Friday 11 February 2011

SESEKALI PULANG KE KAMPUNG



DULU, semasa tinggal kat Sabah jarang-jarang saya berpeluang balik a.k.a bercuti ke kampung.Kampung saya nun jauh di Bachok Kelantan. Setahun hanya sekali saya berpeluang untuk pulang bercuti ke kampung, iaitu cuti akhir tahun. Bukan tak nak balik kampung tapi harga tiket kapal terbang waktu tu agak mahal. Sekali pulang( pergi dan balik) biasanya melibatkan kos RM1500,00 ( dari airport Lahad Datu- Kota KInabalu – KLIA – Pengkalan Chepa Kelantan ). Tambang murah air asia amat sukar diperolehi sebab kebiasaannya harga murah yang ditawarkan tidak melibatkan hari-hari cuti. Lagipun, airport di Lahad Datu tiada perkhidmatan air asia disediakan, terpaksa ke Tawau atau Sandakan(memakan masa 2 jam 30 minit perjalanan dari Lahad Datu).




(Pantai Kemanyan, Bachok Kelantan)


Jadi, cuti-cuti yang lain, saya manfaatkan untuk menerokai mana-mana sudut dan ruang Negeri Di Bawah Bayu. Boleh dikatakan hampir keseluruhan negeri sabah telah saya jejaki kecuali kawasan-kawasan yang terlalu jauh di pendalaman. Lahad Datu, Kunak, Sempoerna, Tawau, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Tamparuli, Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud, Kudat, Beaufort antara lokasi yang pernah saya jejaki. Namun, Tamparuli dan Tuaran, seolah-olah menjadi destinasi wajib saya setiap kali cuti persekolahan. Entah mengapa, saya merasakan Tamparuli dan Tuaran begitu bermakna dan bererti dalam hidup saya. Jujur! Sampai hari ini, saya masih teringat-ingat detik-detik yang saya lalui sekitar Tamparuli dan Tuaran. Malah kali terakhir sebelum saya meninggalkan bumi sabah(sebab berpindah ke semenjung), saya mencuri ruang yang terhad dan terbatas untuk ke Tamparuli dan Tuaran untuk kali yang terakhir ( Insha-Allah, jika dipanjangkan umur saya akan ke sana lagi). Saya susuri setiap sudut bangunan dan lorong sekitar Tamparuli, saya renung tapak tamunya, dan saya termenung lama di atas jambatan Tamparuli. Tapi, sayang saya tak sempat ke Kiulu, sebauah lokasi yang tidak jauh dari pekan Tamparuli, lokasi yang sentiasa saya ziarahi apabila saya ke Kota Kinabalu dan Pantai Barat Sabah. Kemudiaannya ke Tuaran, saya susuri juga setiap inci pekan Tuaran dan terhenti lama di sudut-sudut yang pernah mencipta kenangan. Lepas tu, saya terus bergegas ke Kota Kinabalu untuk chek out hotel dan menatapi wajah Kota Kinabalu buat kali terakhir sebelum ke airport.


(Kampungku, seketika sebelum padi disemai)

Selain Sabah, negeri Sarawak juga turut menjadi tempat untuk saya bercuti lantaran tidak pulang ke kampung. Lawas, Limbang, dan Miri, agak kerap saya ke situ lantaran terdapat beberapa orang sahabat sepengajian(USM) yang bertugas di situ.

