Wednesday 28 March 2012

Al-FATIHAH UNTUK AYAH



25 MAC, merupakan tarikh ayah saya dilahirkan, dan ia juga merupakan tarikh ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. 25 MAC 2012, pukul 5.00 pagi, detik yang pastinya kekal melekat di ingatan selagi hayat dipinjamkan Tuhan.

Selama 3 bulan 12 hari ayah terlantar di Wad 8 Selatan Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Ayah mula dimasukkan ke Wad 8 Selatan HUSM pada 13 Disember 2011 dan ayah terus kekal ‘menghuni’ wad 8 Selatan(kecuali beberapa hari sahaja di ICU), hinggalah ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Mac 2012. Perihal ini pernah saya paparkan dalam ENTRY LEPAS

“Esok arijadi ayh.genap 73 tahun.pakat doa biar ayah pnjg umur lg.” Itulah sms yang dihantar oleh abang saya yang setia menemani ayah, sepanjang ayah menjadi warga Wad 8 Selatan. SMS tu dihantar pada pukul 10:08:07 malam, 24 Mac 2012.

Dengan penuh harap dan dengan penyerahan yang total, saya bersolat hajat sempena hari ulang tahun kelahiran ayah. Dengan harapan, mudah-mudahan ayah disembuhkan dari penyakitnya dan sekali gus dipanjangkan umur. Ya, tiada yang tidak mungkin dengan izin Allah dan tiada yang mustahil dengan kehendak Allah, namun kerja Allah tak siapa yang tahu. Pukul 4.30 pagi, 25 Mac 2012, abang saya menelefon memberitahu ayah dalam keadaan nazak. Saya mula gelabah dan terus bersiap siaga untuk pulang ke kampung. Setengah jam kemudian, abang mengkhabarkan berita duka, ayah sudah tiada….

“Innalillahiwainna-ilaihirajiun."

Sedih, terkejut ,resah dan gelisah saling bertindih dalam jiwa. Sedih sebab saya tiada di sisi ketika ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Resah dan gelisah kerana kereta saya masih kat workshop setelah terlibat dalam kemalangan, lantas saya meminta bantuan seorang sahabat untuk menghantar saya ke stesen teksi di Terminal Bas Medan Gopeng. Syukurlah ada teksi yang sudi ke Kelantan dengan tambang RM460.00. Juga resah dan gelisah, kerana takut tidak sempat menatap wajah ayah buat kali terakhir.

Syukur kepada Allah, kerana saya sempat menatap dan mengucup dahi arwah ayah. Amat bersyukur kerana saya dan adik beradik sempat memandi, mengkafan dan menyembahyangkan, serta sama-sama mengebumikan jenazah ayah.

Selamat Jalan Ayahku Tercinta, Semoga Damai Kau Di Sana.

Ya Allah, Ampunilah dosa dan kesalahan ayahku. Jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.



30 comments :

  1. al-fatihah...moga ayah awk aman di sana...sy sebak teringat abh skrg umur 71 thn...moga abh di panjangkan umur...amin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama roh para solihin...para muqarrobbin...dan dicucuri rahmat oleh-Nya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Shameel,

    Al-Fatihah untuk roh almarhum ayahand Shameel dan takziah kepada Shameel sekeluarga.

    Semoga tabah dengan dugaan Allah ini.

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah untuk arwah Abah Shameel..
    Pernah kehilangan mak secara mengejut jugak :(

    Susah nak terima..tapi kena redha kan..:)

    ReplyDelete
  5. Takziah buat shameel sekeluarga.
    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

    *ayah saya pun meninggal pd mac..thn 2009. Pd bln kelahirannya..saat azan Zohor berkumandang. Masih segar diingatan saya..

    ReplyDelete
  6. semoga roh ayah shameel ditempatkan bersama2 dengan roh orang2 soleh..

    ReplyDelete
  7. takziah dari saya...

    ayah saya pon Allah jemput lepas kuar wad HUSM kubang kerian jugak.

    sedey... rindu ayah.. :'(

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah..semoga ruh-nya ditempatkan bersama para salihin.

    Alhamdulillah kerana sempat berbakti buat arwah buat kali terakhir.

    ReplyDelete
  9. “Innalillahiwainna-ilaihirajiun."
    moga Allah tempatkan ayahanda anda di kalangan orang yang soleh dan beriman..TAKZIA dari saya buat anda dan keluarga.

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah untuk arwah. semoga arwah ditemptkan di kalangan orang2 yg beriman, amin.

    ReplyDelete
  11. Salam takziah buat shameel sekeluarga..sentiasa kirimkan doa buat arwah ea..kite pun bru kehilangan ayah hjg tahun lepas..redha pada ketentuan yang sudah tertulis.al-fatihah...

    ReplyDelete
  12. Salam Takziah dr ambo cikgu...wlpn lambat!smg cikgu tabah hadapinya...Al-Fatihah...smg roh ayahanda cikgu ditempatkan bersama2 orang yg beriman&mendapatkan Rahmat dari Allah serta Syafaat Nabi Muhamammad S.A.W...InsyAllah.

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah.. semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang beriman, InsyaAllah..

    Takziah buat keluarga Shameel.. moga tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah ini..

    ReplyDelete
  14. Takziah kak ucapkan buat keluarga dik shameel. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham, amin..............

    ReplyDelete
  15. Innalillah... Salam takziah dari Latifah buat Shameel sekeluarga...

    Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang. Semoga roh arwah di tempatkan didalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

    ~Semoga terus tabah!

    ReplyDelete
  16. Shameel..takziah buat anda sekeluarga..

    Al-Fatihah buat arwah ayahanda..kita juga akan menyusulnya..

    ReplyDelete
  17. salam takziah utk en shameel
    moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman

    HUSM dan ICU...byk kenangan TH disitu

    ReplyDelete
  18. semoga roh arwah ayah saudara aman di sana
    kita juga pasti akan ke sana
    hanya menanti ketikanya sahaja

    ReplyDelete
  19. takziah utk shameel sekeluarga..

    al-fatihah...

    ReplyDelete
  20. sebak hati ini.. saya pernah melalui sgt paling sukar waktu pemergian ibu saya,..kini ayah lah segalanya2..

    takziah sahabat.. bersabarlah..

    al-fatihah...

    ReplyDelete
  21. salam akh..pilunya sy baca entri akh kali ni.. salam takziah dari sy..semoga roh ayahanda akh di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin..

    Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu..ameen..

    ReplyDelete
  22. al fatihah
    semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.. amin

    ReplyDelete
  23. takziah cikgu, moga-moga ayahanda ditempatkan bersama para solihin. seorang ayah memang tiada pengganti.

    ReplyDelete
  24. saya pernah merasa kehilangan...

    al fatihah...
    semoga roh nye di tempatkan bersama2 dengan hamba2 Allah yang salih dan mulia di sisiNya...

    ReplyDelete
  25. Salam sahabatku semoga tabah menghadapi ujian ini, Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Aamiiin.

    ReplyDelete
  26. al-fatihah.. takziah shameel..

    ReplyDelete
  27. salam takziah dari kwn dan kwn doakan semoga rohnye ditempatkan bersama org2 yg beriman bang......amin.

    ReplyDelete
  28. Al-Fatihah..moga rohny dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  29. takziah..Allah lebih menyayanginya

    ReplyDelete