Saturday 24 September 2011

Satelit Milik NASA Jatuh Ke Bumi



WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.

Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh.

Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).




Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi.

NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.

NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu


Sumber:
KOSMO

16 comments :

  1. owhh satelit ni ada expired date rupanya no...aiseh cik ana baru taw nih...Tq shameel for dis info :)












    cik ana.

    ReplyDelete
  2. anamizu.
    Hati-hati juga sbb serpihannya mungkin jauh di Malaysia

    ReplyDelete
  3. boleh eeh dia expired2.. huhu

    solat ke belom??
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

    ReplyDelete
  4. salam..
    mesti berharga ni..
    jom kita pakat carikk
    he he..

    ReplyDelete
  5. baru tahu yg satelit boleh expired :)
    serpihan dia sebesar bas? besarnya.

    ReplyDelete
  6. En. zulkbo.
    hahaha. gerenti lebih mahal dari besi buruk

    ReplyDelete
  7. Titisan Hujan.
    pasti berlaku kerosakan kalau menimpa rumah or kedneraan dgn kelajuan yg mcm tu.

    ReplyDelete
  8. kasihredha.
    saya pun baru tahu satelit boleh expored dan sgt bahaya kalau serpihan sebesar bas dan jatuh dari tempat yg tinggi ni menimpa kawasan perumahan.

    ReplyDelete
  9. L.
    hahaha. mcm roti dan biskut kn. boleh expired jugak satelit ni. itulah bukti ciptaan manusia tidak kekal dan hanya Allah Yang Maha Kekal

    ReplyDelete
  10. Hmmmm.... kalau nampak objek jatuh jangan pulak ingat tahi bintang/ meteor.. kekekekek

    ReplyDelete
  11. Afida Anuar. kalau dpt kt kaki syirik gerenti dibuat tangkal azimat tu. hehehe

    ReplyDelete
  12. jangan jatuh atas kepada org dah... naya.. :)

    ReplyDelete
  13. gnesop.com.
    sebesar bas ni sop. naya betol kalau jatuh ats org or rumah

    ReplyDelete
  14. kalau terjadi kemalangan kat negara mana2
    mau ke amerika bayar pampasan?

    ReplyDelete
  15. tehr.
    rasanya amerika bayat kot sebab amerika ni biasanya akan berkeras bila bersangkut dgn perkara yg didakwanya sbagai aktiviti keganasan jer.

    ReplyDelete