Monday 16 May 2011

TERIMA KASIH CIKGU



Inilah adalah entry khas sempena hari guru tahun 2011 yang bertema GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA . Anggaplah ini sebagai kesinambungan PUISI SUCI BUAT GURU

Terima Kasih Cikgu! Kalimah ini biasanya diungkapkan apabila tamatnya sesi pembelajaran dan pengajaran atau lebih tepat lagi apabila loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu mata pelajaran tertentu. Saya amat yakin, di mana-mana sekolah di Malaysia, kalimah ini digunapakai sejak zaman berzaman dengan senang dan tenang tanpa bantahan dan bangkangan.

Terima Kasih Cikgu,kerana memperkenalkan kepada huruf dan angka kepadaku. Mengajarku membaca dan mengira. Menjadikanku sebagai manusia yang ada tempat dalam kalangan manusia. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang pernah mendidikku , baik guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pak Pura Beris Kubor Besar Bachok Kelantan, SMK Beris Kubor Besar ( Kini dikenali sebagai SMK Long Yunus) Bachok Kelantan dan SMK Bachok Kelantan. Kepada guru-guruku ini, Selamat Hari Guru saya ucapkan.


Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu Sabah. Hampir enam tahun bersama kalian pastinya mencipta kenangan yang sentiasa segar di hati dan bugar di sanubari. Maafkan aku sebab ‘melarikan diri’ dari Sekolah Berasrama Penuh ( SBP) dan berhijrah ke sekolah menengah harian biasa. Begitu juga dengan rakan-rakan guru di Perak ini.


Selamat Hari Guru juga kepada guru-guru yang menjadi sahabat blogger, antaranya cikgu Ahmad Humairi, Tehr, Sham, Sekamar Rindu, Iman Shah ( sekadar menyebut beberapa nama).







Ilmu Yang Tak Diamalkan
Umpama Pokok Yang Tidak Berbuah.





GURU TERBAIK.



Jean Jacques Rousseau, si arkitek Revolusi Perancis. Revolusi yang mengakhiri pemerintahan Raja Louis XVI dan Maria Antoinette. Beliau pernah berkata “Kita belajar bersama hidup. Pelajaran pula bermula dengan permulaan nafas dan kekurangan yang dirasai adalah guru yang terbaik.”


Kekurangan yang dirasai dan kelemahan yang disedari. Itulah ‘guru’ yang terbaik berdasarkan pandangan arkitek revolusi Perancis ini. Sudahkah kita menemui ‘guru’ ini. Untuk menemuinya kita perlu gigih mencari. Mencari dalam diri dengan merenung jauh ke dasar hati. Semalam Presiden Presiden PERKASA, YB Ibrahim Ali telah mencetus kontroversi. Kontroversi dicetuskan kerana Ibrahim Ali tidak belajar dari sejarah. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969, itulah sejarah yang saya maksudkan. Sejarah yang mempamerkan kekurangan dan kelemahan penghuni Malaysia. Kekurangan yang sepatutnya disedari dan kelemahan yang sewajarnya dirasai. Kontroversi bermula daripada pidatonya di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak. Dalam Pidato itu, Ibrahim Ali telah mengistiharkan perang ke atas penganut-penganut Kristian. Katanya. Dia sanggup melancarkan perang salib terhadap orang Kristian ( lihat SINI untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut). Tiada istilah yang paling sopan untuk saya lontarkan kepada makhluk bernama Ibrahim Ali, melainkan Buta sejarah dan tidak pandai membaca situasi semasa.


Adakah dia sudah lupa, betapa teruknya perang antara agama yang berlaku di Balkan pada awal tahun 90-an (lebih tepat lagi di Bosnia) antara penganut islam dgn Krisitan Ortodoks (Serbia) dan Kristian Katolik ( Crotia). Ratusan ribu yang meninggal dan Bosnia lumpuh dalam jangka masa yang agak lama.
Mungkinkah Ibrahim Ali tidak melihat betapa teruknya perang agama antara penganut islam dan kristian di Ambon Indonesia dan di Nigeria.

Atau tidak pernahkah dia mengambil tahu betapa nazaknya Sudan kerana perang agama antara penganut Kristian dengan umat islam. Ibrahim Ali dan manusia racis sepertinya perlu mendiami bumi Sabah. Kerana di sana hubungan antara umat islam dan Kristian akrab sekali persis saudara mara.

Bagi saya, Ibrahim Ali perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana keceluparan mulutnya.Tapi sungguh menghairankan, sebab hingga sekarang berita keceluparan Ibrahim Ali ini tidak dimuatkan dalam akhbar arus perdana. Dan tidak juga disiarkan di dada TV.


