Wednesday 7 September 2011

Satu Hari Di Hari Raya



Sebagaimana Hari Raya pada tahun-tahun yang lepas, begitulah jugalah aktiviti rutin hari raya saya pada tahun ini. Solat sunat Aidillfitri(sepatutnya Idul Fitri), menziarahi tanah perkuburan dan berkunjung ke rumah saudara mara adalah antara aktiviti rutin yang dilakukan. Di sini ingin saya paparkan, satu lagi aktiviti rutin yang saya lakukan saban tahun ketika menyambut Aidil Fitri, iaitu mengunjungi rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat(TGNA).



Ingin saya tegaskan di sini, kunjungan tersebut adalah kunjungan seorang rakyat Kelantan ke rumah Menteri Besar Kelantan dan bukannya kunjungan ke rumah Mursyidul Am PAS. Memang jasad yang sama dan rumah yang sama, tapi jawatan Menteri Besar dan Mursyidul Am adalah tak sama. Menteri Besar dipilih oleh rakyat dan direstui oleh Sultan, manakala Mursyidul Am pula selaku Ketua Kerohanian adalah atas kehendak para pemimpin PAS berdasar keilmuan Tuan Guru Nik Aziz dalam persoalan agama. Ini dua perkara yang berbeza dan mesti difahami. Tuan Guru Nik Aziz adalah Menteri Besar yang dipilih oleh majoriti rakyat Kelantan. Ini mesti di hormati oleh semua pihak. Tuan Guru Nik Aziz adalah Menteri Besar saya dan Dato' Sri Najib Tun Razak pula adalah Perdana Menteri saya. Harap jelas dan seterusnya saya pohon, janganlah anggap ini sebagai entry politik.


(Org bukan islam juga tidak
melepaskan peluang utk beraya bersama TGNA)


Tapi sayang, raya kali ini saya terlewat ke rumah Tuan Guru Nik Aziz, disebabkan keralitan bersembang dengan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah saya. Waktu saya sampai ke rumahnya, Tuan Guru Nik Aziz sudah masuk ke biliknya untuk merehatkan diri. Agak terkilan sebab tidak dapat bersalaman dengan Tuan Guru Nik Aziz, tapi saya tidak boleh menyalahkannya, sebab Tuan Guru Nik Aziz tentu sahaja kepenatan setelah melayan tetamu dari awal pagi selain mengimani solat sunat Idul Fitri.







Jadi gambar-gambar tahun lepas ketika berhari raya di rumah Tuan Guru Nik Aziz , saya paparkan kat sini sebab tiada ruang dan peluang untuk merakam gambar berhari raya bersamanya tahun ini. Setakat gambar tetamu sedang makan dan minum adalah, tapi tak perlu rasanya untuk dipaparkan gambar itu.





Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon jutaan maaf kepada sahabat blogger dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog saya. Maaf di atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata ketika menulis dan memberi komen.





( Lelaki Arab itu ialah cucu kpd Ulama terkenal dan tokoh Ikhwan Muslimin tersohor,
iaitu Sayyib Sabiq. Antara karya Sayyid Sabiq ialah kitab fiqh Sunnah
yg digunapakai oleh umat islam di seluruh dunia.)










42 comments :

  1. selamat hari raya
    mohon maaf jika ada terkasar bahasa :)

    ReplyDelete
  2. kasihredha.
    selamat hari raya juga kak dan mohon maaf juga jika ada silap dan salah

    ReplyDelete
  3. saya juga ingin mohon maaf kalau ada tersalah tersilap komen selama ini
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. Wahhh..ramainya rakyat yang berkunjung ke rumah beliau. TAkpe shameel, tahun depan pi awal2 sket eh;)

    ReplyDelete
  5. wah..bagusnya.
    bila saya nak pergi ni..

    ReplyDelete
  6. masih mood Raya ke...Aidilfitri kan sebulan.Belum terlambat rasa nya nak ucap Selamat hari Raya kan?Selamat Hari raya Shameel...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Wah, seronoknya boleh jumpa TGNA...
    Cg.Shameel masa form6 dulu saya pernah mengunjungi rumah TGNA ( kelas kami buat rombongan ke kelantan & Terengganu)
    Memang jelas kesederhanaan beliau... Sayangnya gambar2 tu ada pada cikgu saya...

