Sunday 18 September 2011

Bual Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers



Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu Satu Hari Di Hari Raya . Ini memandangkan ia berlangsung pada tarikh 2 september 2011(iaitu hari raya ke-4).

Sepatutnya entry ini telah lama saya tulis, tapi asyik tertangguh disebabkan ada beberapa entry lain yang saya rasa perlu didahulukan untuk dikongsi demi manfaat bersama.

Tanpa perancangan saya telah menghadiri Bual Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers yang diadakan pada 2 September 2011(hari raya ke-4). Majlis anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang bertempat di Balai Islam Kota Bharu, disedari oleh saya secara tak sengaja ketika saya merayau-rayau sekitar Kota Bharu pada sebelah siangnya.

Ingin saya tegaskan,Majlis Bicara Bersama Bloggers Dan Facebookers ini bukanlah sebuah medan politik tetapi medan bertukar fikiran dan gelanggang untuk melontarkan pandangan serta persoalan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Segala ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Kelantan boleh dilontarkan di sini tanpa segan silu. Slogannya Anda Bertanya dan Mereka akan menjawab. Mereka yang dimaksudkan ialah MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat(TGNA), NAIB PRESIDEN PAS, YB HAJI HUSAM MUSA dan Setiausaha Agong PKR, YB Saifuddin Nasution. Tapi sayang, TGNA tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab tertentu.








(dari kiri Aduka Taruna,Perisik Rakyat, Mustafa Kamal & Adik Aku)







Bual Bicara atau Dialog Bersama Bloggers Dan Facebookers ini sebenarnya terbuka kepada semua, terutamanya para bloggers dan facebookers dari semua pihak, baik dari Pakatan Rakyat, Barisan Nasional mahupun berkecuali. Inilah medan terbaik untuk merungkai salah faham terhadap Kerajaan Kelantan. Ia juga medan terbaik untuk menghentam Kerajaan Kelantan. Tapi sayang, setahu saya tiada seorang pun blogger Pro-BN yang hadir apatah lagi mengajukan tanya.







(antara yg mengikuti majlis dialog tersebut)




Sempat juga saya bertegur sapa dan bertanya khabar dengan beberapa orang blogger yang turut menghadiri Majlis ini. Antaranya ialah Aduka Taruna, Perisik Rakyat ( Topeng perak un-masked), Wan Ji Wan Hussin (al-Bakistani) dan Jiwa Hamba (Warung Kopi).

Aduka Taruna! Pasti ramai yang mengingati nama itu lantaran beliau pernah menghina bekas Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Saya tak nak berbicara soal itu. Itu kisah lepas dan jadikan ia sebagai pengajaran. Jadikan ia sebagai iktibar, agar kita semua tidak melatah dalam ‘menghala senjata’ baik di dalam blog mahupun facebook. Cuma, saya tertarik dengan soalan-soalan yang ditujukannya kepada Setiausaha PKR Saifuddin Nasution.

Perisik Rakyat (Topeng Perak Un-Masked) merupakan blogger Pakatan Rakyat yang disegani. Juga. Sebaris dengan Milo Suam dan KELAB GREENBOC. Tapi, dalam majlis ini beliau lebih fokuskan kepada kerja-kerja fotografi.

Jiwa Hamba(Warung Kopi), rasanya dia ni blogger Pro-Pakatan Rakyat yang masih baru. Katanya, dia pernah beberapa kali meninggalkan komen dalam entry-entry tertentu di blog saya. Lantas saya memeriksa balik beberapa entry yang pernah saya hasilkan, ternyata ada beberapa komen dari Jiwa Hamba. Setelah menerjah blognya, saya dapati, penulisannya agak bernas.

Wan Ji Wan Hussin seorang blogger yang agak terkenal. Beliau juga seorang penulis dan aktivis PAS. Kalau tak silap saya, dia sekarang ni sedang melanjutkan pengajian (saya tak pasti sama ada peringkat master atau PhD dalam bidang Pengajian Islam-Maqasid Syariah) di sebuah universiti tempatan. Alang-alang bercerita tentang Wan JI, elok juga kita lihat debat ilmiah antara beliau dengan Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari( lihat SINI).

Tiba-tiba saya teringat pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awangwajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perlu dilakukan dengan penuh berkakhlak.tulisan di blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tapi boleh jadi racun berbisa jika disalah guna.

Dan pesanan Tuan Guru Haji Hadi itu saya sebarluaskan kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi berkunjunga ke blog saya. Bukan apa, sebab semalam, saya ada berkunjung ke blog seorang blogger. Terkejut saya bila gambarnya sedang berada dalam pelukan dan atas ribaan teman lelakinya dipaparkan kat blog. Kenapa harus berbangga dengan dosa hingga dengan beraninya ditunjukkan kepada umum.






20 comments :

  1. Salam akhi,
    Bestnyer berjumpa bloggers otai :-)

    ReplyDelete
  2. Salam Syeikh,
    Ambo pun tumpang gembira walpn ambo baru nak berjinak2 dgn alam blogger ni...tapi hok pasti ambil ambil ilmu dr Tuan skit dalam mencari ilmu Allah yang luas ini termasuk apa ilmu seklai pun yg buleh memberi perecambahan fikiran ambo...

    Jazakallah Hukhairan Tuan.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    mesti best join bual bicara ni..
    bukan sng nk jumpa blogger2 otai n femes ni..
    Shameel pun otai gak.. hida suka masuk sini sbb byk info hida dapat..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  4. wahhh ramai yg hadir eh shameel :)

    ReplyDelete
  5. Tak silap saya, jiwa hamba juga pernah singgah blog saya shameel, wahh dah berjumpa tuan dia eh...

    ReplyDelete
  6. Na'im Nikmat.
    salam sahabat. bagus juga kalau dpt dibuat perjumpaan dialog blogger kt perak ni

    ReplyDelete
  7. TaTJ.
    ambo pun masi hbaru lagi dlm dunia blogger. ambo sekadar berkongsidan harap2 saing2 dpt manfaatkan.

    ReplyDelete
  8. HaiDa HiDa.
    best juga haida dpt join bual bicara blogger ni. Hahaha, sy terlalu junior utk dinamakan otai blogger.

    ReplyDelete
  9. anamizu.
    agak ramai jugak. blogger luar kelantan pun ada dtg mcm Aduka taruna tu

    ReplyDelete
  10. Afida Anuar.
    ttg jiwa Hamba tu ok juga penulisan dia. Dia terus tembak tanpa berselindung.

    ReplyDelete
  11. nest la incik shameel leh join bual bicara nie.

    bakpo la tiap kali balik klate xajim ado pluang gini.hurmmm....(sbb xkua umh kot.eehehehe)

    ReplyDelete
  12. Titisan Hujan.
    Baru tau TH ni org kelate.

    ReplyDelete
  13. PENCONTENG.
    Hahaha. Kalu Papa Gomo dtg, saya pun nak berkenalan dgn dia. Hehehe

    ReplyDelete
  14. nampak ramai yang hadir tu
    memang bagus kalau ada kesempatan menyertai program macam ni
    tahniah saya kepada penganjur

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Shameel,

    Lama kak ani tak ke blog shameel ni.

    Alhamdulillah dapat berkumpul dan berbincang perkara-perkara yang membina.

    ReplyDelete
  16. untung mampir disini jadi ketemu info yang dicari........

    ReplyDelete