Saturday 3 March 2012

Tun Dr Mahathir Mendakwa, Kenaikan Gaji Akan Menyebabkan Malaysia Muflis




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".
Gaji minimum

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

Pada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.
Tidak baik

Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Walaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

Sumber: Malaysia Kini.

INFO TAMBAHAN:
Nampaknya UMNO/BN dah jemu memerintah negara. Percayalah! Kalau gaji kakitangan awam diusik kerajaan UMNO/BN juga akan diusik dengan usikan maut yang akan menamatkan pemerintahan UMNO/BN .

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu” .

Kata-kata Tun DR Tun Dr Mahathir ini mengingatkan saya tentang tololnya seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2008, iaitu ketika pemimpin Pakaran Rakyat bermimpi di siang hari, ingin membentuk kerajaan baru pada tarikh 16 September 2008. Bagi merealisasikan mimpi tahap melampau ini, Pemimpin Pakatan Rakyat menjanjikan 16 september sebagai cuti umum andainya cita-cita mleangitnya tercapai.

Dalam keadaan sebegini,munculah sang pensyarah bergelar Prof Madya, tapi orangnya sangat tolol dan amat bahlul. Katanya, Malaysia sudah terlalu banyak cuti umum dan sebarang usaha untuk menjadikan 16 september sebagai cuti umum adalah tidak wajar, ini kerana ia akan menjejaskan produktiviti negara.

Jeng!Jeng!Jeng! pada tahun 2010, Kerajaan mengistiharkan 16 september sebagai cuti umum, lalu sang pensyarah yang tolol dan bahlul ini ‘berfirman’ lagi di kaca tv. Katanya, tindakan kerajaan menjadikan 16 september sebagai cuti umum membuktikan kerajaan menghargai warga sabah dan Sarawak. Dan cuti ini amat wajar kerana ia melambangkan jatidiri dan identiti Malaysia.

Tolol dan bahlulkan sang pensyarah tu.

Inilah yang terjadi bila ilmu dilacurkan.

6 comments :

  1. Bila utk rakyat ..dikatakan rugi dan kononnya mendatangkan segala masalah .. Org tua ni ntah bila la nk tahu bermulut diam.. Makin kuat merapu..

    Semalam terbaca status ahli umno.. Katanya, jika ada tuhan selain Allah..maka umnolah yg patut disembah.. Hebat kan sahabat?

    ReplyDelete
  2. sebenarnya dengan memperkenalkan sistem persaraan yang lambat tu makin menyebabkan anak-anak muda macam saya ni kehilangan peluang pekerjaan. duhhh.susah nak kerja nanti

    ReplyDelete
  3. a.samad jaafar.
    drp dibazirkn utk bela rasmah mansor baik digunakan wang negara utk membela rakyat trmasuk kakitangan awam. lagi pun itu wang rakyat jadi ia adalah hak rakyat yg perlu dikembalikan.

    Ttg status yg berbunyi , jika ada tuhan selain Allah..maka ajib diimani Allah itu Esa dan tiada sekutu, mana boleh nak diandaikan Tuhan itu banyak dan pelbagai

    ReplyDelete
  4. sugar2 kapas strawberry .
    secara pribadi saya anggap Isu menaikkan umur persaraan juga perlu dikaji semula. Antara alasan yg digunakan utk mleanjutkan tempoh berkhidmat kakitg nawam ialah utk mengelakkan org2 tua kesunyian di rumah krn anak2 semuanya dah besar panjang dan merantau rata- riti. Alasan kedua pula utk menjimatkan wang negara.

    Tapi mslh ketaranya ialah jurang pengangguran akan bertambah sbb mahasiswa yg tamat belajar umurnya sektar 23 or 34 thn dan mrk kena tunggu kakitgn awam lain yg bersara pada usia 60 tahun.

    ReplyDelete
  5. saya semakin bingung dengan pemerintah sekarang...apa maunya?

    ReplyDelete
  6. lepas ni entah pe lagi yang akan disuarakan

    ReplyDelete