Tuesday 20 March 2012

KHASIAT BELUT

(sebahagian belut yang dijual di Pasar Jelawat Bachok Kelantan)


Tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenalan dengan belut dan sekali gus menjadi pencinta belut. Mudah-mudahan dengan ini, perasaan geli terhadap belut akan segera terhakis dan terkikis. Mudah-mudahan juga, segala pandangan negatif terhadap belut akan segera lebur dan berkubur.

Sejujurnya, saya adalah antara pengemar belut. Setiap kali bercuti di kampung, saya pasti akan mengunjungi mana-mana warung atau restoran yang menyajikan masakan belut. Di sekitar Bachok Kelantan, pelbagai masakan belut dapat dinikmati di beberapa buah restoran dan warung-warung. Antara yang popular ialah sup belut, tom yam belut, belut paprik dan maggi belut. Jujur dan ikhlas, belut sangat enak dan mesra selera.

KHASIAT BELUT( fakta ini saya perolehi dari SINI)

  • Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.
  • Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.
  • Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
  • Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
  • Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
"Jom Pakat Jadi Pencinta Belut."

26 comments :

  1. oh tidak, tgk pon tak lalu walaupon banyak khasiat...

    ReplyDelete
  2. Lama sungguh x mkn belut ni shameel. Kt kg saya Ada satu kedai yg jual sup belut. Sedap!

    ReplyDelete
  3. CintaZulaikha .
    hahaha. sedap tau belut ni. sangat bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete
  4. penDragon .
    kat bukit marak rasanya kedai sup belut yg sohor.

    ReplyDelete
  5. buat masa ni x pernah makan lagi :)

    ReplyDelete
  6. orang ckp belut sedap. tapi dia mcm ular la bntuk dia..huhu..

    ikan keli boleh tahan lagi..:))

    ReplyDelete
  7. orang kat kuah laksa buat ngan belut sedap... entah, sebab saya kalau tahu jer kuah tu buat ngan belut saya tak makan, walopun laksa feveret..

    ReplyDelete
  8. aku selalu pilih sup belut je
    makan tanpa nasi pun ok gak
    hehe

    ReplyDelete
  9. aida tak pernah makan lagi.. geli la pulak, agaknya mentaliti dah diset kot..ada org kata daging dia manis sangat2.. sedap. Memang bagus banyak khasiat..

    ReplyDelete
  10. huaaaaaaaaaahhhhh,,, mia paling suka belut^^

    tp sayangnya harganya skrg mahal. tapi semahal2nya belut di asia tenggara, lbh mahal lagi belut di jepang. makanya orang jepang makan belut hanya utk di acara2 khusus saja. sungguh beruntung orang2 kita bisa makan belut kpn saja krn harganya tidak semahal yg di Jepang. makanan mewah ni di Jepangnya hahaha :D

    ReplyDelete
  11. cik kiwi's.
    belut lebih sedap dari ikan keli tau

    ReplyDelete
  12. Anaa .
    Kat utara biasa org buat kuah laksa guna belut. best kan.

    ReplyDelete
  13. Aida Omar.
    Tak kenal maka tak cinta. Bila kenal gerenti Aida akan jadi pencinta belut.

    ReplyDelete
  14. tehr.
    sup belut mkn ratah mcm tu pun best.Kena pulak time hujan.

    ReplyDelete
  15. Miawruu.
    Wah tak sangka saya Mia pun suka belut. Benar sekali, saya juga ada terbaca ttg mahalnya harga belut di Jepun/Jepang.

    ReplyDelete
  16. mmg sodap..xpenah cube sup belut..oo bukit marak ye?..b4 this dh penah rase belut paprik dan bubur lambuk belut..huih...terbaeeekkk!!!

    pak cik den penah buat kuah laksa guna belut..katenya tu resepi org belah2 narathiwat..

    ReplyDelete
  17. ni lau wat paprik..perghhh!!..terangkat beb..

    ReplyDelete
  18. Teringin nk mkn, tapi GELIIIII .... huuu :(

    ReplyDelete
  19. First time makan belut kat kelantan tp mmg sedap.mula2 mmg geli tapi kalau da masak tak pasan pun makanan tu belut sebab da potong cantik je rupanya

    ReplyDelete
  20. seyes sdap boh...sapo dok make meme rugi...

    ReplyDelete
  21. seyes sdap boh...sapo dok make meme rugi...

    ReplyDelete
  22. Erin Ndryana.
    Sedap hingga menjilat jari gitu...

    ReplyDelete
  23. Sy ada jual pil belut..bg yg x lalu nk mkn belut mcm sy,blh try pil belut,xda rsa@bau pn.alhmdulillh,khasiatnya benar spt yg dikata.berminat blh sms ke 0165410468/ayu.rm 30/40 biji.

    ReplyDelete
  24. Anonymous(February 16, 2013 at 9:42 AM).

    Terima kasih atas info. Cuma saya lebih suka yg original..

    ReplyDelete
  25. sy xpenah makan belut. khasiat belut pon br tahu ni.. hihi.. dulu pon xmakan ikan keli, bila dah mkn hih sedap gak, ikan haruan pon sedap. belut tak tahu.. hihi.. kalo tgk mmg le kan geli..hihi

    ReplyDelete