TAJUK LAIN YANG BERKAITAN.

NOTA HATI SEORANG GURU
Dalam Hati Seorang Guru
Resah Seorang Guru






29 comments :

  1. kerana cikgu sy berada di tahap ini.terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru..xpe kn terlwat pn.hihihi

    ReplyDelete
  3. tak de la buat en3 hari guru....hehehhe tp still ingt kat cikgu2 yg mendidik diri ini...insyaaallah keiklasan para guru semua dlm mendidik akan mendapat rahmat yg besar dr yg esa

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru....shameel...

    mulianya tugas, mendidik anak bangsa. Moga kau takkan pernah jemu atau putus asa..

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru

    minta2 la aku jauh dari keadaan nyanyuk lalu bertindak menyusahkan orang lain

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Cikgu Shameel,

    Selamat Hari Guru dari akak. Kalau kelapangan datanglah ke blog akak ambik kad hari guru.

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru...cikgu shameel. pastinya jasa & perjuangan cikgu amat dihargai. tanpa cikgu tiadalah ilmu. bab si berahim tu...dah dia nak merghoyan...nak buat camna lg.

    ReplyDelete
  8. sugar2 kapas strawberry.
    Terima kasih atas kunjungan dan komnetar. Benar sekali, kerana cikgu kita berada di tahap kita kecapi sekarang.

    ReplyDelete
  9. norashikin rahmat.
    Terima kasih atas ucapan keramat itu.

    ReplyDelete
  10. Titisan Hujan.
    Terima kasih ats ucapan. Belum terlewat dan takkan terlewat sbb tiap2 hari adalah hari guru.

    ReplyDelete
  11. dyea irdina.
    Mengingati guru-guru adalah amalan mulia. sebab dialah yg memperkenalkan kita huruf dan angka. mengajar kita menulis dan mengira. tanpa semua itu mustahil utk kita hdup sempurna dan bekerja,

    ReplyDelete
  12. Afida Anuar.
    Terima kasih atas ucapan. Mendidi ktidak boleh jemu dan lesu.

    ReplyDelete
  13. tehr.
    Selamat hari guru juga. si nyanyuk tu mungkin merujuk kpd ibrahim ali. mmg huru hara negara dibuatnya.

    ReplyDelete
  14. Kunang-Kunang.
    Wa'alaikummussalam Kak.
    nanti sy dtg ke blog kak utk ambil kad tu.

    ReplyDelete
  15. nahmy.
    Terima kasih atas kunjungan. biarkan berahim ali terus meroyan. hahaha.

    ReplyDelete
  16. cikgu shameel..
    slmt hr guru..
    slmt mndidik anak bangsa..

    pasal ibrahim ali..
    emm..
    mungkin knyataan itu bakal bawa ktegangan kaum dan agama, sbb itu ia tidak d dedahkn pada umum..

    ReplyDelete
  17. berangkali katak itu pernah terlelap sewaktu kelas sejarah :)

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Guru, dik shameel....:)

    ReplyDelete
  19. Salam Cikgu Shameel. Selamat hari guru ya :)

    cara nak letak share button:
    cikgu pergi ke layout-> blogpost -> edit. lepas tu cikgu tanda right pada show share button ya.

    selamat mencuba.

    ReplyDelete
  20. salam ziarah..
    ada baiknya juga kemajuan ICT kini..dengat FB misalnya, hubungan dengan guru dapat disatukan kembali..Terima Kasih Guru =)

    ReplyDelete
  21. Selamat hari guru, cikgu!!

    Kak tie baru je balik dari klate, tengok rumah yang penuh sawang tu.

    ReplyDelete
  22. semoga dian yang membakar terus bersinar

    ReplyDelete
  23. Toyolkiut.
    Terima kasih sbb wish. Ttg berahim ali tu biarlah pihak berkuasa yg ambil tindakan.

    ReplyDelete
  24. Seminggu Sekali.
    Saya rasa Brahim Ali ni suka ponteng kelas sejarah. hahaha.

    Terima kasih ats wish dan panduan cara nak letak share button tu.Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga.

    ReplyDelete
  25. Myfrin's story.
    Terima kasih kak ats kunjungan dan wish.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. qamarguyz .
    roy, kiranya digunakan utk kebaikan pasti sahaja Fb dan lain2 teknologi dapat dimanfaatkan mengikut acuan-Nya.

    ReplyDelete
  28. cemomoi.
    mudah-mudahan begitulah hendaknya. tolong doakan agar saya terus bersemangat utk mendiidk

    ReplyDelete