Wednesday 21 March 2012

HUKUM BERURUS NIAGA DENGAN YAHUDI



Amat menghairankan apabila masih ada yang gagal membezakan antara durian dan buah-buhan. Mereka seakan-akan menganggap durian itu adalah buah-buahan dan buah-buahan pula adalah durian. Tak mengapa, biar saya jelaskan, Durian ialah sejenis buah-buahan dan buah-buahan pula tidak semestinya durian.

Apa perkaitan antara durian dan buah-buahan dengan entry saya ini?

Saya kembali teringatkan persepsi klasik berzaman-zaman. Dulu, bila disebut Cina terus dikaitkan dengan Komunis. Seolah-olah Cina itu Komunis dan Komunis itu Cina. Hakikatnya, Cina itu merujuk kepada bangsa(walaupun ia kurang tepat) dan Komunis pula merujuk kepada idealogi atau fahaman/isme yang diasaskan oleh Karl Marx. Hakikatnya juga, tidak sedikit orang-orang Cina yang turut menjadi mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya .


(Dari google- gambar lelaki Yahudi)


YAHUDI DAN ZIONIS.

Kecoh sekecohnya, apabila Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan tidak salah untuk umat islam berurusniaga dengan orang-orang Yahudi. Apabila membaca hujah yang dilontarkan untuk mengutuk kenyataan Presiden PAS, baik di dada akhbar mahupun di laman-laman sosial termasuklah di blog, ternyata ia amat melucukan. Sesetengahnya berhujah dengan nada yang amat racis, seracis Hitler yang terkenal dengan misi Holocaust dalam memerangi orang-orang Yahudi. Sesetengah pulak berhujah persis orang mandul akal.

Jika tadi saya bawa perumpamaan Durian dan Buah-Buahan, sekarang saya ingin tonjolkan perkaitan antara Yahudi dan Zionis. Yahudi merujuk kepada orang, manusia, individu, bangsa dan sering juga dirujuk sebagai anutan. Manakala Zionis pula merujuk kepada sebuah pertubuhan, pergerakan dan fahaman/isme. Kesimpulannya mudah sahaja, Yahudi tidak semestinya Zionis, meskipun Zionis dianggotai oleh orang-orang Yahudi, sebagaimana durian yang merupakan sebahagian daripada buah-buahan, namun buah-buahan tidak semestinya durian.

Memang islam mengajar kita agar sentiasa berwaspada dengan yahudi dan nasrani namun dalam masa yang sama Allah menganugerahkan ‘sedikit keistimewaan’ dalam berinteraksi antara umat islam dengan penganut yahudi dan nasrani. Keistimewaan yang saya maksudkan ialah, umat islam dibenarkan memakan sembelihan ahli kitab dan mengahwini wanita ahli kitab. Pasti sahaja ada yang tertanya-tanya, masih wujudkah ahli kitab hari ini. Maaf saya tidak berminat untuk membincangkan isu ini secara panjang lebar di sini, Insha-Allah akan saya perincikan dalam entry akan datang. Cuma, secara ringkas, ingin saya jelaskan, jumhur(majoriti) ulama berpendapat ahli kitab masih wujud hingga ke hari ini meskipun mereka beriman dengan kitab(Taurat dan Injil) yang telah diubah. Cuma, para ulama berbeza pendapat dari segi keturunannya sahaja.

Malah, Lokman Ab. Rahman, seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan juga Presiden Persatuan Eksekutif Halal Malaysia menjelaskan, pada zahirnya ahli kitab yang masih mempertahankan peraturan kitab mereka(tentu sahaja kitab yang telah diubah- tambahan dari saya) hingga ke hari ini ialah kaum Yahudi jika dibandingkan dengan Nasrani(sila rujuk majalah al-islam, disember 2011, m/s:23)


Wajarkah kita memusuhi keseluruhan orang Yahudi?

Hari ini jumlah bangsa Yahudi di seluruh dunia hanyalah sekitar 12 atau 14 juta orang. Hampir 6 atau 7 juta orang mendiami Israel dan saki baki yang lain pula bertebaran di seluruh dunia terutamanya di benua Eropah dan Amerika.

Tentu sekali tidak wajar dan tidak waras untuk kita memerangi keseluruhan orang Yahudi, sebab tidak kesemua mereka ini menyokong perjuangan Zionis. Malah, terdapat juga orang-orang Yahudi yang mengutuk kekejaman terhadap Palestin. Malah, tidak kurang juga yang turut membantah pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq.

Begitu juga dengan orang-orang Yahudi di Maghribi satu ketika dahulu. Mereka saling berinteraksi dengan umat islam di Maghribi dan hidup sebagai warga Maghribi yang baik. Jutaan terima kasih kepada Saudara Nazel Hashim Mohamed kerana telah menulis sebuah cerpen yang hebat berjudul Bertemu Zulaikha Di Kasbah Des Oudayas. Cerpen tersebut turut membicarakan isu kaum Yahudi di Maghribi menerusi watak Ra’il seoarang wanita Yahudi kelahiran Casablanca.


