Wednesday 16 February 2011

PACIFIST ( BLOGGER YANG HILANG TANPA JEJAK.)



Pacifist (http://kabilahmerdeka.blogspot.com/
) seorang blogger yang kini semakin menjauh dari dunia blog. Menjauh dan menghilang tanpa jejak. Saya yakin, ramai yang tidak ambil peduli dan tidak ambil tahu akan kewujudannya apatah lagi merasai kehilangannya. Mungkin ada yang beranggapan, dalam dunia blog yang semakin melebar dan meluas ini, kewujudan Pacifist hanyalah upama melukut ditepian gantang, masuk tidak menambah dan keluar pula tidak mengurang. Ada atau tidak ada, tidak memberi apa-apa kesan. Apatah lagi, blognya tidak memperkatakan persoalan Nuffang , Google AdSense, Innity dan sebagainya. Tidak juga membicarakan persoalan Traffic, PageRank, Backlinks, Search Engine Optimization( SEO) dan lain-lain lagi istilah yang lazim dan lumrah dalam kalangan blogger tegar. Jauh sekali daripada membincangkan gossip-gossip artis. Meskipun tanpa semua itu, blognya tetap menarik dan istimewa. Menarik untuk dikunjungi dan istimewa untuk dihayati, sekali gus untuk mengutip dan memungut jutaan pengajaran. Pengajaran untuk memugarkan kembali semangat perjuangan
(As-Syahid Sheikh Izzuddin al-Qassam)

SALAM KEMENANGAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN, itulah Entry terakhirnya yang dipostkan pada 12 Sept 2010. Pada entry itu sudah ada petunjuk beliau ingin beruzlah dari dunia blog, ia jelas kelihatan pada bait-bait terakhir entry tersebut

"N/B: Maaf sekali lagi kerana tidak dapat mengerapkan diri melawat laman-laman sahabat kerana hambatan tugas dan komitmen yang bertambah."



(lambang briged Izzuddin al-Qassam)


Ada apa dengan Pacifist. Mengapa blognya istimewa. Inilah yang ingin saya maklumkan di sini. Blognya adalah blog perjuangan. Blognya diwujudkan bukan untuk mencari pendapatan sampingan, tetapi untuk menghidupkan kembali semangat jihad sekali gus menyemai kecintaan terhadap bumi suci Palestin. Lihat sahaja pada motif kewujudan blognya,

LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN

"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"



(pejuang Palestin sedang bersolat)
Entrynya tidak pernah surut dan susut dari menceritakan perit getir pejuang-pejuang Palestin. Melalui blog, beliau ingin para pembaca amnya dan blogger khususnya tahu betapa getirnya perjuangan HAMAS. Betapa ikhlasnya Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantisi yang menjadikan nyawanya sebagai mahar untuk mendaulatkan islam di bumi suci Palestin.


Keprihatinan dan caknanya terhadap Palestin bukanlah ciptaan atau rekaan semata-mata. Ini terbukti apabila beliau mengabadikan nama IZZUDDIN AL-QASSAM sebagai nama putera sulungnya. Pasti sahaja, ada seribu erti dan sejuta makna, mengapa nama itu diabadikan kepada zuriatnya. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Izzudin al-Qassam? Ya! Siapakah lelaki itu? Mungkin ramai yang tidak tahu betapa lelaki itu adalah seoarang ulama dan tokoh jihad di bumi Palestin yang bangkit berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar seperti British (yang bermati-matian ingin mewujudkan negara haram Israel) dan Rejim Zionis Laknatullah. Sheikh Izzuddin Al-Qassam telah menemui syahid( sebagaimana syahidnya Sheikh Ahmad yassin dan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi) dalam perjuangan menentang kuasa kuffar laknatullah itu. Nama Sheikh Izzuddin al-Qassam kemudiannya diabadikan oleh pergerakkan islam HAMAS sebagai sebuah briged sayap kanan HAMAS( unit yang amat digeruni oleh Israel). Dan ,sahabat saya Pacifist juga turut mengabdikan nama itu kepada zuriat sulungya. Syabas buat sahabat.

