Wednesday 8 August 2012

Perogol Mencari Mangsanya Menerusi Facebook



Saya mulakan entry ini dengan memetik kata-kata seorang rakan blogger kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu“buatlah entri yang sekurang2nya boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan

Percaya atau tidak, kita kena akui, perogol zaman sekarang jauh lebih bijak dan bestari berbanding perogol zaman dahulu kala. Dahulu kala yang saya maksudkan bukanlah zaman Paleolitik mahupun Neolitik, tapi sekitar sepuluh tahun yang lepas. Sekarang ni perogol boleh mencari dan sekaligus memilih mangsanya menerusi internet. Atau lebih tepat lagi, merogol secara online..

Azuar Ahmad dari Singapura merupakan perogol bersiri yang menemui mangsanya menerusi aplikasi temujanji facebook. Bukan setakat merogol, tapi dia juga bertindak kreatif dengan merakamkan perbuatannya itu dengan menggunakan telefon bimbit.

Di samping menyalahkan perogol yang ganas dan kejam. Ada iktibar yang boleh kita jadikan sebagai panduan bersama. Kepada adik-adik manis, berhati-hatilah memilih kenalan di facebook. Lagi penting, berpada-padalah ketika upload gambar kat facebook dan lain-lain laman sosial. Takut dan bimbang, jika gambarmu yang ayu dan jelita itu bisa mengundang ghairah si perogol gila. Wahai adik manis, meskipun dirimu itu Mahkluk Tuhan Paling Seksi, tapi usahlah ‘menjual’ keseksianmu itu untuk tatapan umum.

Selain upload gambar yang ayu dan jelita, ramai juga antara kita(termasuklah wanita) yang turut memaparkan lokasi rumah dan tempat kerja di laman facebook. Sedar atau tidak, ia memudahkan si perogol ini mencari peluang dan mengintai ruang untuk melampiaskan nafsu ganasnya secara terancang.

Tajuk Sebelumnya :

14 comments :

  1. betul!betul!betul!..siap update lokasi lagi....waa...bahaya ni..

    ReplyDelete
  2. ummiarissa.
    Hati2 slalu. Perogol boleh menjelma secara tiba2 dan tanpa diduga.

    ReplyDelete
  3. huuu..takut.
    tu yg xde pic kt fb.melainkan gmbr ank2 buah yg kecik lg comel.ehehehe

    xkn si kecik yg comel pun perogol berkenan kn.

    ReplyDelete
  4. Titisan Hujan.
    Scary kn.Tapi ade jgk perogol yg sukakan budak2 kecik.

    ReplyDelete
  5. Sangat setuju dengan saranan shameel ........ semoga dihindarkan Allah dari segala bentuk musibah dan kecelakaan macam tu....

    ReplyDelete
  6. hainom OKje.
    Dunia hari ni penuh ngan ancaman terutamanya terhadap wanita. Langkah menghindarinya amat perlu

    ReplyDelete
  7. bukan perogol je.......sume penjenayah target mangsa ikut facebook so beware kalu plan nk pg mana2..jgn war2kan dlm fb tup2 umah kena pecah masuk...

    ReplyDelete
  8. Intan Norhaida.
    Betul tu Intan.Jangan sesekali kita tulis kt FB kt mana dan bila kita nak bercuti.. sgt bahaya.

    ReplyDelete
  9. zaman sekarang sangat2 la bahaya....takut plak cik siti sekarang nak update status kat mana2....walaupun nak update "hye" pn da malas sekarang....

    ReplyDelete
  10. eimah siti.
    paling ptg kita kena berwaspada selalu.Kalo nak upload gambar, pastikan gambar tu x trlalu menyerlahkan diri kita

    ReplyDelete
  11. Ada yg beli kereta atau motor baru pong nak khabarkan pada dunia.

    ReplyDelete
  12. Cikli.
    Mcm2 manusiakn cikli. Lagi teruk, buat maksiat(gambar tak senonoh ngan couple) pun upload kt FB jugak. Ntah mana hilangnya maruah sampaikan maksiatpun dibangga2kan.

    ReplyDelete
  13. salah guna kemudahan, gini lah jadinya.. kan

    ReplyDelete
  14. Sop.
    si perogol dan si mangsa, masing2 menyalahgunakan..

    ReplyDelete