Monday 7 February 2011

1,383 KANAK-KANAK DAN REMAJA GAGAL DITEMUI SEJAK DUA TAHUN LALU.




Bayangkan betapa parahnya masalah ini. Ia melibatkan kanak-kanak dan remaja yang berusia 18 tahun ke bawah. Secara purata empat orang yang hilang setiap hari. Kehilangan mereka ini, kebanyakkannya bukanlah kerana factor penculikan tetapi faktor-faktor lain terutamanya melarikan diri dari keluarga.


Sebenarnya, sejak semalam lagi, saya ingin berbicara tentang perkara ini setelah terbaca berita ini kat Mingguan Malaysia sebelum bertolak pulang ke Perak. Tapi, kepenatan kerana memandu dalam keadaan jalan yang jem tahap kronik memaksa saya lelap lebih awal. Saya bertolak dari kampung di Bachok Kelantan pada pukul 11 pagi dan sampai rumah kat Chemor Perak lebih kurang pukul 10 malam. Kesesakan lalu lintas bermula di Tanah Merah Kelantan dan berlanjutan sampailah ke perak.


Kembali kepada cerita. Daripada jumlah itu, seramai 1,504 orang atau 85 peratus berusia 14 hingga 17 tahun diikuti 10 hingga 13 tahun (155 orang atau 12 peratus) dan sembilan tahun ke bawah (47 orang atau 2.7 peratus).

Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman mendedahkan ada beberapa faktor mendorong kehilangan golongan itu. Paling tinggi disebabkan dipengaruhi rakan iaitu 621 orang diikuti mengikut kekasih (597 orang) dan cari kebebasan di luar rumah (474 orang). Selain itu, punca perselisihan faham dengan keluarga (260 orang), tidak minat belajar (92 orang), dilarikan ibu bapa sendiri (53 orang) dan kurang perhatian keluarga (33 orang).


Dunia akhir zaman sememangnya penuh dengan kegilaan yang menggila. Pantun dahulu kala ada menyebut.


Nasi Lemak Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Tinggal Emak Tinggal Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan
.
(sungguh tak islamik pantun ni)

Inilah yang ingin saya fokuskan, iaitu lari mengikut kekasih. Tak kiralah kekasih warga tempatan atau warga Lombok. Lari ikut kekasih adalah seramai 597 orang( yang belum diketemui) . Tambahan pula remaja yang hilang ini kebanyakkanya berusia 14 hingga 17 tahun (seramai 1,504 orang atau 85 peratus) . Saya masih ingat kes dua pelajar perempuan berusia 14 tahun (kembar) dari Kampar Perak yang melarikan diri dan bersekedudukan dengan teman lelakinya yang berusia 19 dan 20 tahun di sebuah rumah di Pulau Pinang. Malah ketika dicekup pihak berkuasa, dua gadis kembar itu begitu riang ria sekali tanpa sedikitpun rasa segan.


Saya seorang guru, dan selalu juga berhadapan dengan masalah pelajar sebegini. Si bapa hantar sampai pintu pagar sekolah dan si boyfriend dah tunggu disebalik pokok kelapa. Tak sampai lima minit kelibat si bapa hilang, si anak betina ni pun terus membonceng motor bersama boyfriendnya dan hilang entah ke mana.


Lagi teruk ada juga kes di sekolah tertentu dan di negeri tertentu, pelajar perempuan berusia 13 tahun lari dari rumah kerana nak hidup hidup bersama abang angkatnya, seorang operator kilang yang berusia 29 tahun. Maaf saya tak ingin berbicara panjang lebar tentang keruntuhan aklhak budak-budak sekolah ni sebab ia mengaibkan institusi sekolah dan profesion keguruan.


Masih lagi berkaitan dengan remaja perempuan lari ikut kekasih. Tapi kali ini lari dengan jarak yang lebi jauh. Tidak hanya merentas desa tapi merentasi samudera dan negara . Setakat yang saya tahu, sudah 500 orang gadis Malaysia( termasuk seorang artis remaja yang belum popular) yang melarikan diri untuk membina ‘syurga’ bersama kekasihnya di Lombok. MAAF, jumlah terkini saya tidak tahu, Tapi sayang, syurga yang dicari, neraka pula yang menanti.


Sampai bilakah masalah ini akan menghantui ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis. JUJUR DAN IKHLAS, Terlalu sukar untuk mencari jawapan kepada persoalan ini. DAN, kepada yang bergelar remaja( terutamanya gadis-gadis) ingatlah sesungguhnya SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBUMU.




32 comments :

  1. Assalamualaikum,

    Nasi Lemak Bidara
    Sayang Selasih Hamba Lurutkan
    Jangan Tinggal Emak dan Saudara
    Kerana KasihNya Hamba Turutkan.

    ....jadikannya lebih islamik..

    ReplyDelete
  2. Sebagai orang tua kita harus waspada akan titipan Allah ini! Kasih sayang, pendidikan serta penga, perlindungan dan pengawasan perlu kita upayakan untuk mereka.