Kepada sahabat-sahabt blogger yang mengenali Pacifist secara dekat (terutamanya blogger-blogger Pahang), harap dapat memujuk beliau agar kembali berjihad dalam dunia blog. Orang seperti Pacifist amat diperlukan untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan menerusi penulisan yang segar dan membugarkan





18 comments :

  1. shameel:smpai skrg kan bumi pelestin bergolak..
    hati penulis ni sgt dkt dgn pelestin...smpaikan nm anak beliau pown beliau letak nm Izuddin al qassam!!tabik spring tilam kat beliau!!!

    ReplyDelete
  2. ya..baru saya perasan kehilangannya... :(
    penulis pejuang seperti itu harus kembali menyemarakkan jihad di hati kita.

    ReplyDelete
  3. ain - btol tu, hati penulis begitu dkt dgn palaestin sbb tu dia kasi nama anaknya izzudin al-qassam.

    ReplyDelete
  4. Keli - Trima kasih sbb turut merasai kehilangannya. mmg dunia blog perlukan insan pejuang seperti pacifist utk menyemarakkan semangat jihad.

    ReplyDelete
  5. Salam, dik shameel. Kak dah tengok blog tersebut. Benar2 seorang yang sangat cintakan keamanan dan kejujuran. Dia perlu teruskan karyanya kerana ramai yg menanti kehadiran setiap entrinya.

    Semoga beliau tidak berhenti begitu saja......:)

    ReplyDelete
  6. salam..
    Pasifist yang tersendiri..
    last saya jumpa dia di masjid
    As-Syakirin KLCC..hambatan tugas
    jadi beliau berundur sementara
    dari dunia blogging..

    ReplyDelete
  7. Semuga Pacificts kembali aktif.
    Semuga Palestine sudah mendapat pembelaan...

    7 orang terkaya di Malaysia

    ReplyDelete
  8. salam. tak pernah tahu pasal blog tu . tenz for sharing its link.

    maha hebat. mereka syahid. mereka bermatian utk membebaskan palestine. mereka keras menentang zionis.

    rasa kerdil sgt bila saya belum buat apa2 untuk saudara palestine. cukupkah dgn sekadar doa? :(

    ReplyDelete
  9. Myfrin Story - Kak imun, mudah-mudahan pacifist kembali ke afena blog sbb tulisannya amat berharga.

    ReplyDelete
  10. zulkbo - kalau en. zul terserempak dgn dia lagi sampaikna salam dari saya kpdnya.

    ReplyDelete
  11. Miecyber- itula harapan kita. semuga pacifist kembali aktif dan semoga palestin terbela,

    ReplyDelete
  12. sayoobaeq - setakat ini hnaya berdoa dan memboikot produk Yahudi shaja yg kita mmapu. nak lwan dgn senjata mmg belum upaya pataah lagi negara2 kuffar bersatu mempertahankan negara haran zionis tu. sdgkn negara2 islam pulak lebih sangup jadi hamba US demi kepentingan pribadi. Syukur kpd Allah sebab tali barut barat bernama husni mujbarak dah tumbang.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...
    Sape kata x peduli..
    Saya peduli...tertanya2 gak ke mana dia menghilang...kalau x silap ramadan dulu last n3 dia...
    Mgkin bz kot...Nt tanye bro Zulkbo coz dorang salu berhubung n pnah jumpe gak... :)

    ReplyDelete
  14. Shinju.

    Bagus seklai sbb anda juga tercari2 ke mana menghilangya pacifist. Bro Zulkbo kata, last dia ada jumpa pacifist kt masjid as-syakirin dlu.

    Apapun kita harapkan pacifist kembali ke alam blog.

    ReplyDelete
  15. tul tu, awalnya dulu jenguk juga tapi takde respon, apa pon masih ada pautannya kat laman terokai seni untuk dapatkan info tentang saudara kita di sana

    ReplyDelete
  16. kat bicaradariaku pun masih ada pautan sahabat kita Pacifist. saya berharap benar agar dia kembali menulis.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..

    semoga beliau kembali semula ke alam maya ini untuk meneruskan perjuangan

    ReplyDelete