PANDANGAN TOKOH-TOKOH AGAMA TENTANG HUKUM BERURUSNIAGA DENGAN ORANG-ORANG YAHUDI.

Pandangan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat(TGNA)


Di dalam hadis ada menjelaskan, bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.

Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi?

Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz boleh rujuk :-->SINI

Apa yang pasti, Presiden PAS hanya mengatakan boleh berurusniaga dengan orang Yahudi dan bukannya dengan Zionis, tapi Kerajaan Malaysia sudah sekian lama menjalin hubungan dagang dengan Zionis. Ini adalah jawapan daripada Menteri Kewangan Malaysia terhadap soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012.

".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. … (tolong perhatikan perkataan yang saya boldkan itu)

Pasti akan ada yang mempertikaikan pandangan TGNA, dengan alasan TGNA tu Mursyidul Am PAS dan sudah tentu akan menyebelahi Presiden PAS. Tidak mengapa saya paparkan pula pandangan ulama di luar lingkungan parti.

Pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak salah bagi umat Islam untuk berurusan dengan bangsa Yahudi yang tidak bermusuhan dengan Islam.

Mengulas polemik berikutan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa berurusniaga dengan Yahudi dibenarkan tetapi bukan dengan Zionis, Asri berkata, "maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan (dengan) Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar."

Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang memerangi Islam, maka "dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya."

Kenyataan beliau ini boleh dirujuk:-->SINI


Pandangan Dr Zaharuddin Abd Rahman:

Allah SWT menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat kelima surah Al-Maidah.

Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

Telah ijma' atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka " ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

Justeru, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam.

Artikel penuh dari Dr Zaharuddin,sila rujuk:--> SINI

Ada satu perkara yang menghairankan saya, iaitu kritikan terhadap kenyataan Tuan Guru Haji Hadi turut disebarkan menerusi Facebook. Mungkin mereka terlupa Facebook juga merupakan hasil ciptaan seorang anak muda Yahudi bernama Mark Zuckerberg.

20 comments :

  1. setuju! Yahudi dan Zionis merupakan perkara yg berbeza.. macam Melayu dan Islam.. Melayu ialah bangsa dan Islam ialah agama.. org berbangsa Cina pun ada yg menganut Islam, jd xkan nk panggil dia Melayu, kan? sbelum nk hujah, kutuk atau apa2, silalah perhati dan fikir baik2 dulu.. kan? :) nice entry

    ReplyDelete
  2. Haruno Hana 하나.
    Kita mempunyai pandangan yg sama dalam isu ini. Trima kasih. hehehe

    ReplyDelete
  3. maksudnya kita perlu dapat membezakan yang mana bangsa dan yang mana pula fahaman dan anutan
    bila dah tahu, semua jadi senang nanti

    ReplyDelete
  4. Ok..jelas penerangan shameel. thanks.

    Apa brg import dari israel ya?

    ReplyDelete
  5. tehr.
    Benar tehr, kita perlu bezakan antara dua perkara ni(bngsa dan pertubuhan).

    Mcm juga dlm kes alkohol dan arak. Alkohol tak semestinya arak(sbb tu perfume yg mengandungi alkohol boleh dibawa bersolat), tapi arak tentu sahaja mengandungi alkohol.

    ReplyDelete
  6. Ujie.
    saya tak pasti pulak apa barangan yg diimpot dari Israel tu. Takpe, kita buat edisi siasat.hahaha.

    ReplyDelete
  7. baikler dok diam2, kalo tak faham isu kan...

    ReplyDelete
  8. masing2 nak jadi hero dlm isu ni..sampaikn yahudi dan zionis d samaratakan pengertianya.

    pernah dgr barangan kosher x? tu cert. halal yg di keluarkan oleh ahli kitab dan orang Islam tidak mempunyai masalah untuk menggunakannya.

    xpasti sama ada brg yg d import m'sia tu brg makanan kosher atau barang teknologi.

    apapun, sebagai muslim yg waras, kita hendaklah berhujah dengan fakta, berfikir menggunakan akal, membuat pertimbangan menggunakan logik dan membuat keputusan berlandaskan al quran dan al hadith.


    #do my blog looks too uganda?haha..obviously klate..haha

    ReplyDelete
  9. Anaa.
    Betul tu Anaa. Itulah langkah yg terbaik. Tapi sesetngah org turut membisingkan diri sbb nak tunjuk hebat . Lagi dikesalkan sbb trdapat blogger yg turut ingin meriahkan isu ini atas dasar nak tarik traffic. Akibatnya mrk berhujah dgn penuh kemandulan akal.

    ReplyDelete
  10. Ahmad Saufe.
    Terima kasih atas kunjungan dan komentar. Samalh kita sama2 kelate.

    Ttg barangan kosher tu mmg menjadi pilihan org islam yg berada di eropah terutamanya apabila mereka kesukaran mendapatkan barngan halal.Kosher tu macam logo halal utk produk muslim. Dalam persoalan makanan org2 yahudi diakatakan lebih menitik beratkan ajaran kitab mereka berbanding org2 kristian.

