerusi kata-katanya “ Tidak pernah aku menyaksikan layanan mesra yang ikhlas dan semangat persaudaraan sebenar oleh orang-orang di sini (Mekah) yang berasal dari pelbagai warna dan bangsa. Ziarah haji ini telah memaksa aku menyusun semula pemikiran aku dan membuang jauh-jauh kesimpulan yang pernah aku simpulkan”. Dia benar-benar terhantuk di pintu sedar, lihat juga kata-katanya ini "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Setelah pulang dari menunaikan ibadat haji, Malcolm X telah memurnikan perjuangan dengan menubuhkan Muslim Mosque Inc(MMI) dan menentang keras ajaran NoI. Di samping itu, Malcolm X juga mula menukar nama kepada El-Hajj Malik El-Shabazz ( Sedikit info dari saya =Mungkin, kerana faktor inilah, sesetengah penulis mendakwa Malcolm X hanya memeluk islam setelah pulang dari menunaikan ibadat haji di Mekah, namun saya lebih cenderung dengan pandangan yang mengatakan, dia telah menganut islam sejak akrab dan mesra dengan kepimpinan NoI, cuma islam yang dia anuti ketika itu penuh kecelaruan dan kekeliruan lantaran ajaran NoI yang menyeleweng. Namun, yang paling penting ialah titik noktah sebagaimana saya nyatakan tadi). Tidak cukup dengan itu, Malcolm X juga telah menceritakan kesesatan Elijah Muhammad menerusi sepucuk surat kepada seorang sahabatnya di New York. Antara kandungan surat tersebut ialah “ Selama 12 tahun aku hidup dalam batasan pemikiran yang sempit yang mengimani Elijah Muhammad sebagai seorang Utusan Dari Tuhan.”

Perubahan pandangan dan perjuangannya itu merupakan satu hijrah yang besar dalam hidup Malcolm X. Hijrah yang bermula dari Malcolm Litle kepada Malcolm X. Berhijrah lagi daripada Malcolm X kepada Malik El-Shabazz. Hijrahnya terakhir ini telah mengundang bahaya kepada diri dan kelurganya. Kemuncaknya, dia berhijrah buat selama-lamanya setelah mai ditembak oleh beberapa orang ahli-ahli NoI ketika ingin memulakan ucapannya di Audubon Ballroom, Manhattan.


INFO TAMBAHAN.
Babak Malcolm X menunaikan ibadat Haji ( tonton dengan mata hati yang suci), sedutan dari filem Malcolm X , lihat
SINI

Babak Malcolm X ditembak hingga mati, sedutan dari filem Malcolm X, lihat
SINI

Klik
SINI untuk melihat suasana sebenar sekitar pengebumian Malcolm X.


Tajuk Lain Yang Berkaitan.
SUDAH KEHENDAK- NYA,
LION OF THE DESERT
KABUS

34 comments :

  1. ini info menarik cikgu...:)..tq..dah lama x baca tokoh2 dunia...malcom x baru kali pertama sya baca ni.

    ReplyDelete
  2. Syuxer.
    Malcolm X ni seorg pejuang kulit hitam yg amat racis pada mulanya tetapi mula berubah ke arah perjuangan umat manusia sejagat setelah menunaikan haji di mekah.

    ReplyDelete
  3. pernah tengok filem tentang Malcolm X ni :)

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik. Bermula dari beliau masuk penjara dan menerima hidayah Allah... dan seterusnya menunaikan Haji yang sekaligus mengubah terus pemikiran dan pandangan beliau terhadap agama Islam yang suci

    Thanks for sharing this shameel...

    ReplyDelete
  5. Kasih redha.
    alangkah bagusnya kalau disiarkan semula filem ni kan.

    ReplyDelete
  6. Afida.
    Perancangan Allah, itulah yg terbaik utk manusia. Cuma, kadang2 kita terlalu gopoh hingga menyalahkan-Nya, sedangkan DIA Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  7. pertama kali saya baca kisah Malcom X ni..

    perancangan hidup kita hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete
  8. Membaca kisah Malcolm X ini teringat novel 'Bumi Cinta' bagaimana seorg gadis yg sangat membenci Islam diberi hidayah saat akhir...sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...kepada yang diberi HidayahNYA sangatlah beruntung..muga2 kita sentiasa diberi taufiq dan hidayah oleh Allah.