15 Januari 2007, bermulalah kehidupan saya sebagai warga Perak. Seperti Sabah, Perak juga ada keindahan tersendiri dan ada keistimewaan tersendiri. Namun, kalau ditanya antara Sabah dan Perak, yang manakah lebih saya suka. JUJUR! Saya akan jawab, saya lebih suka berada di Sabah. Terlalu indah dan tersangat bahagia. Setiap detik dari pagi hingga malam menjelma saya rasakan begitu bermakna. Riang ria di bumi Sabah masih saya rasa. Bekerja dalam usia seawal 22 tahun, bersama rakan-rakan, bumi sabah kami nikmati. Gunung Kinabalu kami daki, Pulau-pulau kami jejaki. JUJUR, sesungguhnya rindu, kasih dan sayang saya tertinggal di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Saya abadikan kenangan di Sabah dalam cerpen terbaru saya ,JESSICA yang telah disiarkan dalam Majalah Wanita edisi Januari 2011 ( terbitan Utusan Karya), lihat di sini http://www.bicaradariaku.com/2011/01/jessica.html.
Sepatutnya saya ke Sabah bulan 6 ni( saya dah rancang nak ke Tg Simpang Mengayau selain Tamparuli , Tuaran dan ziarah kawan-kawan lama di Lahad Datu) tapi, tiba-tiba saya TERPAKSA mengubah haluan untuk ke Jakarta dan Bandung .





(Kampungku, Sawah Sebelum Dibajak)

Kat Perak bukanlah saya menderita, ia tetap membahagiakan, apatah lagi saya boleh pulang ke kampung dengan lebih kerap dengan kos tak sampai RM100.00. Seronak juga memandu merentasi bukit Gerik( kekadang terserempak dengan gajah liar), singgah merakam gambar di Tasik Banding dan Puncak Titiwangsa sebelum meneruskan perjalanan balik kampung. Cuma, di Perak ni, saya paling suka ke Utara Perak. Entah mengapa, jiwa saya sangat serasi dengan Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar. Jarang sekali, saya ke Teluk Intan, Tanjung Malim dan Bagan Datoh.

Untuk pengetahuan sahabat, berlambak guru-guru dari Kelantan dan Terengganu di Hulu Perak seperti gerik dan Pengkalan Hulu, ini memandangkan daerah itu sudah dikira berhampiran dengan Kelantan dan Terengganu. Kebanyakkan mereka pernah berkhidmat di sabah dan Sarawak dan dalam proses menunggu ruang dan peluang pulang ke negeri masing-masing. YANG PASTI, walau dimana berada tugas sebagai guru hendaklah dilunaskan. Tidak boleh sama sekali seseorang guru bersikap memilih lokasi untuk menyumbang bakti.

p/s= kepada bakal-bakal guru, janganlah takut dan khuatir untuk memilih Sabah sebagai lokasi untuk menyumbang bakti.

p/s= bila pulang bercuti ke kampung, jaranglah saya online.




36 comments :

  1. Salam...

    Seronok yer balik kg...
    Subhanallah,cantiknye view kg awak..
    Ade pantai,ade sawah...

    ReplyDelete
  2. ada sangkut awek bajau kot... tu yang banyak memori tertinggal tu

    ReplyDelete
  3. seronok bila sesekali dapat balik kg... seronok jugak merantau ditempat orang..peluang tak selalu dtg kan...

    ReplyDelete
  4. rmh bri dekat xdgn tawang?tiba-tiba rase nak g sabah!:)

    ReplyDelete
  5. eh betul la shameel, cikgu shahnun dari kelantan tu pun mengajar di perak...

    bila la saya boleh jejak kaki ke sabah sarawak nun, teringin juga. Tapi takmo la menetap terus, nak jenjalan je..hehe

    ReplyDelete
  6. Cik Shinju - mmg seronak bila sesekali balik kg. Kt kg sy mmg ade sawah padi, pastu x jauh dari rumah saya ada pantai, pantai irama namanya.

    ReplyDelete
  7. cemomoi - hahaha, tersangkut sana- sini kat Sabah tu.

    ReplyDelete
  8. Fiqas - mmg seronak bila sesekali balik kg, seronak juga bila kita dpt merantau tempat org. cari pengalaman mematangkn diri. Sbb lama kt sabah, sy boleh kenal budaya org tempatan selain jalan2.

    ReplyDelete
  9. Echah - rumah saya dekat beris kubor besar. x jauh dh tu dri tawang. selalu ke tawang ke.

