Tuesday 7 August 2012

Tema Hari Kebangsaan 2012: Negeri-Negeri Yang Ditadbir Oleh Pakatan Rakyat Menggunakan Tiga Tema Berbeza.




p/s = Berbicara perihal politik, saya cenderung untuk copy & paste sebab blog saya bukanlah blog politik dan saya juga bukannya blogger politik.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema "Menerajui Perubahan" manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah "Terus Berbakti".

Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema "Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa".

Bagaimanapun, Mustafa berkata semua empat negeri akan menggunakan logo sama yang akan diumumkan pada Khamis.

Satu lagu sama, digubah oleh seorang "komposer terkenal" akan menyusul kemudian, katanya.

Mustafa berkata Pakatan menerima cadangan lebih 20 logo daripada anggota masyarakat sejak minggu lalu.

Pakatan menentang tema "Janji Ditepati" yang dianjurkan kerajaan persekutuan kerana ia digunakan dalan kempen BN yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Sumber: Malaysiakini

4 comments :

  1. sekali pandang, nampak takde kesepakatan sbb berbeza tema.

    ReplyDelete
  2. Ujie.
    sy pun terfikirkan perkara yg sama.Begitu juga ngan lambang yg berbeza, lagi baik jika dicipta lambang PR sebagaimana lambang BN

    ReplyDelete
  3. no comment....malas nak campur pasal politik ni....huhu

    ReplyDelete