Wednesday 6 July 2011

Naik taraf akses Internet negara



KUALA LUMPUR - Pelbagai langkah diambil kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses Internet di negara ini agar setanding negara maju. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, bagi meluaskan liputan Internet di Malaysia, projek menara T3 di bawah Dana

Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakan untuk menambah liputan 3G, jalur lebar mudah alih. Menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara semalam, beliau berkata, setakat ini kadar liputan jalur lebar termasuk 3G adalah 80 peratus di kawasan berpenduduk. “Pada masa ini, kelajuan akses Internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding negara serantau seperti China, India dan Filipina,” katanya.

Salang berkata, kelajuan jalur lebar pengguna ditawarkan pemberi perkhidmatan adalah antara 384kbps dan 20Mbps, manakala bagi kegunaan perniagaan adalah sehingga 1Gbps. Menurutnya, antara usaha sedang diambil untuk menaik taraf kelajuan dan kualiti Internet di negara ini, meningkatkan kapasiti dan kualiti teras, rangkaian meningkatkan keupayaan rangkaian antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut.


Menurutnya, kerajaan juga menggalakkan pertukaran trafik Internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik Internet (MyIX) dan menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo dan Facebook meletakkan pelayan laman web mereka di Malaysia bagi mengurangkan pengaliran trafik Internet keluar negara. - Bernama

Sumber : Sinar Harian:

Info Tambahan:
Harap2-harap, ini menjadi kenyataan, pernah saya suarakan betapa teruknya tahap kelajuan
Internet menerusi entry saya yang berjudul persis ULTRAMAN. Hari ini internet amatlah perlu. Perlu untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk kita menilai. Kita perlu mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai agar kita matang, agar kita tidak mudah melatah dan agar kita bijak dan waras dalam menghukum. Kita bukan generasi yang hidup dalam tahun 70-an mahupun 80-an, baca surat khabar semata-mata sambil minum kopi atau tengok TV semata-mata sambil makan kuaci. Zaman itu telah berlalu. Secara peribadi, saya akan meluangkan masa untuk ‘berkunjung’ ke Malaysia Kini dan The Malaysian Insider.

14 comments :

  1. semoga menjadi kenyataan..
    zaman sekarang ni serba serbi canggih.budak2 pun dah lebih advance pasal inernet ni..

    ReplyDelete
  2. jgn d salah guna sudah..

    ReplyDelete
  3. salam alaik akh shameel,

    ape khbr?

    smoga ape yg kita harapkan mnjadi knyataan, inshaAllah, cuma harapnya tidak di salah gunakan lebih2 lg among kanak2.

    ReplyDelete
  4. 384kbps, 20Mbps? mcm masih ketinggalan je..errr...

    ReplyDelete
  5. salam..
    jauh ketinggalan dengan Korea..
    harga di sini boleh tahan..tak
    padan dengan servis..
    :(

    ReplyDelete
  6. nurkass.
    itulah mslh skrg ni, n=budka2 darjah 2 dah ada akaun FB. teruk betul

    ReplyDelete
  7. Melatidaisy
    terima kasih ats kunjungan. pemantauan drp ibu bapa sgt ptg dlm hal ini

    ReplyDelete
  8. Afida Anuar
    hahaha. tapi harap2 lebih baaik dri skrg di sesetngah tempat.

    ReplyDelete
  9. zulkbo.
    entahlah bila kita dpt menandingi korea dalm hal ini

    ReplyDelete
  10. ye betul tu..kelajuan internet punya pasal orang boleh sakit jiwa..hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    dengan kelajuan yang jitu,
    kita boleh merayau ke mana sahaja asal sistem kita tak buntu,
    tak gitu?

    ReplyDelete
  12. internet skrg adalah satu keperluan asas bukan lg satu kemewahan. jd pd diorang yg bertanggungajawab bab-bab ni pastikan ianya kekal sbg 'keperluan asas' spt air dan api...murah dan mampumilik

    ReplyDelete
  13. dari dulu sampai sekarang aku masih dengan internet cap siput

    moga2 segera menjadi kenyataan

    ReplyDelete