Thursday 21 July 2011

Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri

(Teoh Beng Hock)


Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.
Keputusan tentang punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Teoh, 30 tahun, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan

Sumber : SINI

Info Tambahan:
Pengumuman ini dapat meredakan keadaan dan merungkaikan segala teori di sebalik kematian Teoh Beng Hock. Hakikat sebenar di sebalik kematian beliau, hanya Allah yang Maha Mengetahui, dan kita menghukum secara zahir menerusi apa yang tersirat menerusi bukti yang berasaskan fakta dan hujah. Moga ia dapat diterima dengan tenang dan senang oleh semua pihak. Sila baca juga, rencana dari Dr Asri Zainul Abidin ( mantan Mufti Perlis), klik SINI. Harap-harap isu berkait dengan kematian Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed juga dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

7 comments :

  1. Ok, terima. Tapi....

    hmm..takpe la.

    ReplyDelete
  2. Allah saja yang Maha Adil lagi maha mengetahui. Segala kebaikan akan dibalas baik.

    ReplyDelete
  3. apa yang aku faham, kerana tekanan siasatan

    ReplyDelete
  4. Afida Anuar.
    Sebab tu saya sudahi dgn entry dri dr asri sbb entry tu menjawab teka- teki

    ReplyDelete
  5. nuriz.
    cuma, andainya mendiang dizalimi, maka org yg menzaliminya pasti dilaknat oleh Allah

    ReplyDelete
  6. tehr.
    Begitulah yg dilaporkn oleh suurhanjaya, tekanan akibat siasatan, mendiang tak sanggup mungkin hingga bunuh diri. benar atau tidak, hanya Allah yg tahu.

    ReplyDelete
  7. Cuma kes arwah Ahmad Sarbani lagi menarik utk dibincangkan. setakat kematiannya dikatakan bukan krn dibunuh dan bukan krn bunh diri. entah apa piunca, sdg di siasati

    ReplyDelete