    ReplyDelete
  8. Akk juga nak mohon maaf andai ada penulisan baik dari komentar atau isi n3 akk yg mengecilkan hati kamu...

    Teringin sgt nak jumpa TGNA ni...

    ReplyDelete
  9. tehr .
    kita kira 0-0. selamat hari raya juga

    ReplyDelete
  10. Afida Anuar.
    Mmg ramai merangkumi melayu, cina , india dan siam. Benar tu, thn dpn kena dtg awal sikit baru sempat jumpa.

    ReplyDelete
  11. Cikli.
    Kalau dok dekat2 boleh jer pergi. tapi airtu tu org dari besut dan jertih pun ada dtg beraya rumah TGNA

    ReplyDelete
  12. hani@debumelukut.
    hahaah, yer masih dlm mood raya. puasa sebulan jadi raya pun kena sebulan. selamat hari raya juga hani

    ReplyDelete
  13. NaeBlog.
    Saya juga teruja dgn kesederhanaanya TGNA. Sbnrnya cikgu2 yg kerja kt kelantan amat takut utk ke rumah TGNA w/pun utk beraya. Jika dtg mrk akn sembuntikan identiti sbgai guru(maksudnya tak bagi org sapanya dgn panggilan guru), sbb bimbang diketahui dan akan menerima hukuman buang ke pedalaman.

    ReplyDelete
  14. Eye_nee.
    samalah kak, sy pun mohon maaf juga jika ada entry dan komen sy yg mencalar hati dan merobek perasaan.

    ReplyDelete
  15. Salam Shameel..

    selamat hari raya untuk Shameel dan keluarga. Salam kemaafan juga...mana lah tau kan...he he :D

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Eidulfitri Syeikh, wlpun ambo x pernah kenal demo tapi ambo&demo adalah rakyat marhaen negeri kelate(rakyat dibawah pimpinan Tok Guru)..dan juga sedara seislam yang mencari keredhaan Allah untuk kecemerlangan Akhirat sana...ambo berasa bangga jadi rakyat negeri kelate dibawah pimpinan ulamak(Tok Guru&kepimpinan). Alhamdulillah dgn kesederhanaan Tok Guru kedua2 puteri ambo telah 'dicukur kepala' oleh beliau utk mendapat keberkatan seorang ulamak. Alhamdulillah...semoga Tok Guru diberi kesihatan utk memimpin Kerajaan Kelantan maju berlandaskan Islam yang sebenar...Allahuakhbar!

    ReplyDelete
  17. apple hijau.
    samalah. saya pun nak mintak maaf byk2 ats segala silap dan salah. baik dsengajakan atau tidak.

    ReplyDelete
  18. TaTJ.
    baru kawe tahu demo pun oghe kelate.kawe pun bangga jugak jadi anak kelate. bahagia hidup bawah pimpinan Tok Guru.

    ReplyDelete
  19. Salan saudaraku...bertuah...antara orang yang aku kagumi di Malaysia!(secara peribadi)

    ReplyDelete
  20. lagu M Nasir:

    satu hari di hari raya
    dua hari dihari raya
    tiga hari di hari raya
    ku gembira....!

    hehe...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Sdr Shameel,

    Salam ukhwah, Selamat Hari raya dan Maaf Zahir Batin. Bertuah saudara dpt berkunjung dan bertemu Tuan Guru. Meriah nampak majlis Idulfitri di rumah belaiu tu.

    ReplyDelete
  22. xpenah berpeluang pun utk ke sana.huhuhuh

    slmt hri ry.maaf jgk kalo ade yg slh dan silap

    ReplyDelete
  23. ASSOYFINGER67.
    Samalah kita. saya pun mengkagumi TGNA

    ReplyDelete
  24. puteri .
    Nangis M. Nasir kalau lihat lirik lagu ni kena ubah. hahaha

    ReplyDelete
  25. MOH KEMBARA .
    Tahun ni krg bertuah sbb x sempat bersalaman dgn Tok Guru. Saya terlewat samapai & Tok Guru tgh berehat waktu tu sbb penat.