    ReplyDelete
  9. pnah dengo nama tanpa ketahui ada crita menarik bahawa dia ni sebenarnya muslim... tima kasih atas info ni

    ReplyDelete
  10. Salam Sahabat,
    Saya kagum dengan perjuangan beliau yang benar2 mahukan Islam dan Allah anugerahkan beliau hidayah Islam. Saya sudah tengok filem lakonan Denzel tu & memang hebat perjuangan beliau, cuma ramai org kulit hitam di Amerika masih keliru dengan ajaran Islam yang sebenarnya...Alhamdulillah malcom x berhasil mengenal Islam yang sebenar apabila menunaikan fardhu Haji. Semoga kerja dakwahnya terus subur di Amerika dan semoga ruh As-Syahid Haji Malik El-Shabazz dirahmati Allah S.W.T

    ReplyDelete
  11. alhamdulillahhh...
    terima kasih utk info ni.. macam kawan pernah cerita...^^!

    ReplyDelete
  12. pnah tgk versi movie dulu.. ni kali pertama bca cmni.. nice sharing shameel ^^

    ReplyDelete
  13. Fiqas, kalau tgk filemnya lagi best. cukup menginsafkan.

    ReplyDelete
  14. nyanyi sunyi.
    Bumi Cinta karya Habiburahman al-shirazi mmg best kak, saya belum lagi sempat habis bacanya.

    Apa yg pasti, filem mcl malcolm x ni dan novel mcm akrya habibur rahman al-shirazi tu sgt elok utk pembangunan jiwa.

    ReplyDelete
  15. Miecyber.
    Benar sekali, Malcolm X seorg yg hebat

    ReplyDelete
  16. Cemomoi.
    Malcolm X ni, mengenal kebenaran islam selepas plg menunaikan haji. sbnrnya agak ramai warga kulit hitam yg beragama islam di US

    ReplyDelete
  17. Na'im Nikmat.

    Terima kasih sahabat ats kunjungan. Sudah kehendak Allah, Malcolm X ke Mekah, kalau tidka mungkin dia terus terkeliru dgn islam yg dianutinya itu. As-Syahid Malcolm X benar-benar lelaki yg hebat.

    ReplyDelete
  18. senyumSOYA
    tahniah sebab anda telah didedahkan dgn cerita Malcolm X sebelum ini

    ReplyDelete
  19. caliph shuriken.
    moga-moga kita dapat menghayati semangat perjuangan Malcolm X

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...kenal juga akak dengan malcolm x ni...penat akak memahami cerita dia sebab kan kisah dia ada kaitan dengan islam kan..entri yg mudah di fahami lah en.shameel...
    membacakan kisahnya membuatkan akak nora bermohon moga Allah merancang hidup akak nora dalam kisah yang baik hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
  21. terima kasih shameel...bertambah ilmu lagi :)

    'kerja tuhan tak siapa yang tahu' sangat terkesan di sanubari...

    ReplyDelete
  22. menarik ni. macy memang tak pernah dengar pun..

    ReplyDelete
  23. seronok membaca kisah ni. mekasih^^

    ReplyDelete
  24. Nora Shahaira
    'moga Allah merancang hidup akak nora dalam kisah yang baik hingga ke akhirnya' ini yg kita harapkan dri Tuhan, sbb hanya DIA Yang Tahu cerita hamba-Nya sampai. Harap2, kita semua tidak tergekincir dari landasan redha-Nya hingga saat akhir menghembuskan nafas.

    ReplyDelete
  25. apple hijau.
    sama-sama. Sememangnya kerja Tuhan tak siapa yg tahu dan seseungguhnya hanya DIA yang tahu cerita kita sampai habis.

    ReplyDelete
  26. maCy.
    Kalau nonton filemnya lagi best. cukup berbekas dlm hati.

    ReplyDelete
  27. emieysandra.
    Terima kasih ats kunjungan dan komentar.

    ReplyDelete
  28. mmg citer malcom-x menarik...tp sayang pelakonnya tak dpt 'hidayah' sama cam anthony quinn yg jadi omar mokhtar dlm 'lion of the desert'

    ReplyDelete
  29. kebetulan saya pernah lihat film mengenai beliau... keren :)

    ReplyDelete
  30. baru paham kisah malcolm x ni... thanks ye share info...kisah yvonne shameel xbuat entri ke?

    ReplyDelete
  31. nahmy.
    moga2 satu masa nnt denzel washintong ni dpt hidayah dri Allah

    ReplyDelete
  32. Merliza
    trima kasih ats kunjungan dan komentar. bestkn filem ni

    ReplyDelete
  33. Fara Ada
    Trima kasih ats kunjungan.kisah yvone rildey tu sy sebuat sepintas lalu dlm cerpen sy bertajuk sudah kehendak-Nya.

    ReplyDelete