Sunday 25 September 2011

Serangan Ke atas Gereja: Seorang Meninggal dan 19 orang Cedera.





Kelmarin, 25 Sep 2011, Satu serangan bom berani mati berlaku di sebuah gereja di kota Solo,Jawa Tengah. Selain mengorbankan nyawa pengembom itu, serangan tersebut turut mencederakan sekurang-kurangnya 19 orang jemaah penganut Kristian yang baru selesai mengerjakan ibadat.

Serangan oleh pengebom berani mati itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada pukul 10.55 pagi. Selanjutnya Sila Baca
SINI

INFO TAMBAHAN.
Mungkin ada yang beralasan situasi sebegini tidak akan sesekali berlaku di Malaysia. Mungkin mereka menyamakan rusuhan atau perang antara agama ini disebabkan oleh faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi. Betapa bodohnya orang yang beranggapan sebegitu,sebab rusuhan kaum dan ketegangan agama tidak pernah bersangkut paut dengan geografi.

Ingin saya tegaskan,apa yang berlaku di Indonesia ini, bila-bila masa sahaja boleh berlaku di Malaysia.Mari kita kita selongkar sejarah silam. Ingat kembali persitwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Dan, cuba tanya pada diri sendiri, adakah sebarang jaminan yang persitiwa itu tidak akan berulang.

Sekarang mari kita lihat realiti semasa. Ingat balik apa yang berlaku pada awal tahun ini,berkali-kali Ibrahim Ali, si presiden PERKASA membuat huru-hara dengan mencabar penganut Krisitian. Dengan biadapnya,Ibrahim Ali mengistiharkan perang ke atas penganut-penganut Kristian. Timbul tanda Tanya, mengapa Ibrahim Ali tidak ditangkap dan dipenjarakan dan mengapa PERKASA tidak diharamkan. Tindak tanduk PERKASA ternyata mengancam negara persis pengganas Komunis.






23 comments :

  1. benda ni tak mustahil boleh berlaku di Malaysia..hurm..harap perpaduan kaum selamanya...

    ReplyDelete
  2. I.A cukup PERKASA...sehingga tiada sebarang tindakan yg diambil keatasnya....

    ReplyDelete
  3. Itulah kata orang, 'pejam sebelah mata' pada yang ini, sedangkan yang itu tidak.

    ReplyDelete
  4. Salam Cg.Shameel,

    Ibrahim Ali itu sangat perkasa!
    pasti kebal tanpa tindakan...^^

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni pun dah banyak bala yang menimpa rakyat Malaysia Syeikh, moral&akhlak anak muda di Malaysia dah banyak yang runtuh..itulah bala yang maha berat oleh Allah...bala bukan shj, gunung berapi, tsunami, gempa bumi&sbgnya tapi hakikatnya bala Allah yang lebih parah adalah di Malaysia sekarang ni...Semoga kita semua yang masih beriman diberi syafaat&Rahmat dari Allah sekiranya bala2 yang lebih dasyat berlaku keatas negera kita sendiri...Allahukhbar!

    ReplyDelete
  6. Saya pun x faham ngn Ibrahim Ali tu..
    Dia memperjuangkan ape? Semua yg dia buat mmg kontroversi..

    ReplyDelete
  7. tolonglah. ya Allah kekalkan lah keamanan sedia ada.. berikan sedetik rasa kesyukuran buat mereka yg tidak pernah bersyukur..

    ReplyDelete
  8. bdw, encik shameel sgt update kn dgn news dlm dan luar negara. salut!

    ReplyDelete
  9. Sebab IA kebal...orang2 depa kan kebal2 belake...errr;)

    ReplyDelete
  10. Tulus Sweet.
    mmg tak mustahil akan berlaku sbb rusuhan kaum pernah berlaku di negara kita pada 13 mei 1969. sejarah mungkin berulang jika kita melupai sejarah.

    ReplyDelete
  11. Eye_nee.
    Itulah yg menyebabkan saya musykil. I.A terlalu perkasa hingga perpaduan kaum pun tirit diperkosa olehnya.

    ReplyDelete
  12. kakchik@ella.
    terima kasih bnyak2 sbb bersetuju dgn pandnagan saya. sya hargai kakchik@ella.

    ReplyDelete
  13. Kunang-Kunang.
    Terlalu lama terpejam hingga terlena sdgkan kehancuran boleh berlaku bila2 masa sahaja. rusuhan agama dan ketegangan kaum yg pernah berlaku dlm sejarah kemanusiaan memberi kesan yg amat buruk.

    ReplyDelete
  14. NaeBlog.
    Mmg dia perkasa sbb tu dia boleh perkosa perpaduan kaum di Malaysia.

    ReplyDelete
  15. TaTJ .
    bala menimpa krn kita sering lupa dan tidak ingat mengingatkan. Terima kasih ats tambahan info

    ReplyDelete
  16. Cik SHiNJU.
    Ibrahim Ali tu matlamat asalnya bagus nak perjuangkan kepentingan bangsa. Tapi nampaknya pekasa menjadi racis dan semakin melamapau.

    ReplyDelete
  17. maCy.
    negara kita tangunhjawab kita. kita berdoa dan berharap agar negara kita aman sejahtera buat selama-lamanya. Perkara2 yg berbaur perkauman dan menghina agama org tidak boleh dibiarkn dlm negara yg mempunyai masyarakat majmuk macam Malaysia.

    ttg update dgn news dlm dan luar negara tu sbb skrg ni kita boleh baca akhbar online. berita harian, uutsan malaysia, malaysia kini, malaysia today, the malaysian insider, harakah daily, kosmo online, sibar haria online , kalau utk indon saya baca tempo online.

    ReplyDelete
  18. Afida Anuar.
    IA belajar ilmu kot Afida. hehehe

    ReplyDelete
  19. Cikli .
    Extream mcm ni lh yg mencemarkan imej islam dan melayu

    ReplyDelete
  20. perbalahan antara agama sejak dulu sampai sekarang memang tak habis2
    harap2 kita kat malaysia ni dapat mengawal kejadian seperti ini

    hal ibrahim ali tu
    belum nampak lagi idea bernas dari beliau untuk kebaikan semua

    ReplyDelete
  21. takot jd kat malaysia cmni :(





    cik ana.

    ReplyDelete