Saturday 19 February 2011

PATIK RASA BANGGA JADI RAKYAT TUANKU.

(Sultan Muhammad Ke-V
dalam Puisi Dr Asri)



Sebelum melanjutkan bicara, saya ingin menasihatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua. Elakkan daripada menggunakan perkataan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, tapi tukarlah kepada perkataan RAJA ADIL RAJA DITAATI . Ini kerana yang layak disembah hanyalah ALLAH S.W.T dan Raja-Raja Melayu hanyalah manusia biasa. Di sisi Allah, manusia adalah sama, tak kiralah ia seorang Raja, Guru DG 41, buruh, nelayan , petani dan sesiapa sahaja. Ini kerana Allah hanya memandang taqwa yang bermukim di dalam diri tanpa memandang darjat dan kekuasaan empunya diri.

p/s= saya harap bicara saya ini tidak dianggap sebaga bicara SI PENDERHAKA. Maklumlah sekarang ini, terlalu ramai ‘HANG TUAH’ di negara kita. Bukan ‘Hang Tuah’ yang bersenjatakan keris Taming Sari, tapi ‘Hang Tuah’ yang bernaung dalam NGO-NGO tertentu yang adakalanya rasis sekali.




(Patik Rasa Bangga
Jadi Rakyat Tuanku)

Jujur ! puisi Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin benar-benar berbekas di hati saya. Puisi tentang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Faris Petra atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Ke- V. Saya yakin, puisi ini ditulis atas dasar keikhlasan hati Dr Asri. Siapa tak kenal Dr Asri, beliau memang tegas dan lantang. Tegas dan lantang yang bertempat. Beliau ‘menembak’ sesiapa sahaja dan ‘pelurunya’ tidak mengenali darjat dan kuasa. Malah dengan penuh ketegasan beliau pernah mengktirik ‘Hang Tuah- Hang Tuah’ yang pernah mencadangkan agar hukuman bunuh dikenakaan terhadap pengkritik Sultan . Hukuman Maha Rasis daripada ‘Hang Tuah’ moden.



(Sultan Berjiwa Agama)

Saya teringatkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda, Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan, maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama. Kebaikan yang dimaksudkan dalam hadis ini tentu sahaja mempunyai makna yang luas dan mendalam. Ia termasuklah kejayaan, kebahagian, keberkatan dan keredhaan-Nya. Kefahaman dalam agama, inilah formula dari Allah kepada hamba-Nya yang inginkan kebaikan dalam hidup. Hanya formula ini sahaja yang dapat memanusiakan manusia. Formula ini jugalah yang dapat mengembalikan jati diri kepimpinan kepada seseorang pemimpin. Setahu saya, baginda bukanlah orang agama(bukan ustaz atau apa sahaja istilah yang merujuk kepada agamawan) tapi banginda adalah orang yang beragama( berminat dan sentiasa dahagakan ilmu agama). Rata-rata rakyat Kelantan memang menyedari semua ini sedari dahulu lagi. Baginda sememangnya amat rapat dan sangat taat dengan tokoh-tokoh ulama di Kelantan


(Sultan Muhammad Ke-V
Mengimamkan Solat Hajat)

Sultan Kelantan yang terbaru ini mengingatkan saya kepada Aurangzeb Alamgir (dieja sebagai Oranzeb Aleemkir – dalam sesetengah buku). Aurangzeb adalah putera Shah Jahan dan baginda Maharaja Dinasti Moghul (Mughal) yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Roh keislaman yang mengalir di dalam jasadnya menjadikannya sentiasa cakna terhadap permasalahan agama. Sebab itulah, baginda pernah mengarahkan para ulama di india pada waktu itu agar menyusun hukum hakam islam agar dapat dibukukan. Hasilnya, lahirlah FATWA ALAMGIRI atau FATWA HINDIYYAH , iaitu sebuah kitab fiqh yang mukabar dalam Mazhab Hanafi. Sejujurnya! Dalam banyak-banyak hal terutamanya keagamaan Aurangzeb jauh lebih hebat berbanding pemerintah-pemerintah Moghul yang lain seperti Babur, Humayun, Akbar, Jahangir, and Shah Jahan. Tapi sayang, kegemilangan ayahandanya Shah Jahan yang lebih dipaparkan kepada umum. Shah Jahan dianggap pencinta yang setia, kerana membina Taj Mahal(lambang keagungan cinta) yang sememangnya unik dari segi reka cipta. Dan ada juga umat islam yang buta agama dan buta sejarah, menobatkan Maharaja Akbar sebagai hero, gara-gara terpengaruh dengan filem Hindi Jodhaa Akbar. Padahal Akbar adalah seorang Maharaja Mughal yang sesat lagi menyesatkan. Akbarlah yang memperkenalkan ajaran Din- Ilahi untuk meyatupadukan rakyatnya yang berbilang agama dan bangsa. Din- Illahi adalah agama baru yang mengabungkan sesetengah ajaran dari agama Islam, Hindu dan lain-lain lagi. Begitulah hebatnya Filem dan Hiburan, si sesat dan durjana dinobatkan sebagai wira yang dipuji dan disanjungi.


Sultan Muhammad Ke- V
Menyembelih Lembu

Raja atau Sultan adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. DAN, sebagai rakyat Kelantan, saya amat berbangga kerana mempunyai seorang Sultan yang dekat dengan agama. Ini akan menyebabkan Sultan Muhammad Ke-V sentiasa dekat di hati rakyat Kelantan. Kecenderungannya terhadap islam dapat dilihat menerusi baginda menganugerah gelaran Dato' kepada ulama-ulama di Kelantan, antaranya ialah Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh dan Mudir Maahad Muhammadi. DAULAT TUANKU.


