    ReplyDelete
  26. Titisan Hujan.
    insha-Allah, lain kali berpeluang. Selamat hari raya jugak

    ReplyDelete
  27. harrazdani .
    Samalh bro. I love Tok Guru jugak

    ReplyDelete
  28. Terbaeeek...sayang Tok Guru juga..PM pon sayang juga...Apabila rakyat sudah pilih saya mesti hormat...Fishing 4all..

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum & selamat hari raya. bestnye dpt pi rumah TGNA tu. kita tak alim tapi dpt berdamping dgn org alim cam tu je dah cukup. teringat kata2 Ust Wan Ji yg menulis ttg biography TGNA. dari umur 16 tahun TGNA tak pernah tinggal tahajud...dan dia ialah org yg tak pakai dompet utk isi duit...dompet dia ialah sampul surat.

    semoga mereka yg menolong mendaulatkan agama Allah spt beliau terus semakin ramai lahir dan semoga Allah permudahkan kehidupan & perjuangan mereka..

    ReplyDelete
  30. ruang dan peluang yang hebat, dapat bersama orang alim yg mendaulatkan agama

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum..salam kenal,

    dpt jugak awak bertemu muka dgn Tn. Guru..saya blm berpeluang lagi.

    ya..siapa pun pemimpin kita, kita kena hormat. kalau tak suka, tunjukkan masa pilihanraya saja. barulah idup aman!

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum

    TGNA memang sangt berpengaruh..sesuai dengan statusnya..

    salam aidilfitri dr saya ya :-)

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum shameel
    alhamdulillah sempat juga shameel ke rumah TGNA..jika diberi kesempatan akak pun nk dgt jumpa TGNA...

    Selamat Hari Raya..maaf jika ada tersilap dn tersalah kata.

    ReplyDelete
  34. Tokan.
    Betul tu sahabat. hormati Tok Guru kerana beliau adalah pilihan rakyat kelantan. hormati juga PM Najib Tun Rzak sbb dia adlh pilihan rakyat Malaysia. Tak puas hati mesti diluahkan dlm pilihnaraya.

    ReplyDelete
  35. nahmy .
    Kesederhanaa TGNA mybbkn org kelantan sayang kpdnya. kealimannya pula mybbknya dihormati. Moga akan lahir ratusan dan ribuan lagi tokoh2 spt TGNA di Kelantan, Malaysia, juga di dunia.

    ReplyDelete
  36. S..U..D..@..I..S .
    Al-hamdulillah sbb ada ruang dan peluang utk beraya bersama TGNA. Sbrnya, berkunjung ke rumah TGNA dah jadi amalan rutin sy semasa menyambut Aidilfitri

    ReplyDelete
  37. Ujie .
    salam kenal juga dari saya.

    saya bersetuju sekli dgn kenyataan ujie "siapa pun pemimpin kita, kita kena hormat. kalau tak suka, tunjukkan masa pilihanraya saja. barulah idup aman!"

    Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  38. sahromnasrudin.
    Terima kasih ats kunjungan. sesetengah pengkaji berpendapat ; pengaruh TGNA dari aspek keagamaan melebihi pengaruhnya dlm aspek politik.

    sebab tu ust zaharudin abd rahman prnah berpendapat ' andainya TGNA tidak lagi menjadi MB Kelantan,status dan pengaruhnya tetap tidak terhakis dan terkikis

    ReplyDelete
  39. nyanyisunyi.
    Terima kasih kak ,atas kunjungan. Selamat hari raya juga dari saya. Insha-Allah, kak akn ada pelaung nnt utk kak mengunjungi TGNA

    ReplyDelete
  40. bertuahnay dapat berhari raya di rumah tok guru walaupon tak jumpa..dkna duk klate dah 11 tahun tapi tak pernah jejak kaki ke rumah beliau :)
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  41. selamat hari raya cikgu..kan best kalau PM kita camni..sejuk mata memandang..hati pun tenang..;)

    ReplyDelete