    Cuma saya krg pasti adakah barangan kosher itu halal keseluruhan utk umat islam atau hanya sebahagiannya sahaja.

    ReplyDelete
  11. beza tu memang beza.. tapi Yahudi yg kaya2 sampai boleh buat berniaga tu semua Zionis.. Yahudi yang tidak memusuhi islam tu nothing.. tak ada saper kenal. hj Hadi pun taknak amik tahu.. tapi Yahudi2 yg terkenal dan berniaga sampai berjaya semuanya zionis taja.. so harap maklum..

    ReplyDelete
  12. sedih bila samakan yahudi skunk dgn yahudi zaman Nabi.. ianya ibarat langit dan bumi.. Tahukah anda, setiap Yahudi yang lahir itu didakyahkan halal darah org islam terhadap mereka.. dengan erti kata lain zionis dan yahudi zaman sekarang tiada beza.. inaya beza dgn zaman nabi.. tapi sebab yang bagi kenyataan Ulama Nik Aziz, org pun kata ucapan ulama tu sentiasa betul. ketahuilah, hanya Nabi je tak buat silap.. Bahkan imam shafie sendiri dalam kitabnya mengatakan jgn percaya sepenuhnya kepada beliau, kerana beliau juga manusia berkemungkinan buat silap. hanya Al-quran dan Nabi yg takkan silap.. fikir2kn..

    ReplyDelete
  13. BlogTolong.
    Yahudi kaya sejak zaman berzaman berzaman sejak zaman Nabi lagi. Dan sikap yahudi juga telah zaman berzaman.

    Tapi itu bukan alasan utk membenci yahudi dan menjadi anti-semantik.

    ReplyDelete
  14. Anonymous.
    Tolong nyatakan perbezaan Yahudi zaman Nabi dgn yahudi zaman sekarang.

    Yahudi zaman nabi adalah kafir ahli kitab dan zaman skrg pun mereka kafir ahli kitab.

    Yahudi zaman Nabi kuat berdusta(lihat pengakuan Abdullah bin salam,seorg sahabat Nabi) dan Yahudi skrg pun tetap ada ciri-ciri ini.

    Yahudi zaman Nabi ada yg memeluk islam termasuklah Abdullah bin Salam, dan Yahudi hari ini pun ada yg memeluk islam termasuklah Melech Yacov, seorang penganut Yahudi ultra- ortodoks di New York.

    Ulama2 islam dah tahu ciri2 yahudi sbb itu diterangkan dlm al-quran namun mereka tidak anti-semantik. malangnya kerajaan malaysia jahil ttg zionis hingga sanggup berdagang dgn pergerakan haram zionis.

    ReplyDelete
  15. hahaha, umnongok tu banggang. Macam ni umno dan zionis tu sma2 zalim & kejam. x gitu bro.

    ReplyDelete
  16. Jiwa Hamba.
    Terima kasih ats kunjungan dan komentar. Pastinya zionis itu kejam dan jahat yg tiada bandingan.

    Jangan bandingkan dgn umno sbb zionis tentu sahaja lebih zalim dari umno. umno tetap ada jasanya tersendiri, itu kita kena akui walaupun kita berbeza idealogi politik dgn umno

    ReplyDelete
  17. ntah le bro...mase aku study dulu ..mengikut kosher, care sembelih depa pun dh lain...depa bg sedatif kt lembu tu bg dia pengsan br d sembelih..

    ReplyDelete
  18. Ahmad Saufe.
    ttg bagi lembu pengsan tu rasanya(kalau tak silap saya dan tolong betulkan jika saya silap) ulama terkenal al-azhar, Almarhum Sheikh Gadul Haq pernah fatwakan dibenarkan melemahkan binatang ternakan spt lembu utk memudahkan sembelihan tapi dgn syarat ia tidak memudaratkan binatang tersebut dan matinya binatang tersebut adalah krn sembelihan dan bukannya kerana lemah atau pengsan krn kejutan elektrik.

    Dan andainya sembelihan dibatalkan, binatang itu akan kembali normal macam biasa. Jika dapat dipastikan begitu maka ia dibenarkan, maklumlah menyembelih dalam jumlah yg bnayak tentu sahaja tak terdaya jika nak disembelih dlm keadaan haiwan itu masi cergas.

    Ttg kosher tu mmg ia menjadi tumpuan segelintir umat islam yg berkunjung ke barat, cuma seelok-eloknya lebih baik cari kedai muslim yg gerenti halal.

    ReplyDelete
  19. Salam sahabat ..
    T kasih atas usaha sahabat dlm menjelaskan politik ini..byk org bercakap tanpa ilmu mahupun rasional..benar atau salah dinilai dari lidah mana datangnya kenyataan itu.. Perlu diingat bhw tg hadi itu bukan sebarangan ilmunya..
    Pandangan sahabat jelas dan tegas...

    ReplyDelete
  20. a.samad jaafar.
    org2 yg pertikaikan kenyataan TG Haji Hadi tu hanyalah anak2 bilis yg bernafsu nak makan ikan paus.

    ReplyDelete