30 comments :

  1. inilah dia sultan berjiwa rakyat....

    ReplyDelete
  2. Raja yang boleh menjadi raja dihati rakyat...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    rasanya kita memahami frasa tersebut dan penerangan tuan menjadikan kita lebih memahami.

    ReplyDelete
  4. amy - benar sekali, baginda wajar dicontohi sebab berjiwa rakyat. dan lagi wajar dicontohi sebab baginda berjiwa agama

    ReplyDelete
  5. Fiqas - inilah yg rakyat kehendaki. sememagnya baginda sangat dekat di hati rakyat.

    ReplyDelete
  6. Cikgu Ahmad Humairi - Frasa Raja Adil... itukah. Mmg pernah ada yg mengatakan, Istilah SEMBAH utk Raja tak sama dgn istila SEMBAH utk Tuhan. Andai itu alasan yg digunakan eloklah tukarkan perkataan Raja Bertitah kepada Raja Berfirman.

    Sesetengah agamawan akan kecoh bila istlah TANGAN ALLAH digunakan oleh ulama salaf. Bagi mereka TANGAN diubah pengertian kepada KUASA. Tapi mengapa dalam kes istilah SEMBAH ini, segelinitir agamawan tidak bertegas.

    ReplyDelete
  7. salam..
    benar rasa bangga bila bersultankan
    sultan Kelantan..seorang sultan yang warak..

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar...
    mana nak cari sultan macam ni kat malaysia sekarang ni...

    Mengimamkan solat tu yang penting...ciri2 seorang pemimpin... Even pemimpin besar negara pun tak pernah saya nampak mengimamkan solat...asyik jadi makmum jah..errr

    ReplyDelete
  9. mana nak cari raja camni kan...?

    ReplyDelete
  10. En Zulkbo - saya benar2 berbangga dapat sultan mcm ni

    ReplyDelete
  11. Afida - Betul tu, selaku ketua agama sepatutnya dapat mengimamkan solat, apatah lagi yg jadi makmum tu adalah TGNA dan cucu syed sabiq(ulama ikhwan muslimin yg terkenal dgn kitab fiqh sunnah).

    Harap2 pemimpin tertinggi negara dapat mencontohi.

    ReplyDelete
  12. Sham - mmg agak suakr nak cari raja yg berkebolehan dlm ehwal agama. Harap sukltan kelantan menjadi contohnya.

    ReplyDelete
  13. As salam..

    Saya x bape amik tau sgt ttg institusi diraja kat Malaysia nih..
    Tapi nilah pestaim tgk Sultan mengimamkan solat..Xtau la kalau sebelum ni ade sbb saya muda lagi..Seumur hidup saya ni la yg pertama kot..

    ReplyDelete
  14. beruntung rakyat kelantan..kerana di pimpin oleh mereka yang ahli.

    ReplyDelete
  15. Cik Shinju - tak kisahlh ni yg pertama sultan mengimamkan solat, yg ptg jejak langkah ni dicontohi oleh sultan2 yg lain. sbb sultan ni ketua agama bagi setiap negeri.

    ReplyDelete
  16. Si Para-para - moga Allah merahmati Kelantan. Gandingan mantap Sultan berjiwa agama dan kepimpinan ulama

    ReplyDelete
  17. Echah- Raja berjiwa rakyat dan berjiwa agama. Ini yg kita mau.

    ReplyDelete
  18. ya setuju dengan shameel...yang disembah hanya Allah yang Esa.

    apapun kita orang Melayu amnya mesti menyayangi institusi raja kita..
    TiPs mEnGgOrEnG iKaN KeLi dEnGaN sElAmAt"

    ReplyDelete
  19. Keli -Trima kasih atas komentar. mmg kita sayangi institusi beraja dan kita wajar pertahankan. Itulah keunikkan Malaysia, satu-satunya negara yg mempunyai 9 org Raja.

    ReplyDelete
  20. Iyer...harap2 sultan2 negeri lain buka mata dan mencontohi Sultan Muhammad ke-V ni..Jangan hanya bergelar ketua agama semata2...

    ReplyDelete
  21. memang baginda selalu kelihatan di majlis ilmu di masjid khusunya ketika tok guru mengajar

    moga jadi tauladan pada sultan lain

    akhbar memang pembawa ajaran sesat

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, patik amat bangga menjadi rakyat Tuanku

    ReplyDelete
  23. Cik Shinu - btul tu, biar ketua agama cakna agama

    ReplyDelete
  24. cemomoi- itulah kelebihan sultan muhammad ke-v.
    harap2 dpt jadi contoh teladan kpd yg lain

    ReplyDelete
  25. eelobor.

    pakat doa supaya baginda kekal lama diatas tahkta

    ReplyDelete
  26. Rasa syahdu pandang wajah sultan Kelantan yg nampak murni dan bersih...dan akak turut berbangga.

    ReplyDelete
  27. Salam alaik..Alhamdulillah diberi kesempatan utk komen, bertuahnya rakyat Kelantan mendapt raja yg taat dan patuh kpd agama Allah, menteri besar yg bjuang menegakkn agama suci ini, serta pengikut2 yg setia dlm mempertahankn kemuliaan islam. Kalaulah semua negeri mempunyai raja yg sebegini dan menteri2 yg takutkn KEMAHAAN Allah,pasti kita semua hidup dlm syurga dunia yg penuh kedamaian dan ketenangan walaupun hanya secebis nikmat yg Allah pinjamkn..syukran yer admin sbb perkongsian yg sgt2 membuat hati ini berasa iri hati dgn negeri admin...syukran jazilan...

    ReplyDelete