    ReplyDelete
  10. Afida- kalau jalan2 jer kt sabah & sarawak, x byk pngalaman yg kita dapat. Tapi kalau menetap dlm tempoh 5 or 6 tahun, insha- Allah, byk pengalaman yg akn kita dapat.

    ReplyDelete
  11. 1500 nak balik Malaysia? mahalnye.. tapi best r sebab dapat g ke sabah n sarawak.. X pernah pun lagi sampai sane.. Hee, rajin2 datang r tg malim.. dah makin maju sekarang.. =)

    ReplyDelete
  12. Membaca entri shameel ni..teringat kepada kampung saya pula..

    ReplyDelete
  13. owh, ni cikgu yer, selamat ptg cikgu :)

    ReplyDelete
  14. Kay- are - best jg kdapat keanl sabah & sarwak, cuma tambangnya agak mahal. Wah, org tg malim ker ni.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. releven - kg en.releven msti ade sawah & pantai juga kn.

    ReplyDelete
  17. Melaty Qistina - Yer sy seorg cikgu. Sebenarnya semua blogger adalah guru a.k.a pendidik sbb kita berkongsi info bermanfaat utk dikongsi bersama

    ReplyDelete
  18. wahhh..JELI ada tu~~
    kampung ku~~

    ReplyDelete
  19. kemei - org jeli rupanya. Jeli kt mn yer.

    ReplyDelete
  20. tu tak kira lagi cikgu2 kelantan di pahang..cameron,merapoh,k.lipis,raub...ckgu kelantan paling ramai bertaburan di luar kelantan...masing2 tungu turn nok klik kapung...huhu...

    ReplyDelete
  21. sham - Btol tu, kat mana2 tempat(trutamanya border kelantan mcm, lipis, gerik, pgklan hulu, baling) berlambak cikgu2 kelantan yg tunggu turn nk masuk kelantan.

    kadang2 meriah juga kalo gi kursus sbb gerenti jumpa geng2 kelantan.

    ReplyDelete
  22. salam..
    seronok dapat pulang ke kampung
    saya pun kalau ada rezeki nak
    menetap dan bekerja di kampung
    dekat mak ayah..senang nak jengok,
    dah uzur..

    ReplyDelete
  23. wah cantiknya pantai kt bachok kelantan tu...kalo dekat dah lme sy g sne...hehe

    ReplyDelete
  24. Zulkbo - mmg best kalo dpt keja tmpt sndiri, tp apakan daya, kita terikat dgn majikan

    ReplyDelete
  25. Yuni - ada masa dtglh kelantan. msti yuni ada member2 sekampus dri kelantan kn.

    ReplyDelete
  26. bertuahnya cikgu dpt bkunjung dan hayati byk tmpt,lawa2 plak tu

    ReplyDelete
  27. Al- Allah mentakdirkn sy merantau sblm plg ke kampung halaman. Jadi, saya manfaatkan kesempatan smasa merantau utk mengenali setiap ruang tempat saya diami.

    ReplyDelete
  28. rindu dkt kg halaman di bachok... :)
    apa kabar org kg? :D

    ReplyDelete
  29. wah, best nya ngajar kat sabah
    saya ni, hanya sabah je belum sempat nak jalan2
    tak tau bila akan ada kesempatan

    ReplyDelete
  30. baca entri nie, tetiba jer rasa nak balik kampung... hiihih. BKB kampungku

    ReplyDelete
  31. sabahsarawak tak scary pun.hee.

    ReplyDelete
  32. Cik kyla- mesti jarang balik kg kn.

    ReplyDelete
  33. tehr- selalu tgk web air asia sbb adakalanya tak sampai rm100 pun dri lcct ke kk pergi dan balik

    ReplyDelete
  34. eelobor -BKB tu beris kubor besar ke. kawasan kawe tu

    ReplyDelete
  35. akufobia- mmg sabah & sarawak x scary, malah menarik sekali. hahaha

    ReplyDelete
  36. seronok bile sesekali lik kampong..pasti air tangan ibu yang paling dirindui kan..selamat berehat..

    ReplyDelete