    ReplyDelete
  3. alahai anak dara sapa la tuuu

    ReplyDelete
  4. cikgu Ahmad Humairi - Trima kasih kerana mengislamisasikan pantun tu. menarik sekali

    ReplyDelete
  5. nuances pen- saya bersetuju sekali dgn pandangan sahabat. tidak akan menyelesaikan masalah jika sekadar menyalahkan tapi hendaklah diupayakan pencegahan

    ReplyDelete
  6. cemomoi - parah betulkn akhlak anak dara tu. mintak dijauhkan keturunan kita dari semua tu.

    ReplyDelete
  7. hurm..akui juga hal nie....
    dunno mana silap....
    harap diri ini bebas dr semua itu

    ReplyDelete
  8. aduhhh....kenapa la. Sebab cinta? Cinta yang buat diri merana kelak? berapa ramai yang bahagia akhirnya dengan sebab mengikut mereka ni?

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Risau kan baca statistik remaja hilang tu...Dorg muda2 lg...fikiran x matang..ntah ape la nasib masing2 tu...Semoga kembali ke pangkuan keluarga..

    ReplyDelete
  10. terimakasih sudah meninggalkan jejak di laman saya. bila berkenan, silakan singgah lagi :)

    ReplyDelete
  11. misblury- sama2 berdoa agar masalah ini diketemui noktahnya.

    ReplyDelete
  12. Afida- Bila Pencipta diketepi, cinta gila mula menjadi-jadi. Inilah kegilaan yg menggila.

    ReplyDelete
  13. Shinju- mmg mereka masih belum matang sbb masih terlalu muda. Terlalu ikutkan hati hingga buta dlm menilai baik dan buruk.

    ReplyDelete
  14. salam..

    Meskipun banyak keburukan telah didedahkan tapi perangkaan kes sebegini semakin meningkat setiap tahun..

    ReplyDelete
  15. Malu nye tgk gamba budak skolah angkat jari,, klu adik aku tuh,, mmg kene sesahhh dgn aku~

    ReplyDelete
  16. cabaran tul nak membesarkan anak zaman skrg nih...

    ReplyDelete
  17. apa laa, nak lari rumah . ish2 .
    kesian ibubapa .

    ReplyDelete
  18. ozzy- trima kasih sahabat ats komentar. mmg tak surut2 kes ni w/pun saban hari didedahkan keburukannya

    ReplyDelete
  19. Ra-kun - Insha Allha, kita saling kunjung mengunjungi utk eratkan ukhwah antara blogger Malaysia dan Indonesia. Kita serumpun dan bersaudara.

    ReplyDelete
  20. Tok Moh- mmg memalukan bila budak2 ppuan berkelakuan sebegitu. kalo diorg ni kt dpn mata, rasanya dah kena penampar sekor2

    ReplyDelete
  21. qieranna- terlalu byk dugaan utk mbesarkan anak2 pd zmn skrg. selain didikan agama yg mencukupi, faktor biah solehah(persekitaran yg baik) amat mempengaruhi.

    ReplyDelete
  22. qieranna- terlalu byk dugaan utk mbesarkan anak2 pd zmn skrg. selain didikan agama yg mencukupi, faktor biah solehah(persekitaran yg baik) amat mempengaruhi.

    ReplyDelete
  23. nadhya- mereka ni tak fikir kesan buruk dari tindakannya. mrka ni ikut kata hati. benarlh kata org2 tua, ikut hati mati dan ikut rasa binasa.

    ReplyDelete
  24. Segala masalah bermula dari rumah.
    Ibu bapa juga mestilah memainkan peranan.Tak bolehlah mengharap kepada guru 100 %

    Apa itu Skim Cepat Kaya ?

    ReplyDelete
  25. tanda2 akhir zaman dah semakin dekat apa pun semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk mengelakkan tragedi or masalah sosial semakin berleluasa. Pendidikan awal bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  26. Miecyber - btol tu, pa harus peka sbb rumah adalah markas pertama utk membentuk sahsiah mulia dlm klngan remaja. bak kata org tua2, melentur buluh biarlah dri rebunnya.

    ReplyDelete
  27. peronda jaket biru- benar skli semua pihak harus main peranan. tak boleh saling salah menyalahkan antra satu sma lain

    ReplyDelete
  28. akufobia - msti terkjeutkn tgk pelajar ppuan tunjuk isyarat jari tengah. mmg parah

    ReplyDelete
  29. risau memikirkn mslh2 remaja skrg.. pdhl mereka ni la yg d perlukan utk tdbir negara kita pd ms akn dtg.. hmm..

    ReplyDelete
  30. nur hikmah - mmg merisaukan sbb arini pn sgt ramai cerdik pandai yg rosak akhlak. boleh jahanam negara nnt.

    ReplyDelete
  31. kepada gadis perempuan..kena jaga sikit..kdg2 gila menghoyan sgt ngan artis lelaki..tu bila ngan pakwe sngup buat apa saja..sampai lari..

    ReplyDelete